24/09/2025
✨ Nasib vs Strategi Dalam Pelaburan Unit Trust?
Bayangkan dua orang klien saya:
📌 Klien A – “One Time Lucky”
Beberapa tahun lalu, Klien A melabur sekali gus RM10,000 dalam unit trust. Kebetulan pada masa itu, harga unit berada pada paras rendah. Selepas beberapa tahun, nilai pelaburannya naik dengan cantik. Kalau ditanya dia sekarang, mungkin dia akan kata:
“Nasib baik saya masuk masa harga murah dulu.”
📌 Klien B – “Consistent Builder”
Klien B p**a seorang yang sibuk bekerja. Dia hanya mula melabur setahun kemudian, ketika harga unit sudah pun meningkat. Tetapi dia pilih strategi melabur bulanan RM500. Adakalanya harga naik, adakalanya turun. Kadang-kadang rasa macam “eh, kenapa tak masuk awal-awal?”.
⸻
💡 Apa jadi selepas 10 tahun?
➡️ Klien A memang untung sebab dia masuk pada masa harga unit dalam paras rendah. Tuah Masa
➡️ Klien B p**a tak perlu bergantung pada nasib semata-mata. Walaupun mula agak lambat dan melabur dalam amount kecil setiap bulan secara konsisten, kos pelaburannya jadi lebih stabil kerana dia membeli unit pada pelbagai harga. Inilah konsep Ringgit Cost Averaging (RCA) – purata harga unit jadi seimbang dalam jangka panjang dan memberi keuntungan kepada simpanan pelaburan klien.
⸻
📊 Moral of the Story
🔹 Pelaburan sekali gus pada harga rendah boleh beri p**angan besar — jika kena masa. Tapi itu bergantung pada faktor yang tiada siapa boleh ramalkan: nasib dan timing.
🔹 Pelaburan secara konsisten (RCA) p**a mengurangkan risiko tersalah timing. Ia lebih sesuai untuk pelabur yang mahu kurangkan tekanan, urus risiko, dan membangun kekayaan berperingkat.
⸻
🌱 Kesimp**an
Dalam pelaburan unit trust:
• Timing boleh untungkan anda… tapi risiko juga besar. High risk high return. Ramalan harga pasaran yang tepat mempunyai risiko ketidaktentuan.
• Disiplin dan konsistensi sentiasa menang dalam jangka panjang. Strategi menguruskan risiko dengan pelaburan berkala juga boleh memberikan keuntungan kepada simpanan berbentuk pelaburan.
💬 Jadi, anda mahu bergantung pada nasib atau strategi? Hari tak selamanya panas, tuah takkan selalu memihak. Melabur dengan strategi dan berkala juga mendatangkan keuntungan. Sikit- sikit, lama-lama jadi bukit.
Coretan ✒️
Mama Unit Trust Consultant & Life Planner
02/09/2025
Sembang mak-mak
Di kalangan rakan2 saya ada anak yang sudah grad dan dapat pekerjaan. Alhamdulillah, tahniah!! Ibu bapa mana yang tak happy dengan rezeki anak2, lebih2 lagi bila anak2 mendapat pekerjaan dengan tawaran gaji yang besar berbanding masa kami mula2 bekerja dahulu. Anak kawan 1 gaji permulaan rm3500, anak kawan 2 gaji rm5000, fresh graduate tiada pengalaman hanya berbekalkan kelulusan. Mungkin ada yang bermula dengan gaji yang lebih rendah, takpe.. in shaa Allah rezeki gaji yang lebih besar lepas dapat pengalaman bekerja. Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah mindset yang perlu diubah dalam pengurusan & perancangan kewangan especially untuk anak2 muda yang baru mengenali dunia pekerjaan.
💡 Simpan Dahulu, Belanja Kemudian (save first spend later)- Kenapa Mula Awal Itu Penting
Ramai antara kita mula bekerja pada usia 23–25 tahun, bila pertama kali merasa gaji sendiri. Godaan utama? Belanja dulu, nikmati hidup, dan fikir pasal simpanan atau pelaburan “kemudian.”
Tapi hakikatnya: lagi awal anda mula, lagi besar peluang wang anda untuk berkembang. Inilah kuasa compounding.
Mari kita tengok contoh mudah 👇
⸻
🎯 Contoh: RM200 sebulan selama 10 tahun (mula umur 25)
Pilihan A – Simpan Sahaja
💵 RM200 × 12 bulan × 10 tahun = RM24,000
Duit hanya duduk dalam akaun bank.
Pilihan B – Melabur (p**angan purata 8% setahun)
📈 RM200/bulan dilaburkan selama 10 tahun = ±RM36,000
Bezanya = lebih RM12,000, tanpa perlu kerja lebih masa!
⸻
🔑 Kenapa penting mula pada usia 25?
✅ Pada peringkat ini, kebanyakan masih belum ada komitmen besar (loan rumah, anak, dll).
✅ Boleh mula kecil — RM200/bulan pun dah cukup.
✅ Pada usia 35, duit itu boleh jadi deposit rumah, modal bisnes kecil, atau tabung kecemasan.
⸻
⏳ Kos Menunggu (Opportunity Cost)
Kalau tunggu hingga umur 35 baru mula, anda perlu simpan dua kali ganda untuk capai jumlah yang sama — dan masih ketinggalan bila sampai usia persaraan. Masa adalah aset paling berharga, dan bila hilang, ia tak akan kembali.
⸻
🚀 Kesimp**an
Jangan terjebak dengan mindset “nanti bila gaji besar baru simpan.”
Mula sekarang, walau kecil, dan biarkan compounding bekerja untuk anda.
👉 Diri anda pada usia 35, 45, malah 65 nanti akan berterima kasih kerana disiplin yang anda mulakan hari ini.
Simpan dahulu, belanja kemudian. Melabur awal, berkembang lebih besar.
Untuk mak2 sampaikan mesej ini kepada anak2. Untuk anak2 muda, moga bermanfaat.
Coretan
Mama Life Planner & Unit Trust Consultant
26/08/2025
Mitos vs Fakta Kerjaya Unit Trust Consultant
(🚨Alert!! post yang agak panjang)
Saya diperkenalkan ke dunia kerjaya sebagai unit trust consultant dgn naratif masa kerja fleksibel, untuk yang biasa bekerja dgn masa 8-5, sedikit teruja mendengarnya.. yang sebenarnya perspektif ini harus direset dalam erti kata untuk berjaya dalam kerjaya ini, masa yg fleksible ini tadi harus lebih diperincikan kriterianya.
Saya nak senaraikan serba sedikit mitos vs fakta kerjaya unit trust consultant supaya anda tahu kerjaya ini boleh jadi platform untuk berjaya dan bukan hanya jadi agent picisan (sakitnya tu di sini 😅)
Mitos 1:
👉 Kerja UTC boleh ikut s**a hati masa, tak perlu disiplin.
Fakta:
⏱ Fleksibiliti ada, tetapi kalau mahu berjaya dan sustain dengan pendapatan, perlu disiplin, konsisten jumpa prospek & servis klien. Fleksibiliti = kawal masa sendiri & disiplin, bukan bermaksud “kerja bila rajin saja”. Anggaplah anda bekerja sepenuh masa sama seperti bekerja di pejabat.
Mitos 2:
👉 Income senang dan cepat datang.
Fakta:
💰 Pendapatan hanya datang bila ada usaha prospecting, closing, dan servicing. Awal-awal mungkin perlahan, tetapi dengan konsistensi, income boleh jauh lebih besar dari kerja makan gaji. Percaya dengan rezeki yang Allah beri.
Mitos 3:
👉 Kerja UTC hanya menjual produk unit trust.
Fakta:
📊 UTC adalah perancang kewangan berlesen dalam pelaburan unit trust, berperanan untuk educate, beri pencerahan pasaran, bantu klien capai matlamat kewangan (pendidikan anak, persaraan, rumah pertama, dsb).
Mitos 4:
👉 UTC kerja seorang diri, tiada sokongan.
Fakta:
👥 UTC biasanya bernaung di bawah agensi/team dan Syarikat Unit Amanah. Ada sistem latihan, coaching, dan support sistem. Sesiapa pun boleh berjaya jika aktif gunakan support system. Kami di Public Mutual disediakan dengan platform online yang dilengkapi dengan pelbagai latihan, info serta monitoring sistem yang dapat membantu secara efektif untuk Berjaya. Malah UTC juga boleh mendapatkan support daripada team member dan leader masing-masing. Kunci kata di sini ialah aktif dan sentiasa tambah pengetahuan dan asah Kemahiran yang diperlukan.
Mitos 5:
👉 Kerja ni sesuai untuk extrovert sahaja.
Fakta:
🧑💼 Introvert pun boleh berjaya – kerana yang penting adalah ilmu, konsistensi, dan kemampuan membina kepercayaan dengan prospek/klien, bukan semata-mata pandai bercakap.
🛠 Bagaimana untuk Bersedia Jadi Unit Trust Consultant
1.Fahami Produk & Pasaran – kuasai asas pelaburan, risiko, p**angan, dan cara jelaskan dengan mudah untuk difahami.
2.Asah Soft Skills dan sentiasa cakna dengan keadaan ekonomi dan pelaburan – communication, listening, dan relationship building. Training tu penting
3.Mindset Bisnes – anggap diri usahawan, bukan pekerja. Income = hasil usaha, bukan gaji tetap. Bina team/ agensi seperti anda menubuhkan syarikat sendiri untuk berkembang dan sukses dalam bisnes
4.Sediakan Modal Masa & Kewangan – awal-awal mungkin belum ada pendapatan besar, jadi perlu ada buffer, perlu lebihkan usaha, korbankan masa dan sibukkan diri untuk tingkatkan income dan bina team.
5.Cari Mentor & Networking – pelajari daripada agensi melalui sistem latihan yang kuat, dapatkan mentor, boleh rujuk kepada leader atau team member juga mereka yang berpengalaman.
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Kerjaya sebagai unit trust consultant memberi peluang untuk anda membina bisnes sendiri, bukan sekadar kerja. Ia boleh menjadi kerjaya yang memberi manfaat kepada orang ramai untuk membina kesedaran, merancang kewangan dan mencapai Impian.
Next , nak tips untuk berjaya dalam kerjaya UTC & dapat pendapatan yang lumayan lebih daripada gaji anda sekarang? Kita sambung part 2 lah ye 😁
Masih mencari kerja atau ingin mengubah kehidupan anda? jom kita sama-sama 💪💪💪.
Nak tahu lebih lanjut, dm saya.
04/08/2025
Strategi perlindungan kewangan. Simple..ambik plan perlindungan takaful masa sihat. Jangan cakap akak tak payung.
“Sihat pun kena ada Takaful? 🤔
Mestilah. Ini sebabnya.” ⬇️
Bayangkan pagi ni cuaca elok je cantik, tapi kita nak keluar ni sebab nak pergi kerja, tetap capai payung simpan dalam beg. Kenapa??🌂☂️
Mungkin kita fikir, “Tak perlu pun sekarang.” Tapi kalau bijak, kita ambil juga — sebab kita tahu cuaca boleh berubah bila-bila masa. 🌞⛈️🌤🌩🌪
Plan takaful pun sama.
Bukan sebab takut, tapi sebab kita nak bersedia.
"It''s not about fear. It's about being smart"
✅ 1. Bila sihat dan muda, caruman lebih rendah & perlindungan lebih baik.
Masa sihat, kita layak mohon dengan mudah. Tak perlu loading, tak banyak sekatan (exclusions etc). Masa ni lah paling untung untuk mulakan. Masa nilah kita ada the most leverage.
✅ 2. Kelulusan lebih mudah & jaminan awal.
Kalau dah ada perlindungan, kita tak risau kalau kesihatan berubah. Apa pun jadi nanti, polisi dah aktif dan lindungi kita. Tenang sepanjang masa.
Peace of mind on standby.
✅ 3. Takaful adalah tapak dan asas perancangan kewangan yang kukuh.
Macam simpanan & pelaburan yang merupakan grow strategy— takaful adalah pelindung atau protect strategy. Kalau berlaku kecemasan, tak ganggu simpanan atau pelaburan yang kita bina utk kita dan keluarga.
✅ 4. Tindakan orang yang bertanggungjawab.
Bila kita sihat dan masih ambil takaful, itu tanda kita fikir jauh. Kita tak tunggu masalah — kita buat keputusan sekarang untuk jaga masa depan.
⸻
Kesimp**an:
Ambil takaful kerana anda sihat, bukan sebab takut.
Sebab masa sihat, kita ada banyak pilihan dan lebih mampu merancang.
Sediakan payung walaupun hari elok, cuaca cantik. Bukan tunggu hujan turun baru kelam kabut cari perlindungan.
Jangan cakap akak tak payung ☂️☂️☂️
Ingat tauu
It's not about fear. It's about being smart
Coretan Isnin
Mama Life planner & Unit Trust/PRS consultant
04/08/2025
“Sihat pun kena ada Takaful? 🤔
Mestilah. Ini sebabnya.” ⬇️
Bayangkan pagi ni cuaca elok je cantik, tapi kita nak keluar ni sebab nak pergi kerja, tetap capai payung simpan dalam beg. Kenapa??🌂☂️
Mungkin kita fikir, “Tak perlu pun sekarang.” Tapi kalau bijak, kita ambil juga — sebab kita tahu cuaca boleh berubah bila-bila masa. 🌞⛈️🌤🌩🌪
Plan takaful pun sama.
Bukan sebab takut, tapi sebab kita nak bersedia.
"It''s not about fear. It's about being smart"
✅ 1. Bila sihat dan muda, caruman lebih rendah & perlindungan lebih baik.
Masa sihat, kita layak mohon dengan mudah. Tak perlu loading, tak banyak sekatan (exclusions etc). Masa ni lah paling untung untuk mulakan. Masa nilah kita ada the most leverage.
✅ 2. Kelulusan lebih mudah & jaminan awal.
Kalau dah ada perlindungan, kita tak risau kalau kesihatan berubah. Apa pun jadi nanti, polisi dah aktif dan lindungi kita. Tenang sepanjang masa.
Peace of mind on standby.
✅ 3. Takaful adalah tapak dan asas perancangan kewangan yang kukuh.
Macam simpanan & pelaburan yang merupakan grow strategy— takaful adalah pelindung atau protect strategy. Kalau berlaku kecemasan, tak ganggu simpanan atau pelaburan yang kita bina utk kita dan keluarga.
✅ 4. Tindakan orang yang bertanggungjawab.
Bila kita sihat dan masih ambil takaful, itu tanda kita fikir jauh. Kita tak tunggu masalah — kita buat keputusan sekarang untuk jaga masa depan.
⸻
Kesimp**an:
Ambil takaful kerana anda sihat, bukan sebab takut.
Sebab masa sihat, kita ada banyak pilihan dan lebih mampu merancang.
Sediakan payung walaupun hari elok, cuaca cantik. Bukan tunggu hujan turun baru kelam kabut cari perlindungan.
Jangan cakap akak tak payung ☂️☂️☂️
Ingat tauu
It's not about fear. It's about being smart
Coretan Isnin
Mama Life planner & Unit Trust/PRS consultant
29/07/2025
Trust Tuesday (Tabung pendidikan🎓)
"Anak saya baru darjah satu… tapi saya dah risau pasal duit nak hantar dia belajar nanti.”
Minggu lepas saya jumpa seorang ibu, puan Aina. Kami duduk sembang sambil ngopi ☕️
⸻
Puan Aina:
“Saya nak simpan untuk anak saya, umur 7 tahun. Tapi rasa macam awal sangat… bila sebenarnya waktu terbaik nak mula?”
Saya jawab:
“Jawapannya… sekarang lah yang paling baik, puan. Lagi awal mula, lagi banyak peluang duit tu ‘beranak’ melalui compounding. Macam tanam pokok… kalau mula sekarang, sempat besar sebelum kita petik hasil.”
⸻
Puan Aina:
“Kalau anak nak belajar luar negara, contoh UK… boleh ke unit trust cover?”
Saya explain:
“Boleh sangat! Puan Aina boleh pilih dana yang ada pendedahan pada negara atau mata wang tersebut. Kita boleh check berapa kos belajar kat sana dengan anggaran kos tengok jenis kursus dan berapa lama belajar. Boleh set target dulu.
⸻
Puan Aina:
“Kalau nanti umur anak dah 16, 17… dekat nak masuk U… masa tu nak buat apa dengan pelaburan tu?”
Saya kata:
“Masa tu puan Aina boleh semak semula jumlah yang dah terkumpul dan mula alih dana ke pilihan lebih selamat — macam dana balanced atau pasaran wang. Sebab masa tu, kita dah tak boleh ambil risiko tinggi, kita fokus nak simpan hasil pelaburan.”
⸻
Puan Aina angguk.
“Maksudnya walaupun sekarang saya tak banyak duit nak mula, kalau konsisten dan pandai urus, boleh juga sediakan dana anak nanti.”
Saya senyum.
“Betul. Mula dengan apa yang mampu. RM150 sebulan pun cukup untuk mula. Lagi penting — mula sekarang. Mula awal tak kalut puan."
⸻
📌 Masa depan anak bermula dengan tindakan ibu hari ini.
Lagi awal, lagi tenang bila tiba masanya.
📲 Kalau nak saya bantu rancang pelaburan pendidikan anak ikut bajet, komen atau DM “TABUNG EDU” — saya bagi guide percuma.
28/07/2025
Money moments : Cerita gaji tak pernah cukup
"Kerja dah 2 tahun… tapi duit selalu habis sebelum hujung bulan.”😪
Gaji masuk, terus rasa lega.
Mula la nak order GrabFood, online shopping kat Shopee sikit, bayar ansuran itu ini.
Hidup nampak okay, tapi tak pernah catat apa dibelanja.
Sampai satu hari — ada kenduri kawan, poket kosong.
Minyak pun tinggal dua bar.
Baru sedar — gaji RM3,000 pun tak cukup kalau tak tahu ke mana
Anak muda, mulalah belajar buat bajet.
Pecah gaji ikut kategori: simpan, belanja, enjoy & sedekah.
Guna apps bajet yang free, atau tulis je dalam Notes.
Lepas 2 bulan, hidup lebih tenang — ada simpanan, kurang stress.
📌 Bajet bukan untuk orang tak cukup duit.
Ia untuk orang yang nak kawal masa depan dia.
💰💰Bila dah faham bajet sendiri, mulakan langkah untuk menyimpan secara berkala dan kembangkan simpanan.
Kejayaan menguruskan kewangan dengan baik bukanlah bergantung kepada berapa bijaknya anda tetapi lebih kepada habit dan tingkah laku anda terhadap wang. (The psychology of money)
Coretan Isnin,
Mama the Life Planner & Unit trust/PRS Consultant
03/07/2025
🪴 “Saya ingatkan akan dapat dividen, tapi kenapa tak masuk-masuk?” — Cerita kedai kopi Pelabur Unit Trust
Baru-baru ni saya buat investment review dengan seorang klien. Dia ada unit trust investment baru beberapa tahun, tapi bila kami bincang lebih dalam… barulah saya sedar satu benda, walaupun saya sudah terangkan masa awal2 dulu, masih belum faham ataupun ingat2 lupa agaknya 🥲
Dia ingatkan setiap tahun mesti dapat dividen, sebab dalam senarai pegangan dana tu ada nama-nama besar — syarikat blue-chip yang memang selalu umumkan dividen.
Tapi realitinya? Tak semua unit trust bayar dividen secara tetap ye. 😮💨
⸻
📌 Apa Yang Kita Kena Faham Tentang Pelaburan Unit Trust?
1. Unit Trust ≠ Saham Individu
Bila kita beli saham syarikat seperti TNB, Nestle etc, memang kita boleh dapat dividen kalau syarikat umumkan. Tapi bila kita beli unit trust, kita sebenarnya beli saham portfolio yang diuruskan oleh fund manager. Dana tu p**a ada matlamat tersendiri.
2. Baca Objektif Dana (tanya konsultan anda jika tak pasti)
👉 Kalau objektif dana fokus kepada capital growth (pertumbuhan modal), maknanya strategi dana adalah beli dan simpan (hold) pelaburan yang berpotensi naik dalam jangka masa panjang. Dividen bukan keutamaan.
👉 Kalau dana berfokus kepada income atau ada distribution policy yang tetap, barulah kita boleh jangka ada agihan secara berkala.
3. Distribution ≠ Dividen
Banyak pelabur keliru. Agihan (distribution) dari unit trust tak semestinya dividen dari syarikat. Ia mungkin datang daripada keuntungan jual beli dalam dana itu sendiri. Dan bila dana nyatakan “incidental distribution”, maksudnya agihan hanya akan dibuat jika ada peluang, bukan setiap tahun.
⸻
💡 Moral of the Story:
Unit trust boleh jadi alat pelaburan yang sangat berpotensi untuk capai matlamat kewangan jangka panjang — TAPI kita kena faham apa kita beli.
✔️ Jangan hanya tengok nama syarikat dalam pegangan dana.
✔️ Lihat objektif dana dan polisi agihan dana.
✔️ Tanya konsultan anda: “Dana ni sesuai untuk apa? Income ke growth?”
✔️ kenalpasti risk appetite anda kerana setiap jenis pelaburan ada risikonya. Sesuaikan dengan matlamat kewangan yang ingin dicapai dan tempoh masa pelaburan. (Boleh rujuk dan minta pendapat konsultan anda)
⸻
📈 Kalau anda ada pelaburan unit trust sekarang — bila kali terakhir anda semak balik objektif dana anda? Masih selari dengan matlamat kewangan hidup anda?
Kalau belum dan tak pasti… mungkin dah sampai masa untuk duduk dan buat review semula. 😉
🖍 coretan mama unit trust consultant & life planner
Gambar berkaitan kisah klien pm saya bertanya buku ni saya yang beri ke? Saya pun ingat-ingat lupa..moga bermanfaat untuk klien. Melabur saham akhirat juga matlamat dlm kehidupan kita.
17/06/2025
Adam's Money Game
Trading vs Investing vs Crypto
Sometimes, yang pelik2 aja soalan daripada anak bertuah ni. 🤯
Balik daripada makan malam, dalam kereta tiba-tiba anak remaja saya, Adam bertanya "mama, apa beza trading dengan investment? Apa p**ak crypto investment?
Soalan yang menguji knowledge profession mamanya yg ada kaitan dengan investment & financial planning
Ok..chill mama..😇..jom kita jawab guna analogi game sebab Adam minat gaming (typical teenagers)
Ok..bayangkan Adam ada 3 cara nak buat duit dalam 'dunia maya' game favorite adam..
1.Trading - Main untuk menang pantas/cepat
⚔️ macam main game yang banyak jual beli item setiap hari.
Adam beli pedang lejen pagi harga rm100, petang jual rm120
➡️ untung cepat, tapi kena alert. Kalau silap boleh rugi ⏬️
"Trading tu macam main game speedrun - cepat naik, cepat jatuh kalau tak pandai control"
2. Investment - game strategi yang panjang ; main untuk long game
🏘 Adam beli tanah dalam game dan biar ia berkembang, lepas setahun dlm dunia maya tanah tu jd kota besar dan ada value tinggi.
➡️ Adam tak jual hari2, adam tunggu nilai naik dalam masa panjang
"Investing tu macam main game building simulator - slow, steady tapi hasil besar dlm tempoh masa yg lama"
3. Crypto Investment - dunia game tapi real-world duit
🪙 Crypto ni macam beli barang dlm game yang boleh dijual kat dunia sebenar. Tapi harga dia naik turun ikut ramai orang s**a atau tak.
➡️ Ada potensi untung besar, tapi juga risiko besar sebab tak stabil.
"Crypto macam beli skin rare - esok laku, lusa mungkin tak.
"So Adam, trading tu untuk yang sanggup fokus selalu dan cepat bertindak, investment p**a untuk yang sabar dan sanggup tunggu untuk satu jangkamasa yang lama. Crypto?? Kena belajar betul-betul dulu sebelum cuba masuk. Dapat sesuatu??"
Adam sengih2 je, mengangguk tanda faham.
Nak anak-anak celik kewangan? Mulakan dengan perbualan kecil. Yang penting: bukan jawapan, tapi cerita yang kita sampaikan.
♥️
✨️
💰
📖
🖍coretan Mama unit trust consultant & Life Planner
19/05/2025
🌱
“Mama, duit ni boleh tak simpan kat tempat yang ada compounding interest?”
Saya terkedu.
Itulah soalan anak saya yang masih bersekolah menengah — baru saja belajar tentang faedah berganda (compounding interest) dalam subjek Matematik. Lebih mengejutkan, dia hulurkan segenggam wang tunai — hasil lebihan duit belanja mingguan yang disimpan sendiri sejak awal tahun di asrama.
Sebagai seorang ibu, saya rasa terharu dan bangga.
Bukan kerana jumlahnya besar. Tapi kesedaran dan usaha dia untuk menyimpan, dan keinginan untuk belajar tentang pelaburan.
💡 Dari tabiat menyimpan ➜ kepada kuasa compounding
Inilah peluang saya untuk kongsi dengan anak:
✅ Apa itu compounding — duit yang dijana akan turut menjana lebih banyak duit jika dibiarkan bertambah.
✅ Kenapa mula awal itu penting — lebih lama masa, lebih tinggi kesan gandaan walaupun dengan jumlah kecil.
✅ Bezakan simpanan & pelaburan — simpan untuk keselamatan jangka pendek, labur untuk pertumbuhan jangka panjang.
✅ Instrumen mudah — Akaun SSPN, ASB, Tabung Haji, atau unit amanah yang patuh syariah.
Saya bantu dia pilih tempat simpanan sesuai, dan tunjuk cara tengok p**angan.
📘 Bagaimana kita boleh semai minat ini dalam anak-anak?
Cerita & perbualan harian
Bercakap tentang duit bukan tabu. Jadikan ia topik yang normal dalam rumah — dari beli barang dapur hingga bajet percutian.
Ajar nilai duit dari kecil
Galakkan simpan sebahagian dari duit raya atau belanja sekolah. Beri pujian atas usaha, bukan jumlah.
Libatkan mereka dalam keputusan
Contoh: “Kalau simpan RM10 sebulan, berapa dapat setahun?” Bantu mereka kira dan fikir sendiri.
Gunakan apps atau buku bajet
Ajar guna tools mudah untuk rekod simpanan & sasaran kewangan — boleh jadi bonding time yang berharga.
❤️ Sebagai ibu, saya belajar sesuatu juga
Kadang-kadang, bila kita tanam nilai-nilai kecil secara konsisten, anak-anak akan tunjuk hasilnya pada waktu yang tak dijangka.
Dan bila mereka sendiri mula bertanya tentang “compounding”, kita tahu — masa untuk bimbing jadi pelabur bijak sudah pun bermula.
Jika anda ada anak-anak yang mula tunjuk minat pada duit, jangan sia-siakan peluang itu.
💬 Kongsikan juga pengalaman anda mendidik anak tentang kewangan — mari kita belajar bersama.
-Diari mama konsultan unit amanah dan life planner-
08/05/2025
Strategi Simpanan & Pelaburan Semasa Ekonomi Tidak Stabil.
(sesuai untuk individu yang bekerja tetap)
Jadilah pelabur yang konsisten & bijak walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu. Jom kita semak strategi anda, tandakan jika strategi itu sudah anda lakukan.
1. Asas Kewangan yang kukuh - dana kecemasan
- simpan 3-6 bulan gaji bersih
- Guna akaun mudah cair : Tabung Haji, ASB, akaun simpanan, dana money market.
2. Amalkan Dollar Cost Averaging
- Teruskan pelaburan bulanan
- Beli unit lebih banyak bila harga tengah diskaun
- Unit Amanah, ASNB
3. Pilih pelaburan yang sesuai dengan Risk Appetite
- kecenderungan risiko selalunya dikaitkan juga dengan umur, objektif dan tempoh pelaburan yang anda rancang
- pastikan dana pasaran patuh shariah
- jika inginkan ambil kesempatan atas market diskaun dan
tempoh pelaburan dan objektif yang masih lama untuk dicapai
tak salah jika menyimpan dalam dana yang berbentuk ekuiti
- Jika inginkan kestabilan, dana campuran (mixed asset/ balance), sukuk/bon Islam boleh jadi pilihan anda
- Buat portfolio pelaburan yang bersesuaian dengan umur juga adalah satu tindakan yang bijak
4. Kawal Aliran Tunai dan komitmen
- semak bajet dan kurangkan liabiliti
- elak hutang baru
- kurangkan langganan dan perbelanjaan tidak penting
5. Pastikan ada perlindungan Takaful
- Lindungi diri dan keluarga hendaklah jadi keutamaan setiap masa.
- Sediakan takaful perlindungan pendapatan (nyawa dan penyakit kritikal) dan takaful perubatan
- Elak 'korek' simpanan untuk kos rawatan
- Elak juga guna simpanan persaraan atau tabung anak2 sekiranya terpaksa bercuti tanpa gaji semasa tempoh sakit kritikal.
- penting untuk melindungi keluarga sekiranya berlaku kematian atau ketidakupayaan kekal.
6. Jangan cuba-cuba nak kaya cepat dengan terjebak scam atau pelaburan berisiko tinggi yang mungkin spekulatif
- Skim cepat kaya
- Saham berisiko tinggi tanpa ilmu, terikut-ikut dan fomo
- melabur kripto tapi xde pemahaman
Bila bekerja tetap = kestabilan. Gunakan untuk bina kewangan yang kukuh. gunakan masa ini untuk bina pelaburan yang konsisten. dari perspektif kestabilan, peluang anda adalah lebih baik dari yang tidak tetap.
SEMAK BAJET & PELABURAN ANDA HARI INI.