27/08/2026
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT.
Selamat Menyambut Ulang Tahun Penubuhan ke-30, Universiti Al-Quran Al-Sultan Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS).
30 tahun menyemai ilmu, membina pekerti, membentuk generasi, menyantuni umat, berteraskan wahyu Ilahi.
KIP - KIPSAS - KUIPSAS - UnIPSAS - UNIQSAAS
27 Ogos 1996 - 27 Ogos 2026
Kulliyyah Pengurusan dan Informatik Uniqsaas Universiti Al Quran Al Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang - Uniqsaas
25/08/2026
Salam Maulidur Rasul 1448H
Bersama-sama kita hayati perjuangan Rasulullah SAW menyampaikan dakwah, menyebarkan ilmu, memberikan keadilan, mengurus pentadbiran dan meletakkan agama Islam pada tempat tertinggi.
Ikhlas daripada kami di Kulliyah Pengurusan dan Informatik (KMI), Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS).
31/07/2026
Daulat Tuanku
Merafak Sembah dan Setinggi-tinggi Tahniah
Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah
Sultan dan Raja Pemerintah Bagi Negeri Pahang Darul Makmur Serta Segala Jajahan Takluk Sempena Memuliakan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-67
Pada 31 Julai 2026 Bersamaan 16 Safar 1448 Hijrah
Sembah Takzim Daripada
Canselor, Pro-Canselor, Ahli Lembaga Pengarah, Ahli Lembaga Pengelola, Naib Canselor dan Seluruh Warga Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
28/07/2026
Warga Kulliyyah Pengurusan dan Informatik (KMI) UNIQSAAS hadir ke Program Pengajian Hadis Bersama Felow Hadis UNIQSAAS Siri IV yang di sampaikan al-Syeikh al-'Allamah al-Muhaddith al-Duktur Mustafa al-Nadwi. Selain pensyarah dan siswa/wi KMI, program turut dihadiri oleh warga Kulliyyah Pengajian Bahasa (KPB) dan Pusat Tamhidi. π¨π»βππ«π
Dalam pengajian tersebut, al-Syeikh Mustafa telah menjelaskan bahawa amalan dan cara hidup beragama dalam Islam ini tidak perlu disulitkan kerana Islam adalah agama yang memberi kemudahan. Dengan kemudahan dan kelonggaran dalam situasi tertentu, amalan akan dapat diteruskan supaya hubungan dengan Allah SWT sentiasa terpelihara dan keberkatan akan dirasai oleh umat Islam. βͺππ
fans
15/07/2026
Pensyarah-pensyarah Kulliyyah Pengurusan dan Informatik (KMI) UNIQSAAS telah menyertai Pertandingan Inovasi dan Reka Cipta UNIQSAAS (PIRCU) 2026 anjuran Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) UNIQSAAS. Sebanyak empat kumpulan telah menyertai PIRCU 2026 yang diadakan selama dua hari di Dewan Sultan Ahmad Shah (DSAS) UNIQSAAS. π«Άπ¨βπ§πΌ
Lebih membanggakan, dua kumpulan telah memenangi Pingat Emas dengan mempertandingkan projek "Iqraland: Transforming Traditional Iqra' Learning Into Gamified Digital Learning for Children" dan "UNIQ Task TRACK" manakala dua kumpulan lagi memenangi Pingat Perak melalui projek "Quranexus - Connecting Research Domains to the Quran" dan "UnIQFund". π«°π₯π₯π
Kulliyyah Pengurusan dan Informatik Uniqsaas RMC Unipsas fans
Sumber gambar : FB UNIQSAAS dan Urusetia PIRCU 2026
01/07/2026
Auditorium Tuanku Canselor UNIQSAAS meriah dengan kehadiran warga Kulliyyah Pengurusan dan Informatik (KMI) dalam Majlis Perjumpaan Pelajar-Pelajar KMI anjuran Persatuan Pelajar Kulliyyah Pengurusan dan Informatik (FOMISA).
Majlis bukan sahaja padat dengan pesanan serta amanat bermakna daripada wakil Dekan KMI, malah menjadi medan menyambut wajah-wajah ahli keluarga baharu KMI, berkenal-kenalan, beramah mesra, dan membina keserasian yang mantap dalam suasana yang cukup santai. ππ
Kehadiran pelajar membuktikan keluarga KMI sentiasa akrab dan bersatu hati, seterusnya menjadikan silaturahim ini penyuntik semangat untuk sama-sama memacu kecemerlangan di UNIQSAAS! π€π₯
Fomisa Unipsas fans