Shahril Takaful Advisor

Shahril Takaful Advisor

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Shahril Takaful Advisor, Financial Consultant, Seremban.

20/10/2022

Jangan silap letak penerima hibah

8/10 client wanita berkahwin sign up Takaful dgn saya taknak letak nama suami sbg penerima hibah. Katanya tak percaya suami & namakan anak bwh 18 tahun sbg penerima hibah

10/10 client lelaki berkahwin letak isteri sebagai penerima hibah

Saya tanya kenapa isteri namakan anak bawah 18 tahun sebagai penerima hibah?

Depa semua bagi jawapan yang sama

"Shahmi , saya tak nak letak suami sebagai penerima hibah sebab tak percaya kat suami. Takut lepas dia mati nanti suami guna duit pampasan Takaful untuk kahwin lain"

Sebagai ejen takaful, saya tak kisah siapa yang hampa nak letak sebagai penerima hibah.

Tapi sebagai orang yang ada ilmu tentang ni, saya nasihatkan semua client saya supaya letak suami atau sesiapa sahaja yang berusia 18 tahun keatas.

Kenapa? Saya jelaskan

Tujuan utama kita ambil takaful adalah untuk sediakan aset CASH apabila kita meninggal dunia. Cash tersebut akan dibayar terus ke dalam akaun bank penerima hibah.

Jika penerima hibah atas 18 tahun, dia akan dapat direct. Tapi jika hibah kepada bawah 18 akan ada masalah besar!

Tahukah anda, dlm Akta Kewangan Islam 2013 (IFSA 2013) ada mention:

Syarikat Takaful hanya akan bayar max RM50k je kepada waris yg buat tuntutan bagi pihak anak bawah 18 tahun!

Selebihnya akan DISERAHKAN kepada Amanahnya!

Puan-puan sekalian, kesimp**annya tujuan kita ambik hibah takaful ni utk dapatkan cash tunai dgn lebih cepat

Tetapi, disebabkan curiga & tak percaya kat suami anda letak anak bawah umur kan dah defeat the purpose?

Tak pasal-pasal duit pampasan takaful dpt sikit & terbeku

Nasihat saya, jika tak percayakan suami, letak la individu atas 18 tahun yang lain contohnya mak, ayah, adik beradik ataupun BFF

Jangan letak ejen takaful sebagai penama hibah p**ak!

Paling penting diorang tu amanah sebab duit pampasan akan masuk terus ke dalam akaun bank mereka

Kredit: Wan Ahmad Shahmi

Jom Takaful

27/09/2022



ADA APA DENGAN HIBAH TAKAFUL

Cara mudah untuk waris terus dapat WANG TUNAI SEGERA adalah melalui sijil Takaful.

Hibah adalah hadiah atau pemberian hasrat ketika pemberi masih hidup kepada sesiapa saja yang dia nak bagi. Dalam Takaful, hibah adalah pampasan kematian dalam bentuk wang tunai.

Hibah Takaful juga sebagai ikhtiar dari seorang ‘Breadwinner’ buat waris yang ditinggalkan supaya mereka masih mampu meneruskan kehidupan seperti biasa dan boleh maintain lifestyle walaupun pencari nafkah utama dah meninggal dunia.

Sudahlah sedih sebab hilang orang tersayang, tak kan nak downgrade lifestyle, betul tak?

Kenapa Hibah Takaful ni setiap orang perlu ada?
Kerana Hibah Takaful adalah hak mutlak penerima dan tidak perlu melalui proses perwarisan harta pusaka. - Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA 2013).

Sekarang ni dah banyak pelan Hibah Takaful yang mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.

Cuma yang belum ada tu buatlah pilihan yang bijak sebab keperluan kita tak sama dengan orang lain, murah tak semestinya sesuai dengan keperluan kita.

Hari ni saya nak offer kepada 5 orang terawal untuk mendapatkan khidmat nasihat PERCUMA berkenaan keperluan Hibah untuk keluarga awak.

Boleh terus whatsapp 👇🏻👇🏻👇🏻
https://wa.link/033yzo

25/09/2022

“Saya ada nak beli rumah ni. Tapi nak ambil MRTT ataupun MLTT ni? “

🏠Beza antara MRTT dan MLTT 🏠

Dua insurance rumah yakni perlindungan aset yang patut diambil tahu. Ramai yang tidak ada ilmu pasal ini.

Bila submit loan, Bank akan meyakinkan anda untuk mengambil MRTT kerana itu keuntungan untuk mereka.

Persoalannya nak bagi untung dekat bank ataupun dekat diri kita sendiri?
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Disini yang “summarize “ kan untuk anda semua:

📌MRTT akan membiayai lebihan hutang sahaja.

📌MLTT p**a satu “mechanism transfer of risk”

Kenapa saya cakap macam tu:

Contohnya jika harga Rumah : RM297,000

Situasi : Selepas 7 tahun bayar, baki pinjaman tinggal RM 160,000. Owner rumah meninggal dunia.

Jika ambil MRTT : Bank hanya akan membayar lebihan baki pinjaman iaitu RM160,000 .
✅Dan rumah tersebut akan dapat kepada isteri. Waris perlu agihkan kepada waris faraid sebab hak isteri atas rumah tu cuma 1/8 sahaja.

Jika MLTT: Waris akan menerima pampasan RM297,000 . Baki pinjaman RM 160,000 dapat dilunaskan .
✅Rumah tersebut akan dapat kepada isteri.
✅Dan ada lagi lebihan sebanyak RM137,000 untuk isteri!
✅ Duit RM137,000 boleh dibayar kepada waris faraid untuk jadikan rumah hak milik isteri sepenuhnya.

Itulah dia Hibah!
Kelebihan MLTT ini dia include sekali dengan hibah kepada waris kita.

Dan satu lagi kelebihan MLTT , ia bukan sekadar perlindungan untuk aset anda , ia juga tempat pelaburan.

Lagi satu jika dalam tempoh pinjaman tu, berlaku penyakit kritikal @ lumpuh, caruman MLTT jadi PERCUMA tak perlu bayar lagi tapi caruman MRTT masih jalan seperti biasa.

Jadi dengan Ambil MLTT:
✅Protection Rumah dapat
✅Hibah dapat
✅Saving dapat

Jadi which one yang lagi menguntungkan kita? Fikir-fikirkanlah.

Kredit : Ahmad Humaizi Ibrahim

Photos from Shahril Takaful Advisor's post 12/08/2022

Misi menyelamat ramai orang malaysia underinsured!

Keratan akhbar ini ditulis kita dapat 1 benda.

Untuk naikkan kesedaran perlu buat back-up kewangan dan buat persediaan lebih awal!

Ramai orang tiada backup kewangan
Orang bayar mahal coverage kecik
Orang bayar plan medical kad tiada duit cover sara hidup!
Orang bayar plan accident/plan anak2 tapi lupa lindung diri dahulu.

Yang selesaikan masalah bila berlaku musibah hidup 3D adalah jumlah dan jenis pampasan kita dapat.

Utk jadi seorang penyelamat, first, you must FEEL the problem!

Jadi seorang pendengar yang baik (good listener) konsultan seperti kita masuk jadi sebahagian dari ahli keluarga klien.

Buat lah bersungguh sungguh
Be passionate dan cintai kerjaya kita
Pergi lah selamatkan ramai orang dengan nasihat kewangan kita.

Perunding Takaful Anda,
Shahril

16/02/2022

Alhamdulillah Syukur Ya Allah Ya Razzaq.
Bulan pertama sebagai Executive Advisor telah tersenarai.

Semoga dengan pencapaian pertama ini menjadi titik permulaaan untuk membantu lebih ramai orang dengan perlindungan Takaful terutamanya buat Umat Islam.

Jangan malu dan segan untuk tanya saya, Insha Allah saya share info yang saya tahu dan apa yang anda mahu.

Bulan ni special promo untuk Pelan Takaful untuk orang yang dah ada penyakit, terus approve..RM75 je sebulan…

Shahril Afizzi
0142398679
Executive Advisor
Zurich Takaful

06/02/2022

NASIHAT UNTUK SEMUA ORANG..

Jom kita share & memberi manfaat kepada orang lain juga.

Rasulullah SAW bersabda:

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)



18/01/2022

APA ITU HIBAH?

Hibah adalah pemberian hadiah(wang tunai) kepada pewaris tak kira siapa walaupun bukan ahli keluarga.

UNTUK APA KITA BUAT HIBAH?

1. Selesaikan hutang
2. Tak perlu melalui proses Faraid
3. Pewaris terus terima duit 1-2 Bulan
4. Kos kelangsungan hidup keluarga
5. Kos pendidikan anak-anak
6. Wakaf (pahala berterusan)

Jom Saya Bantu

14/01/2022

Sediakan payung sebelum hujan... Isteri yang bijak adalah isteri yang bijak merancang siap-siap masa depan. Bertepatan dengan surah yang Allah swt rakamkan dalam surah Yusuf yang mana merancang dapat menyelamatkan Mesir selama 7 tahun dari kemarau...






Berminat boleh roger saya 😊😊😊 Insha Allah saya akan bantu sebaik mungkin....

Want your business to be the top-listed Accountant in Seremban?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Seremban
70000