18/10/2023
18.10.2023
Alhamdulillah masih diberikan nafas utk saya share..
Share aktiviti hari ini sebab esok belum tentu masih ada..
Tinggalkan sedikit perkongsian ikhlas dari hati..
Tapi yang penting, sama-sama doakan saudara kita di Gaza..
Insyaallah Takaful Hibah sebagai Pengganti Pendapatan Keluarga..
Hari ini saya Lampu yang menerangi hidup keluarga saya..
Tapi sinaran ini tidak kekal lama kerana tiada bekalan elektrik..
Ketiadaan elektrik inilah umpama kita sudah meninggal dunia..
Kita suami ketua keluarga insan penting buat isteri & anak-anak..
Kalau semalam kita tiada macam mana nasib isteri & anak-anak kita?
Cuba renungkan kalau ia betul-betul berlaku semalam..
Apakah nasib mereka hari ini???
Hibah 1 Juta 1 Keluarga
PM saya, saya bantu, insyaallah..
Khairul Izwan Khalid (KIK)
www.wasap.my/60123933854/freequotation
16/10/2023
Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN/TAJAAN BAGI DANA PEMBANGUNAN BOLA SEPAK
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sutera Tigers Football Club adalah sebuah kelab bolasepak yang berdaftar dengan nombor pendaftaran C-SGR-12367 di bawah Suruhanjaya Sukan Malaysia. Pihak kami sedang giat berusaha mencari dana bagi tujuan program pembangunan bola sepak dari peringkat usia 7 tahun sehingga 17 tahun.
3. Sehubungan dengan itu, sumbangan/tajaan yang diberikan oleh pihak tuan/puan akan diberikan resit rasmi dan surat penghargaan dari Sutera Tigers Football Club. Sutera Tigers Football Club
4. Berikut adalah kejayaan yang dikecapi Sutera Tigers Football Club pada tahun 2022/2023:
Juara Putrajaya FA Academy Cup 2022 (12 Ogos 2022)
Tempat ke 4 di Kejohanan Piala Sultan Pahang 2022 (3 September 2022)
Juara Liga Suparimau U12, Musim C, tahun 2022, Daerah Putrajaya (4 Disember 2022)
16 pasukan terbaik Malaysia U12 di Kejohanan “National Final”, Liga Suparimau 2022 (10 Disember 2022)
Juara Footyskids Grassroots U12 League 2023 dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).
5 pemain U12 STFC berjaya mewakili MSSD Hulu Langat dalam kejohanan MSS Selangor 2023
Juara Piala Merdeka Manjung U12 2023 anjuran Helang Manjung FC (31 ogos 2023)
5. Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan/puan amat dihargai serta sentiasa diharapkan dalam membantu membangunkan sukan bola sepak di pelbagai peringkat serta diiringi ucapan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA
Terima kasih Yb Syahredzan Johan
28/09/2023
.
Citer semalam tak sempat nak update..
Alhamdulillah kali ke-3 makan FREE kat sini..
Kalau tak kerana Prudential, nak dtg makan sendiri, memang tak la..
Terima kasih prudential..
28/09/2023
[ Salam Maulidur Rasul 1445 Hijrah /2023 Masihi ]
Salam Maulidur Rasul diucapkan kepada seluruh dan umat Islam seluruh dunia.
Dalam menyambut tahun kelahiran Rasulullah, ayuh kita sambutnya dengan semangat baru untuk meneladani sikap tawadhu’ dan kebaikan Nabi Muhammad S.A.W.
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
"Orang yang paling dekat denganku di hari kiamat nanti adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku"
(HR. Tirmidzi; Hasan)
Salam Maulidur Rasul 1445 Hijrah / 2023 Masihi 🕌
Khairul Izwan Khalid
01/09/2023
PERLINDUNGAN DI MASA HADAPAN
Hari ini ramai sudah ada kesedaran..
Betapa pentingnya perlindungan takaful..
Ia sebagai 'back up' plan..
Sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku..
Kita semakin meningkat usia..
Semakin hampir dengan kematian..
Tapi pasti penyakit akan mendahului..
Sebagai asbab pemergian kita..
Renunglah masa depan kita yang tidak pasti..
Jangan nanti kita menyusahkan diri..
Sediakanlah takaful perlindungan ini..
Kelak mudah di kemudian hari..
NEW FAMILY PLAN PRUBSN 2023❤️
Khairul Izwan Khalid (KIK)
www.wasap.my/60123933854/freequotation
24/08/2023
Alhamdulillah abg dah ada..
PruBsn jugak..
Company cover Personal pun ada..
Insyaallah ada rezeki buat hibah..
Khairul Izwan Khalid (KIK)
www.wasap.my/60123933854/freequotation
25/07/2023
Saya share apa yang client saya share sebentar tadi..
Kisah Benar yang sudah tertulis sejak azali lagi..
Kisah Isteri menjadi balu dalam sekelip mata..
Suami yang sihat secara tiba-tiba sakit mengejut..
Meninggal Dunia tinggalkan isteri dan anak-anak..
Lebih menyedihkan isteri tidak bekerja & anak-anak masih kecil..
Dan lebih memeritkan, tiada satu sen yang ditinggalkan..
Melainkan hutang dan kos sara hidup yang terpaksa ditanggung..
Oleh seorang isteri yang tidak bekerja..
Ini kisah benar dan ia berlaku pada Khamis yang lalu..
Saya kongsikan dan saya kecewa kerana saya terlambat..
Terlambat untuk buatkan plan hibah utk kawan client ni..
Kalaulah saya lebih cepat😔😔😔
KIK
19/07/2023
.
01 Muharram 1445H
19 Julai 2023
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..
Setiap yang terdetik pasti terlaksana jua..
Setiap hembusan adalah kata-kata..
Dan setiap kata-kata adalah doa..
19/07/2023
*[ Salam Maal Hijrah 1445H / 2023M ]*
Dari Mekah ke Kota Madinah,
Umat Islam melakar penghijrahan,
Hijrah lambang perpaduan ummah,
Bersatu hati membentuk perpaduan.
Hijrah itu pengorbanan,
Hijrah itu perjuangan,
Hijrah itu persaudaraan,
Hijrah membentuk perpaduan.
Alhamdulillah kini tiba tanggal 1 Muharram 1445 Hijrah,
Semoga tahun ini bakal memberi sinar baru dalam hidup dan kita dapat memperbaiki diri bagi meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. ❤️
Sama-sama kita jadikan tahun ini lebih baik dari tahun lalu. Ameen 🤲🏼
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1445H / 2023M ikhlas dari,
*KHAIRUL IZWAN KHALID*
26/06/2023
.
Buat Quotation kat Mamak je..
Ada yang nak buat medical card cepat PM saya, saya tolong kirakan, tak nak takpe, saya tak rugi, awk yang rugi sebab sekarang semua org dah ada medical card..
Nnt kalau awk sakit siapa nak bayar bil hospital awk? Government? Ok awk pegi la, saya tak sanggup dah sebab ramai sangat orang, lagipun dorg memang org yang susah & tak mampu nak buat medical card..
😔😔😔
Khairul Izwan Khalid (KIK)
www.wasap.my/60123933854/freequotation
02/05/2023
.
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Salam Takziah buat keluarga Arwah..
Al Fatihah ....
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين
Aamiin Ya Rabbal Alamin...