Perunding Hibah Great Eastern

Perunding Hibah Great Eastern

Share

Perancangan kewangan dan takaful hibah.

02/01/2026

Alhamdulilah untuk tahun 2025. Semoga tahun 2026 lebih gemilang lagi.

Terima kasih kepada semua pelanggan yang mempercayai saya dan team kami KAG Adisory untuk menjaga dan menguruskan sijil Takaful anda.

Nak dapatkan perlindungan Takaful?
Hubungi kami hari ini.

wasap.my/60172104020

Photos from Perunding Hibah Great Eastern's post 09/07/2025

Beberapa hari lepas, dapat WhatsApp dari prospek bertanyakan takaful kemalangan.

"Puan cari perlindungan untuk kenderaan ke atau untuk diri sendiri?" respon saya pada prospek.

Ramai rupanya masih keliru.

Ada yang ingat Takaful Kemalangan Diri (Personal accident-PA) sama dengan Takaful Hibah atau Takaful Kenderaan.

Tapi sebenarnya jauh beza.

✅ Takaful Kemalangan Diri (PA)
Lindungi tubuh badan bila berlaku kecederaan akibat kemalangan contohnya patah kaki, putus jari, hilang penglihatan, lumpuh atau kematian akibat kemalangan. Tergelincir dalam bilik air atau jatuh pokok pun dikira kemalangan juga tau.

✅ Takaful Kenderaan
Ni cover kereta kita kalau eksiden, kena curi, terbakar, atau dilanda bencana alam. Yang ni memang wajib ambil kalau nak kenderaan kita jalan atas jalan raya.

✅ Takaful Hibah
Lebih kepada perlindungan nyawa dan lumpuh tubuh badan disebabkan kemalangan dan juga sakit kritikal.

Sekarang ni serendah RM50 sebulan dah boleh sediakan RM500K takaful hibah mahupun takaful kemalangan diri, tertakluk pada usia, jantina dan risiko pekerjaan.

wasap.my/60172104020

Semoga setiap keluarga ada at least satu sijil Takaful hibah dan juga kemalangan sebagai persediaan kewangan untuk diri, pasangan dan anak-anak.

Kredit : Nira Mawangi Sarif

01/06/2025

Bila viral kisah bahawa hibah takaful boleh dicabar atau kena difaraidkan, ramai pemilik sijil Takaful Hibah mula risau dan antara soalan yang timbul ialah:

“Kalau boleh dicabar atau kena faraid, apa gunanya ambil hibah? Nanti jadi bergaduh juga akhirnya”.

Sebenarnya kisah yang viral ini bukan kisah biasa dan ada beberapa isu yang ‘lain’ di sebaliknya.

Berdasarkan cerita ahli keluarga terdekat dan bukti-bukti dokumen yang dipaparkan ianya berkisar di atas sikap penuntut (ahli keluarga suami) yang inginkan juga hibah tersebut walaupun sebenarnya yang menuntut adalah tidak layak dari segi Undang-Undang.

Kes ini dikatakan berlaku pada tahun 2021 di mana manfaat takaful hibah telah dibayar sepenuhnya kepada Balu Allahyarham tanpa sebarang isu.

Tuntutan untuk mencabar hibah ini p**a dikatakan baru sahaja berlaku baru-baru ini sehingga menjadi viral.

Untuk pemahaman kenapa perkara ini boleh berlaku, kita kena fahami dulu bahawa penama dalam hibah takaful terbahagi kepada dua iaitu:

1. Benefisiari – penerima hibah mutlak
2. Wasi (executor) – pentadbir yang perlu bahagikan hibah kepada yang berhak mengikut Undang-Undang.

Di dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA 2013) jelas menerangkan kedudukan Wasi dan Benefisiari dalam konteks takaful seperti berikut:

1. Penama sebagai Wasi.
Penama yang dinamakan sebagai wasi bertindak sebagai pentadbir manfaat takaful, iaitu orang yang mengurus dan membahagikan manfaat tersebut mengikut wasiat si mati atau hukum faraid sekiranya tiada wasiat.

Kesan undang-undang: Wang takaful itu masih dianggap sebahagian daripada harta pusaka dan tidak terus menjadi milik wasi. Wasi hanya mengurus dan menyampaikan kepada waris yang sah mengikut hukum.

Rujukan IFSA 2013 6 (2)
"Bagi maksud subperenggan (1) jika seorang penama bagi peserta takaful menerima manfaat takaful itu sebagai seorang wasi, penama sedemikian hendaklah membahagikan manfaat takaful itu dalam penjalanan mengikut wasiat peserta takaful itu atau mengikut undang–undang yang berhubungan dengan pembahagian harta pusaka si mati yang terpakai bagi pentadbiran harta pusaka peserta takaful yang mati peserta takaful itu."

2. Penama sebagai Benefisiari di bawah Hibah Bersyarat
Penama menerima manfaat takaful sebagai pemilik mutlak, dan manfaat ini tidak menjadi sebahagian daripada harta pusaka si mati.

Kesan undang-undang: Manfaat akan terus dibayar kepada benefisiari dan tidak tertakluk kepada faraid.

Rujukan IFSA 2013 3 (2)
"Suatu penamaan oleh peserta takaful menurut subperenggan 2 (1) bagi seorang penama untuk menjadi seorang benefisiari di bawah hibah bersyarat, hendaklah, walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis, mempunyai kesan memindahkan pemilikan, dan hendaklah memindahkan pemilikan, manfaat takaful yang kena dibayar itu kepada penama itu atas kematian peserta takaful itu dan manfaat takaful sedemikian yang dipindahkan tidak menjadi sebahagian daripada harta pusaka peserta takaful yang mati itu atau tertakluk kepada hutangnya."

Kenapa hibah bersyarat sah di sisi undang-undang dan tidak perlu difaraid?

Kerana manfaat takaful hanya wujud selepas kematian pemilik sijil dan ini membolehkan hibah bersyarat dikuatkuasakan tanpa perlu melalui faraid, seperti diperuntukkan dalam IFSA:

“Manfaat takaful sedemikian yang dipindahkan tidak menjadi sebahagian daripada harta pusaka peserta takaful yang mati itu atau tertakluk kepada hutangnya.”

Penuntut dikatakan telah membawa kes ini ke mahkamah Syariah namun tuntutan telah ditolak kerana menurut Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA 2013) jelas menyatakan bahawa Balu adalah Benefisiari, makanya hibah ini tidak termasuk dalam harta pusaka/faraid.

Penuntut yang masih tidak berpuas hati kemudiannya membawa kes ini ke mahkamah Sivil p**a. Peguam Penuntut dikatakan telah memanip**asi fakta bahawa Balu adalah Wasi dan bukannya Benefisiari.

Balu juga tidak hadir ketika penghakiman kerana telah berpindah dan notis tidak dapat disampaikan kepada beliau.

Di mahkamah Sivil, berdasarkan maklumat yang diberikan, hakim telah menjatuhkan penghakiman bahawa sebagai Wasi, hibah tersebut perlu dibahagikan secara faraid.

Kes ini sebenarnya masih belum selesai dan dikatakan akan dibawa ke Mahkamah Rayuan p**a setelah Balu menyedari perkara yang terjadi.

InsyaAllah, bila dibicarakan semula dengan fakta yang tepat, saya percaya hibah tersebut kekal milik Balu seperti yang diperuntukkan dalam IFSA 2013 itu sendiri.

Ramai juga yang kata, maksudnya semua perkara boleh dicabar di mahkamah jika ada pihak yang tidak berpuas hati.

Ya betul, namun boleh dicabar tidak semestinya akan berjaya kerana sebenarnya bila Undang-Undang telah jelas, tuntutan akan ditolak.

Saya bagi contoh lain p**a yang lebih mudah difahami.

Situasi:
Abdullah beli rumah atas nama isterinya, Aminah. Dokumen hak milik (geran) semua atas nama Aminah. Abdullah dah niatkan sebagai hadiah semasa hayatnya, rumah itu adalah hadiah kepada Aminah.

Bila Abdullah meninggal dunia, adik-beradik lelaki Abdullah datang menuntut rumah tu dan menyatakana kononnya Aminah cuma "penjaga", dan rumah itu sepatutnya jadi harta pusaka.

Namun realitinya:

1. Rumah atas nama Aminah = pemilikan sah, bukan harta pusaka.

2. Tuntutan boleh dibuat tapi hampir pasti ditolak, sebab jelas ia bukan milik Abdullah si mati secara sah.

Dalam contoh hibah takaful di atas dan contoh kedua berkenaan rumah Aminah, pemilikan telah sah dan jelas.

Namun jika masih ada yang cuba ingin menuntut, ianya adalah perkara yang di luar kebiasaan dan mungkin berlaku 1 dalam 1000.

Mahkamah biasanya menolak tuntutan sebegini jika dokumen milik sah wujud dan tiada bukti penipuan/paksaan namun dalam kes Hibah tadi, manip**asi maklumat dikatakan telah berlaku sehingga keputusan penghakiman berlaku sebaliknya.

Seperti yang saya selalu pesan juga kepada client, penerima hibah ni boleh lebih dari satu.

Boleh sahaja kita nak letak nama penerima hibah tu dua, contohnya 70% nama pasangan dan 30% nama ahli keluarga yang lain.

Memberi hadiah ni sangat digalakkan terutama kepada ibu bapa yang banyak berjasa kepada kita.

Ada juga client yang ambil hibah sampai 2-3. Hibah pertama diletakkan nama pasangan sepenuhnya, hibah kedua diletakkan nama ibu dan ayah. Hibah ketiga p**a diletakkan nama anak-anak/adik beradik.

Dokumen yang disertakan di ruangan komen ini adalah daripada facebook Tuan Naim Fital. Beliau juga ada menceritakan kisah ini daripada sudut perundangan dan sangat jelas difahami.

21/09/2024

Pelan Perlindungan Takaful Hibah Termurah RM100,000 kembali lagi!

Tarikh Tutup: 30 September 2024.

Jom dapatkannya hari ini!

Sangat sesuai untuk ketua keluarga/pasangan/anak-anak.

Serendah RM15 sebulan untuk hibah RM100,000 namun nilainya sangat bermakna seandainya berlaku musibah yang tak terduga.

Inilah peluang untuk semua memiliki perlindungan patuh syariah.

Untuk mereka yang betul-betul sihat sahaja dan berat badan tidak obesiti ya.

Hubungi kami hari ini.

wasap.my/60172104020
KAG Advisory
Team Superdaddy Khairul Abdullah

24/08/2024

Assalamualaikum semua.

Promosi Hibah Termurah di Pasaran (Caruman Tetap)

"Hibah yang kita ambil ini sangat membantu keluarga kita seandainya terjadi perkara-perkara yang tak terduga."

"Hadiahkan keluarga tersayang Wang Tunai RM150,000 melalui Pelan Hibah I Great Nova."

✅Serendah RM36.15 sebulan.

✅ Perlindungan serta merta setelah permohonan diluluskan.

✅ Pembayaran terus pada penerima hibah dan tidak perlu difaraid.

✅Harga caruman berbeza mengikut usia, jantina, kelas pekerjaan dan status merokok.

Keistimewaan

✅ Ada cash value (simpanan)

✅ Pampasan hibah berganda sekiranya meninggal dunia ketika menunaikan Haji atau Umrah yang bukan disebabkan oleh kemalangan

✅ Boleh add on pelbagai manfaat tambahan dengan bayaran tambahan.

Kelayakan
✅ Sihat dan Tiada Penyakit
✅BMI tidak melebihi 30

Hubungi kami untuk maklumat percuma.

wasap.my/60172104020
wasap.my/6012655 5843

Perunding Takaful GE
team

24/06/2024

Kelas KAG sebentar tadi.

Memang menjadi tanggungjawab agent untuk sentiasa membantu client.

Antaranya ialah dengan mengingatkan client sekiranya mereka terlupa membuat bayaran bagi memastikan perlindungan takaful terus aktif dan berkuatkuasa

Juga dengan membantu client dalam pelbagai cara seperti mengemaskini maklumat peribadi, membuat claim dan sebagainya.

Siapalah client tanpa agent kan?

Nak jadi client kami?
Jom wasap dan kami akan sentiasa membantu.

wasap.my/60172104020

13/06/2024

Tuntutan Kematian Takaful Hibah Jun 2024

Client ni ambil pelan Hibah Evo basic sahaja pada April 2021 dan meletakkan penerima hibah isteri 50% dan dua orang anak di bawah umur 18 tahun dengan nilai 25% setiap seorang.

Tanpa diduga, beliau mengalami kemalangan jalan raya berhampiran tempat kerja dan meninggal serta-merta di tempat kejadian pada 28 November 2023.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, dan tiga orang anak yang masih kecil berusia 5 bulan, 9 & 10 tahun.

Memandangkan pelan masih baru iaitu sekitar 2 tahun sahaja, proses siasatan dijalankan oleh GE di klinik dan hospital yang Allahyarham pernah mendapatkan rawatan.

Laporan post mortem dan laporan terperinci daripada pihak polis juga selesai diperolehi pada bulan Mei 2024.

Alhamdulillah semalam pada 13 Jun 2024, isteri Allahyarham telah menerima surat bayaran tuntutan.

Disebabkan dua orang penerima hibah adalah anak di bawah umur, jumlah keseluruhan bayaran telah dikreditkan ke dalam akaun ibu (isteri).

Pelan hibah ini hanya RM50,000 namun nilainya sangat bermakna untuk membantu isteri dan anak-anak Allahyarham dalam meneruskan kehidupan.

Allahyarham memohon pelan ini ketika berusia 36 tahun, merokok dan bekerja sebagai Operator Pengeluaran.

Bayaran keseluruhan 32 bulan cuma RM2064 sahaja namun jumlah tuntutan yang diterima adalah sebanyak RM53,721.44

Semoga hibah yang ditinggalkan menjadi amal jariah hingga ke syurga.

Aamin

P/s: Inginkan perlindungan hibah untuk yang tersayang?
Hubungi kami hari ini.

wasap.my/60172104020

08/06/2024

Aktiviti Untuk Agent-Agent Baru Pagi Ini.

📣East Coast Activation Workshop Rookie Agent📣

➡️Masih Buntu?
➡️Masih Mencari Hala Tuju di GETB?
➡️Mahu Aktifkan Diri Anda?

Ayuh kita aktifkan diri kita untuk akhiri tahun 2024 dengan kejayaan!





Future Segment & Activation

31/05/2024

Perlindungan Penyakit Kritikal
(Pelan Penggantian Pendapatan)

Ramai di antara kita yang telah ada perlindungan takaful bagi melindungi kematian dan hilang upaya kekal (hibah) namun untuk perlindungan penyakit kritikal, hanya sebahagian kecil sahaja yang memilikinya.

3 perlindungan Takaful yang utama ialah:

1. Perlindungan Kematian/Hilang Upaya Kekal (Hibah)

2. Pelan Perubatan / Medical Card; dan

3. Perlindungan Penyakit Kritikal/Pelan Penggantian Pendapatan.

Dalam bahasa yang lebih mudah lagi:

✅Hibah Takaful memberikan pampasan tunai kepada penerima hibah sekiranya berlaku musibah kematian kepada peserta atau pampasan tunai kepada peserta sendiri sekiranya mengalami hilang upaya kekal;

✅Medical card adalah pelan yang akan membayar bil dan kos rawatan di Hospital Swasta; dan

✅ Pelan Penggantian Pendapatan akan memberikan pampasan tunai untuk perserta sekiranya ditimpa musibah penyakit kritikal.

Kenapa Pelan Penggantian Pendapatan Penting?

Sekiranya kita jatuh sakit, kita tidak boleh bekerja namun duit untuk perbelanjaan harian dan keluarga masih diperlukan seperti biasa.

Ditambah lagi dengan kos rawatan penyakit yang dialami, perbelanjaan bulanan akan meningkat dan kita terpaksa menggunakan simpanan sedia ada.

Great Eastern Takaful kini menawarkan perlindungan kepada 50 jenis penyakit kritikal dewasa dan 11 penyakit kritikal kanak-kanak dengan caruman bulanan mampu milik.

Pelan ini ditawarkan dalam tempoh terhad dan akan tamat pada 14 Julai 2024.

Dan sekiranya kita sihat - Alhamdulillah kerana memang ini yang kita harapkan, bayaran tunai (maturity value) yang tinggi akan dibayar kepada peserta apabila pelan matang pada usia 80 tahun atau apabila pelan ditamatkan lebih awal.

Hubungi kami hari ini untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pelan ini.

wasap.my/60172104020
wasap.my/60136751381
wasap.my/60126555843
wasap.my/60179741961

Nota : Peratus golongan muda di Malaysia yang berpenyakit kritikal semakin meningkat dan membimbangkan.

Jadi marilah kita semua amalkan cara hidup sihat, makan makanan seimbang dan jangan lupa bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu!

20/05/2024

Pelan Perlindungan Sakit Kritikal.

Inginkan ketenangan fikiran dan melindungi pendapatan walaupun ditimpa musibah penyakit kritikal yang tak dijangka?

I Great Eastern Takaful kini menawarkan pelan perlindungan Penyakit Kritikal menyeluruh dengan pelan caruman tetap untuk 50 Penyakit Kritikal dan 11 Penyakit Kritikal Kanak-Kanak.

Pelan ini ditawarkan dalam tempoh terhad sehingga 14 Julai 2024 sahaja.

Pelan ini juga menawarkan nilai cash value yang tinggi yang boleh dikeluarkan apabila pelan telah matang.

Pelan ini dibuka kepada semua (dewasa/kanak-kanak) bermula usia 14 hari ke atas dan peserta perlu sihat dan berat badan BMI 30 ke bawah.

Hubungi kami hari ini.
wasap.my/60172104020
wasap my/60136751381
wasap.my/60179741961
wasap.my/60126555843

25/03/2024

Dah pernah apply hibah sebelum ni tapi kena REJECT sebab ada penyakit?

Dah pernah apply hibah tapi tak lulus sebab BMI obes?

Alhamdulillah, inilah peluang untuk ada minima Hibah RM50,00 untuk keluarga yang tersayang.

“ Betul ke kalau pemohon dah ada penyakit, boleh lulus juga?"

“Ya memang lulus, sebab pelan ini memang khusus untuk pesakit, OKU mahupun yang BMI obes.

JOM MOHON SEKARANG!

Antara kelebihan Pelan I Great Ilham ialah:

1. Tidak perlukan pemeriksaan kesihatan.
2. Semua golongan layak
3. Bayaran bulanan rendah pada usia muda, masih mampu milik
4. GERENTI LULUS.

wasap.my/60172104020

Caruman bulanan adalah 100% layak mendapat pelepasan LHDN bagi kategori Takaful Hayat/Life Insurans.

Tawaran TERHAD sehingga 30 April sahaja.

10/03/2024

Alhamdulillah gembiranya client bila dah boleh sediakan hibah untuk keluarga tersayang.

Untuk pelan hibah biasa, hanya mereka yang sihat yang boleh memohon.

Yang ada penyakit macam Darah Tinggi, Kencing Manis, Sakit Jantung dan lain-lain tu dah tak layak untuk memohon.

Namun dengan pelan I Great Ilham yang direka khas untuk pesakit, kini semua orang layak mohon pelan Hibah.

Tanpa perlu medical check up, hanya mohon dan lulus.

Hubungi kami hari ini. Tawaran terhad sehingga 19 April sahaja.

wasap.my/60172104020
wasap.my/60126555843
wasap.my/60136751381
wasap.my/60179741961
wasap.my/601131595687

Want your business to be the top-listed Accountant in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Shaftsbury
Putrajaya
62000