06/07/2023
OPR KEKAL KE TAHAP 3%
Pada 6hb Julai 2023 telah berlangsung mesyuarat Monetary Policy Committee (MPC) untuk membincangkan tentang keperluan peningkatan OPR. Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan bahawa tiada keperluan untuk meningkatkan OPR semasa ke tahap lebih tinggi kerana ada perkembangan ekonomi global serta kadar inflasi di Malaysia yang menunjukkan trend penurunan dan kekal stabil.
Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-sambut-baik-kadar-opr-kekal-426980
Dengan perkembangan berita ini, kami menyarankan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk merancang kewangan anda sebelum berlakunya peningkatan OPR ke tahap asal iaitu 3.25% seperti sebelum ini.
Kami juga berpandangan ini adalah masa yang sesuai untuk kita sediakan payung sebelum hujan terhadap kewangan peribadi individu. Walaupun kadar OPR tiada perubahan tetapi kita tidak boleh menafikan situasi semasa di mana kadar inflasi yang tinggi menyebabkan peningkatan terhadap harga barang keperluan dan ia mencerminkan perbelanjaan harian juga meningkat.
Sila berikan pandangan anda tentang kadar OPR kekal ini diruangan komen.
Kerajaan sambut baik kadar OPR kekal
Kementerian Kewangan berkata keputusan mengekalkan OPR adalah selaras dengan perkembangan ekonomi global serta kadar inflasi di Malaysia.
28/06/2023
Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera.
Kami dari Aziz Ibrahim Financial Consultant ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha dan Selamat Menunaikan Ibadah Haji kepada semua jemaah haji.
Kami mendoakan agar semua jemaah haji mendapat umrah yang mabrur dan selamat kembali ke pangkuan keluarga. Semoga Aidil Adha pada tahun ini membawa seribu makna buat kita umat islam.
22/04/2023
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Dengan rasa rendah hati saya mewakili warga kerja Aziz Ibrahim Financial Consultant ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada seluruh umat islam yang menyambutnya. Saya juga seikhlas hati menyusun sepuluh jari ingin memohon maaf segala kekhilafan yang datang dari pihak kami. Semoga sambutan Aidilfitri pada tahun ini akan merapatkan lagi silaturahim antara kita sesama masyarakat di negara yang tercinta ini. Amin
Sekian, terima kasih
Ikhlas daripada
Ahmad Ashraf Bin Abd Aziz
22/02/2023
Pada 18 Februari 2023 yang lalu, Aziz Ibrahim Financial Consultant telah mengadakan seminar Urus Kewangan Peribadi di Kelab Tasik Putrajaya. Sekitar 30 orang peserta yang berjaya menyertai seminar ini dimana mereka datang daripada Pantai Timur, Lembah Klang, Selatan dan Sarawak.
Kami ingin mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih kepada para peserta yang bersama-sama dengan kami untuk mengubah kewangan peribadi dimana ia selari dengan moto kami iaitu "Matlamat Anda Hala Tuju Kita".
Disini kami kongsikan antara kenangan yang sempat kami rakamkan untuk tontotan kita semua. Semoga semangat untuk URUS KEWANGAN PERIBADI ini dapat diamarahkan oleh masyarakat diluar sana. Inysallah AMIN
Ikhlas daripada
Ashraf Aziz