11/10/2026
Antun kalau berkahwin, mekap tu cukup menambah cantik muka. Bukan sampai berubah muka dari gelap jadi putih melepak, dari kemek jadi mancung. Hukumnya haram. Setakat neutralkan wajah asal, perkemas dan menutup kekeringan kulit atau jerawat. Tidak mengapa..
Antum kalau bersanding, jangan diluar. Haram. Kerana ia menjadi tumpuan perhatian orang ramai termasuk bukan mahram. Adapun di dalam rumah, bilik, tidak mengapa.
Untuk sekadar dikenali keluarga lelaki dan perempuan serta untuk bergambar dan sebagainya. Bukan menjadi bahan peragaan untuk dilihat seluruh yang hadir.
Antum kalau makan beradab. Tidak mengapa. Kerana ada tujuan munasabahnya yakni makan. Berbeza dengan bersanding. Melainkan berlakunya perlakuan mesra yang boleh mengundang syahwat pada yang melihatnya.
Jangan letak gambar2 tidak sepatutnya. Seperti dua mempelai berpasangan sedangkan ditangkap sebelum kahwin atau di edit, disangkut di khemah dan sebagainya.
Tidak boleh ada penyanyi wanita. Sekadar rakaman suara wanita atau lelaki yang menyanyikan, boleh.
Seluruh yang ustaz sebutkan ini jika tetap dibuat. Menjadikan jemputan perkahwinan tersebut tidak wajib dihadiri.
*Tadi ustaz ke KLIA hantar pelajar ustaz 4 orang, ke Darul Mostafa, Yaman. Sambung belajar. Alhamdulillah. Dalam banyak2 nasihat ustaz berikan. Satu je ustaz ingat. Antum nanti bila balik, dah terkenal. Jangan pernah follower antum, melebihi angka follower ustaz. Itu sahaja. Barakallahfikum