20/03/2026
Ramadan telah pergi, namun semoga segala kebaikan yang kita lakukan terus kekal dalam diri.
Andai ada kata yang tersalah, perbuatan yang mengguris hati, di hari yang mulia ini saya memohon maaf zahir dan batin.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
14/03/2026
Ramadan Hari 25 ☪️
Malam penuh rahmat, jangan biarkan ia berlalu tanpa amal.
Manfaatkan 10 malam terakhir Ramadan dengan doa, zikir dan ibadah, semoga kita dipertemukan dengan malam Lailatulqadar yang penuh keberkatan.
14/03/2026
Ramadan Hari 24 ☪️
Semoga kita dipertemukan dengan malam Lailatulqadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan.
Moga setiap doa, sujud dan amalan kita di bulan Ramadan ini diterima serta menjadi asbab keampunan daripada Allah.
13/03/2026
Ramadan Hari 23 ☪️
Setiap sujud dan doa, semoga menjadi asbab keampunan di bulan Ramadan.
Moga Allah menerima setiap amal yang kita lakukan dan mengurniakan keampunan serta rahmat-Nya.
12/03/2026
Ramadan Hari 22 ☪️
Perbanyakkan doa, kerana mungkin di sinilah hadirnya Lailatulqadar — malam yang lebih baik daripada seribu bulan.
Semoga setiap doa yang dipanjatkan di bulan Ramadan ini diangkat dan dimakbulkan oleh Allah.
11/03/2026
Ramadan Hari 21 ☪️
Apabila masuk 10 malam terakhir Ramadan, jangan lepaskan peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah. Mungkin inilah malam yang mengubah hidup kita menjadi lebih baik.