20/07/2022
Hibah takaful BUKAN penyelesaian untuk proses pengurusan harta pusaka 😳🏠 [SAVE DAN BACA SAMPAI HABIS]
Mengurus harta pusaka ni melibatkan instrumen seperti wasiat, hibah harta, amanah dan lain lain sebab kita perlu melantik seorang pentadbir untuk bantu cairkan aset selepas kematian. Bukan senang nak cairkan aset sendiri termasuklah simpanan dalam bank account ya, kita mesti gunakan khidmat profesional😥
Kalau lah urus harta pusaka ni senang kan, tak adalah sampai RM90 billion aset orang Islam terbeku dkt Malaysia hari ini.
Realitinya, HIBAH TAKAFUL ni membantu mudahkan proses kehidupan selepas seseorang itu meninggal dunia. Hibah ni berbentuk cash lump sum yang waris dapat untuk teruskan kehidupan 🥰😭
Sementara tunggu aset crypto atau saham yang kepuk2 husband dicairkan, boleh lah isteri bayar sewa rumah, bil air api, yuran sekolah anak dengan tenang guna duit hibah takaful. Kadang tu tak semestinya sayang isteri kena cakap i love you. Boleh juga tiba tiba datang bagitahu,
“Sayang, abang ada buat hibah takaful RM100,000 ni. Kalau abang pergi dulu, 100k ni untuk awak dengan anak-anak ya. Harta lain nanti abang buatkan wasiat p**a.”
“Sayang, sempena anniversary kita ni saya tak boleh bawa awak pergi KL Tower dinner grand tau. Tapi, saya buat hibah takaful dah siap siap. Andai kata saya pergi dulu, saya hadiahkan RM100,000 untuk sayang okay.”
Ehhh sweetnya! Nampak? Itulah kelebihan hibah takaful. Dapat sesuatu? Kongsikan biar ramai yang tahu!