Kelas Urus Enterprise

Kelas Urus Enterprise

Share

Kelas Urus Enterprise bantu usahawan menguruskan bisnes supaya lebih senang buat loan bank

25/06/2025

LANGKAH DEMI LANGKAH URUS KEWANGAN BISNES SENDIRI

Ramai usahawan kecil dan sederhana sangat rajin berniaga, tapi lalai dalam satu hal penting: urus kewangan bisnes dengan betul. Duit masuk hari-hari, tapi bila ditanya berapa untung sebenar, ramai yang tak pasti.

Bila bisnes jatuh, baru sedar rupanya duit banyak bocor tanpa sedar dan semua berpunca daripada sistem kewangan yang longgar atau tiada langsung.

Langkah pertama yang wajib dibuat ialah asingkan akaun peribadi dan akaun syarikat. Ini bukan sekadar soal disiplin, tapi asas yang akan tentukan sama ada bisnes kita boleh kekal lama atau tidak.

Seperti yang disebut dalam buku “Accounting for Non-Accountants” oleh Wayne Label (2021);

Antara punca utama kegagalan kewangan usahawan kecil adalah kerana tiadanya pemisahan yang jelas antara individu dan entiti bisnes.

Selepas itu, setiap transaksi perlu direkod, tak kira besar atau kecil. Jangan tunggu hujung bulan baru nak ingat balik semua. Bila rekod dibuat dengan konsisten, kita boleh nampak ke mana duit pergi, apa yang membazir, dan di mana potensi untuk untung lebih banyak.

Bila semua data sudah ada, barulah boleh buat keputusan yang bijak —sama ada nak tambah staf, beli stok lebih, atau simpan tunai sebagai buffer. Ramai yang buat keputusan ikut rasa, bukan angka. Inilah kesilapan paling biasa yang akhirnya memakan diri.

Urus kewangan bisnes bukan tugas yang glamor, tapi ia adalah asas sebenar kepada bisnes yang kukuh dan bertahan.

Bila duit terurus, fikiran pun lebih tenang. Dan bila pemilik tenang, bisnes pun lebih mudah berkembang.

25/06/2025

Langkah demi langkah urus kewangan bisnes. Bukan untuk nampak hebat, tapi untuk kekal lama.

25/06/2025

Kunci untuk 'faham' bisnes kita bukan pada perasaan, tapi pada angka.

25/06/2025

Langkah pertama dalam urus kewangan bisnes; asingkan duit bisnes dan duit sendiri.

Titik mula segalanya.

25/06/2025

Jangan tunggu bisnes besar baru nak kemaskan kewangan.

Urus dari sekarang, walaupun baru berniaga dari rumah.

25/06/2025

Nak bisnes bertahan lama? Jangan biar kewangan bergerak tanpa arah.

Mula urus step by step.

24/06/2025

BUAT AKAUN SETAHUN SEKALI: RESEPI GAGAL TANPA SEDAR

Ramai usahawan mula dengan semangat tinggi. Tapi kalau akaun hanya disentuh setahun sekali, itu bukan strategi itu resepi gagal yang senyap-senyap.

Bisnes mungkin nampak sibuk, sales pun masuk, tapi hakikatnya masih tidak pasti sama ada sedang untung atau rugi.

Apabila akaun tidak dikemas kini secara konsisten, semua keputusan jadi berdasarkan agak-agak. Dan bisnes yang bergerak atas dasar “agak-agak” memang sukar untuk bertahan lama.

Ramai usahawan tumbang bukan kerana pesaing lebih hebat, tetapi kerana aliran kewangan sendiri tidak difahami.

Dalam buku Financial Intelligence for Entrepreneurs oleh Karen Berman & Joe Knight, disebut:

“Entrepreneurs who understand their numbers make better strategic decisions and have a far higher chance of long-term success.”

Pendek kata, sesiapa yang faham angka, memiliki peluang yang jauh lebih tinggi untuk bertahan dalam jangka masa panjang.

Akaun bukan hanya untuk dihantar hujung tahun. Ia adalah kompas yang menunjukkan hala tuju. Jika terus diabaikan, bisnes juga akhirnya akan hilang arah.

24/06/2025

Akaun bukan benda yang boleh disimpan macam kuih raya. Setahun sekali baru buka, memang tak sempat nak rasa pahit manisnya.

Silap-silap, bisnes lingkup baru sedar.

24/06/2025

Yang rosakkan bisnes bukan pesaing. Kadang-kadang ia datang dari dalam; contohnya akaun yang tak pernah dijaga.

Setahun sekali? Itu resepi senyap-senyap bunuh bisnes sendiri.

24/06/2025

Kau rajin update feed, tapi akaun bisnes dibiarkan setahun.
Macam bina rumah cantik, tapi tapak retak tunggu rebah.

Nampak gah, tapi kosong dalam.

24/06/2025

Setahun sekali buka akaun, lepas tu terkejut tengok angka.
Macam masak tak rasa, tahu-tahu dah hangit.

Kalau nak bisnes kekal lama, akaun kena dipantau, bukan disimpan.

24/06/2025

Buat akaun setahun sekali?
Itu bukan strategi, itu resepi gagal tanpa sedar.

Tak nampak duit keluar ke mana, tahu-tahu bisnes tenat.

Want your business to be the top-listed Accountant in Petaling Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


Oasis Square
Petaling Jaya
47301