Pewarisan Harta Islam : Pusaka, Hibah Dan Wasiat

Pewarisan Harta Islam : Pusaka, Hibah Dan Wasiat

Share

Membantu Umat Islam Dalam Merancang Harta Melalui Kaedah Pewarisan Yang Mematuhi Syarak & Perundangan

12/04/2024

[Hutang Pasangan Wajib DiLunas]

Mendepani kurun ke-21, suatu kenyataan yang tidak dapat dinafikan apabila majoriti rakyat dewasa terpaksa menanam hutang hanya bagi memenuhi keperluan asas.

Keperluan seperti kediaman, hartanah dan kenderaan merupakan antara faktor utama individu terpaksa menandatangani kontrak pembiayaan dengan institusi perbankan. Begitu juga dengan pinjaman peribadi sama ada bagi memulakan perniagaan, persiapan majlis perkahwinan, menyediakan kelengkapan rumahtangga atau untuk tujuan kecemasan.

Pahitnya lagi, kita juga perlu menerima hakikat bahawa terdapat segelintir masyarakat berhempas p**as mengabdikan diri membanting tulang sepanjang hayat, semata-mata bagi melangsaikan hutang.

Apatah lagi, apabila jumlah yang perlu dibayar kepada institusi perbankan tersebut meningkat dua atau tiga kali ganda berbanding nilai asal pinjaman dengan tempoh keberhutangan yang panjang.

Justeru, bukanlah suatu perkara asing apabila suami atau isteri mengambil inisiatif berhutang dengan pasangan masing-masing. Pinjaman yang diberikan p**a segalanya dilakukan atas dasar kasih sayang dan tolak ansur dengan harapan agar perkahwinan yang dibina tersebut terus utuh, berkembang bahagia seiring kemampanan ekonomi keluarga.

Di Malaysia, kajian menunjukkan punca utama perceraian adalah disebabkan faktor kewangan dengan empat alasan dikenalpasti sebagai penyumbang kepada faktor kewangan tersebut, iaitu tidak memberi nafkah zahir, gaya hidup berhutang, kewangan belum kukuh dan perbelanjaan melebihi kemampuan.

Persoalannya, apakah tatacara berhutang yang ditetapkan oleh Islam? Apakah peruntukan undang-undang di Mahkamah Syariah yang membenarkan tuntutan hutang terhadap pasangan difailkan? Apakah pembuktian yang perlu dikemukakan?

Bagaimana p**a jika isteri/suami menjadi proksi pinjaman kepada pasangannya? Dan adakah tuntutan hutang ini boleh dilakukan terhadap pasangan yang telah meninggal dunia? Serta apa kesannya terhadap pembahagian harta pusaka?

Untuk menjawab persoalan tersebut, ikuti artikel penuh nukilan YBrs. Dr. Roziana Mat Amin, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Latihan JKSM di kolumn Lensa JKSM, Utusan Malaysia.

𝑱𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 π‘²π’†π’‰π’‚π’Œπ’Šπ’Žπ’‚π’ π‘Ίπ’šπ’‚π’“π’Šπ’‚π’‰ π‘΄π’‚π’π’‚π’šπ’”π’Šπ’‚

10/04/2024

[Keajaiban Al-Quran]

Tersentuh apabila melihat video klip ini tentang seorang pemuda yang bisu tetapi diberi kelebihan oleh Allah boleh melaungkan bacaan Al-Quran dengan sangat baik.

Benarlah seperti firman Allah s w.t di dalam surah Ar-Rahman :
{ ΩΩŽΨ¨ΩΨ£ΩŽΫŒΩ‘Ω Ψ‘ΩŽΨ§Ω„ΩŽΨ§Ϋ€Ψ‘Ω Ψ±ΩŽΨ¨Ω‘ΩΩƒΩΩ…ΩŽΨ§ ΨͺΩΩƒΩŽΨ°Ω‘ΩΨ¨ΩŽΨ§Ω†Ω }
[Surah Ar-RaαΈ₯mān: 16]

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?"

Mutiara kata dari penceramah agama dan motivasi, Ustaz Dato' Dr. Hassan Ali :
"Jika kita menjauhi (tidak membaca) Al-Quran di dunia, bagaimana mungkin Al-Quran boleh menjadi peneman kita di kubur serta di akhirat kelak".

Mengambil semangat dan roh Nuzul Al-Quran ini, jom bersama-sama berazam untuk menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup kita dan keluarga agar kita berjaya didunia serta selamat sejahtera di akhirat sana. Insya-Allah... Ameen

Photos from Pewarisan Harta Islam : Pusaka, Hibah Dan Wasiat's post 08/04/2024

[Urusan Pusaka Pelanggan Di Kuala Selangor]

Alhamdulillah telah membantu pelanggan untuk menghadiri perbicaraan pusaka di Pejabat Pusaka Kecil, Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian (Persekutuan), Unit Pembahagian Pusaka, Selangor Barat Laut pada 19-Mar-2024 yang lepas.

Pelanggan merupakan seorang balu yang telah kematian suaminya pada 10-Dis-2023 dan telah melantik pihak Wasiyyah Shoppe Berhad untuk menguruskan pusaka Arwah secara rasminya pada 24/01/24.

Alhamdulillah dengan bimbingan yang kami beri, segala dokumen sokongan telah berjaya dikumpul dan borang yang berkenaan telah diisi dalam tempoh sebulan.

Pada 28-Feb-2024, pihak Wasiyyah Shoppe Berhad telah menghantar permohonan secara softcopy melalui sistem yang disediakan. Dan pada tarikh 1-Mar-2024, permohonan secara hardcopy p**a telah dihantar ke Pejabat Pusaka Kecil.

Mengikut jangkaan kami, Pejabat Pusaka Kecil akan hanya mengeluarkan tarikh bicara dalam masa 6-7 bulan tetapi untuk kes pelanggan saya ini ianya hanya mengambil masa selama 8 hari sahaja. Alhamdulillah.

Pihak Pejabat Pusaka Kecil telah memaklumkan untuk mengadakan perbicaraan bagi kes Pusaka ini pada 19-Mar-2024. So pada tarikh itu kesemua waris telah hadir di Pejabat Pusaka Kecil Kuala Selangor dan segalanya berjalan dengan lancar. Setelah bersidang, Hakim telah menyatakan akan mengeluarkan Surat Kuasa kepada Wasi yang dilantik dalam tempoh 2-3 bulan. Alhamdulillah.

So begitulah serba sedikit info tentang perjalanan kes pengurusan pusaka. Ianya bukan semudah ABC. Pelbagai perkara perlu diuruskan (dokumen si mati, dokumen waris, dokumen harta dan lain-lain), kos pengurusan, karenah waris yang pelbagai serta tempoh masa menunggu yang panjang.

Tahniah pada pelanggan ini kerana segera menguruskan pusaka Arwah suaminya kerana beliau paham akan kepentingan menguruskannya segera demi kebaikan untuk Arwah suami di alam sana dan juga untuk waris yang masih hidup.

Kini pengurusan pusaka boleh di rancang semasa hidup agar memudahkan waris-waris apabila pemilik harta mati kelak. Sudah pasti pilihan ini lebih baik untuk semua.

Jika perlukan lebih maklumat berkaitan ilmu pewarisan harta (pusaka, wasiat dan harta sepencarian), boleh hubungi no hp di bawah untuk mendapatkan konsultasi daripada saya secara PERCUMA.

"Rancang Kerana Sayang"
"Urus Pusaka, Elak Sengketa"

Photos from Pewarisan Harta Islam : Pusaka, Hibah Dan Wasiat's post 05/04/2024

[6 Perkara Yang Perlu Dilakukan Untuk Elak Harta Menjadi Beku]

Rumah, tanah, wang simpanan yang banyak dan aset-aset lain adalah harta yang perlu kita uruskan supaya ia tidak berkubur apabila kita meninggal dunia nanti. Menurut statistik, sebanyak RM60 bilion harta yang dibekukan oleh pihak berkuasa.

Ini menunjukkan ramai di kalangan kita yang tidak tahu bagaimana cara menguruskan harta dengan betul. Apabila harta beku dan tiada penuntut, sudah pasti akan menjadi masalah dalam keluarga anda kelak.

Dengan harta juga, kita pasti mendapat manfaat di dunia dan akhirat selagi mana harta itu digunakan untuk jalan yang baik.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya harta beku di Malaysia. Di antaranya adalah ramai yang tidak tahu urus pusaka, tiada masa menguruskan harta pusaka, tiada persepakatan waris, tiada duit untuk menguruskan harta dan menganggap harta pusaka tak perlu diuruskan dengan segera. Malah ada yang menganggap jika urus harta pusaka segera, individu tersebut adalah tamak.

Bagi mengelakkan berlakunya harta beku, pemikiran seperti itu haruslah dibuang jauh-jauh. Uruskan harta dengan cara yang betul dan pilihan yang tepat.

Jom lihat 6 cara uruskan harta supaya ianya tidak beku.

1. Ambil Tahu Pasal Faraid
Cara urus harta dengan betul adalah mengetahui siapa faraid anda memandangkan faraid adalah hukum Islam dalam menguruskan harta jika anda tidak melakukan sebarang hibah.

Banyak kes berlaku di mana waris tidak tahu dia tidak layak jadi waris faraid tetapi menganggap harta si mati adalah miliknya.

2. Lantikan Wasi
Pelantikan wasi yang boleh anda lantik dibahagikan kepada syarikat amanah dan individu. Untuk pengetahuan anda, wasi adalah pentadbir yang akan membuat tuntutan pusaka bagi pihak anda.

Sekiranya harta tidak lebih daripada RM2 juta, kita boleh gunakan wasi individu. Sekiranya lebih daripada RM2 juta, gunakan wasi syarikat seperti Wasiyyah Shoppe Berhad, As-Salihin Trustee, Amanah Raya Berhad atau lain-lain lagi.

Pelantikan wasi penting kerana mereka adalah golongan pakar yang akan membantu menguruskan harta anda. Berbanding dengan tindakan anda sendiri, mereka lebih cepat, pantas dan senang.

3. Wasiat
Dengan adanya wasiat, ia bakal menjadi saham akhirat anda kelak. Semua orang Islam amat disarankan berwasiat atau wakaf.

Sekurang-kurangnya dapatlah pahala berterusan sehingga hari kebangkitan nanti. Buatlah wasiat β…“ dari harta anda!

4. Pastikan Ada Hitam Putih
Wajib anda dokumenkan wasiat anda dengan mana-mana syarikat pengurusan pusaka. Wasiat dengan mulut akna menjadi masalah kelak kerana tiada bukti.

Carilah syarikat yang berstatus Syarikat Amanah, mempunyai latar belakang yang kukuh serta berpengalaman untuk membuat dokumen tersebut. Ianya tak semestinya mahal, kita boleh shopping untuk dapatkan harga yang menarik.

5. Dana Pantas Untuk Waris
Tahukah anda, aset akaun bank dan lain-lain akan terus beku setelah kematian. Namun, KWSP, penama Tabung Haji dan penama Polisi Takaful tidak akan beku serta-merta.

Sebaliknya, ia akan dimasukkan ke dalam akaun penama.

6. Dokumen Hibah
Dokumen hibah boleh dibuat sekiranya anda ingin menentukan sendiri sebanyak mana harta yang ingin anda serahkan kepada orang tersayang, ibu bapa dan keluarga. Ia tidak akan melalui proses faraid lagi tetapi akan terus ke penama anda.

Untuk menguruskan harta dengan baik melalui mana-mana cara di atas, pilihlah syarikat atau perunding harta yang dipercayai bagi menguruskan harta kita. Buatlah perbandingan bagi syarikat-syarikat yang menawarkan servis ini terlebih dahulu.

Sumber Asal :
Fatihin Abshar

Photos from Pewarisan Harta Islam : Pusaka, Hibah Dan Wasiat's post 03/04/2024

[Nilai Harta Beku Di Malaysia Terus Meningkat]

Adalah dilaporkan jumlah nilai harta beku dan tidak dituntut di negara ini telah mencecah RM90 Billion yang melibatkan 90 peratus daripada jumlah itu adalah milik orang Islam.

Apa maksud harta beku?
Harta beku ialah harta seseorang yang masih tertahan daripada sebarang transaksi mahupun urusan pengagihan kepada waris selepas kematian pemilik harta sebelum proses pentadbiran sempurna diproses.

Untuk memberi gambaran tentang betapa besarnya nilai kerugian yang ditanggung oleh umat Islam akaibat dari masalah harta beku ini adalah seperti contoh kiraan dibawah.

Nilai Harta Beku : RM90,000,000,000
Hasil kutipan zakat yang boleh diperolehi setahun :
2.5% x RM90,000,000,000
= RM 2,250,000,000
= RM 2.25 Billion

Terlampau besar kan nilai hasil yang boleh diperolehi tu.... Dengan hasil zakat sebanyak tu tidak mustahil banyak sekolah, masjid, rumah2x Asnaf serta kemudahan lain boleh disediakan. Tidak mustahil juga kadar kemiskinan dikalangan umat Islam di Malaysia juga boleh disifarkan.

Begitulah pentingnya untuk kita membuat perancangan harta. Buatlah dengan syarikat yang bertauliah dan diiktiraf oleh kerajaan, agar perancangan harta yang dibuat itu dapat direalisasikan dengan sempurna. Kelak waris juga yang akan gembira.

Jika perlukan lebih maklumat berkaitan ilmu pewarisan harta (pusaka, wasiat dan harta sepencarian), boleh hubungi no hp di bawah untuk mendapatkan konsultasi daripada saya secara PERCUMA.

"Rancang Kerana Sayang"

01/04/2024

[Kos Pengurusan Pusaka Percuma?]

Antara salah satu faktor mengapa nilai harta beku di Malaysia terus meningkat adalah ketidak mampuan waris untuk menguruskan harta si peninggalan si mati. Ramai yang beranggapapan proses pengurusan pusaka ini PERCUMA iaitu TIADA kos yang perlu dikeluarkan oleh waris untyuk menguruskan harta si mati. Sedarlah bahawa semakin besar harta yang ditinggalkan oleh si mati maka semakin besar lah kos yang perlu dikeluarkan oleh waris bagi menguruskan pusaka. Inilah adalah FAKTA yang semua rakyat Malaysia kena fahami.

Ikuti sedutan video dari CEO Syarikat Wasiyyah Shoppe Berhad, Tuan Haji Ariffin Bin Sabirin tentang permasalahan ini.

Kini pihak Wasiyyah Shoppe Berhad ada menyediakan pelan pengurusan Pusaka di mana pemilik harta yang masih hidup boleh melanggan pelan ini agar ianya dapat menyenangkan waris apabila mati kelak. Kemudahan dari segi tiada kos perlu dikeluarkan oleh waris untuk menguruskan harta pusaka si mati. Pasti ini pelan yang amat menyenangkan semua waris.

Jika perlukan lebih maklumat berkaitan ilmu pewarisan harta (pusaka, wasiat dan harta sepencarian), boleh hubungi no hp di bawah untuk mendapatkan konsultasi daripada saya secara PERCUMA.

"Rancang Kerana Sayang"
"Urus Pusaka, Elak Sengketa"

29/03/2024

[Ini Sebab Mengapa Pasangan Muda Kritikal Untuk Menghibahkan Rumah Mereka!!!]

Kami di Wasiyyah Shoppe selalu ingatkan yang tanggungjawab merancang harta tu adalah tanggungjawab PEMILIK HARTA.

Jangan biarkan nasib anak dan isteri anda dalam bahaya.
Sebelum pusaka menjadi puaka, ingat pesan kami untuk mulakan langkah bertanggungjawab anda untuk merancang harta demi insan yang tersayang!

Jika perlukan lebih maklumat berkaitan hibah harta atau ilmu berkaitan pewarisan yang lain (pusaka, wasiat dan harta sepencarian), boleh hubungi no hp di bawah untuk mendapatkan konsultasi daripada saya secara PERCUMA.

"Rancang Kerana Sayang"

Photos from Pewarisan Harta Islam : Pusaka, Hibah Dan Wasiat's post 27/03/2024

[Pemilikan Rumah : MRTA vs Hibah]

Terbaca komen netizen dalam satu posting Wasiyyah Shoppe Berhad yang beranggapan Hibah Harta bagi rumah tidak perlu kerana rumah dilindungi oleh MRTA. So apabila berlaku kematian pada pemilik, segala baki pinjaman untuk rumah itu akan terlangsai secara automatik dan rumah itu akan menjadi milik pasangan.

Ini adalah pemahaman yang SALAH!!!

Sebenarnya, apabila berlaku kematian kepada pemilik rumah, MRTA akan hanya cover loan sahaja. Tetapi pemilikan rumah itu kepada pemilik yang baru tetap terbeku sehingga proses pengurusan pusaka selesai. Dan yang paling penting, rumah itu akan menjadi milik waris faraid kita bukan milik mutlak pasangan atau anak-anak seperti yang kita anggap.

Berbeza jika si pemilik membuat Hibah. Segala baki pinjaman perumahan tadi tetap akan lupus dengan sebab adanya MRTA tadi dan rumah itu akan menjadi milik individu yang dinamakan dalam dokumen hibah tanpa perlu berkongsi dengan waris faraid yang lain. Bukankah pilihan ini lebih baik untuk anda dan pasangan? Fikir dan hadam lah akan manfaat ini agar kebajikan mereka yang kita sayang terbela bila kita sudah tiada.

Jika perlukan lebih maklumat berkaitan hibah harta atau ilmu berkaitan pewarisan yang lain (pusaka, wasiat dan harta sepencarian), boleh hubungi no hp di bawah untuk mendapatkan konsultasi daripada saya secara PERCUMA.

"Rancang Kerana Sayang"

26/03/2024

Salam 15 Ramadhan Sahabat2x..
Jom kita kurangkan juadah...
Tingkatkan ibadah... πŸ˜„

25/03/2024

[Tabung Haji : Perlaksanaan Hibah - Mutlak vs Bersyarat]

Pihak Tabung Haji ada menawarkan pakej Hibah bagi pemegang akaun TH. Ianya adalah satu inisiatif yang baik bagi menggalakan umat Islam di Malaysia membuat Perancangan Pewarisan Harta bagi mengelak nilai Harta Beku milik orang Islam di Malaysia terus meningkat.

TH menawarkan Pakej Hibah Amanah kepada pencarum TH yang layak. Ianya merupakan pemberian Harta Hibah Amanah oleh Pemberi Hibah Amanah semasa hidupnya kepada Penerima Hibah Amanah atas dasar kasih sayang secara sukarela, tanpa paksaan dan tanpa mengenakan sebarang balasan dan berlakunya ijab dan qabul di antara Pemberi Hibah Amanah dan Penerima Hibah Amanah di mana Harta Hibah Amanah tersebut akan dipegang oleh Pemegang Amanah dan diserahmilikkan kepada Penerima Hibah Amanah selepas kematian Pemberi Hibah Amanah.

Sekiranya Penerima Hibah Amanah meninggal dunia terlebih dahulu sebelum Pemberi Hibah Amanah, Hibah Amanah tersebut akan menjadi harta pusaka Penerima Hibah Amanah yang akan dibayar kepada waris Penerima Hibah Amanah dengan mengemukakan dokumen-dokumen yang dikehendaki oleh Lembaga apabila membuat tuntutan.

(Bacaan lanjut boleh didapati di link berikut :
https://www.tabunghaji.gov.my/ms/terma-syarat-hibah-amanah)

Berbeza dengan pakej hibah yang di tawarkan oleh pihak Wasiyyah Shoppe Berhad yang menawarkan pakej Hibah Bersyarat kepada pencarum akaun TH. Sekiranya si Penerima dalam dokumen hibah meninggal dunia dahulu, maka jumlah pemilikan yang dihibahkan sebelum ini akan dikembalikan kepada pemilik akaun yang asal.

So kini pencarum Tabung Haji mempunyai pilihan samada untuk membuat Hibah Mutlak (yang ditawarkan oleh Tabung Haji) atau Hibah Bersyarat (yang ditawarkan oleh Wasiyyah Shoppe Berhad). Yang penting kedua-duanya adalah patuh Syarak dan diperakui oleh sistem perundangan di Malaysia.

Untuk makluman lanjut tentang perkara ini, boleh hubungi saya bagi mendapat konsultasi secara PERCUMA.

"Rancang Kerana Sayang"

Photos from Pewarisan Harta Islam : Pusaka, Hibah Dan Wasiat's post 22/03/2024

[Hibah Takaful : Faraid Atau Hibah]

Ramai yang sudah maklum akan manfaat yang boleh diperolehi oleh waris apabila si pencarum melanggan Hibah Takaful. Jumlah pampasan yang bakal diperolehi oleh waris boleh dibahagikan mengikut Faraid atau Hibah sepenuhnya kepada Penama, bergantung kepada pilihan yang dibuat oleh pencarum (Sila lihat lampiran dibawah untuk maklumat yang lebih jelas).

Oleh itu pastikan matlamat perancangan kena jelas ketika mengisi borang melanggan Hibah Takaful agar ianya memberi manfaat kepada waris seperti yang telah diimpikan.

Begitu juga dalam hal membuat Perancangan Pewarisan Harta. Rancanglah sebaik-baiknya untuk kesenangan waris. Adalah lebih baik wang yang waris terima dari caruman Hibah Takaful itu mereka gunakan untuk kelangsungan hidup daripada habis menggunakan wang pampasan itu untuk menebus harta si mati (rumah, tanah dan lain-lain) akibat tiada membuat Hibah untuk isteri dan anak-anak.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara PERCUMA tentang kaedah yang terbaik bagi membuat perancangan Pewarisan Harta demi menjamin kebajikan mereka-mereka yang kita sayang.

"Rancang Kerana Sayang"

Photos from Pewarisan Harta Islam : Pusaka, Hibah Dan Wasiat's post 20/03/2024

[Hubungan Rapat 3 Beradik Menjadi Retak Hanya Sebab Berebut Harta]

Mendapat panggilan dari seorang anak yang tinggal di utara tanahair. Beliau meminta sedikit nasihat berkaitan harta yang bakal ditinggalkan oleh Ayahnya yang sedang sakit (koma).

Ketika mula-mula Ayah mereka jatuh sakit, mereka 3 beradik bekerjasama baik dalam bergilir-gilir menjaga kesihatan dan kebajikan Ayah. Selepas melihat keaddan Ayah yang kian uzur dan tiada harapan untuk sembuh, timbul cadangan dari Abang Long dan Adik Bongsu untuk mengeluarkan semua duit Ayah di Tabung Haji bagi tujuan dibahagikan sama rata sesama mereka. Idea ini ditentang oleh Abang Ngah di atas prinsip simpanan Tabung Haji itu masih milik Ayah dan semua waris faraid berhak ke atas pusaka. Maka hubungan renggang antara mereka pun bermula.

Bermula dengan usaha memburukkan nama Abang Ngah di mata keluarga yang lain dan masyarakat kampung. Kad ATM Ayah yang selama ini dipegang oleh Abang Ngah untuk kemudahan urusan Ayah juga sudah di block oleh pihak bank akibat laporan palsu oleh "individu tertentu" kepada bank yang mengatakan kad bank itu telah hilang. Semua usaha ini adalah bagi memastikan harta milik Ayah mereka dalam tahap maksimum apabila berlaku kematian kelak.

Ibu Tiri (Ayah kahwin baru setelah kematian Ibu Kandung 3 tahun lepas) juga telah di p**au oleh Abang Long dan Adik Bongsu. Akibat daripada ini, Ibu Tiri telah membawa diri dengan cara keluar dari rumah kediaman milik suaminya yang sah. Kini Ibu Tiri tersebut telah mengalami stroke akibat stress yang melampau.

Kini Abang Ngah sahaja yang menyelia dan menjaga Ayahnya yang sakit. Segala perbelanjaan untuk penjagaan Ayah beliau sahaja yang tanggung. Segala resit perbelanjaan untuk rawatan Ayah disimpan kemas dalam fail sebagai rekod bagi mengelak sebarang salah faham kelak.

Begitulah kisah cabaran seorang anak yang bersusah payah menguruskan serta menjaga Ayahnya yang koma di rumah. Ada beberapa pengajaran yang kita boleh ambil dari kisah ini :

1) Menuntut ilmu berkaitan Pewarisan Harta Islam (Pusaka, Hibah, Wasiat & Harta Sepencarian) itu penting untuk semua umat Islam.

2) Berpegang teguhlah kepada hukum berkaitan Halal dan Haram yang dipelajari dari ilmu pewarisan harta berkenaan hak-hak waris serta perbezaan antara harta dan pusaka. Ianya boleh mengelakkan diri kita dari termakan harta yang bathil.

3) Apabila syak wasangka dan sifat tamak menyelubungi diri, maka hubungan sillaturrahim antara adik-beradik juga sanggup ditolak tepi.

Moga Ramadhan yang bakal menjelma menjadi sinar harapan kepada keluarga ini untuk menjalin kembali hubungan kasih mesra yang kini kian retak menanti belah.
Ameen....

Nota :
"Saya tak pernah menyangka, hubungan kami adik-beradik jadi macam ini" - Itulah luahan anak no. 2 itu kepada saya. 😭

"Rancang Kerana Sayang"

Want your business to be the top-listed Accountant in Petaling Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

https://beacons.ai/szamri

Address


Sungai Buloh
Petaling Jaya
47000

Opening Hours

Monday 09:00 - 23:30
Tuesday 09:00 - 23:30
Wednesday 09:00 - 23:30
Thursday 09:00 - 23:30
Friday 09:00 - 23:30
Saturday 08:00 - 23:30
Sunday 08:00 - 23:30