02/07/2025
📘 NAK TAHU APA ITU CAPITAL EXPENDITURE?
CAPEX (Capital Expenditure) atau Perbelanjaan Modal ialah:
➡️ Duit yang dibelanjakan untuk beli, bina atau naik taraf aset jangka panjang dalam perniagaan.
✅ Ciri-Ciri CAPEX:
📌 Melibatkan jumlah besar
📌 Memberi manfaat lebih 1 tahun
📌 Dicatat sebagai aset tetap dalam akaun
📌 Disusut nilai setiap tahun
🛠️ Contoh CAPEX:
🔧 Beli mesin pengeluaran
🚚 Beli van syarikat
💻 Naik taraf sistem komputer
🏢 Ubah suai kilang atau pejabat
📊 CAPEX penting sebab ia bantu bisnes berkembang dalam jangka panjang, tapi mesti direkod dengan betul untuk elak kesilapan akaun & cukai.
📣 Nak kami bantu urus akaun? DM atau KLIK LINK DI BIO!
MASTERKIRA. MASTER UNTUK AKAUN ANDA
01/07/2025
📢 Majikan Alert 🚨 Undang-Undang Baru Kontrak Kerja Bermula 2026!🖊️📄
Mulai 1 Januari 2026, semua kontrak kerja yang ditandatangani antara majikan dan pekerja wajib dikenakan duti setem sebanyak RM10.
📌 PERKARA PENTING YANG MAJIKAN PERLU TAHU:
✅ Semua kontrak kerja WAJIB disetemkan
✅ Lewat stem? Boleh dikenakan penalti
✅ Kadar duti setem: RM10 satu kontrak
🗓️ TEMPOH PERALIHAN(tahun 2025):
📅 Kontrak antara 1 Jan – 31 Dis 2025:
➤ Perlu disetem
➤ Tiada penalti kalau disetem sebelum/pada 31 Dis 2025
📅 Kontrak sebelum 1 Jan 2025:
➤ Dikecualikan daripada duti setem dan penalti
DM kami atau klik link di bio untuk dapatkan khidmat semakan & penyediaan dokumen anda.
01/07/2025
📊 Pelanggan dah ambil barang, tapi belum bayar?
Itu maksudnya anda ada Account Receivable! 😮
📌 DEFINISI RINGKAS
Akaun belum terima ialah jumlah yang perlu dibayar oleh pelanggan kepada syarikat anda kerana produk atau servis telah dihantar, tapi bayaran belum dibuat.
➡️ Ia direkodkan sebagai aset semasa dalam akaun anda.
📍CONTOH MUDAH
Anda jual produk bernilai RM2,000 kepada pelanggan dan beri tempoh bayaran 30 hari.
❗ Pelanggan belum bayar, tapi barang dah diterima.
➡️ Jadi, RM2,000 itu dikira sebagai account receivable.
KENAPA PENTING TAHU?
👉 Supaya anda tahu siapa masih berhutang
👉 Anda boleh kawal aliran tunai
👉 Boleh rancang kutipan bayaran dengan lebih baik
Nak faham lebih lanjut tentang pengurusan akaun bisnes?
📲 KLIK LINK DI BIO! Kami bantu mudahkan kira-kira bisnes anda 😉
MASTERKIRA. MASTER UNTUK AKAUN ANDA
30/06/2025
📊 KPI Kewangan Yang Setiap Usahawan Patut Tahu!
Ramai usahawan tengok sales tinggi, tapi masih rasa duit "hilang entah ke mana". Masalahnya, tak semua faham KPI kewangan yang penting untuk nilai kesihatan sebenar bisnes.
Antara KPI yang wajib anda tahu:
✅ Margin Keuntungan Bersih: untung sebenar selepas semua kos
✅ Cash Flow Bersih: duit masuk vs keluar
✅ Current Ratio: boleh tak bayar hutang jangka pendek?
✅ Pusingan Stok: stok gerak laju ke tersekat?
✅ Debtor Days: berapa lama pelanggan ambil masa untuk bayar
KPI ni bukan sekadar nombor, tapi petunjuk untuk bantu anda buat keputusan bisnes yang lebih bijak & selamat.
Nak tahu prestasi sebenar bisnes anda?
💬 DM kami atau KLIK LINK DI BIO sekarang! Kami sedia untuk bantu anda!
30/06/2025
📂 2 KAEDAH AUDIT CUKAI LHDN YANG ANDA PERLU TAHU!
Audit bukan semestinya LHDN datang serbu pejabat tau. Sebenarnya, audit cukai terbahagi kepada dua kaedah utama:
🔎 1. Semakan Umum
➡ Audit dilakukan dari pejabat LHDN sahaja
➡ Tiada lawatan fizikal
➡ Sesuai untuk kes kecil macam semakan PCB atau tuntutan biasa
➡ Anda hanya perlu hantar dokumen dalam masa 14 hari bila diminta
➡ Kalau lengkap, audit terus selesai!
🏢 2. Semakan Menyeluruh
➡ Audit lebih terperinci + lawatan ke premis anda
➡ Untuk kes lebih kompleks atau tak cukup dokumen
➡ LHDN akan maklumkan awal sekurang-kurangnya 14 hari
➡ Pegawai audit boleh temuduga, semak komputer & periksa aset
💡 Tip: Simpan semua dokumen penting dan pastikan laporan cukai anda lengkap.
Senang kalau tiba-tiba kena audit!
📲 Nak kami bantu semak cukai atau sediakan dokumen audit? DM kami atau KLIK LINK DI BIO sekarang!
29/06/2025
📢 CARUMAN KWSP: RAMAI MASIH SALAH KIRA!
Ramai masih keliru tentang caruman KWSP. Jom faham cara betul! 👇
1️⃣ Tak boleh kira ikut % sendiri
Hanya guna peratus tepat kalau gaji lebih RM20,000.
2️⃣ Kena ikut Jadual Ketiga KWSP
Jadual ni dah tetapkan jumlah caruman ikut gaji.
3️⃣ Contoh salah kira
Gaji RM6,250:
• Ikut % → RM688 ❌
• Ikut jadual → RM693 ✅
4️⃣ Tak boleh ada sen dalam bayaran
Caruman mesti dibayar dalam nilai penuh ringgit.
5️⃣ Kadar berbeza ikut umur & status
Contohnya: bawah 60 tahun lain, 60 ke atas lain.
Majikan & HR, pastikan kira betul-betul ya! ✔️
29/06/2025
💬 Bos, Jangan Main-Main Bab KWSP Staff!
Berdasarkan Seksyen 43(1), Akta KWSP 1991, tertakluk kepada peruntukan seksyen 52:
👉 Setiap majikan dan pekerja *WAJIB* bayar caruman KWSP setiap bulan, ikut jumlah gaji bulanan dan kadar yang telah ditetapkan dalam Jadual Ketiga Akta KWSP.
✅ Tak kisah pekerja tu gaji besar atau kecil, tetap kena
📉 RISIKO JIKA TAK CARUM:
– Boleh kena penalti + kompaun+ tindakan undang-undang
– LHDN & KWSP boleh audit
– Tak layak mohon geran/loan
– Pekerja boleh buat aduan
– Reputasi bisnes boleh terjejas
Jaga pekerja = Jaga bisnes.
Kalau tak pasti cara daftar & kira caruman KWSP/SOCSO,
📲 DM kami atau KLIK LINK DI BIO! kami boleh bantu dari A sampai Z.
26/06/2025
💥 OWNER BISNES, PERNAH TERFIKIR APA JADI KALAU TAK SERAH CUKAI PEGANGAN?
Ramai yang sibuk urus bisnes sampai terlupa nak cek bab cukai ni. Tapi sebenarnya, kalau anda tak potong atau tak serah cukai pegangan, boleh makan diri tau!
APA JADI KALAU TAK POTONG/SERAH?
👉 Anda tetap kena bayar jumlah cukai tu.
👉 Dan tambah penalti 10% dari jumlah cukai!
📌 CONTOH MUDAH:
Anda bayar royalti RM200,000 kepada penerima luar negara.
Cukai pegangan sepatutnya RM20,000.
Kalau lewat serah? Tambah penalti 10% = RM2,000.
Jadi anda kena bayar RM22,000 ke LHDN.
⚠ Kalau masih tak bayar?
➡ Seluruh bayaran tu tak boleh dituntut sebagai kos untuk kurangkan cukai syarikat. Rugi kan?
✅ Tapi kalau dah bayar cukai + penalti tu?
➡ Barulah boleh tuntut semula sebagai perbelanjaan.
Jangan ambil mudah ya bab ni! Pastikan anda serah cukai pegangan tepat masa.
👉 Nak tahu lebih tips urus cukai bisnes? Klik link kat bio sekarang!
26/06/2025
💥 APA ITU ADJUSTING ENTRIES? (CATATAN PELARASAN)
Ramai owner bisnes fikir akaun dah siap bila semua transaksi direkod. Tapi hakikatnya sebelum tutup buku akaun, anda kena pastikan laporan kewangan betul-betul tepat. Kalau tak, kena buat ADJUSTIING ENTRIES!
📌 Adjusting entries = catatan tambahan di hujung tempoh untuk betulkan akaun.
➡ Supaya hasil & belanja direkod pada bulan yang sepatutnya (ikut accrual basis).
✨ JENIS-JENIS ADJUSTING ENTRIES
1️⃣ Accrued Revenues
👉 Hasil yang dah diperoleh tapi belum direkod.
Contoh: Anda dah beri servis, tapi invoice belum dikeluarkan.
2️⃣ Accrued Expenses
👉 Kos yang dah berlaku tapi belum direkod.
Contoh: Gaji pekerja bulan Jun, tapi belum bayar.
3️⃣ Deferred Revenues (Unearned Revenues)
👉 Duit diterima awal, tapi baru sebahagian hasil diiktiraf.
Contoh: Yuran langganan tahunan.
4️⃣ Prepaid Expenses
👉 Bayaran dibuat awal, tapi baru sebahagian digunakan.
Contoh: Insurans, sewa.
5️⃣ Depreciation
👉 Susut nilai aset (contohnya mesin) ikut tempoh guna.
💡 CONTOH ADJUSTING ENTRIES UNTUK GAJI BELUM BAYAR
Syarikat anda hutang gaji RM1,000 untuk bulan Jun tapi belum bayar:
Debit: Salaries Expense RM1,000
Credit: Salaries Payable RM1,000
➡ Kos gaji direkod walaupun belum bayar.
📌 Bila bayar gaji (contoh awal Disember):
Debit: Salaries Payable RM1,000
Credit: Cash / Bank RM1,000
👉 Hapuskan hutang gaji (Salaries Payable = 0)
👉 Kurangkan baki tunai sebab gaji dah dibayar
🔥 Nak lebih banyak tip akaun dan tools percuma untuk mudahkan bisnes anda? Klik link di bio sekarang & follow!
25/06/2025
🚨 BAYARAN KE LUAR NEGARA? JANGAN LUPA CUKAI PEGANGAN!
Ramai owner bisnes pernah dengar istilah ni, tapi masih keliru? Jom kita ringkaskan 👇
📌 Cukai pegangan = Cukai yang dipotong terus dari bayaran kepada:
✅ Entiti bukan pemastautin (syarikat luar negara)
✅ Individu bukan pemastautin (orang luar negara)
Bayaran apa yang terlibat?
💼 Faedah
💼 Royalti
💼 Yuran teknikal
💼 Bayaran kontrak
💼 Lain-lain pendapatan tertentu
➡ Syarikat kita wajib potong dan serah pada LHDN bila buat bayaran ke luar negara.
⚠ Jangan terlepas pandang! Gagal potong = penalti & faedah lewat bayar!
📲 Nak tahu lebih lanjut atau ada soalan? DM kami atau KLIK LINK DI BIO
MASTERKIRA. MASTER UNTUK AKAUN ANDA!
25/06/2025
💥 APA ITU CAPITAL STRUCTURE?
Capital structure = cara syarikat biayai aset & operasi bisnes dengan gabungan:
➡ Modal sendiri (equity) – duit dari pemilik / pelabur (contoh: saham)
➡ Hutang (debt) – pinjaman, bon, overdraf
💡 Ia tunjuk dari mana datangnya duit untuk jalankan dan kembangkan bisnes.
📌 Jenis Capital Structure
✅ Tinggi hutang (highly geared) – Banyak guna hutang → risiko & beban faedah tinggi
✅ Tinggi equity (low geared) – Lebih guna modal sendiri → lebih selamat, tapi kos modal tinggi
✅ Seimbang – Gabungan hutang + equity → risiko & kos dikawal
📌 Contoh:
Syarikat A ada:
➡ RM4 juta hutang
➡ RM2 juta modal sendiri
➡ Capital structure: 66% hutang, 34% equity → syarikat ni bergantung banyak pada hutang.
✨ Nak tahu struktur kewangan bisnes anda sihat atau tidak? DM kami atau klik link di bio untuk dapatkan konsultasi percuma!
24/06/2025
📌 APA ITU KOS OVERHEAD?
Pernah tak anda fikir, kenapa kadang-kadang duit bisnes habis walaupun jualan tak banyak? 🤔
Itu mungkin sebab kos overhead!
Kos Overhead ni ialah kos operasi syarikat yang bukan terlibat secara langsung dengan penghasilan produk atau servis anda.
📌 3 JENIS KOS OVERHEAD:
1. Overhead Tetap (Fixed Overhead)
➡ Kos kekal sama setiap bulan, tak kira tahap bisnes anda.
Contoh: Sewa pejabat, insurans.
2. Overhead Berubah (Variable Overhead)
➡ Kos yang berubah ikut tahap operasi atau penggunaan.
Contoh: Bil elektrik, kos bahan pejabat yang digunakan.
3. Overhead Separa Tetap (Semi-fixed Overhead)
➡ Kos tetap tetapi boleh naik bila ada keperluan khas.
Contoh: Gaji + overtime, kos penyelenggaraan luar biasa.
⚡ Kenapa penting faham overhead?
📌 Supaya anda boleh kawal kos, tentukan harga jual dengan tepat, dan elakkan pembaziran dalam bisnes!
👉 Nak tahu macam mana kira kos overhead syarikat anda?
💬 DM kami sekarang atau klik link di bio!