21/09/2022
Boleh segera membuat tuntutan apabila berlaku kematian kepada Pencarum kerana khairat kematian mempunyai tempoh luput untuk memohon.
APA ITU KHAIRAT KEMATIAN?
Khairat berasal daripada perkataan Bahasa Arab yang memberi maksud kebajikan di mana ia turut merangkumi derma, sedekah dan sebagainya. Sedekah atau derma ialah sumbangan ikhlas daripada seseorang untuk diberikan kepada seseorang yang lain.
Menurut Kamus Dewan, derma bermaksud sebagai bantuan yang berupa wang (kepada perkump**an dan lain-lain), pemberian yang ikhlas dan sedekah (kepada orang miskin dan lain-lain). Sedekah p**a bermaksud pemberian kepada fakir miskin dan lain-lain (dengan ikhlas). Manakala khairat diertikan sebagai kebajikan, derma atau sedekah.
Penggunaan istilah pungutan khairat ini telah diguna pakai sejak sekian lama di Malaysia, contohnya dalam Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 1952 dan Undang-Undang Pentadbiran Ugama Islam (Negeri Perak) 1965.
Namun begitu, penggunaan istilah pungutan khairat ini tidak meliputi khairat kematian yang diwujudkan di masjid-masjid kariah, tetapi boleh digunakan sekiranya dana tabung khairat kematian diwujudkan secara pungutan derma.
Khairat kematian pada kebiasaannya ialah wang yang dikumpul daripada pencarum yang tinggal di sesuatu kawasan (ahli dan anak kariah) pada kadar tertentu dan diberikan kepada waris seseorang yang meninggal dunia apabila berlaku kematian.
Disebabkan khairat kematian TIDAK dikira sebagai harta pusaka maka terserahlah pada budi bicara waris-waris. Nak guna buat bayar hutang, kenduri tahlil, sedekah atau lain-lain terserah pada waris asalkan untuk tujuan yang baik.
Tapi pastikan guna dulu untuk tujuan utama khairat ni dibuat iaitu untuk urusan jenazah. Segala kos pengurusan jenazah guna duit ini. Jika ada waris dahulukan duit mereka, boleh gantikan semula. (mengikut budi bicara waris-waris)
Sini dikongsikan 10 tempat tuntutan khairat kematian. Pastikan anda baca satu persatu.
1. Khairat Kematian KHAIRIAH MASJID
โชSekitar Rm 500 โ Rm 5,000
โชSyarat: si mati menjadi ahli/mencarum di khariah
2. Khairat Kematian PERKESO
โชRM 2,000
โชSyarat: si mati menjadi ahli/pernah ada sejarah mencarum PERKESO
3. Khairat Kematian KWSP
โชRM 2,500
โชSyarat: si mati ahli/pencarum KWSP
4. Bantuan Mengurus Jenazah JPA
โชRM 3,000
โชSyarat: si mati Pesara/Kakitangan Awam
5. Khairat Kematian BANK RAKYAT
โชRM 3000
โชSyarat: si mati ada akaun Bank Rakyat
6. Khairat Kematian ASNB
โชRM 200 โ RM 2,000
โชSyarat: bayaran ikut baki pelaburan terakhir si mati
7. Khairat Kematian SKIM TAKAFUL
โชRM 2,000 โ RM 5,000
โชSyarat: si mati pencarum takaful
8. Khairat Kematian PERSATUAN BERDAFTAR /NGO /KOPERASI
โชRM 500 โ RM 5,000
โชSyarat: si mati adalah ahli berbayar Persatuan/NGO/Koperasi
9. Khairat Kematian PENCEN
โชRM3000
10. LAIN-LAIN
Mungkin ada lagi khairat kematian lain yang boleh dituntut bukan hanya di tempat-tempat yang dinyatakan diatas.
Mereka yang segerakan proses tuntutan pusaka biasanya akan diberitahu jika ada khairat kematian. Waktu nak urus, perlu jumpa pegawai, jadi waktu itu biasa pegawai akan beritahu jika mereka ada sediakan khairat kematian.
Macam mana nak tuntut?
Bawa sijil mati, sijil nikah, pengenalan diri, polisi takaful di tempat yang berkenaan. Seeloknya mohon sebaik sahaja berlaku kematian. Jangan ditangguh.
Jika tidak ada akaun bank rakyat, sila buka akaun bank tersebut. InsyaAllah ada manfaat. Bank ini adalah satu-satunya bank yang ada khairat kematian.
Yang bekerja sendiri, yang tidak mencarum dalam KWSP dan Perkeso, sila carum secara sukarela.
Yang tidak ada insuran/takaful diri, silalah beli takaful dengan kadar yang mampu. Tak perlu nak beli caruman yang mahal tapi sekadar mampu bayar. Cukup yang murah tetapi membantu waris jika terjadi apa-apa nanti.
Biarkan waris kita menangis kerana kehilangan kita, jangan waris kita menangis kerana terbeban kerana kehilangan kita.
Kredit : Tengku Nazaruddin