20/01/2022
Education Planning
When it comes to education, parents would want to give the best for their children. When the "want" is there, it comes with a package which is "cost" and they should realize that planning as early as they could is key to realizing this dream.
So what should they plan for? Lets say best scenario where your children could complete their Diploma in 2 years & Degree in 3 years so total is 5 years. Other than tuition fees, parents should also bear in mind on living cost & other expenses.
Lets look at an example:
Diploma today RM25,000
Degree today RM42,000
Annual living cost today RM13,200 per year = RM66,000 in total
Other cost RM3,000 per year = RM15,000 in total
Total cost = RM148,000
But is the calculation accurate? Yes if your child is furthering their study TODAY and yet its not accurate still.
How much you need to save? The more money you put aside today, the lesser you or your child will need to borrow later. You should include inflation as a factor too.And to plan well you should also decide on how much of the bill you want to fund whether its 100%,75%,50% and so on.
During the observation period from 1979 to 2020, the average inflation rate was 2.9% per year, however inflation rate for education recorded average 3% per year.
So how do you calculate accurately? Example Ali have 13 years until Diploma n 15 years until Degree
Actual cost for Diploma upon registration = RM36,713.34
Actual cost for Degree upon registration = RM65,434.63
How about living cost and other expenses? Its a little different as it is affected by inflation real time per year basis.
Actual cost for Living cost + Other expenses over 5 years of enrollment = RM124,471.67
Total actual cost after inflation = RM226,619.64
Having trouble to calculate and plan properly? Feel free to contact me and i will share a simple yet powerful strategy to achieve your financial goals
11/01/2022
Assalamualaikum sahabat dan saudara,
Malam ni rasa terpanggil untuk berkongsi sedikit tentang kepentingan merancang dari segi sudut harta kewangan dan perbelanjaan kita dengan baik. Setelah kita lalui beberapa tahun yang agak mencabar, dugaan bencana dan tragedi baru2 ini secara tidak langsung kita boleh kaitkan situasi ini seperti yg telah tertulis di dalam Al Quran, Surah Yusuf Ayat 47-49 :
47. Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.
48. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).
49. "Kemudian akan datang p**a sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)".
Banyak pengajaran yg mampu kita perolehi dari menghayati ayat2 ini dari sudut menyimpan dan sentiasa beringat tatkala kita senang untuk bersedia sekiranya berlakunya musibah, berjimat cermat dan perancangan berjangkamasa sama ada pendek, sederhana dan panjang. Dengan perancangan teliti kita mampu untuk mengharungi musibah dengan lebih bersedia dalam pelbagai aspek. Perancangan manusia tidak pernah pasti, tetapi dengan ada nya usaha pasti lebih dipermudahkan In Shaa Allah.
Moga ayat2 ini boleh jadikan sebagai iktibar dan panduan untuk kita perbaiki ekonomi keluarga agar lebih bersedia dan demi masa hadapan yg lebih mampan. Jom kita mula merancang secara menyeluruh.
29/12/2021
Assalamualaikum wbt..
Petang ni kita jenguk sikit topik pengurusan harta pusaka secara asas. Kita perhatikan "Tertib" dia bagaimana ya.
1. Pengasingan Pemilikan Harta
Tak semua harta adalah hak mutlak si mati. Kenal pasti harta2 yg diwasiatkan terdahulunya pada si mati, dihibahkan, dijual dan diwakafkan
2. Melunaskan Hutang Piutang
Waris perlu terdahulu melunaskan segala hutang si mati yg terbahagi pada 2 iaitu hutang dunia & hutang akhirat. Dunia termasuk individu, syarikat atau pada kerajaan termasuk cukai dsb.. Akhirat seperti haji, puasa (geng plastik hitam sila hitung brapa hari ye) dsb..
3. Pembahagian Harta Sepencarian
Harta sepencarian merupakan harta dimiliki dan diusahakan bersama pasangan semasa hayatnya. Termasuk suri rumah, masih berhak kerana pasangan banyak membantu menguruskan rumah tangga dan permudahkan pasangannya untuk mencari rezeki (ikut tertib gais so adik beradik, keluarga & anak2 chillax dulu ya pasangan comes first jangan haloba seperti yg biasa berlaku ya sekadar peringatan. Tp kat malaysia x berlaku kan ni luar negara jgn kecam ye)
4. Perlaksanaan Wasiat
Laksanakan hasrat atau pesanan si mati. Boleh melaksanakan wasiat asalkan tidak melebihi 1/3 daripada jumlah harta yang ditinggalkan. Wasiat juga boleh diberikan pada bukan waris berhak asalakan tidak, melebihi 1/3 jumlah harta
5. Perlaksanaan Faraid
Pembahagian yg telah ditetapkan syarak kepada waris. Waris terbahagi pada beberapa kategori iaitu waris utama, waris gentian, waris sisian pertama & waris sisian kedua. Pembahagian dia klau nak letak berjela, nanti pm tepi kalau nk tau
Mari fahami & renung2kan bersama. Moga bermanfaat
02/12/2021
Melabur 101 : Asas Melaburan untuk Nubis
Melabur adalah berbeza dari menyimpan atau berdagang (trading). Secara amnya melabur bermaksud mengasingkan wang di satu platform untuk jangkamasa panjang berbanding berdagang diamana pergerakan wang dilakukan dengan lebih kerap. Melabur lebih berisiko berbanding simpanan dimana simpanan kadangkala menjamin p**angan tetap manakala melabur tidak. Yang mana bagus dalam tiga ni? Jawapan dia dari sudut perancangan yang sihat, semua kena ada, bergantung pada kemampuan dan kesediaan masing2 kerana perkara ini sangat subjektif.
Perkara yang perlu di ambil kira sebelum mula melabur?
1. Anda mempunyai hutang kad kredit yg banyak? Sekiranya jawapan anda ya, kemungkinan besar anda bukan dalam keadaan bersedia untuk melabur. Perkara pertama harus anda lakukan ialah selesaikan dahulu hutang berikut kerana jarang sekali mana2 pelaburan dapat mengatasi kadar faedah kad kredit secara "konsisten" . Kalau ada yg cakap boleh konsisten bak mai habaq kat abang.
2. Anda dah ada tabung kecemasan? Kalau belum, priority kan perkara ni kerana kadangkala kita tak boleh jangka dan mutawassitah boleh berlaku pada bila2 masa maka persediaan perlu ada. Sediakan sekurang2nya untuk 3 bulan dalam simpanan untuk nubis, 6 bulan lebih baik atau setahun adalah mantap.
Sangat luas pilihan platform untuk melabur, dan setiap platform ada kelebihan masing. Cuma biasa yg berlaku, tiada lebihan untuk mula melabur.
Permasalahan ni berlaku biasanya disebabkan perkara2 yang sebelum ni merupakan kemewahan, menjadi keperluan apabila kita menginjak usia sejajar dengan pendapatan kita. Sebenarnya bukan keperluan pun lebih kepada ikutan dan nafsu semata. Contohnya gaji naik, sebelum ni minum nescafe tarik, tiba2 jadi wajib stabak hari2.. Gaji tak naik2 tiba2 stabak hari2 pun ada.. Contohhh... Jadi sebaik2nya kita cuba maintain perbelanjaan walaupun ada kenaikan gaji dan prioritykan dahulu perkara2 yang lebih penting sekiranya belum ada.
Mulakan walaupun sedikit, contoh nescafe tarik RM2.50, kita bayar RM3, baki RM0.50 tu kita letak tepi untuk melabur. Mula jadikan tabiat tapi jangan sampai buang tebiat.
Tetapkan objektif pelaburan anda dan kenal pasti risiko yang anda ambil dengan pelaburan berikut. Pelbagaikan jenis aset pelaburan anda bagi mengawal risiko.
Moga bermanfaat.
02/12/2021
Hibah
Panjang tetapi Penting untuk hadamkan.
Hibah merupakan topik yg semakin dibincangkan dan semakin bertambah kesedaran di kalangan rakyat kita.. Antaranya hibah yg berbentuk takaful. Mengapa hibah? Kerana ianya tidak boleh dicabar dan ianya melindungi hak bahagian waris yg telah diniatkan.. Namun persoalannya adakah ianya dilindungi sepenuhnya?
Jom kita tgk beberapa senario yg membuatkan hibah takaful tak dapat dilaksanakan dengan sempurna.
1. Hibah takaful digunapakai bagi melindungi pendapatan peserta takaful sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya. Tetapi didalam kes peserta dalam keadaan terlantar/lumpuh atau koma, kemana hibah berikut akan pergi? Sudah pasti kepada peserta takaful berikut.
Siapakah yang akan melaksanakan pelan perlindungan pendapatan berikut? Adakah pengurusan harta berikut akan digunakan sepenuhnya untuk peserta yg telah terlantar atau koma? Pasangan atau waris terdekat yg dipercayai? Bagi pasangan yg tahu segala password termasuk akaun, Alhamdulillah mungkin dapat membantu tetapi ada juga kes dimana harta banyak tapi bila dah terlantar, sedikit saja digunakan untuk kepentingan peserta. Selebihnya waris gunakan untuk diri sendiri.
2. Bagi peserta yg menamakan pasangan sebagai penerima hibah, tetapi penerima hibah meninggal pada masa yg sama. Hibah tersebut tidak akan jadi hibah kepada anak2 dan ianya akan difaraidkan maka perancangan untuk melindungi masa depan anak2 pasti tidak terlaksana dengan sempurna.
3. Menamakan anak di bawah umur 18 tahun sebagai penerima hibah. Maaf ya kaum ibu, kerana kebiasaannya ini dilakukan oleh ibu2 berdasarkan fakta. Tapi bukan satu kesalahan cuma ianya merumitkan keadaan sekiranya tiada kelengkapan merancang kerana anak dibawah umur 18 tahun tidak boleh menuntut hibah tersebut. Pemegang amanah p**a hanya boleh mengeluarkan maksima RM50,000 dan selebih nya kemana? Selebihnya akan pergi ke amanah raya sehinggalah anak tersebut cukup umur dan membuat tuntutan. Anak muda berusia 18 tahun cukup matang untuk mengurus sejumlah harta yg ditinggalkan? Sesuatu untuk difikirkan juga.
Jadi macam mana nak selesaikan masalah ni?
Dengan membuat Surat Ikatan Amanah kepada Syarikat Pemegang Amana(trustee) dan menandatangani borang penyerahan mutlak (absolute assignment) untuk melantik trustee sebagai assignee. Dengan berbuat begini, trustee akan bertindak berdasarkan terma dan syarat yang telah dinyatakan didalam Surat Ikatan Amanah berikut agar amanah dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Moga bermanfaat perkongsian ni.
Okeh panjang lebar menulis jari pun mula kejang. Nak faham lebih lanjut PM.
12/11/2021
Just nak share tentang Encik Z yang berkisahkan cashflow monitoring, antara aspek penting dalam perancangan kewangan.
Encik Z bermula dengan hampir tiada lebihan dari hasil titik peluhnya setiap bulan. Tapi dengan kecekalan dan kemahuan yg kuat untuk memajukan diri sendiri dengan sekadar apa yg sedia ada, beliau nekad bermuhasabah dengan kewangan beliau dan membuat perubahan.
Bermula dengan bedah siasat kewangan ringkas, kita kenal pasti pembolehubah nyata dan zoom in perkara2 mudah ditukarganti dan dihapuskan sekiranya perlu.
Kecekalan Encik Z membuahkan hasil yg nyata selepas 9 bulan beliau mampu mewujudkan lebihan RM400++ secara consistent. Walaupun ada bulan yg terkucil tetapi masih terkawal dan semakin lama ianya membuatkan Encik Z ketagihan melihat lebihan dari hasil pemantauan bersama.
Dengan lebihan yg terhasil ini beliau mampu mula mengumpul aset. Antara aset telah dibahagikan dari lebihan berikut adalah Aset segera dalam bentuk hibah, pelaburan hari tua dan simpanan kecemasan. Harus kita ingat bahawa mengumpul aset merupakan satu acara merentas desa, bukan lah acara pecut. Tiada jalan pintas. Disiplin dan istiqomah kunci kejayaan.
Bertindaklah segera bagi yg masih dibelenggu. Anda mampu mengubahnya.
23/03/2021
Usah takut miskin
Malam ni tiba2 tergerak untuk berkongsi untuk renungan dan peringatan terutama diri sendiri
Al-kisah hamba allah yg juga merupakan warga emas, tiada waris. Menerima pencen sebanyak rm500 sebulan, dan gratuiti RM60,000.. Gratuiti tersebut disimpan ke dalam akaun simpanan bank..
Pencen sebanyak rm500 sebulan yg beliau terima ternyata tidak mencukupi maka beliau perlu menyentuh simpanan gratuiti.. Maka dipendekkan kisahnya gratuiti tersebut sentiasa bersentuh dan berkurang... Namun begitu jumlahnya masih belum pernah mencecah bawah nisab dan telah cukup haulnya... Persoalan, adakah harta itu perlu dizakatkan? Risau kerana tiada lagi gaji melainkan pencen yg diterima dan gratuiti tersebut sahaja yang tinggal.
Jawapannya ya, kerana harta itu melebihi nisab dan cukup haul.. Jangan keliru ya harta yg bersentuh atau bergerak ni..
Contoh scenario 1:
Azman menyimpan rm40,000 bulan january 2020, kecemasan berlaku bulan March 2020, Azman terpaksa menggunakan RM35,000.. Baki pada simpanan March 2020 RM5,000.. Pada bulan August Azman menerima bonus RM50,000 dan menyimpan sepenuhnya.. Baki pada August 2020 RM55,000.. Tiba January 2021.. Baki simpanan Azman RM55,000.. Perlukah Azman membayar zakat ke atas RM55,000 tadi? Tidak. Kerana:
✅Cukup Nisab
Tetapi
❎Belum sampai haul
Sekiranya cukup nisab selama sampai haulnya ya ianya perlu dizakat.
Contoh Scenario2:
Zulkifli menyimpan RM40,000 Bulan January 2020, simpanan tersebut di keluarkan sebanyak RM500 sebulan untuk menampung perbelanjaan.. Pada January 2021, baki simpanan Zulkifli RM36,000.. Perlukah Zulkifli membayar zakat ke atas RM36,000 tadi? Ya. Kerana:
✅Cukup Nisab
Dan
✅Sampai haul
Sekiranya kedua2 syarat zakat ini dipenuhi, maka wajib baginya mengeluarkan zakat.
Ada juga yg bertanya kalau duit sentiasa bergerak keluar masuk (bertukar platform simpanan) perlu zakat ke? Of course tuan2 wajib ya rukun islam, selagi bertukar platform dan sepanjang tukar2 tu total masih melebihi nisab dan mencukupi haul maka zakat itu wajib.. Sbb ada yg igt tukar2 platform tu x perlu zakat maka dia sanggup buat mcm tu.. Tidak ya tuan2.. Bisik pada hati, tanya diri sendiri niat anda..
"Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambah dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredaan Allah melainkan akan diangkat darjatnya." (Riwayat Muslim)
"Barang siapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barang siapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebahagian daripada keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian pun di akhirat." (Surah asy-Syura, ayat 20)
Tatkala kita berkira2 untuk berzakat kerana takutkan kurangnya harta kita, harus kita ingat ada golongan yang berkerja mati-matian seumur hidup masih tidak dapat mengumpul simpanan yang mencecah nisab.
Ingatlah wahai rakan dan diri sendiri.. Zakat merupakan hak golongan Asnaf yg wajib kita keluarkan. Tidak sempurna sesuatu perkara tanpa memenuhi rukunnya.. Dan zakat merupakan rukun Islam yang ketiga
Moga bermanfaat untuk kita renungkan bersama.
20/02/2021
As salam, petang2 ni tiba2 rasa terpanggil untuk berkongsi idea untuk melengkapkan portfolio kewangan rakan2 sekalian. Dalam keadaan dan waktu yg mencabar ni kita diberikan kemudahan untuk memilih pengeluaran iSinar yg sedikit sebanyak akan dapat membantu kepada golongan yg betul2 memerlukan.
Tetapi dalam masa yang sama ada juga golongan yg mungkin tidak memerlukan sepenuhnya memohon dan kurang idea bagaimana untuk menguruskan duit itu dengan bijak.
Saya ingin berkongsi pelan bijak 3 in 1, mudah dan senang yang dapat melengkapkan 2 aras keperluan kewangan dalam 1 masa yg sama. Ciri2 pelan adalah seperti berikut:
1. Sumbangan yang fleksibel 5 tahun, 10 tahun & 20 tahun
2.Pembayaran tunai tahunan tetap kepada anda yang digandakan secara berperingkat sehingga 4 kali ganda* sepanjang tempoh perlindungan
3.Manfaat Perlindungan sehingga 200%+100%* dari jumlah sumbangan yang terkumpul berbentuk hibah kepada keluarga tersayang
4.Manfaat tambahan sebanyak 5% berbentuk wakaf diatas nama penyumbang
5.Manfaat kematangan berbentuk simpanan tunai
Pelan ini tidak memerlukan anda berhutang dengan mana2 pihak, tetapi yang pasti ianya dapat bantu melangsaikan hutang anda sekiranya tiada lagi keupayaan yg tinggal pada jasad anda.
Dalam merancang kewangan kita kena mempunyai portfolio yang lengkap dan seimbang didalam setiap aspek. Seperti tayar kereta, perlukan angin yg cukup, terlebih tinggi risiko terbabas, terkurang pun tinggi risiko terbabas.
Jadi rakan2 saya nasihatkan untuk lengkapkan mana yang kurang. Jom merancang dengan sihat
19/11/2020
TAWARAN HEBAT PKPB✅✅✅✅✅✅
Pengumuman khas untuk warga B40 M40 & T20
PremierOne Wealth MEMBERI
🏆🏆🏆🏆🏆🏆🏆🏆🏆🏆
selaku penaja penuh untuk program ini ingin mengajak ANDA bersama kami untuk kelas Terapi Kewangan secara *PERCUMA!!!*
🔖 Tak perlu gusar, kami akan menggunakan aplikasi ZOOM sepanjang program ini 🖥
📌 Tenaga pengajar kami, En. Muhamad Hanis Bin Muhamad Bazil merupakan Graduan IFP (Perancang Kewangan Islamik Bertauliah) dari Universiti Utara Malaysia dan Ahli Berdaftar FPAM (Financial Planning Association of Malaysia) akan membantu anda untuk mengurus kewangan anda dengan lebih sempurna.
📌 Topik minggu ini (Jumaat 20/11/20 - 8.30 malam) yg akan disentuh adalah
✅ *Pengurusan & 5 Jurus Hapus Hutang*
Daftar sekarang https://linktr.ee/kelasterapikewangan
12/11/2020
Pengumuman khas untuk warga *B40* *M20* & *T20* !!!
*PremierOne Wealth MEMBERI*
selaku penaja penuh untuk program ini ingin mengajak ANDA bersama kami untuk kelas Terapi Kewangan secara *PERCUMA!!!*
🔖 Tak perlu gusar, kami akan menggunakan aplikasi ZOOM sepanjang program ini 🖥
☎️ Boleh hubungi nombor yang tertera untuk pendaftaran & keterangan lanjut
http://www.wasap.my/+60172607114/TerapiKewangan
🗒️Anda juga boleh berdaftar terus melalui link Google form ini, https://forms.gle/VWiw8TL1i1FhP6yw9 dan tunggu maklum balas daripada kami.
📌Setelah selesai mendaftar, anda akan dimasukkan ke dalam Group WhatsApp kami dan link 'Zoom Meeting' akan dikongsikan di dalam group ini.
📌 Tenaga pengajar kami, En. Muhamad Hanis Bin Muhamad Bazil merupakan Graduan IFP (Perancang Kewangan Islamik Bertauliah) dari Universiti Utara Malaysia dan Ahli Berdaftar FPAM (Financial Planning Association of Malaysia) akan membantu anda untuk mengurus kewangan anda dengan lebih sempurna.
📌 Topik-topik yg akan disentuh adalah
✅ *Segi Tiga Gizi Kewangan Seimbang*
✅ *Melakar Bajet & Pemantauan Perbelanjaan*
✅ *Pengurusan & 5 Jurus Hapus Hutang*
✅ *Menggandakan Aset & Mengurus Risiko Keluarga*
08/04/2020
HIBAH TAKAFUL
Hibah secara amnya bermaksud hadiah 🎁. Tapi harini saya nak kongsikan tentang kelebihan Hibah Takaful.
Hibah Takaful merupakan satu platform yg amat effektif dan mampu milik bagi mereka yg ingin membuktikan ❤️ Kasih Sayang ❤️ mereka kepada keluarga dengan mewujudkan aset serta merta. Dengan sedikit pengorbanan kita kini mampu mendapatkan ketenangan hati dan memastikan keluarga kita mampu melangsungkan kehidupan mereka ketika ketiadaan kita nanti.
Selain itu, tiada undang-undang bertulis yang mampu mencabar Hibah Takaful🙅♂️ dan ianya bebas dari pemiutang (creditor proof)🙅♂️.
Tapi dengan ini ada juga yg bertanya, wajib ke waris melangsaikan hutang arwah?
Jawapannya Ya dan Tidak
1. Ya sekiranya arwah ada peninggalan harta dan mampu dilangsaikan oleh waris
2. Tidak sekiranya waris tidak mampu dan tidak ditinggalkan dengan harta untuk melangsaikam hutang2nya.
Oleh itu, Hibah Takaful boleh membantu dalam hal ini
Sesungguhnya meninggal itu tidak dapat dirancang, tetapi peninggalan itu mampu untuk kita rancang 💌.
Moga bermanfaat perkongsian ni.
For consultation kindly click link below
www.wassap.my/60172607114/NeedAdvice
Muhamad Hanis Bin Muhamad Bazil
Islamic Financial Planner
0172607114
03/04/2020
BAJET
Harini rasa tergerak untuk mengarang tentang BAJET. Bukan nak meroyan tetapi sekadar berkongsi. Biasa sangat dengar kan xde bajet, bajet lari, bajet demam kepialu dan mcm2 lagi. Masalahnya persoalan dia, ada buat ke tidak bajetnya. Biasanya yg ckp mcm ni x pernah wujud pun bajet dalam hidup dia. Jadi harini kita blajar asas untuk bajet.
Asas bajet yang PERTAMA
BAJET MESTI IKUT NISBAH
Nisbah secara amnya terbahagi pada dua iaitu Perbelanjaan & Simpanan. Jadi Perbelanjaan : Simpanan
Contoh nisbah ialah:
a. 90:10 (untuk baru2 mula atau dalam kewangan yg tenat)
b. 80:20 (bajet yg sihat)
c. 70:30 (org yang hebat)
Kalau 100% perbelanjaan atau melebihi pendapatan tu anda sedang menggali kubur sendiri silap2 menggali kubur orang sekeliling anda sekali.
Asas bajet KEDUA
KEDUA-DUA NISBAH PERLU DIPECAHKAN KEPADA BEBERAPA BAHAGIAN
Contoh pecahan Nisbah:
PERBELANJAAN 80%
i. Kenderaan 15% (dalam ni termasuk semua sekali bayaran balik pinjaman, roadtax + insurance renewal dan kos penyelenggaraan. Boleh kira siap2 bahagi average bulan2 berapa)
ii. Rumah 25% (dalam ni termasuk, sewa/ bayaran balik pinjaman, security/yuran penyelenggaraan/lot parkir kereta)
iii. Perbelanjaan bulanan 40% (termasuk segala bil, makan minum, kos minyak/tol, insuran/takaful yang bukan milik sendiri contoh untuk anak2 atau pasangan sekiranya anda pembayar, rokok, astro & etc
SIMPANAN 20%
i. Simpanan jangka panjang 10% (contoh platform ekuiti, saham, bond/sukuk, emas)
ii. Simpanan jangka pendek 5% (contoh platform Tabung Haji, ASB, Fixed Deposit. Ini juga boleh digunakan untuk emergency dan disyorkan diteruskan sehingga capai amaun minimum 3-6 bulan gaji tp kalau teruskan smpai bila2 lg bagus)
iii. Takaful 5% (keutamaan perlindungan adalah penggantian pendapatan dan bayaran balik hutang, kad perubatan adalah priority yg kedua sekiranya mencukupi)
Asas bajet KETIGA
SENTIASA IKUT & UBAHSUAI BAJET SEKIRANYA PERLU
i. Ikut bajet tu cukup jelas kan
ii. Ubahsuai ni sekiranya ada terlebih di bahagian kenderaan atau perumahan, WAJIB ubah dan berkorban di bahagian PERBELANJAAN BULANAN yg 40% SAHAJA
contoh:
i. Biasa makan luar dan makan lauk sedap2 ubah suai disini dahulu kerana makan ikut keperluan vs makan ikut tekak tidak memberi impak luar biasa hebat terhadap intelek anda sedikit pun. Esok lusa dia masih berakhir di lubang tandas.
ii. Rokok, kalau x boleh berenti cari alternatif lain untuk kurangkan kos merokok (abam buat yg ni dari asal RM500++ sebulan jadi RM120. RM400 jimat tiap bulan tu b*k kan. Yg penting kurangkan alasan lebihkan tindakan.)
iii. Hiburan yg kena komit bulanan seperti astro dan sebagainya boleh ditutup sementara lebih2 lagi kalau dah ada internet di rumah. Pilih lah salah satu. Alhamdulillah abam buat & masih hidup dan sihat lagi. Belum demam sbb tak subscribe lagi.
Rasanya dah panjang berceloteh. Revisit & review bajet anda, kalau x pernah buat bajet mulalah SEKARANG dan di dalam bentuk BERTULIS bukan congak2 dek akal ye.
Moga bermanfaat perkongsian ni.
Kalau kurang faham dan nak tahu lebih mendalam ringan2 kan bertanya. Apa2 roger abam ye. Free je x caj ikut jam pun
For consultation kindly click link below
www.wassap.my/60172607114/NeedAdvice
Muhamad Hanis Bin Muhamad Bazil
Islamic Financial Planner