Azufa Management & Services

Call Directions Website Contact the business

Azufa Management & Services Menyediakan perkhidmatan bagi penyediaan penyata kewangan syarikat sama ada enterprise atau sdn bhd, tax dan business consultation. Perlukan bantuan....?

Alhamdulillah… Family event for Azufa Management & ServicesSemoga ukuwah ini terus terbina dan silratulrahim ini sehingg...
27/09/2026

Alhamdulillah…

Family event for Azufa Management & Services

Semoga ukuwah ini terus terbina dan silratulrahim ini sehingga ke syurga.

Love you all ❤️❤️❤️

Bowling event with staff and x staff

CP204 & CP204A — Jangan Tunggu Sampai Cukai Dah Kena Bayar Baru Nak Ambil TindakanAlhamdulillah… Minggu ini Azufa Manage...
25/09/2026

CP204 & CP204A — Jangan Tunggu Sampai Cukai Dah Kena Bayar Baru Nak Ambil Tindakan

Alhamdulillah…
Minggu ini Azufa Management & Services berkesempatan untuk mengadakan meeting bersama client bagi membincangkan perkara berkaitan CP204A.

Ramai business owner mungkin pernah dengar tentang CP204, tetapi masih kurang jelas:

“CP204 ni wajib ke?”

“Kenapa perlu buat CP204A p**a?”

“Kalau tak buat, apa akan jadi?”

Jadi, kami kongsikan sedikit penerangan ringkas. 👇 👇

1. Apa itu CP204?

CP204 ialah anggaran cukai yang perlu dibayar oleh syarikat bagi sesuatu tahun taksiran.

Bagi syarikat yang telah beroperasi, CP204 perlu dikemukakan kepada LHDN, 30 hari sebelum bermulanya tempoh asas dan anggaran tersebut kemudiannya dibayar secara ansuran bulanan selama 12 bulan.

Contohnya:

Syarikat mempunyai financial year:
1 Januari 2026 – 31 Disember 2026

Jika anggaran cukai syarikat ialah RM24,000:

RM24,000 ÷ 12 bulan
= RM2,000 sebulan

Bayaran ansuran biasanya bermula pada bulan kedua tempoh asas bagi syarikat yang telah beroperasi.

⸻

2. Jadi, kenapa p**a perlu CP204A?

CP204 dibuat berdasarkan anggaran.

Tetapi sepanjang tahun, keadaan perniagaan boleh berubah.

Contohnya:

📌 Sales meningkat
📌 Profit meningkat
📌 Profit menurun
📌 Ada capital allowance
📌 Ada tax adjustment
📌 Ada perbelanjaan yang tidak dibenarkan sebagai tax deduction
📌 Business performance tidak seperti yang diunjurkan pada awal tahun

Sebab itu LHDN membenarkan syarikat membuat pindaan kepada anggaran cukai melalui CP204A.

CP204A boleh dibuat pada bulan ke-6, ke-9 dan ke-11 dalam tempoh asas.

Jadi, CP204A bukan semata-mata “borang tambahan”.

Ia adalah peluang untuk syarikat review / semak semula anggaran cukai berdasarkan prestasi sebenar perniagaan.

⸻

3. Apa yang berlaku kalau owner tidak ambil tindakan terhadap CP204?

Ini bahagian yang business owner perlu beri perhatian.

Kegagalan mengemukakan CP204 boleh menyebabkan LHDN akan menetapkan sendiri amaun anggaran cukai melalui CP205.

Selain itu, kegagalan mengemukakan CP204 juga boleh membawa kepada tindakan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. LHDN menyatakan bahawa jika disabitkan, kesalahan tersebut boleh dikenakan denda RM200 hingga RM20,000 atau penjara sehingga 6 bulan, atau kedua-duanya sekali.

Dan satu perkara yang ramai owner terlepas pandang:

Tidak submit CP204 bukan bermaksud syarikat tidak perlu membayar cukai.

Cukai sebenar tetap akan ditentukan apabila tax computation dan Borang C dihantar ke LHDN

⸻

4. Bagaimana p**a kalau anggaran cukai terlalu rendah?

Ini juga penting.

Sekiranya cukai sebenar syarikat jauh lebih tinggi daripada anggaran cukai yang dibuat, kenaikan cukai sebanyak 10% boleh dikenakan ke atas bahagian perbezaan yang melebihi 30% daripada cukai sebenar, tertakluk kepada peruntukan seksyen 107C.

Contoh mudah:

Cukai sebenar = RM100,000
Anggaran cukai = RM50,000

30% daripada RM100,000 = RM30,000

Perbezaan:
RM100,000 – RM50,000 = RM50,000

Bahagian yang melebihi 30%:
RM50,000 – RM30,000 = RM20,000

Kenaikan cukai:
RM20,000 × 10% = RM2,000

Sebab itu anggaran cukai tidak sepatutnya dibuat sekadar “letak satu angka” dan kemudian dibiarkan sehingga hujung tahun.

Sebagai business owner, kita bukan hanya perlu tahu berapa banyak sales dan profit yang syarikat buat.

Kita juga perlu tahu:

✔️ Berapa anggaran cukai syarikat
✔️ Berapa yang perlu dibayar setiap bulan
✔️ Sama ada anggaran tersebut masih relevan
✔️ Bila perlu membuat CP204A
✔️ Apakah risiko jika anggaran terlalu rendah
✔️ Bagaimana untuk menyediakan cash flow bagi bayaran cukai

Jangan tunggu sampai Borang C siap baru mula fikir tentang cukai 😅

Tax planning sepatutnya bermula lebih awal😉

bukan

Alhamdulillah… 🤲🏻Ke HQ Mydin Subang Jaya hari ini bersama client Azufa Management & Services.Kami membincangkan isu berk...
09/09/2026

Alhamdulillah… 🤲🏻

Ke HQ Mydin Subang Jaya hari ini bersama client Azufa Management & Services.

Kami membincangkan isu berkaitan order dan penalty yang dikenakan berikutan terdapat barang yang dihantar tidak mengikut pesanan. Namun, terdapat juga perbincangan lanjut berkenaan jumlah return stock yang agak tinggi dan perkara ini memerlukan penelitian daripada kedua-dua pihak.

Alhamdulillah, melalui report yang disediakan oleh team Azufa Management & Services, kami telah membuat analysis dan semakan terhadap rekod order, delivery dan return stock.

Daripada analysis tersebut, kami dapat melihat dengan lebih jelas punca berlakunya perbezaan antara order, barang yang dihantar dan barang yang dip**angkan, serta mengenal pasti perkara-perkara yang perlu diperbaiki bagi mengurangkan isu yang sama daripada berulang.

Bagi kami di Azufa, menyediakan accounts bukan sekadar memastikan angka dalam laporan kewangan betul. Kami juga membantu client memahami angka, mengenal pasti masalah dan menyediakan data yang boleh digunakan untuk membuat keputusan yang lebih tepat. 📊

Alhamdulillah, dapat hadir bersama client hari ini dan membantu mereka membawa data & analysis sebagai supporting evidence dalam perbincangan dengan pihak HQ.

Itulah antara nilai tambah Azufa Management & Services — bukan sekadar buat accounts, tetapi membantu business owner memahami apa yang sedang berlaku dalam business mereka. ❤️

bukan

🎂 Selamat Hari Lahir, Kak Anita! 🌷Hari ini kami ingin mengambil sedikit ruang untuk meraikan seorang insan yang begitu b...
28/08/2026

🎂 Selamat Hari Lahir, Kak Anita! 🌷

Hari ini kami ingin mengambil sedikit ruang untuk meraikan seorang insan yang begitu banyak membantu perjalanan kerja2 di Azufa Management & Services.

Terima kasih, Kak Anita, atas segala usaha, komitmen dan perkhidmatan yang telah diberikan sepanjang bersama kami. Kak Anita banyak membantu dalam urusan administrasi serta menyokong team accounting, khususnya dalam menyemak dokumen-dokumen yang diterima daripada client bagi memastikan setiap tugasan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan lancar.

Kami sangat menghargai sikap competent, teliti dan bertanggungjawab yang Kak Anita tunjukkan dalam melaksanakan setiap tugasan yang diberikan. Walaupun tugas yang dilakukan kadangkala berada di belakang tabir, sumbangan tersebut sangat besar maknanya kepada keseluruhan team Azufa. 🤍

Terima kasih, Kak Anita, untuk setiap tenaga, masa dan usaha yang telah dicurahkan. Semoga segala kebaikan dan jasa yang diberikan sepanjang bersama Azufa menjadi sesuatu yang sentiasa dikenang dan dihargai.

🤲 Doa kami buat Kak Anita Tersayang ❤️

Semoga Allah SWT sentiasa melindungi Kak Anita, mengurniakan kesihatan yang baik, melapangkan segala urusan, memberikan ketenangan hati dan rezeki yang luas serta penuh keberkatan. Semoga setiap langkah Kak Anita selepas ini dipermudahkan, setiap usaha membuahkan hasil dan segala impian yang baik dipertemukan dengan jalan untuk mencapainya.

Semoga terus menjadi insan yang baik, kuat dan hebat dalam apa jua bidang yang diceburi. 🌸

Happy Birthday, Kak Anita! 🎉🎂
Terima kasih kerana sentiasa menjadi sebahagian daripada keluarga Azufa Management & Services.

With appreciation,
Azufa Management & Services 🤍

Setiap Nombor Dalam Penyata Kewangan Ada Ceritanya. 📊Dalam penyata kewangan, kita akan melihat pelbagai angka — jualan, ...
15/08/2026

Setiap Nombor Dalam Penyata Kewangan Ada Ceritanya. 📊

Dalam penyata kewangan, kita akan melihat pelbagai angka — jualan, kos, hutang, penghutang, tunai, aset, liabiliti dan keuntungan.

Tetapi pernahkah kita bertanya…

“Kenapa nombor ini berada di sini?”
“Apa yang menyebabkan angka ini berubah?”
“Adakah angka ini benar-benar menggambarkan keadaan sebenar syarikat?”

Sebenarnya, setiap nombor dalam penyata kewangan mempunyai ceritanya sendiri.

Ia bukan sekadar angka yang dimasukkan ke dalam ledger atau dipaparkan dalam report.

Setiap transaksi perlu direkodkan di tempat yang betul kerana setiap akaun mempunyai fungsi dan maksudnya tersendiri.

Contohnya, apabila baki penghutang meningkat — ia bukan sekadar “nombor bertambah”.

Ia mungkin membawa cerita tentang jualan yang belum dikutip, cash flow yang semakin ketat atau polisi kredit pelanggan yang perlu dinilai semula.

Begitu juga apabila kos meningkat, keuntungan menurun atau baki tunai berubah.

Angka-angka ini sedang “bercakap” tentang keadaan perniagaan.

Sebab itu, pemilik syarikat bukan sahaja perlu mempunyai financial report.

Yang lebih penting ialah memahami maklumat yang terkandung di dalamnya.

Apabila pemilik syarikat memahami nombor-nombor tersebut, mereka akan lebih mudah untuk:

📌 mengenal pasti kedudukan sebenar perniagaan
📌 mengesan kos yang semakin meningkat
📌 memahami kedudukan cash flow
📌 menilai prestasi syarikat
📌 merancang kewangan dan cukai dengan lebih baik
📌 dan yang paling penting — membuat keputusan berdasarkan data, bukan semata-mata andaian.

Kerana dalam perniagaan,

“Profit” bukan sekadar satu angka.
“Cash” bukan sekadar satu angka.
“Expenses” bukan sekadar satu angka.

Setiap angka ada cerita.
Dan tugas kita adalah untuk memahami cerita di sebalik angka tersebut.

Di Azufa, kami percaya penyediaan akaun bukan sekadar memasukkan nombor ke dalam sistem.

Kami mahu membantu pemilik perniagaan memahami apa yang nombor-nombor tersebut sedang beritahu tentang perniagaan mereka.

📊 Understand Your Numbers. Understand Your Business.

bukan
sis

📊 Client Meeting | Review Accounts 2026 & Tax Computation 2025Hari ini kami berkesempatan mengadakan sesi bersama client...
13/08/2026

📊 Client Meeting | Review Accounts 2026 & Tax Computation 2025

Hari ini kami berkesempatan mengadakan sesi bersama client untuk review Accounts 2026 dan seterusnya membuat presentation Tax Computation bagi Tahun Taksiran 2025.

Bagi kami di Azufa Management & Services, penyediaan akaun bukan sekadar memastikan angka “balance”. Yang lebih penting adalah memastikan client faham kedudukan kewangan syarikat, prestasi perniagaan serta implikasi cukai sebelum membuat sebarang keputusan.

Dalam sesi review bersama client, kami turut membincangkan perkara-perkara berkaitan:

📌 Review & analysis of financial performance
📌 Accounts for FY2026
📌 Tax Computation YA2025
📌 Tax position & tax planning
📌 Penjelasan berkaitan financial statements
📌 Cadangan penambahbaikan untuk pengurusan kewangan syarikat

💡 Our goal is simple — bukan sekadar menyediakan akaun, tetapi membantu business owner memahami nombor di sebalik perniagaan mereka.

Terima kasih kepada client atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan kepada Azufa Management & Services. 🤝

Your numbers tell a story. Let us help you understand it.









bukan

10/08/2026

📊 PENYATA KEWANGAN SYARIKAT — BUKAN SEKADAR NOMBOR

Penyata kewangan yang disediakan dengan betul bukan hanya untuk tujuan rekod atau audit.

Ia membantu pemilik syarikat memahami kedudukan sebenar kewangan perniagaan — sama ada syarikat sedang berkembang, mempunyai keuntungan yang sihat, atau memerlukan perhatian terhadap aliran tunai dan kos operasi.

Di Azufa Management & Services, kami membantu menyediakan penyata kewangan syarikat berdasarkan rekod dan transaksi perniagaan yang berkaitan.

Antara perkhidmatan kami termasuk:

📌 Penyediaan Penyata Kewangan
📌 Penyediaan Profit & Loss Statement
📌 Balance Sheet / Statement of Financial Position
📌 Statement of Cash Flows
📌 Nota kepada Penyata Kewangan
📌 Penyediaan akaun untuk tujuan audit
📌 Semakan dan reconciliation akaun
📌 Urusan bersama auditor, company secretary & tax agent

✨ Kenapa penyata kewangan yang teratur penting?

✔️ Mengetahui prestasi sebenar syarikat
✔️ Membantu pemilik membuat keputusan perniagaan
✔️ Memudahkan urusan audit dan percukaian
✔️ Menyediakan rekod kewangan yang lebih sistematik
✔️ Memberi gambaran jelas tentang aset, liabiliti dan kedudukan kewangan syarikat

Jangan tunggu sehingga tiba musim audit baru nak semak akaun. 😉

Pastikan rekod kewangan syarikat sentiasa tersusun, tepat dan mudah dirujuk.

📩 Perlukan bantuan menyediakan penyata kewangan syarikat?

Hubungi Azufa Management & Services untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan kami.

👇👇👇👇
https://wa.link/5wzq2w

https://wa.link/5wzq2w

https://wa.link/5wzq2w

Alhamdulillah… 5 bulan yang penuh dengan cerita, pengalaman dan pembelajaran. ❤️❤️Terima kasih Yana & Aififah kerana tel...
08/08/2026

Alhamdulillah…
5 bulan yang penuh dengan cerita, pengalaman dan pembelajaran. ❤️❤️

Terima kasih Yana & Aififah kerana telah menjadi sebahagian daripada keluarga Azufa Management & Services sepanjang tempoh 5 bulan internship.

Dalam tempoh ini, mungkin bukan semuanya mudah. Ada kerja yang perlu dipelajari dari awal, ada kesilapan yang perlu diperbetulkan, ada deadline yang perlu dikejar dan ada masa kita sama-sama pening dengan nombor, dokumen dan akaun. 😄

Tetapi itulah sebahagian daripada proses pembelajaran.

Semoga segala ilmu, pengalaman dan tunjuk ajar yang dikongsi sepanjang berada di Azufa menjadi asas dan bekalan untuk kalian melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar.

Jadilah insan yang bukan sahaja bijak dalam ilmu, tetapi juga mempunyai integriti, amanah, disiplin dan rasa tanggungjawab dalam setiap pekerjaan.

Kerana dalam dunia pekerjaan, skill boleh dipelajari, pengalaman boleh dikumpulkan — tetapi integriti dan sikap yang baik adalah nilai yang akan membawa kita jauh. 🌱

Terima kasih untuk segala bantuan, kerjasama dan kenangan sepanjang 5 bulan ini.

All the best Yana & Aififah!
Semoga perjalanan kalian selepas ini dipermudahkan, diberikan rezeki yang luas dan dipertemukan dengan orang-orang yang baik di mana sahaja kalian berada.

Once an Azufa family, always a part of the Azufa journey. 🤍

With love,
Azufa Management & Services

29/07/2026

Alhamdulillah… 🤲

Walaupun musim submission Borang B Tahun Taksiran 2025 sedang berada di kemuncaknya, Alhamdulillah Allah SWT masih memberikan kelapangan masa, tenaga dan kesihatan untuk kami terus menyantuni para pelanggan.

Dalam masa yang sama, kami turut menjalankan sesi review Management Account suku pertama (1st Quarter) bersama pelanggan-pelanggan Sdn. Bhd. serta membuat semakan akhir sebelum akaun diserahkan kepada juruaudit.

Setiap pertemuan bukan sekadar menyemak angka, tetapi kami akan berbincang mengenai:
✅ Prestasi kewangan semasa syarikat.
✅ Isu-isu yang perlu diperbetulkan sebelum audit.
✅ Perancangan cukai yang lebih teratur.
✅ Cadangan untuk memperkukuhkan rekod kewangan syarikat.

Bagi kami, penyediaan akaun bukan sekadar memenuhi keperluan pematuhan. Yang lebih penting ialah memastikan pemilik bisnes memahami kedudukan kewangan syarikat dan dapat membuat keputusan dengan lebih yakin.

Terima kasih kepada semua pelanggan yang sentiasa memberikan kepercayaan kepada Azufa Management & Services.

Semoga Allah SWT terus mempermudahkan setiap urusan kita dan memberkati setiap rezeki yang dikurniakan. Aamiin. 🤲✨

bukan

Alhamdulillah… 🤍Rezeki kami di Azufa dikurniakan staf dan pelajar praktikal yang baik-baik. Terima kasih kepada mereka y...
28/07/2026

Alhamdulillah… 🤍

Rezeki kami di Azufa dikurniakan staf dan pelajar praktikal yang baik-baik. Terima kasih kepada mereka yang sudi menyediakan jamuan oden untuk Yana, Afifah dan Cikgu Nurul sebagai tanda penghargaan.

Minggu ini merupakan minggu terakhir Yana dan Afifah menjalani latihan industri di Azufa Management & Services. Turut hadir ialah penyelia mereka daripada Kolej Vokasional, Cikgu Nurul Nadhifah.

Sepanjang tempoh latihan, Yana dan Afifah menunjukkan sikap yang sangat positif. Mereka cepat belajar, mudah menerima tunjuk ajar dan sentiasa berusaha memberikan hasil kerja yang terbaik. Setiap tugasan yang diberikan disiapkan dengan penuh tanggungjawab dan mengikut tempoh yang ditetapkan.

Bagi kami, kemahiran teknikal memang penting. Namun, sikap, disiplin, amanah dan kesungguhan untuk terus belajar adalah nilai yang lebih berharga dalam dunia pekerjaan.

Insya-Allah, jika terus mengekalkan sikap dan integriti seperti ini, kami yakin Yana dan Afifah akan melangkah jauh dalam kerjaya yang bakal ditempuhi.

Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh di Azufa menjadi bekalan yang bermanfaat. Teruslah belajar, berusaha dan menjadi seorang akauntan yang berintegriti serta memberi manfaat kepada masyarakat.

All the best, Yana & Afifah! 🌹

Address

No. 50 Jalan Karyawan Bestari
Puncak Alam

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Azufa Management & Services posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Azufa Management & Services:

Shortcuts

Share

Category