21/09/2026
🚨 Rekod Akaun Tak Lengkap? Jangan Ambil Mudah!
Sebagai business owner, pernah tak anda rasa,
"Invoice hilang, resit tak jumpa, transaksi tak rekod. So nanti-nanti jer lah buat akaun." 😅
Tapi tahukah anda, rekod akaun yang tidak lengkap boleh menyebabkan beberapa masalah kepada perniagaan? Antaranya
1️⃣ Laporan Kewangan Tidak Tepat
Susah nak tahu berapa sebenarnya keuntungan, kerugian dan kedudukan kewangan syarikat.
2️⃣ Risiko Terlepas Rekod Perbelanjaan
Perbelanjaan yang tidak direkodkan atau tiada dokumen sokongan yang mencukupi mungkin menjejaskan tuntutan cukai yang layak. Cukai yang di bayar juga mungkin akan lebih tinggi.
3️⃣ Proses Audit Menjadi Lebih Rumit
Sekiranya anda company Sdn Bhd, Auditor mungkin memerlukan dokumen atau penjelasan tambahan untuk menyokong transaksi kewangan. Ia akan menyebabkan proses audit jadi lebih lama & rumit dan boleh menyebabkan fee jadi lebih tinggi.
4️⃣ Sukar Pantau Cash Flow
Apabila rekod penerimaan dan pembayaran tidak lengkap, owner akan menghadapi kesukaran untuk melihat aliran tunai sebenar.
5️⃣ Keputusan Bisnes Kurang Tepat
Tanpa maklumat kewangan yang lengkap, perancangan bajet, kawalan kos dan keputusan perniagaan boleh menjadi lebih mencabar.
💡 Tip untuk Business Owner:
✔️ Rekod semua transaksi secara konsisten.
✔️ Simpan invoice, resit dan dokumen sokongan.
✔️ Buat semakan akaun setiap bulan.
✔️ Dapatkan bantuan akauntan jika diperlukan.
Akaun yang teratur = Pengurusan bisnes yang lebih yakin.
📩 Perlukan bantuan mengurus akaun syarikat anda?
Hubungi ARC Corporate Services untuk mendapatkan khidmat perakaunan, audit, tax dan business advisory.
http://www.wasap.my/601161386188/accountingservice