Wasiat dibuat untuk yang tidak mendapat faraid.
Asma Haryati - Wasiat Hibah dan Faraid
Memberikan solusi yang holistik kepada umat islam dalam perancangan harta dan pengurusan pusaka.
21/09/2022
Boleh segera membuat tuntutan apabila berlaku kematian kepada Pencarum kerana khairat kematian mempunyai tempoh luput untuk memohon.
APA ITU KHAIRAT KEMATIAN?
Khairat berasal daripada perkataan Bahasa Arab yang memberi maksud kebajikan di mana ia turut merangkumi derma, sedekah dan sebagainya. Sedekah atau derma ialah sumbangan ikhlas daripada seseorang untuk diberikan kepada seseorang yang lain.
Menurut Kamus Dewan, derma bermaksud sebagai bantuan yang berupa wang (kepada perkump**an dan lain-lain), pemberian yang ikhlas dan sedekah (kepada orang miskin dan lain-lain). Sedekah p**a bermaksud pemberian kepada fakir miskin dan lain-lain (dengan ikhlas). Manakala khairat diertikan sebagai kebajikan, derma atau sedekah.
Penggunaan istilah pungutan khairat ini telah diguna pakai sejak sekian lama di Malaysia, contohnya dalam Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 1952 dan Undang-Undang Pentadbiran Ugama Islam (Negeri Perak) 1965.
Namun begitu, penggunaan istilah pungutan khairat ini tidak meliputi khairat kematian yang diwujudkan di masjid-masjid kariah, tetapi boleh digunakan sekiranya dana tabung khairat kematian diwujudkan secara pungutan derma.
Khairat kematian pada kebiasaannya ialah wang yang dikumpul daripada pencarum yang tinggal di sesuatu kawasan (ahli dan anak kariah) pada kadar tertentu dan diberikan kepada waris seseorang yang meninggal dunia apabila berlaku kematian.
Disebabkan khairat kematian TIDAK dikira sebagai harta pusaka maka terserahlah pada budi bicara waris-waris. Nak guna buat bayar hutang, kenduri tahlil, sedekah atau lain-lain terserah pada waris asalkan untuk tujuan yang baik.
Tapi pastikan guna dulu untuk tujuan utama khairat ni dibuat iaitu untuk urusan jenazah. Segala kos pengurusan jenazah guna duit ini. Jika ada waris dahulukan duit mereka, boleh gantikan semula. (mengikut budi bicara waris-waris)
Sini dikongsikan 10 tempat tuntutan khairat kematian. Pastikan anda baca satu persatu.
1. Khairat Kematian KHAIRIAH MASJID
▪Sekitar Rm 500 – Rm 5,000
▪Syarat: si mati menjadi ahli/mencarum di khariah
2. Khairat Kematian PERKESO
▪RM 2,000
▪Syarat: si mati menjadi ahli/pernah ada sejarah mencarum PERKESO
3. Khairat Kematian KWSP
▪RM 2,500
▪Syarat: si mati ahli/pencarum KWSP
4. Bantuan Mengurus Jenazah JPA
▪RM 3,000
▪Syarat: si mati Pesara/Kakitangan Awam
5. Khairat Kematian BANK RAKYAT
▪RM 3000
▪Syarat: si mati ada akaun Bank Rakyat
6. Khairat Kematian ASNB
▪RM 200 – RM 2,000
▪Syarat: bayaran ikut baki pelaburan terakhir si mati
7. Khairat Kematian SKIM TAKAFUL
▪RM 2,000 – RM 5,000
▪Syarat: si mati pencarum takaful
8. Khairat Kematian PERSATUAN BERDAFTAR /NGO /KOPERASI
▪RM 500 – RM 5,000
▪Syarat: si mati adalah ahli berbayar Persatuan/NGO/Koperasi
9. Khairat Kematian PENCEN
▪RM3000
10. LAIN-LAIN
Mungkin ada lagi khairat kematian lain yang boleh dituntut bukan hanya di tempat-tempat yang dinyatakan diatas.
Mereka yang segerakan proses tuntutan pusaka biasanya akan diberitahu jika ada khairat kematian. Waktu nak urus, perlu jumpa pegawai, jadi waktu itu biasa pegawai akan beritahu jika mereka ada sediakan khairat kematian.
Macam mana nak tuntut?
Bawa sijil mati, sijil nikah, pengenalan diri, polisi takaful di tempat yang berkenaan. Seeloknya mohon sebaik sahaja berlaku kematian. Jangan ditangguh.
Jika tidak ada akaun bank rakyat, sila buka akaun bank tersebut. InsyaAllah ada manfaat. Bank ini adalah satu-satunya bank yang ada khairat kematian.
Yang bekerja sendiri, yang tidak mencarum dalam KWSP dan Perkeso, sila carum secara sukarela.
Yang tidak ada insuran/takaful diri, silalah beli takaful dengan kadar yang mampu. Tak perlu nak beli caruman yang mahal tapi sekadar mampu bayar. Cukup yang murah tetapi membantu waris jika terjadi apa-apa nanti.
Biarkan waris kita menangis kerana kehilangan kita, jangan waris kita menangis kerana terbeban kerana kehilangan kita.
Kredit : Tengku Nazaruddin
26/08/2022
𝗪𝗔𝗦𝗜𝗔𝗧 - 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗙𝗔𝗛𝗔𝗠 𝗟𝗔𝗚𝗜!
Wasiat dari sudut hukum syarak ialah pemberian pada kadar maksimum 1/3 dan penerima wasiat ini p**a mestilah terdiri daripada 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗪𝗔𝗥𝗜𝗦 iaitu pihak yang tidak menerima harta pusaka mengikut hukum faraid.
Contohnya ialah 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧, anak tiri, pusat tahfiz, persatuan, masjid, surau dan sebagainya.
Wasiat berkuatkuasa selepas mati dan ditolak daripada harta pusaka terlebih dahulu sebelum diagihkan kepada penerima wasiat berkenaan.
𝗧𝘂𝗷𝘂𝗮𝗻 𝘄𝗮𝘀𝗶𝗮𝘁 𝗶𝗻𝗶 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗶𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗔𝗠𝗔𝗟 𝗝𝗔𝗥𝗜𝗔𝗛. Maknanya jika anda berhasrat untuk beramal jariah selepas meninggal dunia hanyalah pada kadar maksimum 1/3 daripada nilai harta pusaka yang anda tinggalkan. Maka 𝗪𝗔𝗦𝗜𝗔𝗧 adalah instrumen yang paling 𝗧𝗘𝗣𝗔𝗧 mesti anda buat.
Sekiranya anda mahukan waris-waris seperti anak-anak dan isteri mendapat harta anda mengikut formula yang anda tetapkan, waris, 𝗪𝗔𝗦𝗜𝗔𝗧 bukan solusi yang tepat kerana ia memerlukan persetujuan daripada waris-waris lain yang berhak kepada harta pusaka anda (khususnya golongan kritikal).
Sekiranya waris yang berhak tidak bersetuju dengan formula pembahagian harta yang anda wasiatkan, maka 𝗪𝗔𝗦𝗜𝗔𝗧 𝗜𝗧𝗨 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗔𝗧𝗔𝗟! Dan agihan mengikut hukum faraid akan dilaksanakan.
Kesimp**annya, orang Islam yang perlu buat wasiat ialah orang Islam yang mempunyai hasrat untuk beramal jariah hanya pada kadar maksimum 1/3 daripada harta pusakanya kepada bukan waris.
Jika anda ingin mengagihkan harta mengikut 𝗙𝗢𝗥𝗠𝗨𝗟𝗔 yang anda kehendaki, maka instrument yang paling 𝗧𝗘𝗣𝗔𝗧 perlu disediakan adalah 𝗛𝗜𝗕𝗔𝗛!
Jadi, kenalpasti betul-betul adakah wasiat yang dimaksudkan ialah solusi pembahagian harta atau sebenarnya 𝗪𝗔𝗦𝗜𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗧𝗔𝗗𝗕𝗜𝗥𝗔𝗡?
Anda ingin tahu apa itu 𝗪𝗮𝘀𝗶𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗻𝘁𝗮𝗱𝗯𝗶𝗿𝗮𝗻, boleh hubungi Asma untuk maklumat lanjut.
ASMA HARYATI MAZLAN
Daie Mawarith
https://linktr.ee/asmaharyatimazlan
https://linktr.ee/asmaharyatimazlan
https://linktr.ee/asmaharyatimazlan
[SENARAI SEMAK DOKUMEN TUNTUTAN PUSAKA]
1. Salinan Sijil Kematian
2. Salinan Sijil Perkahwinan / Nikah
3. Salinan Kad Pengenalan semua waris yang berhak
4. Salinan Sijil Kelahiran (umur waris bawah umur)
5. Salinan Sijil Kematian (bagi waris yang telah meninggal dunia)
6. Salinan geran rumah / tanah
7. Salinan S&P
8. Salinan Cukai Tanah Terkini
9. Salinan Cukai Taksiran / pintu
10. Salinan Penyata Bank terkini
11. Salinan buku bank (muka depan, maklumat pemegang akaun dan baki akhir)
12. Salinan Sijil-sijil saham
13. Salinan geran / hakmilik kenderaan
14. Salinan Penyata saham koperasi terkini
15. Salinan Surat Pengesahan dari Bank / Institusi Kewangan terkini
Senarai ini sebagai panduan. Sebarang perubahan dokumentasi yang diperlukan, boleh merujuk kepada pejabat Pusaka Kecil berhampiran.
31/07/2022
30/07/2022
'Pandai2 laa.. Sebagai bapa, dia patut faham sendiri tanggungjawab dia."
Tu jawapan seorang client Asma bila ditanya kenapa tak tuntut nafkah anak dengan bekas suami?
Terkesima j*p jawapan dia.. Selepas bercerai, bukan jer bekas suami abaikan nafkah anak, datuk yang berduit pun tak ambil tahu hal cucu. Pakcik? Join the club.. Samada tak tahu tanggungjawab atau culas..
Selepas bercerai, isteri itu dinafkahi semula oleh walinya, bukan menafkahi anak-anaknya. Ibu-ibu, tuntutlah hak anak-anak anda dengan suami. Dia buat tak reti, let the LAW talk to them.
Culas nafkah dianggap hutang tau..
19/07/2022
[SIAPA ORANG BUJANG DI SINI?]
Penting ambil tahu faraid walaupun masih bujang. Apa akan terjadi kepada harta pusaka anda kelak?
1️⃣ Ada ibu dan bapa, maka pembahagian faraidnya, maka faraidnya bapa 2/3 dan ibu 1/3.
2️⃣ Hanya ada bapa, maka 100% milik bapa.
3️⃣ Hanya ada ibu, bapa tiada. Maka ibunya mewarisi 1/3 hartanya, bakinya 2/3 oleh Baitulmal.
4️⃣ Ibu dan bapa tiada, hanya ada saudara lelaki, maka 100% milik saudara lelakinya.
5️⃣ Ibu dan bapa tiada, hanya ada saudara perempuan, maka saudara perempuannya hanya mewarisi 1/2 harta dan baki 1/2 oleh Baitulmal.
6️⃣ Tiada ibu bapa, ada adik-beradik lelaki dan perempuan, saudara lelaki kandung mewarisi 2/3 dan saudara perempuan kandung 1/3.
7️⃣ Tiada ibu bapa dan adik-beradik, maka 100% hartanya menjadi milik Baitulmal.
Kesimp**annya, sekalipun orang yang meninggal dunia itu tidak pernah berkeluarga, harta dan aset yang dimiliki si mati semasa hayatnya tetap perlu diuruskan mengikut syariat Islam.
Bagaimanapun, bagi memastikan manfaat harta pusaka individu itu sampai kepada orang yang dikehendaki, lebih baik si bujang merancang hartanya semasa hidup agar waris lebih mudah menguruskannya selepas kematiannya.
Join Telegram Asma utk lebih info berkenaan keluarga kritikal yang memerlukan perancangan harta,
https://t.me/infopewarisanharta
INFO PEWARISAN HARTA Membantu umat Islam membuat Perancangan harta dengan bijak dan membantu waris menguruskan Pusaka sehingga selesai.
25/06/2022
𝐓𝐚𝐤𝐥𝐢𝐦𝐚𝐭 𝐏𝐑𝐎𝐅𝐄𝐒𝐈𝐎𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐖𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 (𝐆𝐑𝐀𝐍𝐃 𝐏𝐑𝐎𝐒𝐏𝐄𝐑) 𝟐𝟎𝟐𝟐
𝟑 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛 kenapa anda 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐭𝐚𝐢 𝐊𝐚𝐮𝐬𝐚𝐫 𝐆𝐫𝐨𝐮𝐩 jika ingin menjadi perunding Pewarisan di Wasiyyah Shoppe Bhd.
𝟏. 𝐋𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐮𝐚𝐥𝐢𝐭𝐢 𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢
Kausar Group menyediakan latihan yang berterusan kepada perunding mereka bagi meningkatkan kredibiliti dan profesionalisme sebagai perunding pewarisan.
𝟐. 𝐒𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐞𝐟𝐢𝐬𝐢𝐞𝐧 & 𝐞𝐟𝐞𝐤𝐭𝐢𝐟
Perunding Kausar Group dilengkapi dengan sistem yang membolehkan perunding membuat diagnosis secara holistik, sekaligus dapat memberi solusi yang tepat.
𝟑. 𝐀𝐠𝐫𝐞𝐬𝐢𝐟 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐦𝐛𝐚𝐡 𝐧𝐢𝐥𝐚𝐢
Perunding Kausar Group dilatih untuk sentiasa menambah nilai kepada pelanggan. Ini untuk memastikan lebih ramai umat Islam dapat dibantu agar harta mereka tidak terbeku selepas dijemput Ilahi.
𝗧𝗮𝗸𝗹𝗶𝗺𝗮𝘁 𝗣𝗥𝗢𝗦𝗣𝗘𝗥
🕰 : 07 Julai 2022
☀️: Khamis
🕒: 08.45 Malam
🖥 : Zoom (Online Meeting)
Yuran Pendaftaran : PERCUMA.
Klik Link untuk Pendaftaran Kehadiran 👇
http://www.wasap.my/60136751079/NakJoinPROSPER
Rancang Harta Urus Pusaka
Kini Tepat & Mudah
Prinsip Kausar :
• PRIHATIN
• SELESAI
• TAMBAH NILAI
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Website
Address
SS6 Kelana Jaya
Petaling Jaya
Opening Hours
| Tuesday | 10:00 - 15:00 |
| Wednesday | 10:00 - 15:00 |
| Thursday | 10:00 - 15:00 |
| Saturday | 10:00 - 15:00 |