Duit & Legasi

Duit & Legasi

Share

Dulu dikenali sebagai Nota Kewangan Islam (2018–2025). Kini berwajah baru sebagai Duit & Legasi. Nama baru, semangat baru. Stay tuned.

Fokus masih sama: bantu anda urus duit, rancang legasi, lindung waris.

17/12/2025

📢 Dapatkan RM3,000–RM400,000 pembiayaan peribadi!

✔ Kadar serendah dari 2.69%-6.65% setahun (Patuh Syariah)
✔ Kelulusan pantas dalam 24 jam
✔ Tiada bayaran pendahuluan – 100% jimat!
✔ Ansuran fleksibel hingga 10 tahun

Khusus untuk penjawat awam & syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Dokumen mudah: MyKad, slip gaji, dan penyata bank sahaja!

Semak kelayakkan anda disini: https://tr.ee/semakkelayakkan

12/12/2025

Jangan Sampai Harta Jadi Bala Sebab Kita Jahil Faraidh. Ini Peluang Terakhir Ubah Keadaan!

​Kita selalu dengar kes perebutan harta sebab tak ikut Faraidh. Menakutkan kan?

​Puncanya satu je: Kita rasa Faraidh tu susah nak belajar.

​Tapi, alasan tu dah TAK LAKU bila adanya buku Faham Faraidh ni. Buku ni dicipta khas untuk "pecahkan" tembok susah tu.

​Dia guna bahasa mudah (Point 2), bagi contoh bergambar (Point 6), dan ajar cara kira yang praktikal (Point 4). Pendek kata, dia "suap" ilmu tu sampai kita faham.

Soalannya sekarang, adakah anda nak terus berada dalam golongan yang "tak tahu apa-apa" tentang pembahagian harta sendiri?

​Peluang untuk dapatkan panduan selengkap dan semudah ini (Point 3) ada depan mata. Kalau anda lepaskan peluang ni hari ini, anda mungkin akan terus buntu selamanya.

​Jangan biarkan diri anda rugi ilmu dunia akhirat ni cuma sebab lambat bertindak hari ini.

​⚡ Ubah Keadaan Sekarang. Dapatkan Buku Ini & Kuasai Ilmu Faraidh Sebelum Terlambat!
Link 👉 https://s.shopee.com.my/3fwZizJcX0

12/12/2025

"Flight delay 6 jam, bag p**ak hilang 😤 Tapi aku chill je..."

Masa tu aku baru balik dari trip ke Jepun. Tengah excited nak share gambar kat IG, tiba-tiba announcement keluar — "Flight delayed for 6 hours."

Ok lah, sabar. Tapi yang buat aku betul-betul panik… bila sampai Malaysia, luggage aku hilang! Baju, souvenir, semua dalam tu 😭

Nasib baik sebelum fly, aku ada ambil TripCare 360 Takaful dari Etiqa.

Kenapa aku ambik? Sebab aku pernah baca pasal manfaat dia:
✅ Cover travel delay
✅ Cover kalau bag hilang
✅ Cover medical emergency
✅ Siap boleh claim kalau trip kena cancel

Dan semua ni ikut syariah, sebab dia takaful — bukan insurance konvensional.

Yang paling best, aku dapat claim balik untuk delay & luggage hilang. Duit tu memang sangat membantu bila kita baru balik travel, bajet dah tipis 😅

Moral dia — bila travel, especially overseas, jangan anggap benda takkan jadi. Plan kita mungkin smooth, tapi masalah boleh jadi kat mana-mana: delay, sakit, barang hilang, etc.

So better sediakan payung sebelum hujan ☂️

Kalau awak pun jenis s**a travel, local atau international, saya suggest consider ambil TripCare 360 Takaful ni. Boleh protect awak daripada benda-benda yang tak dijangka 🚨

Nak saya bantu semak plan mana paling sesuai dengan bajet awak? Nak plan travel tanpa risau? Scan QR di poster, kita borak j*p pasal TripCare Takaful ni.

12/12/2025

Sedaghe… ramai ingat urusan harta pusaka ni macam isi borang Shopee return je, tap tap siap.
Hakikatnya… kalau harta pusaka lebih RM5 juta, ada harta alih + tak alih, dan si arwah ada buat wasiat…
Ini bukan kerja pejabat penghulu dah.

Ini level Mahkamah Tinggi Sivil.
Masuk court. Pakai baju elok. Jangan selamba pakai seluar track.

Dekat situ lah nanti permohonan dikemukakan…
Dan kalau semua dokumen betul, jalan lurus, tak ada drama rebut harta. Mahkamah akan keluarkan Geran Probate.

Geran ni ibarat "remote control rasmi" untuk urus, pindah, atau cairkan harta arwah ikut apa yang dia tulis dalam wasiat.

Bahasa pasar dia:

“Nak settle harta pusaka besar? Court dulu. Probate kemudian. Baru boleh jalan.”

Moral cerita:
Kalau keluarga nak aman…
Kalau nak elak drama air mata + episod masam muka sepupu tiga pupu…
Fahamkan proses ni awal-awal.

Harta besar, proses pun besar.
Tapi bila tahu flow dia, hidup jadi jauh lebih senang.
Lagi senang bila berwasiat. Lagi cepat prosesnya berbanding pentadbiran tiada wasiat.

17/10/2025

Bila sebut tentang harta pusaka , apakah yang terbayang di minda anda ?

Kisah indah penuh sayang atau kisah kisah resah dihimpit beban ?

Realitinya, harta pusaka sering menjadi punca cerita duka dan sengketa keluarga.

Bagaimanakah kita sebagai pemilik harta hendak mengelakkan cerita duka ini terjadi kepada waris yang kita tinggalkan ?

Sejauh mana kah dokumen wasiat , hibah, harta sepencarian , amanah boleh merealisasikan hasrat kita?

📌 Jangan tunggu lagi. Ayuh bersama kami dalam sesi khas :
BUAL BICARA: Dari Milikan Kepada Warisan – Merancang Legasi Bermakna Untuk Keluarga

🎤 Bersama:
En. Ahmad Zarul Zalfhan
as-Salihin Trustee Berhad

📅 Tarikh: Jumaat, 17 Oktober 2025
⏰ Masa: 8.00 malam – 10.00 malam
📍 Platform: Zoom (Online)


📲 Sertai kami & dapatkan ilmu bermanfaat untuk diri dan keluarga.
🔗 Klik link berikut untuk sertai program ini :
https://us02web.zoom.us/meeting/register/xU4i826XS_adOOxB9pa7zg
Meeting ID : 891 8169 9140

Mari dapatkan penjelasan lanjut untuk memudahkan ahli keluarga yang kita tinggalkan dan ketenangan jiwa buat kita yang bakal meninggalkan .

Reply ‘NAK ‘ untuk saya daftarkan nama anda untuk hadir ke sesi ini .

02/10/2025

"Serius, aku ingatkan duit jatuh dari langit bila aku mula dapat gaji pertama dulu…"

Waktu tu aku baru habis belajar dan dapat kerja pertama. Kawan-kawan semua asyik cerita pasal beli barang mahal, so aku pun terikut-ikut. Ingat lagi, bulan pertama dapat gaji, terus aku beli telefon baru, padahal telefon lama elok lagi. Lepas tu, aku belanja kawan-kawan makan, rasa macam boss p**ak. Tak fikir langsung pasal simpanan atau bil-bil yang bakal datang. Aku rasa macam aku boleh conquer dunia hanya dengan gaji RM2,000 tu.

Masa tu, aku tak sedar yang setiap bulan duit tu makin sikit sebelum cukup bulan. Satu hari, aku terima panggilan dari syarikat telefon, katanya aku dah terlewat bayar bil. Aku terkejut sebab tak pernah terfikir duit boleh habis secepat tu. Rasa malu, serik… tapi aku tak mengaku kat sesiapa. Nak mintak tolong pun segan. Waktu tu baru la aku faham, hidup ni tak seindah yang aku bayangkan, dan duit bukan semata-mata untuk enjoy.

Lepas kejadian tu, aku mula ubah sikap. Aku terpaksa belajar cara nak buat bajet bulan-bulan. Tak de lagi beli benda tak perlu, dan aku mula simpan sikit-sikit walaupun tak banyak. Itu yang buat aku sedar, hidup ni memerlukan disiplin dan perancangan. Kadang kita terlalu ghairah nak rasa senang, tapi kita lupa yang kesenangan tu tak datang tanpa usaha dan perancangan.

Pernah tak kau rasa macam duit tu hilang entah ke mana? Jom kongsikan cerita kau p**a kat bawah. Mungkin kita boleh belajar sama-sama. ✨

24/09/2025

Akaun Simpanan/ Pelaburan Tunai & jenis penamaan yang dibenarkan bagi orang Islam di Malaysia;

✳️ Akaun Bank : Tiada Penamaan Wasi yang boleh dibuat.

✳️ KWSP : Boleh buat penamaan Wasi. Tiada penamaan “Hibah Beneficiary” (Penerima hibah) yang boleh dibuat.

✳️ Simpanan Tabung Haji : Boleh buat penamaan Wasi. Wasi hanyalah dikalangan Ahli Waris. Namun dibenarkan untuk membuat Hibah Amanah bagi akaun Tabung Haji .

✳️ ASB : Tiada penamaan Wasi yang boleh dibuat. Namun dibenarkan untuk membuat Hibah Amanah bagi akaun asb

✳️ Akaun pelaburan Unit Trust : Tiada penamaan Wasi yang boleh dibuat . Namun boleh buat Hibah Amanah bagi Akaun UT yang di kelolakan oleh Syarikat-Syarikat Amanah yang ada di Malaysia .

✳️ Akaun CDS : Tiada penamaan wasi yang boleh dibuat.

✳️ Akaun Emas Digital : Tiada penamaan Wasi yang boleh dibuat

✳️ Akaun Saham Koperasi : Boleh buat penamaan Wasi bergantung kepada Koperasi terlibat. Ada juga yang tidak benarkan.

✳️ Akaun Crypto : Tiada Penamaan Wasi yang boleh di buat

✳️ Akaun E-Wallet : Tiada Penamaan Wasi yang boleh dibuat .

✳️ Sijil Takaful : Boleh buat penamaan Wasi @ penamaan Hibah Beneficiary @ Absolute Asaignment.

Bagi semua akaun di atas yang mana “tiada penamaan wasi” yang boleh dibuat , sekiranya pemilik akaun meninggal dunia…
Waris-warisnya perlu mendapatkan Surat Kuasa Pentadbiran Pusaka dari Amanahraya/ Mahkamah/ Pesaka Kecil untuk mencairkan akaun-akaun tersebut.

Bagi akaun yang ada penamaan wasi , Wasi boleh bertindak membuat pengeluaran wang dalam akaun. Namun wasi hanyalah pemegang amanah. Wang wajib dibahagi mengikut Hukum Faraid.

Bagi Akaun/Sijil yang boleh dibuat Hibah semasa hidup , maka donee (penerima hibah) ialah pemilik mutlak akan harta tunai tersebut.

Harap memberi sedikit penjelasan & bermanfaat kepada semua.

Credit Artikel: Fadzli Rozali
Faraid & Harta Pusaka




Takaful Protections, Asset Managements & More! 21/09/2025

Perlukan panduan untuk rancang takaful yang berkesan? Kami bantu anda faham manfaat, syarat, dan cara memaksimumkan perlindungan takaful anda.

Takaful Protections, Asset Managements & More! “Cari pelan takaful & perancangan harta? Jangan pening dengan ramai agent. Jumpa saya seorang, semua urusan jadi mudah & beres. Klik & Hubungi Saya Sekarang”

Want your business to be the top-listed Accountant in Petaling Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

https://syaihansirotin.com/, https://t.me/notakewanganislam, http

Address


Petaling Jaya
47301

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 16:00