13/09/2025
Sebenarnya aku tak s**a Alif Syukri dengan marketing pelik pelik. Tambah waktu raya. Buat video baju ketat ketat. Memang menyirap rasa. Memalukam
Tapi sekarang bila tengok dia live konsisten everyday
ada dari pukul 5 pagi live. Sampai tengahari. Itu memang kerja gila
Ini aku tengok live dia yang baru patah tulang punggung pun rajin lagi. Pulun kaw kaw
Berubah sikitlah aku bias ke dia
Kepada benci semata mata. Ada benda boleh belajar dengan dia
Nak cakap dia dah kaya, hidup dia senang nampak senang dah
Yalah mata kasar kita kan
Overhead. Expenses di belakang tak tahu
Besar periuk nasi. Besar keraknya
Tapi nak cerita walaupun hidupnya boleh tahan senang. Anak orang kaya.
Tapi kerajinan dia kalah 80% orang bisnes di luar sana.
Alif Syukri memang ikut satu quote ni
Bekerjalah macam kita hidup selama lamanya
Beribadahlah umpama harini hari terakhir kita
( Ibadah dia tak tahu macam mana. Tak nampak)
Segan kita,
Kita dahlah tak berapa senang sangat. acah acah T1. Haha
Tapi
Dah ada di comfort zone?
Dah selesa?
Kena ujian sikit taknak buat sales?
Malu mat dengan Alif Syukri.
Kita ni kena ujian sikit, demam sikit, sakit sikit, terus taknak buat sales ni macam mana??
Tu belum cerita yang langsung taknak buat sales sebab malu! Hahaha
11/09/2025
Dalam industri recruitment. Tak kira takaful atau investment
Kejayaan bergantung kepada kita 80%. 20% dari faktor lain
Mana yang kata tak berjaya sebab leader. Setakat ini saya jumpa top performer semua self dependent.
Pergi buat product A di agensi A. Dia berjaya
Pergi buat product B di agensi B. Dia berjaya
Ada seorang ni. Attitude kita sedia maklum. Tapi kita bagi peluang
Pergi buat product A di agensi A. Dia gagal
Pergi buat product B di agensi B. Dia gagal juga
Rupanya bukan product yang belum diubah
Bukan agensi yang perlu berubah
Bukan leader yang perlu berubah
Di sini yang kena berubah
Kadang masalah displin
Kadang kekangan masa
Kadang desperation tiada
Kadang hunger tiada
Leader boleh tunjuk jalan. Boleh push. Boleh buat pelbagai support
But you have to walk that path
Gagal sekali?
Itu lumrah bisnes
Dari 10 buat bisnes. 8 gagal for next 12 month. Ini statistik
Dari 10 agent masuk industri kewangan ini. 2 saja yang stay.
Sama
Jadi jangan give up
Industri ini memang tough
Tapi it worth it
Saya sendiri gagal berapa kali? Yang masuk sesi saya tahulah. Macam roller coaster. Tapi terpaksa jalan terus. Hadap je.
Jika gagal. Tenang sebentar
Tepuk belakang diri sendiri
Yes i can do it again
Kali ini dengan semangat baru, energy baru, dan pastinya new me
More desperate
More hunger
Dalam industri takaful, investment, atau zakat ini
Tiada istilah gagal sebenarnya
Kejayaan belum datang
( Siapa yang tahu comm plan industri sangat faham maksud ni )
11/09/2025
Terkejut Charlie Kirk dibunuh di khalayak ramai
Dalam universiti p**a tu.
Waktu tengah berdebat dengan student student
Siapa yang biasa tengok Tiktok akan perasan debat antara Charlie Kirk dengan ramai orang, kebanyakan student
Aku tertengok video p**a dia ditembak. Yesal search. Ngeri ya Allah
Sampai sekarang tiada siapa lagi suspek yang ditangkap.
Dari 200 meter. Kena p**a di leher. Professional punya kerja ni
Isteri dan anak dia ada di situ
Macam mana gamaknya mereka ya
Dashyat US sekarang ni
Debate ialah tempat menguji idea dan sudut pandang masing masing
Debate ialah tempat kita fikir secara bebas dan mengkritik semua benda
Tapi kalaulah debate dah tiada tempat safe haven. Kalau ko beza pendapat dengan aku. Aku tembak ko
Tak tahulah US nak jadi macam mana dah
Memang jadi next "sick man of the world" kot
Aku setuju dengan Charlie dalam isu transgender. Dia memang penentang kuat agenda LGBT. Dia kata agenda LGBT ialah membodohkan anak anak kecil. Mengelirukan mereka. Menghancurkan masa depan negara
Namun dalam foreign policy. Dia lebih lunak dengan dengan Israel. Begitulah. Manusia
Kenapa aku s**a lihat short video Charlie Kirk ni?
Aku s**a tengok pov ( point of view ) rakyat America dalam beberapa isu
Aneh dan lawak kadang kadangnya
Memang nampak Amerika sudah berada di fasa kejatuhannya
Charlie Kirk antara banyak debunk topik topik mereka bawa
Namun begitulah
Kasihan anak bini dia. Kecil anak dia
Moga baik baik belaka family mereka
Berbeza pendapat, tak perlulah sampai nak tembak
08/06/2025
Jika nak income RM10,000. Bersedia dengan ujian RM10,000 juga
Jika nak income RM100,000. Bersedia dengan ujian RM100,000 juga
14/01/2025
𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗡𝗜 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗚𝗔𝗜 𝗔𝗟𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗔𝗧𝗔𝗨 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗔𝗧 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗝𝗔𝗬𝗔?
Dulu waktu anak saya sakit. Ulang alik hospital jangan cerita
Sumbing kan. Kejap neb tengah malam. Appt jumpa specialist/speech therapist/dr 3 kali - 5 seminggu
Hari isnin jumpa Dr
Hari Selasa jumla Dr
Hari Khamis jumpa Dr
Hari Jumaat jumpa Speech
Kadang banyak hari habis begitu saja.
Namun tak tahu azam saya begitu besar. Nak berjaya. Nak ubah hidup
Saya habis saja appt. Saya top up balik masa yang saya habis waktu menjaga family ini
Saya akan cari appt sampai dapat. Jika waktu jumpa Doktor pun. Saya akan aktif pm prospect dan buat quotation sambil sambil
Kalau admit di hospital. Deeja ni banyak warded di hospital. Saya akan bawa laptop dan buat appt online atau update website saya. Saya takkan jadikan anak sebagai alasan untuk saya tak berjaya
I will fight for them. Saya pernah susah sampai tiada duit langsung. Kereta tertunggak
Tiada siapa tolong. Selamatlah saya ni bertuah dapat ayah yang tolong bayar kereta saya tertunggak 4 bulan. Dengan kakak saya yang sabar dengan saya. Ada juga pinjam duit beradik.
Adik beradik yang banyak tolong. Dengan beberapa kawan juga. 1 ke 2 orang saja bagi pinjam
Ada sampai kereta accident kawan bagi pinjam kereta dia 3 bulan. Kereta lama. Minyak masyaAllah kuat makan. Nampak lama betul kereta ni. Jadi saya plan bila jumpa client. Saya akan parking jauh jauh sebab dashyat sangat kereta nya. Huhu
Yang lain waktu kita susah semua menjauh diri. Takut kita pinjam duit
Mana yang kenal saya waktu start dulu mesti tahu saya bawa surface saya ke mana mana. Sepanjang masa lihat laptop
Saya juga aktif menulis di media sosial. Nak kata barangkali rezeki anak. Banyak tulisan saya viral dan leads saya cukup dari media sosial sahaja
Saya utilize masa apa yang ada. Dulu apa saja tak buat.
Masa ialah aset terbesar agent
Leader saya tak pernah ajar pergi booth ke. Tabur flyer ke. Tiada. Ajar presentation
Then pandai pandailah cari leads sendiri. Buat project 100. Grow from there
Jenis saya. Saya dengar. Saya buat sendiri saja
Saya design sendiri flyer. Saya tebar sendiri di parking HUKM. Waktu itu saya duduk di Bandar Sri Permaisuri Cheras.
Tiada orang suruh. Tiada orang guide. Kita nak. Kita buat.
Syukur sekarang income saya tak kurang 7 figure setahun dari umur saya 30 tahun. Dah 3 tahun.
Adakah saya capai semua ni sebab saya bijak?
Saya rasa terlampau banyak faktor saya yang membantu saya berjaya. Bukan saya saja
Adakah saya capai semua ni sebab rajin?
Barangkali Allah swt bagi pelbagai ujian dan tekanan saya supaya saya tak selesa dan terpaksa rajin
TERPAKSA SUSAH.
Saya pun TERPAKSA RAJIN lebih dari orang lain
Akhirnya TERPAKSA TERIMA KOMISEN
Akhirnya TERPAKSA BERJAYA
Tapi adakah kejayaan ini berkekalan?
Semestinya tidak. Saya tahu bisnes ada jatuh dan bangun. Jadi waktu saya tengah ada kekuatan dan ada rezeki lebih. Saya bertekad nak untuk bina lagi ramai orang yang seperti saya dan membina bisnes saya lebih tinggi supaya saya dapat wariskan ke anak anak saya
Anak saya ramai. 8 orang. Saya perlu kerja keras. Saya tak boleh selesa. Jauh lagi perjalanan saya.
Jadi mana mana yang desperate. Tak tahu jalan keluar tentang kewangan mereka. Nak ubah hidup lebih baik.
Jika ada kawan kawan anda yang seperti ini. Tag mereka. Share status ini dengan mereka
Saya nak bantu jadi mereka from zero to hero juga seperti saya. Anak orang kampung saja.
Harapnya dengan ramai orang kita bantu.
Dengan bantu orang lain mudahkkan rezeki mereka
Lagi bertambah tambah rezeki keluarga saya.
Lagi sihat tubuh badan saya dan keluarga saya
Lagi panjang umur saya dan keluarga saya.
Amin ya rabb
Jadi berbalik kepada tajuk asal. Anak kita ni penguat kita atau alasan?
Kita yang tentukan.
If you really want to do something, you'll find a way. If you don't, you'll find an excuse
27/09/2024
Dapat email semalam
Alhamdulilah. Dapat confimation letter untuk promotion to highest rank for FPR dan FAR. Wealth Planning Director. Kalau di agency. Group Agency Manager GAM atau lain
Setelah lama saya tak fokus product di Phillip Wealth Planner. Saya banyak fokus kepada few project lain.
Tahun ini kita shift semula fokus kita di PWP
Doakan kami Tuan Puan
Fokus saya membina perkuatkan AIC FAR FPR channel
Dan juga AIC Capital.
Yang mengfokuskan few product Private Mandate dalam market.
11/06/2024
Li Ka Shing
Billionaire yang lahir seorang yang miskin betul betul
Bukan main main punya miskin
Lari dari perang satu keluarga
Ayah p**a meninggal umur 15 tahun sebab tiada proper medical facility
Dia terus bekerja di syarikat kilang plastik
Dari kilang plastik ini, beliau membina empayar bisnesnya
Dari hartanah, retail, dan technology
Ini lah focus Li Ka Shing. Waktu beliau mengfokuskan membina empayar dalam technology
Beliau juga pelabur terawal facebook, Spotify, dan Zoom
Untung beratus juta sini
Tapi kalau baca beliau
Menariknya di satu part
Beliau melabur banyak di Israel. Kerana di situ start up paling highest per pop**ation
Orang Yahudi ini mindset s**a berniaga dan take risk.
Israel highest start up di dunia ya guys. Bukan Silicon Valley. Bukan China
Dan mereka ada talent untuk R&D. Engineer juga paling ramai raimto per pop**ation
Senang cerita.Bijak p**a tu
Sampai dia kata nak cari duit, cari di US, tapi if nak cari brain, cari bijak pandai ni di Israel
Itu pandangan dia
Bagaimana Israel menjadi mesra startup di dunia?
Ini ada explain di buku Start Up Nation detail. Ini kemudian saya tulis
Tapi tujuan nak tulis ini ada 2
1. Dia ni Cina, bukan Islam. Ayah meninggal sebab tak dapat rawatan. Umur 15 dah start kerja
Sebab kesungguhannya. Beliau naik dari normal anak kampung jadi billionaire.
Menjadi jolokan Superman Asia
Menjadi satu trademark di drama and movies. "Saya bukan anak Li Ka Shing" tanda betapa kayanya dia
Betapa besar rezeki Allah swt nak bagi kepada orang yang usaha
Kalau kita ni Muslim, masih bermalasan. Masih tiada bersungguh sungguh berniaga
Malulah dengan orang Islam jika masih tak sungguh sungguh
Saya juga malu, banyak sangat main dan bermalasan. Jadi billionaire kot
2. Right time, Right industry
Li Ka Shing cepat bergerak dari indusry permbuatan bunga plastik beliau ke hartanah, dan ke technology
Sangat cepat adapt dan ubah direction business
Dan beliau berjaya.
Inilah orang kata combination of grit + money + luck
Mark Cuban share nak jadi millionaire senang sahaja
Tapi untuk billionaire. Ianya luck
Li Ka Shing cepat menukar direction to technolgy dan menjadi early investor kepada apps Facebook, Spotify dan sebagainya
Apabila beliau ada duit, dan luck menyelebahi
The rest is history
*FWD Agent mesti kenal Li Ka Shing ni kan?