Daei IK Wasiyyah Shoppe

Daei IK Wasiyyah Shoppe

Share

🏢 Pegawai Pengurusan Harta
📜 Pakar Hibah Harta & Share Syarikat
📈 5+ Tahun pengalaman industri
💡 Tips lindungi harta & elak konflik pusaka

30/03/2026

Konflik global seperti Iran & USA mula menjejaskan kan kita. Kenaikkan harga minyak, kos barang, dan kos perkhidmatan.

Tanpa perancangan harta yang jelas seperti hibah, wasiat, atau persediaan tabung pengurusan pusaka, keluarga boleh menghadapi masalah. Antaranya harta tersekat, waris bergaduh, anak dan pasangan terabai diuji untuk kelangsungan hidup.

Ketidakpastian dunia tidak menunggu kita bersedia, tetapi kita boleh mengambil langkah bijak hari ini. Menyusun harta bukan sekadar soal kekayaan, ia adalah tanggungjawab kita kepada mereka yang kita sayangi.

Jangan tunggu dunia menjadi stabil baru bertindak. Rancang harta sekarang, lindungi keluarga anda untuk masa depan.

📩 DM “RANCANG” untuk mula sekarang.

22/03/2026

🚨 Apa jadi kalau tiada Penjaga Harta dilantik? 🚨

Ramai tak sedar… bila sesuatu berlaku, harta memang ada —
tapi tak boleh digunakan untuk orang tersayang.

❗ Akaun boleh dibekukan
❗ Rumah tak boleh dijual
❗ Simpanan anak tak boleh disentuh

⏳ Proses mahkamah p**a ambil masa
📄 Dokumen banyak, anak-anak terpaksa menunggu

💸 Kos guaman tinggi
💔 Keluarga boleh berpecah kerana pertikaian

Akhirnya…
HARTA ADA, tapi tak dapat dimanfaatkan untuk anak.

👉 Jangan tunggu jadi masalah baru nak bertindak.
Lindungi masa depan keluarga anda dari sekarang.

📩 Nak tahu cara lantik Penjaga Harta dengan mudah?
Hubungi kami hari ini.

21/03/2026

🚨 Macam Mana Nak Elak Harta Beku?

Ramai tunggu… sampai terlambat.
Hakikatnya, harta boleh jadi beku jika tiada perancangan yang betul 😔

Apa yang anda boleh buat sekarang:

✅ Sediakan dokumen wasiat
✅ Gunakan hibah untuk percepatkan urusan
✅ Lantik pentadbir / pemegang amanah
✅ Senaraikan semua aset (rumah, bank, KWSP, takaful)
✅ Rancang ketika masih sihat
✅ Dapatkan nasihat pakar

💡 Ingat…
Bukan siapa paling banyak harta,
tetapi siapa yang merancang lebih awal.

Jangan biarkan keluarga kita menanggung beban nanti.
Bertindak hari ini.

📩 Nak mula tapi tak tahu cara? Komen “NAK” atau PM sekarang!

21/03/2026

🚨 Kenapa Penting Pilih Syarikat Amanah Sebelum Buat Hibah?

Ramai tak sedar…
Salah urus hibah boleh menyebabkan harta jadi beku & waris terpaksa menanggung beban 😔

✅ Pastikan hibah sah & patuh syariah
✅ Elak proses lambat & konflik waris
✅ Pengurusan lebih profesional & teratur
✅ Hak waris lebih terjamin & dilindungi
✅ Masa depan keluarga lebih selamat

Jangan tunggu sampai terlambat.
Bila kita tiada nanti, biar urusan harta berjalan lancar tanpa menyusahkan orang tersayang.

💡 Rancang dari sekarang. Lindungi keluarga anda.

📩 Nak tahu cara mula? Drop “INFO” di komen / inbox sekarang!

19/03/2026

Ayat ini bukan drama.
Ini luahan sebenar yang sering berlaku bila urusan pusaka tidak dirancang.

Ramai orang fikir,
“Kalau aku belum berkahwin, tak perlu fikir pasal pusaka.”

Hakikatnya… itu tanggapan yang sangat silap.

Single bukan bermaksud tiada waris.
Single bukan bermaksud tiada harta.

Simpanan dalam bank, kereta, rumah, KWSP, ASB, semua itu tetap harta pusaka bila seseorang meninggal dunia.

Dan bila tiada perancangan dibuat semasa hidup:

• Waris tidak tahu siapa perlu uruskan
• Urusan pusaka boleh tertangguh bertahun-tahun
• Ada waris yang keluar duit, tenaga dan masa untuk urus tapi akhirnya, dia sendiri tidak mendapat apa-apa bahagian

Sedangkan perkara ini sebenarnya boleh dielakkan.

Jika anda single dan mempunyai harta, sekecil mana pun nilainya:

✅ Lantik pihak yang dipercayai & berkepakaran untuk urus pusaka
✅ Lantik wasi untuk mentadbir harta selepas kematian

Supaya nanti bila kita tiada,
urusan tetap berjalan,
pusaka tidak terbeku,
dan waris mendapat manfaat dari peninggalan kita.

Ingat,
tidak berkahwin bukan bermaksud hidup kita tidak meninggalkan kesan kepada orang lain.

Perancangan hari ini
adalah ketenangan untuk waris di kemudian hari.

Kalau anda single, pernah tak terfikir siapa yang akan uruskan harta anda nanti?

Jom saya bantu anda untuk ambil tindakan pertama.



17/03/2026

Anda sudah bersedia ⁉️

Bayangkan harta yang anda kumpul seumur hidup jadi punca pergaduhan keluarga—nak biarkan, atau selesaikan sebelum terlambat?

17/03/2026

Pernah tak kita terfikir…Rumah yang kita duduk sekarang, yang penuh dengan kenangan bersama isteri dan anak-anak…

Suatu hari nanti, bila kita dah tiada —akan ada “orang ketiga” datang menuntut hak ke atas rumah itu?

Bukan sebab mereka jahat…Tapi sebab itu adalah hukum faraid.

Dan masa tu, isteri dan anak-anak kita mungkin terpaksa berkongsi…atau lebih teruk — kehilangan tempat berteduh 😔

Jangan tunggu sampai terlambat.Hari ini kita masih ada pilihan untuk melindungi mereka ❤️

Sekarang ada peluang untuk buat hibah harta/rumah dengan DISKAUN sehingga 40%!

✔️ Lindungi hak isteri & anak-anak✔️ Elak perebutan harta✔️ Proses lebih mudah & terjamin

Kalau anda serius nak jaga masa depan keluarga,kami sediakan konsultansi PERCUMA untuk anda.

Klik & daftar sekarang di link bawah 👇Jangan tunggu… sebelum semuanya terlambat

https://wa.link/6ixuiw

https://wa.link/6ixuiw

https://wa.link/6ixuiw

16/03/2026

Kenapa Wasiyyah Berhad menjadi pilihan Dato Rosyam?

16/03/2026

Melaksanakan hibah rumah semasa hidup sangat penting dalam perancangan harta kerana ia memberi beberapa manfaat kepada pemilik dan waris.

1. Mengelakkan pertikaian antara waris

Apabila rumah sudah dihibahkan kepada penerima tertentu semasa hidup, pemilik rumah telah jelas menentukan siapa yang berhak memilikinya. Ini dapat mengurangkan pergaduhan atau salah faham antara ahli keluarga selepas kematian.

2. Memudahkan urusan pemilikan

Rumah yang telah dihibahkan akan terus menjadi milik penerima tanpa perlu melalui proses pembahagian pusaka yang biasanya mengambil masa lama dan melibatkan banyak prosedur.

3. Mengelakkan harta dibekukan

Jika seseorang meninggal dunia tanpa hibah, rumah tersebut akan menjadi harta pusaka dan mungkin tidak boleh dijual atau dipindah milik sehingga proses pentadbiran pusaka selesai. Hibah boleh mengelakkan masalah ini.

4. Membantu waris yang memerlukan

Pemilik rumah boleh memilih untuk memberikan rumah kepada anak atau waris yang:
• menjaga ibu bapa
• tidak mempunyai tempat tinggal
• mempunyai keadaan kewangan yang lemah

5. Sebagai perancangan harta yang lebih teratur

Hibah membolehkan pemilik merancang pembahagian hartanya dengan lebih jelas dan teratur semasa masih hidup.

✅ Kesimp**an:
Hibah rumah semasa hidup penting untuk memastikan pembahagian harta lebih jelas, mengelakkan konflik keluarga, serta memudahkan pemilikan rumah oleh waris tanpa proses pusaka yang panjang.

16/03/2026

Hibah harta ialah pemberian harta oleh seseorang kepada orang lain secara sukarela ketika pemberi masih hidup, tanpa mengharapkan balasan. Harta itu akan terus menjadi milik penerima selepas hibah dibuat dan disahkan.

Dalam konteks hukum Islam, hibah sering digunakan untuk memberi harta kepada waris atau orang lain sebelum kematian, berbeza dengan pembahagian harta pusaka yang berlaku selepas kematian.

Kepentingan Hibah Harta kepada Waris

1. Mengelakkan pertikaian harta

Hibah boleh mengurangkan pergaduhan antara waris selepas kematian kerana harta sudah diberikan dan jelas pemiliknya.

2. Mempercepatkan pemilikan harta

Waris tidak perlu menunggu proses pembahagian pusaka yang biasanya mengambil masa lama.

3. Membantu waris yang memerlukan

Pemberi hibah boleh memilih untuk membantu anak atau ahli keluarga yang lebih memerlukan seperti:
• anak kurang kemampuan
• anak menjaga ibu bapa

4. Perancangan harta yang lebih tersusun

Hibah adalah salah satu cara perancangan harta Islam supaya harta diagihkan mengikut kehendak pemilik semasa hidup.

5. Mengelakkan harta dibekukan

Apabila seseorang meninggal dunia, harta pusaka biasanya perlu melalui proses undang-undang sebelum boleh digunakan. Hibah boleh mengelakkan masalah ini.

Want your business to be the top-listed Accountant in Petaling Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


A-G-07 Dataran Cascades, Kota Damansara
Petaling Jaya
47810