12/05/2025
Selamat Menyambut Hari Wesak 2025
Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga KPKT mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua penganut Buddha.
Hari Wesak membawa erti mendalam tentang kedamaian, kasih sayang, dan keharmonian. Semoga semangat ini terus menyatukan kita dalam masyarakat yang penuh hormat dan muhibah.
Semoga sambutan Hari Wesak tahun ini membawa kebahagiaan, ketenangan dan kasih sayang buat semua yang meraikan bersama insan tersayang.
07/05/2025
Midweek existential crisis be like...
07/05/2025
Untuk semua peminat filem tempatan...
Gayong akan hadir minggu ni kat pawagam. 8 Mei 2025! Tapi korang boleh layan seawal 7hb kat pawagam TGV Cinemas tau.
Cuma min nak pesan. Tak perlulah dibandingkan filem ni dapat beat filem itu filem ini. Tak perlulah dibandingkan dengan Mat Kilau.
Kau layan je. Support. Kalau kau sembang potong kutipan itu ini, tapi wayang pun kau tak jejak kaki (kecuali geng dua negeri tu lah, depa xpalah... Uhuk3) diam diam sudah. Jangan dok mandai mandai.
Gayong adalah satu representasi bahawa sinema Malaysia tahun 2025 ada kualiti dan pembaharuan.
Sokongan terhadap pembaharuan ni bakal mempengaruhi bagaimana pembikin filem di masa depan akan menghasilkan filem mereka ke depan nanti.
2025 dah set standard baru untuk perfileman tempatan. Kalau korang sokong, standard ni akan kekal. Atau mungkin akan naik. Tak mustahil, standard tu akan cecah standard filem filem negara luar suatu hari nanti!
Sokongan terhadap industri tempatan! Gayong di pawagam 8 Mei 2025!
Sembang pasal filem Malaysia di Filem Malaysia Apa Hari Ini?
30/04/2025
Impiam Anda Tidak Patut Terhenti Kerana Masalah Kewangan!
Kami Sedia Membantu Untuk Pendidikan anak, Ubah Suai rumah, atau memulakan perniagaan.
Pinjaman Mudah & Cepat, Demi Masa Depan Yang Lebih Cerah
30/04/2025
Gaji x Cukup Untuk Cover Hidup Seharian?Perlukan Wang Segara?
Pinjaman Sah & Selamat,Tanpa Caj Tersembunyi.
30/04/2025
Pinjaman Peribadi Lulus Pantas!
Tiada Penjamin,Proses Mudah,Kelulusan dalam 24jam!
Mohon Sekarang & Dapatkan Wang Segara
13/04/2025
Pertalian “BLOOD BROTHER” telah dipaparkan sejak lama dulu, oleh Allahyarham Tan Siri P. Ramlee, melalui filem SEMERAH PADI, yang diterbitkan pada tahun 1956.
Aduka telah bersiap sedia, dengan sebilah parang, supaya Taruna menamatkan nyawanya. Kerana dosanya, yang telah meragut kesucian Dara, yang merupakan tunangan kepada Taruna.
Namun, Taruna tidak melaukannya, kerana dia lebih menyayangi Aduka, berbanding tunangannya, Dara. Taruna memaafkan, dan menerima Aduka yang disayanginya, seperti saudara kandung sendiri.
Tanah Semerah Padi telah tercalit sejarahnya yang tersendiri. Akibat perbuatan noda yang asalnya dari bisikan nafsu, yang melahirkan sengketa.
Akibat dosa khuldi berulat,
Jatuh ke dunia berputih mata,
Semerah Padi tanah berdaulat,
Namun ternoda nafsu sengketa.
Bahtera ulung di pagar ruyung,
Sayangnya sunyi tanpa nakhoda,
Islam dijunjung Melayu dipayung,
Kemaafan mensuci karat ternoda....
11/04/2025
Semua Ahli GAYONG sedia maklum akan pertemuan bersejarah diantara Pahlawan Mat Kilau dengan Arwah Dato Meor Abdul Rahman ( ADMAR ) bersama rombongan Gayong pada 1969.
Rombongan itu terdiri daripada 5 orang iaitu ADMAR, Cikgu Majid Mat Isa, Arwah Cg Siti Kalsom, Cg Khir Saad dan saudara ADMAR seorang perempuan, kalau tak salah sepupu atau adik Ipar ADMAR.
Setibanya ke rumah Pahlawan Mat Kilau. Rombongan tersebut dijemput naik ke atas rumah kerana pada waktu itu Pahlawan Mat Kilau sudah dalam keadaan uzur kerana sakit tua. ADMAR telah bertanyakan kepada Mat Kilau
” Aki..Aki kenal tak Syed Zainal Al Attas salah seorang Pahlawan Pahang? “ sambil Mat Kilau mnerenung wajah ADMAR lalu di jawab
” Oo..Kenal..orang panggil Tok Janai..dia adalah guru saya”.
Lantas ADMAR pun berkata
” Aki saya ni Cucu Syed Zainal Al-Attas, Ayah saya Daeng Uda Mohd Hashim dan Bonda saya Shariffah Alluyah anakanda Syed Zainal al-Attas..”
Dalam waktu yang sama air mata Pahlawan Mat Kilau mengalir…
“Aki..saya sekarang mengajar Silat Seni Gayong..” Kata ADMAR
“Aki nak tengoklah macam mana permainan Silat Gayong” jawab Mat Kilau.
Lalu ADMAR mengarahkan Cikgu Majid dan Cikgu Khir Saad mengusung Mat Kilau di bawa ke Tanah bagi di persembahkan permainan Silat Seni Gayong. Dalam persembahan itu ADMAR mengarahkan Cikgu Majid bermain pentas Keris bersama Cikgu Khir Saad dan selepas itu cikgu Majid berpasangan dengan Arwah Cg Siti Kalsom bermain pentas pisau.
Setelah menyaksikan persembahan permainan Silat Seni Gayong dan Penyampaikan Sandang Kebesaran Silat Seni Gayong kepada Pahlawan Mat Kilau oleh ADMAR..
Pahlawan Mat Kilau sekali lagi menitiskan air mata..lantas keluarlah dari mulutnya pantun yang berbunyi,
"Gayong Bergayut Kata Bersahut Biduk Berlalu Kiambang Bertaut"
Selain pantun atau ucapan ini tiada lagi kata-kata yang diucapkan oleh Pahlawan Mat Kilau kepada rombongan tersebut. Tiada kata-kata dari Mat Kilau selain kata -kata di atas .
Inilah sejarah sebenar apa yang berlaku semasa pertemuan ADMAR dengan Pahlawan Mat Kilau. Cerita ini disampaikan sendiri oleh Ayahanda Dato Raja Abdul Majid selaku salah seorang individu yang terlibat dalam peristiwa tersebut.
Kredit Artikel : Tn Komando
Filem GAYONG akan mula menggegarkan pawagam pada 8 Mei 2025...!!!!
10/04/2025
PUTRAJAYA ACTIVE PARK
🎙SEGMEN HELLO PBT🎙
Putrajaya Active Park 2025 bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup sihat di taman-taman awam Putrajaya, dengan menyediakan ruang bagi pengunjung untuk bersenam, meluangkan masa berkualiti bersama keluarga, dan menikmati alam sekitar. Program ini memberi peluang untuk mencipta kenangan manis dan menenangkan fikiran dalam suasana yang santai. Putrajaya Active Park adalah destinasi terbaik untuk kekal aktif, sihat, dan menikmati kehidupan dengan penuh keceriaan!
Jangan ketinggalan dengarkan temubual kami lebih lanjut bersama Puan Noorfarhana binti Mohamed Rosli selaku Penolong Pengarah Kanan bersiaran bersama Puan Noor Zulaini binti Dzulkefle sebagai Penolong Pengarah di Bahagian Rekreasi Dan Operasi Taman Jabatan Landskap & Taman Perbadanan Putrajaya ketetapan adalah seperti berikut:
Tarikh:
10 April 2025 (Khamis)
Masa:
10:30 Pagi
Dengar melalui:
🔖http://radio.kpkt.gov.my
atau
🔖Aplikasi Radio KPKT (muat turun melalui Google Play)
atau
🔖Aplikasi Radio Garden (cari Radio KPKT)
Tonton secara langsung menerusi:
🔖Facebook Radio KPKT
Ikuti kami:
🔖 Instagram: radio_kpkt
🔖 Facebook: Radio KPKT
🔖 Tiktok: Radio KPKT