06/05/2026
Kita Nak Jumpa Agent Takaful Dahulu Atau Jumpa Penyakit Dahulu?
Bukak facebook tadi. Terbaca ayat atas ni drpd penulisan seorang pakar kewangan. Panjang tulisan nya tapi ayat atas tu terlalu "deep" & "pedih"untuk kita fahamkan.
Dan bila bukak instagram pulak, terbaca kisah duka adik Syamil ni. Parents memerlukan RM300,000.00 untuk penyakit keradangan saraf otak secepat mungkin.
RM300,000.00 untuk kita yang bergaji RM5,000 kebawah, mmg satu masalah yang besar. Dan kalau mmg takda simpanan, terpaksa kita mengharapkan bantuan orang lain.
Contohnya ahli keluarga ke, saudara mara ke atau tabung derma.
Nak dapat RM300,000.00 bukan mudah. Tak tahu yang mana sampai dahulu.
Sama ada kita dapat duit dahulu, atau penyakit sedia ada yang semakin merebak kepada organ badan yang lain.
Allah tu maha adil. Kadang ujian tu berlaku dekat orang lain, sebab untuk kita berfikir, sebab untuk kita amik pengajaran supaya masa depan keluarga kita terjaga.
Terjaga agama nya.
Terjaga akal nya.
Terjaga keturunan nya.
Terjaga waris nya.
Dan terjaga harta nya.
Sempat baca sampai habis?
Alhamdulillah, Haziq doakan dapat sesuatu ilmu bermanfaat harini 😊
Yang Ikhlas Membantu,
Haziq Shazwan
21/04/2026
Alhamdulillah atas setiap kepercayaan.
Satu polisi, satu keluarga dilindungi.
Perjuangan belum selesai.
InsyaAllah kami teruskan misi ini 🚀
25/03/2026
Kemalangan maut di Gerik Perak pada 1 Syawal lebih kurang pukul 12 tengahari.
Pemandu retak kepala lutut dan dirawat di KPJ Manjung guna medikal kad AIA
Daftar medikal kad pada November 2025 tahun lepas. Kos pembedahan dianggarkan RM30,000 tak termasuk caj-caj lain
Klien puas hati dgn AIA sebab urusan mudah masuk ke hospital. GL keluar cepat.
Alfatihah kepada Ayah mertua nya & baby dalam kandungan yang berusia 5 bulan 🤲🏻
20/03/2026
Mentari Syawal menyinar pagi,
Harum kasturi menyapa rasa,
Tangan dihulur penuh nurani,
Salam Hari Raya Aidilfitri, maaf dipinta.
Di hari yang mulia ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua.
Semoga Syawal kali ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan mengeratkan lagi silaturahim kita bersama 🤍
Haziq Shazwan
AIA Islamic Takaful Advisor
AMEER Group | AMEER Safar
08/03/2026
Alhamdulillah atas setiap kepercayaan yang diberikan. Setiap polisi yang dibuat adalah satu perlindungan untuk sebuah keluarga.
Masih ramai rakyat Malaysia yang perlukan perlindungan. InsyaAllah kita teruskan misi ini setiap bulan🚀
06/03/2026
Kita selalu fikir harta akan terus sampai kepada keluarga bila kita tiada. Betul ke? 🧐
Hakikatnya, tanpa perancangan yang betul, ilmu kewangan yang betul, semua aset akan dibekukan dahulu. Jadi, keluarga atau waris perlu melalui proses lantikan pentadbir, sijil faraid, probet & pelbagai kos guaman yang makan masa serta duit terutamanya.
Dalam tempoh itu, keluarga & waris masih perlu urus kos jenazah, hutang, cukai & komitmen hidup dan lain-lain lagi.
Adakah keluarga & waris kita mampu atasi situasi ni selepas kita pergi? ☹️
Sebab itu Takaful Hibah jadi pilihan bijak buat kebanyakkan rakyat Malaysia & terus kepada benefisiari, lebih cepat & “selamat"
Jangan tunggu harta dibekukan! Sebab keluarga akan terbeban. Rancang hari ini, lindungi keluarga sebaiknya & selamanya ❤️
Haziq Shazwan
AIA Islamic Takaful Advisor
06/03/2026
Permulaan 2026 yang baik untuk aku . Alhamdulillah dengan rezeki January ini. Perjalanan masih jauh & ramai lagi rakyat Malaysia yang memerlukan Takaful 😊
Thank you UM , AUM & Introducer and FAUM atas support & energy setiap bulan 😊🚀
14/02/2026
Pernah kita berniat, kita amik insurance kereta disebabkan kita dah bersedia untuk kemalangan atau total lost?
MESTI LA TIDAK, kan?
Begitu jugak perlindungan peribadi kehidupan kita. Kita menyediakan tabung kecemasan harini adalah untuk :
1. Kematian usia muda atau mengejut
2. Kemalangan & Hilang Upaya Kekal
3. Diagnosis Penyakit Kritikal
Harini kita bekerja, kadang nak buat simpanan pun tak lepas sebab kos sara hidup atau komitmen bulanan kita.
Bekerja & ada gaji tau. Pun dah ada masalah ni. Andai kita lalui diantara 3 situasi diatas?
Apakah persediaan kita?
Macam mana nak bayar installment rumah?
Loan kereta atau personal pulak?
Makan minum atau pendidikan anak?
Kalau kita dah mula sedar, maksudnya kita dah mula amik kisah dengan masa depan keluarga kita.
Haziq Shazwan
AIA Islamic Takaful Advisor
019-287 5420
25/01/2026
Assalamualaikum tuan-tuan & puan-puan .
Maaf ganggu sekejap… Saya cuma nak kongsi satu perkara penting yang mungkin kita selalu terlepas pandang.
Ramai rasa takaful ni mahal… Tapi bila tengok harga ubat-ubatan kanser yang boleh cecah ribuan hingga puluhan ribu ringgit SEBULAN, baru kita sedar — rupanya kos rawatan jauh lebih “mahal” dari sumbangan takaful bulanan.
Contoh dalam gambar ni, satu jenis ubat kanser je dah lebih RM16,000. Itu belum masuk kos rawatan lain, warded, dan follow-up berkala.
Takaful bukan soal takut mati, tapi soal tak nak bebankan keluarga yang kita sayang kalau ditimpa ujian kesihatan.
Kalau tuan-tuan & puan-puan belum ada medical card atau nak tahu pelan yang sesuai ikut bajet, boleh reply je “Saya nak info MEDICAL CARD” & saya bantu tanpa paksaan.
Semoga kita semua dilindungi insyaAllah 🤲🏼
Haziq Shazwan
AIA Islamic Takaful Advisor
019-287 5420