Sharifah JFPC

Sharifah JFPC

Share

Full Scope of Estate Planning and Financial Planning
Perunding Penulisan Wasiat & Perancangan Harta

13/04/2022

𝗙𝗔𝗛𝗔𝗠𝗜 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗛𝗔𝗚𝗜𝗔𝗡 𝗙𝗔𝗥𝗔𝗜𝗗 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗔 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗧𝗔 𝗣𝗨𝗦𝗔𝗞𝗔

Mari saya kongsikan ade 4 perkara penting seandainya berlaku kematian seseorang:

1) Urusan perbelanjaan dan pengebumian

2) Melangsaikan hutang si mati

3) Menguruskan wasiat (jika ada)

4) Pembahagian mengikut faraid

Perasan kan, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan sebelum sampai ke pembahagian faraid.

Walaubagaimanapun, masih ade yang keliru akan perbezaan tentang wasiat dan juga faraid

Kena faham bahawa:

FARAID ialah pengagihan harta pusaka orang islam.

Manakala WASIAT ialah Pentadbiran ( proses) harta pusaka orang islam.

⁣dua perkara berbeza tapi mempunyai peranan tersendiri dalam pengurusan harta pusaka

Mungkin ade yang rasa sudah cukup dengan adanya faraid selepas berlakunya kematian seseorang.

⁣⁣⁣⁣Andai Faraid sudah mencukupi, pernah tak terfikir mengapa boleh berlaku sehingga RM 70 Billion harta ummat islam terbeku??

Terbeku disini ialah waris tak dapat nak tuntut harta pusaka si mati

Kesilapan akan berulang kalau kita tidak merancang sebaiknya⁣⁣⁣ dan ini berlaku akibat kurang kesedaran & sikap ambil mudah tentang kepentingan berwasiat.⁣⁣⁣⁣
⁣⁣.⁣⁣⁣⁣
⁣⁣⁣
Persoalan seterusnya, andai berlaku kematian seseorang. Bagaimana cara proses pindahan milik harta si mati kepada yang hidup? ⁣⁣⁣
⁣⁣⁣
⁣⁣⁣
Bagaimana p**a kalau harta tu masih berhutang? atau ⁣⁣⁣
⁣⁣⁣
⁣⁣⁣
andai mempunyai anak masih bawah umur, siapakah yang akan menjaga mereka?⁣⁣⁣


Anak angkat juga amanah kita menjaga mereka semasa kita hidup, andai kita tiada nanti, bagaimana p**a akan nasib mereka?


Jika berlaku bercerai mati, apekah hak pasangan keatas pasangan yg lain

⁣⁣⁣
Macam mane p**a dengan kos & tempoh proses pindahan?⁣⁣⁣
⁣⁣⁣
⁣⁣⁣
& macam2 lagi⁣⁣⁣
⁣⁣
⁣⁣⁣⁣
Izinkan saya membantu anda untuk mengelakkan masalah yang berlaku pada masa akan datang😊⁣⁣⁣⁣
------------------------------------------⁣⁣⁣⁣
𝗞𝗘𝗣𝗘𝗡𝗧𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗪𝗔𝗦𝗜𝗬𝗬𝗔𝗛⁣⁣⁣⁣
------------------------------------------⁣⁣⁣⁣
🎁 Kematian berlaku pada bila2 masa⁣⁣⁣⁣
🎁 Informasi hutang yang wajib diselesaikan⁣⁣⁣⁣
🎁 Pemberian harta sepencarian yang boleh dituntut*⁣⁣⁣⁣
🎁 Melantik penjaga kepada anak berumur dibawah 18 tahun⁣⁣⁣⁣
🎁 Mempermudahkan dalam menguruskan harta pusaka⁣⁣⁣⁣
🎁 Berpesan tentang amal jariah kita sebagai bekalan untuk akhirat⁣⁣⁣⁣
⁣⁣⁣⁣
⁣⁣⁣⁣
⁣⁣⁣
"Saya rancang nak buat wasiat dengan puan sebab kes arwah abang saya haritu, benda ni maaf sebab saya cerite nampak mengaibkan tapi dari situ dah nampak ade sesetengah adik bradik saya ade yang tamakkan harta arwah abang saya " - Encik Malik 45 tahun⁣⁣⁣⁣⁣
⁣⁣⁣⁣⁣
"Puan, anak saya yang seorang ni merupakan anak angkat. Dalam faraid saya tahu dia tidak dapat mewarisi faraid saya dan husband. Saya rancang ni sebab saya nampak perlu andai bila kami tiada nanti" - Puan Laila 38 tahun
⁣⁣⁣
"Saya tak sangka sebenarnya mudah sebenarnya urusan dokumentasi wasiat ni. banyak terjawab salah faham saya selama ini. Terima kasih Puan sebab membantu kami" - Encik Naim, 52 tahun⁣⁣⁣⁣⁣
⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
⁣⁣⁣⁣
🔸 Dapatkan konsultasi sepenuhnya PERCUMA bersama saya berkenaan kepentingan wasiat.⁣⁣⁣⁣
⁣⁣⁣⁣
⁣⁣⁣⁣
🔸Wasiat adalah satu keperluan utk setiap umat Islam jadi rancanglah harta anda anda dengan Wasiat⁣⁣⁣⁣
⁣⁣⁣⁣

Untuk Tahu Lebih Lanjut:
wa.link/x87g90
wa.link/x87g90
wa.link/x87g90

ATAU
⁣⁣⁣⁣
☎️ 017-6038421
SHARIFAH HARITH
Penulisan Wasiat Islam | Perancangan Harta Pusaka⁣
RHB Trustees Berhad
Julainah FP Consulting

01/03/2022

“ANTARA KERETA, KAU DAN AKU”

Pada topik kali ini kita akan membincangkan secara ringkas di dalam panduan pengurusan kewangan dalam pembelian kereta.

Rule of thumb yang biasa digunakan dalam membeli kereta adalah dimana harga kereta mestilah bersamaan gaji setahun.

Harga = Gaji Setahun & Panduan Rule 20/5/10
Tak salah hendak beli kereta tapi ikut kemampuan dengan panduan:
i) Harga kereta bersamaan 1 tahun gaji
ii) 20% downpayment kereta
iii) 5 tahun pinjaman kereta
iv) 10% pendapatan untuk bayaran bulanan

Sebagai contoh, ini adalah top 5 kereta mampu-milik terbaik untuk fresh grads di Malaysia:-
1. Perodua Axia RM 25,000
2. roton Saga RM 30,000
3. Perodua Bezza RM 35,000
4. Proton Iriz RM 38,000
5. Perodua Myvi RM 44,000

➡Jika mengikut formula beli kereta supaya fresh grads tidak terjerat dalam kewangan kereta:

Gaji RM 2,083 = Perodua Axia
Gaji RM 2,500 = Proton Saga
Gaji RM 2,916 = Perodua Bezza
Gaji RM 3,166 = Proton Iriz
Gaji RM 3,666 = Perodua Myvi

Namun perlu diingat ada 3 kos tersembunyi bagi pemilikan sebuah kereta sebab bukan ansuran bulanan sahaja yang perlu diambil kira.

1. Road Tax & Takaful Kereta.
Kebiasaannya road tax dan takaful kereta kereta lebih kurang RM 700 - RM 2000 ssetahun.
Assume kita ambil RM1200 contohnya, jadi setiap bulan kita perlu asing RM 100 sebagai persiapan untuk takaful kereta

2. Kos Maintenance
Kebiasaanya kos maintenance bagi kereta adalah minyak hitam dan tayar. Minyak hitam perlu ditukar 3-4 bulan sekali dan manakala tayar adalah 2 tahun sekali.

Harga minyak hitam berada dalam lingkungan RM 80 sehingga ke RM 150 dan tayar p**a dalam RM 700 sehingga RM 1000 untuk 4 biji tayar.
biasanya untuk kereta adalah minyak hitam & tayar dimana minyak hitam ditukar 3-4 bulan sekali & tayar 2 tahun sekali Minyak hitam - harga dalam rm 80 ke rm 150 Tayar p**a dalam rm 700- rm1000 untuk 4 biji tayar

3. Kos Minyak ,Tol & Parking
Untuk petrol, jika normal usage dalam RM 200- RM 400 sebulan bagi pergi dan balik kerja serta keluar hujung minggu.

Untuk tol p**a, bergantung pada tempat. Jika di bandar paling kurang rm 100 sebulan, diluar bandar mungkin tiada kos.

Untuk parking. Kalau bawa pergi kerja dalam letaklah dalam RM5 -RM 10 sehari. Kalau tak bawak letak sahaja RM50 sebulan on average.

Apa - apa pun rangcanglah kewangan anda dengan betul😎


☎️ 017-6038421
🧕Sharifah Harith
📍Julainah FP Consulting

28/02/2022

3 Tips Mengurus Kewangan Dengan Baik


1. Sentiasa “TRACK” kewangan anda.

2. Rangka kepentingan untuk jangka masa panjang dan kekurangan setiap pembelian.

3. Hanya gunakan credit card jika mampu membayar setiap bulan.

Dalam pengurusan kewangan, hutang menjadi asbab ketakutan bagi ramai orang dan ini menjadi masalah bukan kerana tiada duit tetapi tidak mengurus kewangan dengan baik.😱

Hampir 68% rakyat Malaysia dibenani dengan hutang dan lebih membimbangkan lagi, kebanyakan daripada hutang yang ditanggung adalah bersifat jangka panjang dengan satu perempat da­ripada mereka yang berhutang tidak dapat membayarnya selama tiga tahun atau lebih.

Paras hutang yang tinggi mencerminkan pengurusan kewangan yang lemah, dan kegagalan mengurus aliran tunai dengan berkesan.

Pesanan saya, Jadilah individu yang mengurus kewangan dengan baik👍🏻😎


☎️ 017-6038421
🧕Sharifah Harith
📍Julainah FP Consulting

27/02/2022

Bila sudah bekerja, mulakan inisiatif adakan tabung dana kecemasan yang berjumlah sekurang-kurangnya 3 bulan gaji sekarang.

Andai kata sudah mencukupi, anda boleh teruskan usaha dengan membesarkan amaun tabung dana kecemasan anda 6 ke 9 bulan gaji sekarang.

Ambilah langkah setiap bulan asingkan portion gaji wang anda masuk tabung dana kecemasan ni.

Persoalanya, penting ke tabung ini?

Jawapannya penting.


☎️ 017-6038421
🧕Sharifah Harith
📍Julainah FP Consulting

26/02/2022

“Kita menghabiskan masa bertahun-tahun di sekolah tetapi tidak belajar apa2 berkenaan wang.

Inilah sebab utama kita menghadapi masalah kewangan.

Akibatnya, kita hanya belajar cara bekerja untuk wang, bukannya belajar cara menjadikan wang bekerja untuk kita”

- Robert T Kiyosaki


☎️ 017-6038421
🧕Sharifah Harith
📍Julainah FP Consulting

25/02/2022

PENTING KE DOKUMENTASI WASIAT?

Jawapan nya adalah 𝗬𝗔.

Nabi Muhammad SAW bersabda : Tidak seharusnya bagi seseorang yang mempunyai harta untuk di Wasiatkan tidur lebih dari dua malam melainkan Wasiatnya sudah tertulis di sisinya. -HR Bukhari

➡ianya boleh mengelakkan konflik mahupun pergaduhan sesama ahli keluarga.
➡wasiat akan memudahkan pengurusan dan pentadbiran harta pusaka selepas kematian
➡Tanpa wasiat, harta yang sedia ada akan diagihkan mengikut undang-undang sedia ada.

whatsapp untuk info lanjut:

wa.link/yqmsxd ( Click Untuk Direct Whatsapp)
wa.link/yqmsxd ( Click Untuk Direct Whatsapp)
wa.link/yqmsxd ( Click Untuk Direct Whatsapp)

☎️ 017-6038421
🧕Sharifah Harith
📍Julainah FP Consulting

24/02/2022

4 Punca Rakyat Malaysia Diisytihar Muflis


Sumber : Jabatan Insolvensi Malaysia


☎️ 017-6038421
🧕Sharifah Harith
📍Julainah FP Consulting

23/02/2022

Pernah terfikir apa yg akan terjadi pada pinjaman atau hutang anda jika berlaku kematian?

Ini adalah soalan penting yang sering tidak diendahkan oleh peminjam.

Terdapat kejadian di mana peminjam meninggal dunia secara tiba-tiba dan meninggalkan baki pinjaman yang banyak.

Ahli keluarga dan waris yang sedang bersedih tiba-tiba dikejutkan apabila pengutip hutang meminta mereka untuk menyelesaikan baki pinjaman tersebut.

Dari sudut kemanusiaan, perkara ini kelihatan salah.
Tetapi bagaimana p**a dari segi undang-undang?

Adakah pengutip hutang itu melakukan tindakan yang boleh didakwa?

🔴TURUTAN PENYELESAIAN HARTA PUSAKA🔴
✔ Perbelanjaan pengebumian
✔ Bayaran atau yuran pelaksana
✔ Cukai tertunggak
✔ Pemuitang terjamin dan tidak terjamin
✔ Wasiat
✔ Harta Sepencarian
✔ Faraidh

Pemiutang mempunyai hak dari segi undang-undang untuk mengutip baki pinjaman menerusi estet.

Jika pinjaman anda dijamin menerusi aset (contohnya rumah), pemiutang akan mengambil aset tersebut untuk menyelesaikan baki pinjaman.

Setelah selesai semuanya, baki estet akan dibahagikan mengikut wasiat, Akta Pembahagian (jika tiada wasiat) atau Sijil Faraid bagi yang Muslim.

Jadi, adakah keluarga atau waris perlu membayar hutang anda apabila saya mati?

𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞

Kerana pemiutang hanya akan mengejar aset dan estet sahaja.

# Akta kebankrapan menetapkan bahawa orang yang meninggal dunia akan dilepaskan dari status bankrap.

# Lembaga hasil p**a memberi pelepasan cukai bagi mana-mana hutang simati yang dilupuskan oleh syarikat.

# # # BAGAIMANAPUN, Peminjam yang bertanggungjawab akan memikirkan kesejahtaraan orang tersayang dan pastikan yang mereka akan pergi tanpa meninggalkan beban.
https://www.mais.gov.my/wang-orang-berhutang/4/

TANGGUNGJAWAB WARIS MELUNAS HUTANG SI MATI
Seseorang yang mempunyai hutang kemudian meninggal dunia, hutangnya hendaklah dilangsaikan oleh waris-warisnya atau wasi atau pentadbir yang dilantik melalui harta pusakanya. Ia sebagaimana firman Allah SWT

“(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya.” (Surah al-Nisa’: 11)

“fatwa-umum/4305-irsyad-al-fatwa-siri-ke-450-menuntut-hutang-arwah ” : muftiwp.gov.my

Abang saya baru sahaja meninggal dunia. Tak sampai seminggu ada seorang kawannya yang saya yakini penagih dadah datang menuntut hutang,

keluarga saya bersetuju bayarkan, tapi selepas itu berterusan datang orang lain yang gaya mereka seperti mat gian dadah datang tuntut hutang.

Saya dan keluarga yakin arwah tak pernah berhutang dengan mereka sebab arwah semasa hidup selalu cerita jika dia ada berhutang dengan sesiapa.

Soalan saya, apakah kami harus lunaskan hutang tersebut?

Hadis Nabi saw berdasarkan riwayat Ali Bin Abi Talib RA,
قضى رسولُ اللَّهِ صلّى اللَّهُ علَيهِ وسلَّمَ بالدَّينِ قبلَ الوصيَّةِ

Maksudnya:
Rasulullah SAW melunaskan hutang sebelum melaksanakan wasiat Riwayat Ibn Majah (2212)

Kaedah Fiqh lain yang lebih spesifik seperti yang disebutkan dalam sebuah riwayat Ibn Abbas RA berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
الْبَيِّنَة عَلَى الْمُدَّعِي، وَالْيَمِين عَلَى مَنْ أَنْكَرَ

Maksudnya:
Bukti ke atas orang yang mendakwa, sumpah ke atas orang yang mengingkari tuduhan ke atas dirinya. Riwayat Al-Baihaqi dalam Al-Sunan (10/252)

Imam Al-Nawawi menerangkan bahawa hadis ini merupakan suatu kaedah yang agung; memberi petunjuk tegas bahawa tidak diterima dakwaan seseorang secara semberono sebaliknya segala dakwaan dan tuduhan berhajat kepada bukti, atau pengakuan kebenaran dari pihak orang yang didakwa. Sekiranya dituntut sumpah orang yang didakwa maka boleh untuk dia berbuat demikian (bersumpah).
https://www.mais.gov.my/wang-orang-berhutang/4/

Kewajipan melunaskan hutang juga terkandung di bawah Subseksyen 13 (1) Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 yang memperuntukkan bahawa, “Pada penentuan pendengaran pemungut hendaklah melalui perintahnya membuat peruntukkan bagi pembayaran dari harta pusaka bagi duti estet, jika ada, dan perbelanjaan pengebumian dan hutang simati…”

Oleh itu, pihak kami mengajak seluruh umat Islam agar bersungguh-sungguh menyempurnakan pembayaran hutang kepada pemiutang yang memberi pinjaman kepada kita. Jika berlaku keadaan yang menyulitkan iaitu pemiutang atau warisnya nya gagal dikesan, maka serahlah kepada Baitulmal MAIS untuk ditadbir mengikut hukum syarak.

Kami di Julainah FP Consulting sedia membantu. Untuk mendapat maklumat lebih lanjut anda boleh hubungi kami di



wa.link/yqmsxd ( Click Untuk Direct Whatsapp)
wa.link/yqmsxd ( Click Untuk Direct Whatsapp)
wa.link/yqmsxd ( Click Untuk Direct Whatsapp)

☎️ 017-6038421
🧕Sharifah Harith
📍Julainah FP Consulting

22/02/2022

CIRI -CIRI SKIM PENIPUAN PELABURAN🤫


❌Jaminan keuntungan yang tetap dan terlalu tinggi
❌Hanya tumpu pada aktiviti menambah ahli
❌Tawaran pelaburan dalam tempoh terhad
❌Minta memasukkan wang ke dalam bank asing
❌Tawaran pelaburan melalui panggilan telefon
❌Tawaran pelaburan melalui e‐mel Pelaburan tanpa risiko
❌Syarikat pelaburan tidak mempunyai lokasi yang pasti
❌Tawaran hadiah berbentuk wang secara percuma
❌Ejen syarikat asing dalam perniagaan saham dan mata wang
❌Sukar mendapatkan maklumat syarikat berkenaan



Untuk pengetahuan lebih lanjut boleh lihat di Bank Negara Financial Consumer Alert dan boleh juga lihat garis panduan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia


☎️ 017-6038421
🧕Sharifah Harith
📍Julainah FP Consulting

21/02/2022

Pengurusan Harta Pusaka, Wasiat membina tabung akhirat kita.

Hidup ini sementara, persiapkanlah dalam mencipta tabung akhirat

Kerna itu, wasiat menjadi keperluan untuk setiap umat islam, jadi rangcanglah harta anda dengan berwasiat


whatsapp untuk info lanjut

wa.link/yqmsxd( Click Untuk Direct Whatsapp)
wa.link/yqmsxd( Click Untuk Direct Whatsapp)
wa.link/yqmsxd ( Click Untuk Direct Whatsapp)

☎️ 017-6038421
🧕Sharifah Harith
📍Julainah FP Consulting

Want your business to be the top-listed Accountant in Petaling Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Suite 1, Level 23 Tower A Plaza 33 Jalan Kemajuan Section 13
Petaling Jaya
46200