30/05/2026
Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha.
Semoga sambutan Hari Wesak ini membawa kedamaian, keharmonian dan kesejahteraan buat semua. Marilah kita bersama-sama menyemai nilai kasih sayang, toleransi serta saling menghormati demi memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Selamat Hari Wesak.
29/05/2026
Tahniah kepada seluruh team yang berjaya mencatatkan closing sepanjang bulan Mei! 🎉
Setiap file yang berjaya diselesaikan bukan datang daripada nasib, tetapi hasil usaha, disiplin, komitmen dan kesungguhan yang anda tunjukkan setiap hari. Terima kasih kerana terus memberikan yang terbaik kepada pelanggan dan syarikat.
Ingat, kejayaan hari ini adalah bukti bahawa usaha yang konsisten pasti akan membuahkan hasil. Jadikan pencapaian bulan Mei sebagai motivasi untuk kita melangkah lebih jauh pada bulan Jun.
“Success is not built in a day, but through the small actions repeated every day.”
Tahniah sekali lagi kepada semua yang berjaya closing. Teruskan momentum, kekalkan fokus dan kita cipta lebih banyak kejayaan bersama. 🚀
29/05/2026
Selamat Menyambut Pesta Kaamatan kepada seluruh masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut.
Semoga sambutan Pesta Kaamatan tahun ini disambut dengan penuh kegembiraan, keharmonian dan rasa kesyukuran atas hasil tuaian serta nikmat kemakmuran yang dikecapi. Semoga semangat perpaduan, kebersamaan dan warisan budaya terus dipelihara demi kesejahteraan generasi akan datang.
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan.
19/05/2026
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA TOP PRODUCTION BAGI QUARTER 3 2026 & April 2026
Tahniah kepada Top Production Quarter 3 & April atas pencapaian yang membanggakan dan komitmen luar biasa sepanjang suku tahun ini.
Prestasi yang ditunjukkan membuktikan bahawa usaha konsisten, semangat kerja berpasukan dan dedikasi tinggi mampu menghasilkan kejayaan yang hebat.
Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada quarter yang akan datang.
Keep pushing and aim higher!!
Anani Advisor
16/05/2026
Di sebalik setiap impian yang tercapai, ada insan bergelar guru yang setia menyalakan cahaya ilmu.
Terima kasih kerana mendidik, membimbing dan menjadi inspirasi dalam membentuk generasi cemerlang.
Selamat Hari Guru
10/05/2026
Selamat Hari Ibu 🤍
Bila kita jatuh…
orang pertama risau ialah ibu.
Bila kita diam…
ibu orang pertama yang tahu kita ada masalah.
Kadang kita sibuk kejar dunia,
sampai lupa insan yang paling banyak doa untuk kita setiap hari 🥺
Ibu tak pernah minta dibalas apa-apa.
Asal anak dia cukup makan, cukup bahagia… itu dah cukup buat dia tersenyum.
Kalau hari ni ibu masih ada, peluklah dia.
Kalau jauh, call lah dia.
Kalau dah tiada, jangan putus sedekahkan doa 🤍
Selamat Hari Ibu
Semoga semua ibu sentiasa kuat, sihat & dimurahkan rezeki 🌷
Anani Advisor