25/09/2026
Kisah seorang ibu bernama Nur Shahera Mad Nasir yang tidak pernah berhenti menjaga anak istimewanya, Nur Imani Salsabila, sebelum ini menjadi perhatian ramai.
Semuanya bermula apabila content creator Vain Liew memberikan RM10,000 dan sebuah rumah bernilai sekitar RM300,000 kepada bekas suami Shahera, Ismadi.
Pemberian itu kemudian mengundang reaksi netizen.
Ramai yang merasakan Shahera lebih memerlukan bantuan tersebut kerana dialah yang selama ini menjaga Imani, selain gigih mencari pendapatan tambahan sambil menguruskan anak yang menghidap hydrocephalus sejak lahir.
Terbaharu, Vain Liew datang sendiri menziarahi Shahera dan Imani di Kelantan.
Kali ini, ceritanya berbeza.
RM10,000 yang sebelum ini diberikan kepada Ismadi dipastikan sampai kepada Imani.
Malah, Shahera turut menerima tambahan RM20,000.
Jumlah keseluruhannya menjadi RM30,000.
Tidak cukup dengan itu, pihak Alphas Estate Solutions turut memberikan sebuah rumah bernilai lebih RM300,000.
Rumah itu kini boleh menjadi tempat berteduh buat Shahera dan anak-anaknya, selain berpotensi menjadi aset yang menjana pendapatan sewaan.
Kadang-kadang kita tak tahu bagaimana rezeki akan sampai.
Tapi seperti kata orang, rezeki tak pernah salah alamat.
Kali ini, rezeki itu sampai kepada Imani dan ibunya.