31/07/2026
๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐ฎ๐ง๐ ๐ ๐ฎ ๐๐๐ง๐ ๐๐๐ค๐๐ญ๐๐ง
Ramai pembayar cukai tidak menyedari bahawa kegagalan melaporkan atau menjelaskan cukai boleh mengakibatkan denda, penalti, tindakan undang-undang dan dalam keadaan tertentu, sekatan perjalanan ke luar negara boleh dikenakan.
Situasi ini boleh menjejaskan urusan perniagaan, pekerjaan mahupun percutian yang telah dirancang.
Lebih membimbangkan, sekatan tersebut mungkin hanya disedari ketika anda ingin berlepas di lapangan terbang, menyebabkan kerugian dari segi masa, kos tiket, tempahan penginapan serta menjejaskan reputasi dan komitmen terhadap pelanggan atau rakan niaga.
Info Lanjut : https://akaunbisnes.my/laporcukai/
09/07/2026
๐๐ฎ๐๐๐ก๐ค๐๐ง ๐๐ฌ๐๐ก๐๐ฐ๐๐ง ๐๐๐ฉ๐จ๐ซ๐๐ง ๐๐ ๐๐๐ฃ๐ข๐ค๐๐ง ๐๐๐๐
AkaunBisnes kini menyediakan kemudahan Portal
Laporan Penggajian Tahunan โ eE Majikan sebagai platform penyediaan awal bagi membantu pelanggan menyusun maklumat perniagaan, pekerja, gaji, caruman dan dokumen sokongan sebelum semakan dibuat oleh pasukan kami.
Inisiatif ini bertujuan membantu majikan mengurangkan risiko kesilapan, mempercepatkan proses penyediaan maklumat dan memastikan rekod pelaporan lebih kemas sebelum pengisian akhir dibuat di portal rasmi LHDN.
Info Lanjut : https://akaunbisnes.my/draf-borang-e-majikan/
06/06/2026
๐
๐๐ก๐๐ฆ ๐๐จ๐ซ๐ค๐๐ฅ๐จ๐ฐ ๐๐ข๐ฌ๐ง๐๐ฌ ๐๐๐๐ฅ๐๐ก ๐๐๐๐ข๐ก ๐๐๐ซ๐ง๐ข๐ฅ๐๐ข ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐ง๐ฒ๐ ๐๐๐ง๐๐๐ข ๐๐ซ๐จ๐ฆ๐ฉ๐ญ ๐๐
Ramai orang fokus belajar prompt AI, namun tidak ramai yang benar-benar memahami cara bisnes sebenar bergerak.
Hakikatnya, AI hanyalah alat. Nilai sebenar datang daripada manusia yang faham workflow, operasi, pelanggan dan strategi bisnes.
Pada masa depan, semua orang mungkin ada AI yang sama. Tetapi tidak semua orang tahu bagaimana menggunakannya untuk mencipta impak sebenar.
Artikel ini membongkar kenapa memahami workflow bisnes jauh lebih bernilai daripada sekadar pandai menggunakan AI.
Info Lanjut : https://akaunbisnes.my/faham-workflow-bisnes/
27/02/2026
๐๐๐ฒ๐๐ซ ๐๐๐ซ๐ฆ๐ ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐จ๐ฅ๐๐ค ๐๐ฎ๐ค๐๐ข
Ramai organisasi dan usahawan melihat kelulusan Seksyen 44(6) sebagai satu kelebihan besar potongan cukai untuk penderma, pengecualian cukai untuk organisasi dan peningkatan kredibiliti di mata umum. Namun, di sebalik manfaat ini, terdapat syarat pematuhan yang ketat dan risiko pembatalan jika gagal mematuhi garis panduan LHDN.
Adakah status 44(6) benar-benar satu peluang strategik untuk organisasi anda, atau berpotensi menjadi liabiliti tersembunyi jika tidak diurus dengan betul?
Info lanjut : https://akaunbisnes.my/derma-yang-diluluskan-cukai/
Bayar Derma - Kelebihan Cukai atau Liabiliti Tersembunyi? - Akaun Bisnes
Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 Dalam dunia perniagaan moden, memahami selok-belok percukaian adalah satu kemestian bukan sekadar untuk bayar cukai, tetapi juga merancang strategi pertumbuhan dan memanfaatkan peluang yang sah di sisi undang-undang. Salah satu peruntukan cukai yang sering...
25/02/2026
๐๐ฎ๐ค๐๐ข ๐๐๐ ๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐ซ๐ ๐๐ข๐ ๐ข๐ญ๐๐ฅ
๐๐ฌ๐๐ก๐๐ฐ๐๐ง ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ฅ๐๐ฉ๐๐ฌ ๐๐๐ง๐๐๐ง๐
Dalam dunia perniagaan tanpa sempadan, bayaran kepada platform luar negara seperti Google, Meta atau TikTok kini menjadi rutin bulanan.
Namun, di sebalik kemudahan teknologi itu, wujud satu tanggungjawab penting di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 Cukai Pegangan (Withholding Tax).
Ramai usahawan masih belum menyedari bahawa kegagalan memotong dan meremit cukai ini bukan sahaja mengundang penalti, malah boleh menyebabkan kos pengiklanan tidak dibenarkan sebagai tolakan cukai.
Info Lanjut : https://akaunbisnes.my/withholding-tax/
Transaksi Global, Risiko Tempatan - Akaun Bisnes
Realiti Cukai Pegangan Untuk PKS Perkembangan ekonomi digital telah mengubah cara perniagaan beroperasi. Hari ini, usahawan tempatan boleh melancarkan kempen iklan global hanya dengan beberapa klik, melanggan perisian antarabangsa secara automatic dan mendapatkan perkhidmatan teknologi dari luar neg...
12/01/2026
๐-๐๐๐๐๐๐๐: ๐๐๐ค ๐๐ฎ๐๐ญ ๐๐ญ๐๐ฎ ๐๐๐ค ๐๐ฎ๐ง๐ ๐ ๐ฎ ๐๐ฎ๐ฅ๐ฎ?
E-Invoice bukan sekadar sistem baharu ia adalah penanda aras baharu pematuhan cukai.
Walaupun tempoh interim memberi ruang bernafas kepada peniaga, masa terus berjalan menuju pelaksanaan penuh.
Persoalan sebenar bukan lagi perlu atau tidak, tetapi bila dan sejauh mana anda bersedia. Yang bersedia akan bergerak lancar, yang menunggu mungkin berdepan risiko.
Info Lanjut : https://akaunbisnes.my/tempoh-interim-einvoice/
E-Invoice: Tempoh Interim Sebagai Fasa Penyesuaian - Akaun Bisnes
Pelaksanaan sistem E-Invoice oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) merupakan satu langkah strategik ke arah pendigitalan sistem percukaian negara. Seiring dengan aspirasi ini, pihak LHDN telah memperkenalkan tempoh interim sebagai fasa peralihan bagi memastikan peniaga dan pihak berkepenti...
25/12/2025
๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ฅ๐๐ฉ๐๐ฌ ๐๐จ๐ซ๐๐ง๐ ๐๐ฎ๐ค๐๐ข
Pastikan anda atau syarikat anda tidak terlepas mana-mana borang cukai!
Dari pendapatan individu hingga Sdn Bhd, checklist ini memudahkan pematuhan cukai dan elak penalti.
Semak dan rancang pemfailan cukai anda dengan mudah!
Info Lanjut : https://akaunbisnes.my/checklist-borang-cukai-wajib-lapor-lhdn/
Checklist Borang Cukai Wajib Lapor LHDN - Akaun Bisnes
Melaporkan borang cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) adalah tanggungjawab setiap individu dan entiti perniagaan di Malaysia. Untuk memastikan pematuhan cukai yang betul dan mengelakkan penalti, adalah penting untuk memahami borang-borang yang perlu diisi mengikut jenis pendapatan dan sta...
14/11/2025
๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐ญ๐๐ซ๐ญ๐ข๐ฉ๐ฎ ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐ง๐ ๐ค๐ โ๐๐๐๐๐๐โ
Dalam laporan, itu hanyalah kisah atas kertas.
Realitinya?
Tunai dalam bank adalah nyawa sebenar bisnes.
Kalau income statement nampak cantik tapi akaun bank semakin nazak, itu tanda besar anda perlu faham apa yang sedang berlaku dalam aliran tunai.
Situasi โuntung tetapi tiada tunaiโ ia berpunca daripada beberapa faktor kritikal dalam pengurusan cash flow.
Artikel ini menjelaskan punca-puncanya secara sistematik dan mudah faham, supaya anda nampak dengan jelas ke mana sebenarnya duit bisnes anda mengalir.
Info Penuh - https://akaunbisnes.my/laporancashflow/
Kenapa Income Statement Nampak Untung, Tapi Duit Dalam Bank Tak Banyak? - Akaun Bisnes
Contoh laporan yang kami sediakan kepada pelanggan untuk perbincangan bulanan. Sebenarnya, ini bukan tanda akaun silap, tapi disebabkan oleh cara perakaunan dan aliran tunai yang berbeza. Jom kita faham satu persatu sebab utama. Belanja Modal Tidak Direkodkan Sebagai Belanja Operasi Contohnya bila s...
10/11/2025
๐๐ฎ๐ง๐ ๐๐ฎ๐ข๐ญ ๐๐ฒ๐๐ซ๐ข๐ค๐๐ญ ๐๐๐๐๐ฆ ๐๐ฎ๐ข๐ญ ๐๐๐ง๐๐ข๐ซ๐ข?
Setiap pengarah memegang amanah bukan sekadar jawatan. Di sebalik angka untung rugi, tersembunyi tanggungjawab undang-undang yang tidak boleh dipandang ringan.
Salah guna harta syarikat bukan sahaja boleh meranapkan reputasi, malah menjerumuskan pengarah ke muka pengadilan. Artikel ini mengupas realiti yang ramai usahawan abaikan tentang sempadan antara hak peribadi dan harta syarikat.
Info Penuh - https://akaunbisnes.my/salah-guna-harta-syarikat/
Salah Guna Harta Syarikat - Akaun Bisnes
Dosa Paling Mahal Seorang Pengarah Harta Syarikat Bukan Harta Peribadi โ Garis Halus yang Ramai Pengarah Langgar! Isu penting yang ramai usahawan Sdn. Bhd. terlepas pandang. Walaupun pengarah dan pemegang saham hanyalah seorang individu yang sama, undang-undang tetap menganggap syarikat itu entiti...