05/07/2022
Langkah menuju KEWANGAN YANG MELIMPAH RUAH (FINANCIAL ABUNDANCE)
1) mesti ada MINDSET jutawan. Jutawan melihat market yang rendah sebagai peluang, orang lain melihat sebagai masalah.
2) set matlamat kewangan yang jelas - kekayaan tidak terjadi dengan tuah! Dia bermula dengan matlamat yang telah di tetapkan.
3. Bina peta kewangan yang mana dengan rancangan yang teliti mudah untuk kita kecapi.
4. Naikkan pendapatan. Kena bertindak untuk naikkan sumber pendapatan dengan agresif supaya apa yang di rancang akan menjadi kenyataan
5. Urus duit dan kurangkan perbelanjaan.
6. Kembangkan duit dengan mencari peluang-pelaburan yang baik dengan menjana p**angan yang mempercepatkan proses anda untuk menjadi jutawan.
7. Lindungi kewangan yang telah di bina.
01/07/2022
DUIT SELALU BOCOR?
selain tak save dan invest, bagi sahabat-sahabat yang beragama islam, kita kena usahakan untuk menjemput rezeki dengan melakukan amalan -amalan yang disukai oleh PEMILIK REZEKI alam semesta.
Kita akan sampai ke satu bulan yang sangat amazing pahala dan kebaikan serta memperbanyakkan doa dalam usaha memperbaiki rezeki kita.
Selamat datang bulan ZULHIJJAH.
Antara amalan yang di sarankan adalah memperbanyakkan puasa, doa dan melakukan ibadah qurban.
Berqurban untuk Allah maka akan Allah mudahkan urusan kita di dunia dan akhirat.
Salam Zulhijjah =)
16/06/2022
JANGAN BERTANGGUH & LAMBAT MELABUR.
Sebenarnya mudah untuk ada RM 1 JUTA pada usia 60 tahun.
KUASA TERKOMPOUN sangat hebat tapi ia memerlukan MASA YANG PANJANG.
Bak kata pelabur tersohor dunia, Warren buffet, antara keajaiban di dunia adalah kuasa terkompoun yang mana dengan masa duit akan berganda seperti magik dengan masa.
Bagi yang berusia 20 an, anda hanya perlu invest RM 285 sebulan untuk dapat RM 1 juta pada usia 60 tahun.
Semakin lambat anda memulakan pelaburan semakin tinggi komitmen bulanan yang diperlukan.
Usia 30 an anda perlu invest bulanan RM 667 untuk capai RM 1 juta ketika bersara.
Umur 40 an p**a perlukan RM 1686 setiap bulan untuk capai RM 1 juta ketika usia 60 tahun.
Usia 55 tahun RM 5430 manakala umur 55 perlukan investment RM 13,520 setiap bulan untuk capai RM 1 juta dalam masa 5 tahun.
Semakin pendek masa, semakin besar pelaburan yang di perlukan.
Mulakan sekarang.
13/06/2022
TAHUKAH ANDA?
MELABUR BUKAN HANYA UNTUK ORANG KAYA SAHAJA.
SEMUA ORANG WAJIB MELABUR.
Ada banyak sebab untuk kita melabur
1) Persediaan untuk persaraan
2) Tabung pendidikan anak-anak
3) Nak wariskan kepada orang yang kita sayang
4) Keperluan kecemasan
5) Matlamat jangka pendek
Apa p**a matlamat korang? Jom kongsikan idea2 korang tu dengan saya!