30/09/2022
Rancang & Tadbir Urus Harta&Pusaka Islam
Membantu umat ISLAM yang masih belum merancang dan membuat wasiat dan hibah serta memahami akan proses2 yang terlibat.
Ini memudahkan pembahagian serba sedikit harta yang ada, membantu waris2 di dalam meneruskan kehidupan setelah pemergiaan ahli famili.
30/09/2022
13/08/2022
Saya terpanggil utk berkongsi pengalaman dalam menguruskan harta pusaka abang saya yg
13/08/2022
Assalamualaikum Sahabat2.
Tau x ada lebih kurang RM70bilion harta umat islam terbeku sejak 2019, & Jumlah ini terus meningkat.
Antara sebab2nya ialah:-
๐บ Waris-waris Bertelingkah @ Tidak Sepakat.
๐ธWaris-waris Tiada Ilmu Utk Menguruskan Tuntutan Pusaka termasuk Ilmu Faraidh.
๐บ Waris-waris Tidak Mampu Utk Membayar Kos Tuntutan Pusaka.
๐ธ Waris-waris tidak mempunyai Maklumat Harta-Pusaka & apabila tahu, telah berlaku Kematian Berlapis.
Sahabat2 semua sudah tentu tidak mahu menambah statistik RM 70B itu, kan? Dan saya tahuโฆ..sahabat2 semua sayangkan Famili sahabat2, rite? Oleh itu, RANCANGLAH HARTA sahabat2 dgn menyediakan:-
๐บ WASIAT,
๐บ HIBAH (Jika Perlu), &
๐บ KEPERLUAN DANA PANTAS.
*BERTINDAK SEKARANG*
cari kami je.. insyaAllah kami bantu..
KLIK dibawah utk info atau pertanyaan atau mendapatkan temujanji online dgn kami.
www.wasap.my/60196781411/uruspusakaislam
drp
KAK HJH ZAAZA
Perunding
Rancang, Urus dan Tadbir Harta Dan Harta Pusaka Pewarisan Islam
ID DAE4000100
Hans Legasi Resources S/B
(1338627-W)
Share on WhatsApp WhatsApp Messenger: More than 2 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.
29/11/2021
*CORETAN UTK ISTERI DAN SUAMI*
Pengalaman kehilangan โmy other halfโ membuatkan saya ingin berkongsi beberapa perkara sebagai persediaan anda menghadapinya nanti.
*Sesuatu yang PASTI berlaku. Ianya samada kita ditinggalkan atau kita yang meninggalkan...*
1. Mesti tahu dan faham bahawa tiada apa milik kita, semuanya pinjaman belaka.
2. Sentiasa berdoa supaya kita dan pasangan dianugerahi pengakhiran yang terbaik.
3. Perlu saling mempercayai pasangan kita. Maklumkan kepada pasangan password hp, email, myeg & pin no kad-kad ATM dan lain-lain.
Pin No ATM perlu supaya boleh keluarkan duit yang ada. (Walaupun begitu semua duit perlu diagihkan mengik*t faraid.)
Sebaik sahaja kita daftar untuk dapatkan sijil kematian, semua akaun akan dibekukan. Wang tidak boleh diambil, tanah tak boleh ditukar milik.
4. Buat salinan ic pasangan, sijil kematian, surat permit pengkebumian, laporan doktor, sijil nikah, surat beranak dan no kad pengenalan anak-anak. Dokumen ini perlu disahkan. Simpan di dalam satu file beserta salinan original. Bawa file ini bila membuat semua urusan berkaitan.
5. Maklumkan kepada pasangan semua tanggungan (bil bulanan, kad kredit, pinjaman bank, hutang dan sebagainya) dan juga semua aset (rumah, tanah, simpanan) yang ada. Ini akan memudahkan banyak urusan untuk uruskan hutang-hutang dan harta2 yang ditinggalkan.
โKita yang ditinggalkan akan rasa susah, tetapi yang telah meninggal akan lebih susah jika hutang dan harta tidak diurus dengan segeraโ.
Jika kita benar sayangkan pasangan kita, 2 perkara ini lah yang perlu kita uruskan sesegera mungkin.
6. Hubungi bank yang berkaitan supaya outstanding bil tidak dikira faedahnya. Kita juga blh claim khairat kematian drpd bank/insurance/socso/epf etc. (Ada time limit utk claim. EPF dlm tempoh 6 bulan tapi Bank Rakyat dalam masa 3 bln shj. Kalau lewat, hangusss)
Pastikan juga semua akaun di atas ada penama supaya boleh terus diuruskan tanpa memerlukan surat urus tadbir. *SOCSO ada pencen bulanan untuk pewaris.
7. Kepada para isteri, belajar mengenai IDDAH dan IHDAD.
Tempoh iddah adalah 4BULAN 10HARI. Bukan 44 hari ye?
8. Ambil tahu mengenai pengagihan harta. Apa itu FARAID. Perlu tahu siapa yang berhak ke atas harta yang ditinggalkan dan berapa banyak yang perlu diagih-agihkan. Isteri hanya berhak 1/8 sahaja harta pusaka. Selebihnya milik anak2, mak/ayah suami dan mungkin penerima2 yang lain.
PENAMA bukanlah bermakna harta ditinggalkan seratus peratus kepada mereka. Penama WAJIB menguruskan pembahagian harta mengik*t syariat yang telah ditetapkan. Jangan sampai termakan harta ANAK YATIM!
9. Jika berkemampuan, mencarumlah dengan takaful HIBAH untuk semua pinjaman bank, diri sendiri dan keluarga. Wang tuntutan hibah boleh membantu meneruskan kelangsungan hidup serta boleh disedekahkan/diinfaqkan atas nama pasangan.
*Money is not everything, but everything needs money*.
Wang hibah tidak tertakluk kepada faraid. Waris lain TIDAK BERHAK menuntut wang hibah.
Adanya wang hibah, bolehlah isteri selesaikan tuntutan faraid dan menguruskan proses 'mencairkan' harta pusaka suami jika perlu.
10. Selain dari di atas, jagalah silaturrahim antara ahli keluarga, ipar duai, sahabat handai, jiran tetangga dan sesiapa sahaja. Insyaallah, mereka ini lah yang akan datang membantu bila kita rasa begitu kehilangan, keseorangan dan tidak berdaya.
11. Bersedialah daripada sekarang. Jangan tunggu-tunggu lagi sebab malaikat maut boleh datang menjemput kita pada bila-bila masa sahaja. Panggil pasangan dan bincangkan perkara ini.
Dengan sedikit perkongsian ini, diharap bila sampai masanya nanti, kita (terutama isteri2) tidak akan hilang punca.
Allahualam.
Kredit: Solah Hiyah Mohd Idris
*PERSOALANNYA:*
1. Buat para suami, apa jaminan orang lain boleh menjaga kebajikan anak isteri anda selepas menerima harta pusaka anda?
2. Buat para isteri, cukupkah anda meneruskan hidup dengan anakยฒ dgn hanya 1/8 sahaja harta tinggalan suami?
Fikirlah bersama pasangan anda.
Semoga perkongsian ini memberi banyak manafaat..
__________________
Forward dari cikgu Zai (sudah pencen lama)
Coretan ni ditulis oleh cikgu Solahiah dr sekolah Menengah Hulu Kelang kawan saya. Mmg dia tenggelam punca bila tiba2 suami meninggal
c n p
28/11/2021
๐๐ผ๐ ๐๐ผ๐ ๐๐ผ๐๐ผ๐๐ฟ๐
Ustaz! saya nak hak faraidh saya, boleh ke?
Ambe jawab..
Apa tak bolehnya. Itu hak yang Allah dah tetapkan dalam Al Quran.
Dia kata...
Masalahnya adik beradik saya yang lain marahkan saya.
Ambe tanya...
Pasal apa p**ak, ce cerita dulu.
Dia cerita..
Mak saya meninggal, ada tinggal duit pusaka 100 ribu. Saya ni anak bongsu. Masa bincang2, abang dan kakak saya semua setuju nak bahagi samarata. Kami semua 10 adik beradik, 5 lelaki dan 5 perempuan. Tapi saya sorang tak setuju, saya nak hak faraidh saya 2 bahagian. Semua pakat marahkan saya, kata saya tamak, tak sayang arwah mak, sebab mak dah pesan bagi samarata. Salah ke saya tuntut hak faraidh? Abang kakak kata semua setuju samarata, kena ik*t suara ramailah.
Ambe...
Gitu pulok, macam2 peseng lah waris ni. Main kaedah majoriti pulok.
Atau pun mungkin dia orang pakai kaedah, jika ada sorang tak setuju samarata, maka tak leh bahagi samarata, kena balik kepada hak faraidh asal masing2. Tu yang adik tadi kena marah tu k*t.
Tak adalah. Allah dah tentukan hak masing2. Jadi terp**anglah kpd setiap waris buat keputusan. Nakkan kadar asal hak faraidh atau setuju untuk muafakat. Sapa yang nak hak faraidh yg telah ditetapkan oleh Allah, ambiklah hak tu, janganlah yang lain marah p**ak. Lain2 waris yang setuju bertakharuj nak muafakat atau bahagi samarata, teruskanlah keputusan itu. Takde masalah. Sebab semua dah tahu hak masing2.
Inilah yang dikatakan letak faraidh didepan, bukan dibelakang, bukan pilihan dan bukan solusi terakhir. Bertakharujlah dengan kaedah yang terbaik.
Selamat Bahagi Harta Pusaka
Credit
๐๐๐๐๐ก ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐, ๐๐๐
๐๐ข๐ช๐ฆ ๐๐ญ๐ฎ๐ถ ๐๐ข๐ณ๐ข๐ช๐ฅ๐ฉ
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Website
Address
Petaling Jaya
47301
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |
| Saturday | 09:00 - 14:00 |