26/09/2026
ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ
Alhamdulillah Tabarakallah❤️
Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Tn Hj Fadzli, Tn Hj Othman & Allahyarham Tn Hj Rosli sempena ulang tahun ke-20 penubuhan Al Isra’ Group.
Dua dekad bukanlah satu tempoh yang singkat. Ia adalah perjalanan yang dipenuhi dengan usaha, cabaran, pengorbanan, keberanian dan kesabaran. Daripada sebuah permulaan yang kecil, Al Isra Group hari ini telah berkembang menjadi sebuah organisasi yang mempunyai nilai, identiti dan legasi tersendiri.
Semoga 20 tahun yang telah dilalui menjadi asas yang kukuh untuk melangkah lebih jauh pada masa akan datang. Semoga Al Isra Group terus berkembang, dipermudahkan segala urusan, diberikan keberkatan dalam setiap usaha serta terus memberi manfaat kepada masyarakat, pelanggan dan seluruh warga kerja.
Terima kasih Founder , Tn Hj Fadzli, Tn Hj Othman & Allahyarham Tn Hj Rosli dan semua barisan BODs atas 20 tahun perjuangan, kepimpinan dan inspirasi.
Selamat ulang tahun ke-20! Tahniah dan syabas Al Isra’ Group!