Kesalahan merekod akaun
1) penghutang
Mula-mula rekod in voice
Dt debtor
Kt sales
Tapi apabila pelanggan membayar invoice itu payment yang dalam Bank tidak set off dengan debtor..
Payment direkod
Dt bank
Kt sales
Ini menyebabkan Double rekod jualan kesannya untung Syarikat tinggi, cukai tinggi dan baki akhir penghutang tidak tepat.
Patutnya rekod macam ni
Dt bank
Kt debtor
Puncanya mungkin kerana dokumen tak cukup dan butiran dalam akaun bank tak jelas bayaran diterima dari debtor mana
2) salah rekod bayaran ansuran bulanan pinjaman bank
Ada yang rekod ansuran bulanan tanpa ambil kira berapa principal dan interest terus masuk dalam belanja
Dt belanja
Kt bank
Patutnya cara rekod pinjaman
Kenalpasti dulu dalam bayaran bulanan tu berapa principal berapa interest
Amount principal di bawah liabiliti hanya interest sahaja di bahagian belanja
Dt loan payable
Kt bank
Dt interest paid
Kt loan payable
Puncanya tiada info lengkap pinjaman itu tapi setiap bulan ada bayaran dalam Penyata bank.
3) staff claim
Staff claim ada yang rekod pembayaran claim sahaja dalam belanja.. Sepatutnya kena kenalpasti dulu claim tu untuk belanja apa..
Dt staff claim (belanja)
Kt bank
Patutnya rekod untuk pembayaran staff claim
Dt staff claim (other payable)
Kt bank
Dan Check dulu staff claim untuk apa
Contoh claim 200
100 beli stationery
100 petrol
Jadi rekod
Dt printing stationery 100
Dt petrol 100
Kt staff claim (other payable) 100
Puncanya sebab takde info claim untuk apa sebab tak simpan resit. Kesannya dalam pengiraan cukai staff claim tu jadi belanja tak dibenarkan.
4) tidak rekod susut nilai aset
Susut nilai aset perlu rekod. % susut nilai aset bergantung pada polisi syarikat.
Cara rekod
Dt susut nilai (belanja)
Kt susut nilai terkumpul ( aset)
5) prepayment
Prepayment ini merupakan bayaran dahulu... Sepatutnya prepayment di bahagian aset tapi ramai yang terus letak di bahagian belanja
Contoh
Pada 1/6/2021 Syarikat telah membayar sewa pejabat sebanyak RM 12,000 untuk sewa setahun bermula 1/6/2021 - 31/5/2022
Perakaunan tutup 31/12/2021
Kesalahan rekod masa tahun 2021
Dt belanja sewa 12,000
Kt bank 12,000
Sepatutnya direkod masa tahun 2021
Dt prepayment (aset) 6,000
Dt belanja sewa 6,000
Kt bank 12,000
Dan ada juga bila dah rekod prepayment untuk tahun selepas tu lupa nak set off.. Jadinya terbawa lah prepayment tu setiap tahun
Jadi untuk tahun 2022 patutnya rekod
Dt belanja sewa 6,000
Kt prepayment (aset) 6,000
Kesan salah rekod prepayment.. Untuk tahun 2021 belanja jadi tinggi untung rendah. Pengiraan cukai tidak tepat jika ambil kira untung tersebut.
Untuk tahun 2022 p**a berlaku sebaliknya untung jadi tinggi dan mungkin kita bayar cukai tinggi dari sepatutnya.
6) Deposit
Apabila kita membayar deposit penyewaan, kita akan merekod dalam. Kunci kira-kira bahagian aset semasa...
Dt deposit ( current asset)
Kt bank
Setelah. Tamat tempoh penyewaan deposit itu mungkin dip**angkan atau di set off dengan sewa terakhir tetapi tidak dikeluarkan dari aset semasa.. Hasilnya dalam aset semasa berlaku lambakan deposit lama-lama yang tidak dapat dikenalpasti...
Sebarang pertanyaan akaun dan cukai boleh hubungi kami k..
Madiha & co
0179465987
Chartered accountant
Accounting services for business and companies
Tax computation for individual and companies
consul
Submission borang E dateline : 30/4/2026 ya..
Owner enterprise ade gaji ke?
Kalau ikutkan owner enterprise tiada gaji ya sebab tu kan duit die boleh je nak guna..
Tapi.....
๐jika selalu ambil je duit syarikat untuk sendiri, pengeluaran tu takkan jadi perbelanjaan syarikat, die tetap dikira owner ambil duit syarikat.. Cukai akan dikenakan atas pengambilan tu
Oleh yang demikian:
๐ owner wajib la berdisiplin dalam penggunaan wang syarikat untuk kegunaan sendiri..
Caranya
๐ kirakan komitmen personal setiap bulan.. Fix kan utk setiap bulan
๐ setiap bulan ambil duit syarikat untuk kegunaan peribadi mengikut komitmen yang dah dikira.. secara one off dan fix setiap bulan..Jangan lebih..
๐ jadikan pengeluaran duit tu sebagai elaun owner..
๐ pastikan tidak mengambil lebih duit syarikat untuk kegunaan peribadi..
๐ untuk elaun owner tak wajib carum epf pun..
Begitulah
Pengurusan tunai...
Terdapat bisnes owner yang menggunakan tunai dalam transaksi perniagaaan... Jika tunai tidak diurus dengan baik akan menyebabkan untung syarikat tidak tepat.
Jadi pengurusan tunai secara baik amat penting..
Dokumen untuk pengurusan tunai
๐ Buku tunai..
Setiap kali berlaku transaksi melibatkan tunai, perlu mengisi buku tunai ini. Buku tunai perlu sepadan dengan petty cash yang ada.. Dari buku ni lah kita akan menyemak semua transaksi tunai...
๐ cash voucher
Sstiap kali berlaku transaksi secara tunai, keluarkan lah cash voucher.. Cash voucher ini perlu dikepilkan bersama dengan resit pembelian..
Jika bayaean seperti gaji dibuat by cash, cash voucher ni perlu ditandatangani oleh setiap staff yang menerima gaji itu.. Cash voucher perlu la sepadan dengan jadual gaji.
Cara pengurusan tunai
๐ Risiko mempumyai petty cash adalah ianya mudah hilang, mudah dicuri dan transaksi tunai mudah berlakunya penipuan... Jadi syarikat perlu melantik seseorang untuk menjaga di bahagian tunai.. Dia akan menjaga keluar masuk tunai, prepare dokumen berkaitan tunai..
๐ setiap kali ingin buat transaksi tunai, cash voucher yang telah disediakan perlu dapatkan dulu approval sebelum buat pembayaran...dan selepas pembayaran resit pembelian perlu simpan serta person yang menerima bayaran perlu tandatangan cash voucher tersebut
๐ cash reconcilation
Setiap 2 minggu, perlu buat semakan atas baki tunai itu dan sediakan penyata penyesuaian tunai... Semakan perlu dibuat oleh seseorang yang tidak menjaga di bahagian tunai.. Semakan merangkumi pengiraan baki wang tunai yang ada dan pastikan ianya selaras dengan buku tunai... Selain itu pastikan juga resit-resit serta cash voucher adalah lengkap..
Setiap kali buat semakan pastikan penyata penyesuaian tunai dikeluarkan dan ditandatangani oleh seseorang yang buat ssmakan dan juga approval dari pemilik.
Begitu lah
P/s sekarang dah boleh isitihar cukai ye.. Sebarang pertanyaan berkenaan akaun dan cukai atau memerlukan khidmat akaun dan cukai boleh hubungi kami k...
Semalam ada orang tanya
Saya selalu travel untuk tujuan bisnes
1) guna kenderaan atas nama personal boleh ke claim tax?
2 ) kalau perjalanan tu untuk tujuan bisnes tapi ada juga bercampur personal macam mana?
3) kalau kena stay hotel macam mana p**a?
Okay jawapan
1) kalau untuk pemilik enterprise jika guna kenderaan sendiri untuk bisnes, kenderaan tu tidak boleh dijadikan aset enterprise hanya perbelanjaan kereta tu sahaja boleh claim tax.. Contoh belanja minyak, toll etc
2) kalau perbelanjaan perjalanan bercampur antara bisnes dan personal, hanya perjalanan untuk bisnes sahaja boleh claim cukai. Maksudnya kita akan buat portion biasanya akan assume 2/3 dari jumlah kos adalah untuk bisnes dan 1/3 dari kos untuk personal..
Tapi sebaiknya owner perlu buat satu listing detail perjalanan supaya mudah nak buat portion bisnes dan personal
Contoh detail
Tarikh :
Perjalanan dari ke:
Kilometer :
Tujuan: bisnes berapa% personal%
Dan kepilkan semua resit kos perjalanab seperti minyak ke toll ke
3) sama juga seperti hotel.. Perlu detailkan berapa malam untuk bisnes berapa malam untuk personal.. Hanya untuk bisnes yang boleh claim..
Begitu lah
Untuk khidmat akaun dan cukai boleh hubungi kami
Madiha & co
0179465987
Item dalam Penyata kunci kira-kira
A) fixed asset
- aset yang dibeli untuk menjana pendapatan. Contoh perniagaan buat Chocolate. Beli mesin untuk buat Chocolate. Mesin tu adalah aset.
- pastikan setiap pembelian aset mempunyai invoice selengkapnya dan pastikan aset itu memang guna untuk bisnes.
- pengiraan susut nilai perlu dilakukan.
- perlu semak jika ada aset yang rosak dan perlu dibuang.
- aset yang dijual perlu mempunyai rekod yang lengkap.
B) current asset
Bank balances
- ini akaun bank
- pastikan tally dengan penyata bank jika tidak bank Reconciliation diperlukan
- jika ada bank Reconciliation perlu semak bila pembayaran Clear pada tahun berikutnya.
Inventory
- stok akhir direkod di sini.
- perlu buat pengiraan stok setiap hari terakhir tempoh kewangan
- pastikan ada stok Listing dan stok itu sentiasa up to date.
- pastikan stok yang rosak dibuang.
Trade receivables
- ini wujud jika kita amalkan jualan secara hutang
- perlu mempunyai invoice jualan yang lengkap dan buat rekod bila pelanggan bayar.
- perlu semak jika ada pelanggan bayar selepas tahun kewangan berakhir
- perlu sentiasa follow up pelanggan supaya tidak terjadi hutang lapuk
Other receivables
- ini wujud jika ada third party berhutang dengan syarikat tapi bukan untuk jualan
- pastikan ada rekod lengkap semasa pemberian hutang dan juga semasa penerimaan bayaran balik
- juga perlu follow up untuk elak hutang lapuk
Pre payment
- ini wujud jika belanja tahun berikutnya dibayar dahulu tapi belum guna
- contoh syarikat tutup akaun 31.12.2022. Pada 1.6.2022 syarikat menyewa rumah untuk pekerja dan buat bayaran untuk setahun terus iaitu dari June 2022- Mei 2023 pada 1.6.2022. Jadi bayaran sewa dari Jan 2023- Mei 2023 itu adalah prepayment.
- pastikan ada rekod lengkap prepayment itu dan perlu Alert supaya tahun berikutnya boleh buat adjustment sepatutnya
Deposit
- deposit untuk sewa, elektric, Security. Biasanya refundable deposit.
- perlu ada tenancy Agreement selengkapnya. Jika deposit elektrik perlu semak bil elektrik.
- perlu Alert jika sewa dah habis dan deposit dip**angkan supaya boleh rekod di tempat sepatutnya.
Trade payable
- ini wujud jika ada belian secara hutang
- perlu ada supplier invoice dan juga statement of account
- perlu ada rekod juga bila bayaran dibuat selepas tahun kewangan.
- akaun ni penting untuk simpan supplier invoice betul2 kerana jika adanya tax audit ni adalah akaun yang mungkin diaudit
Other payable
- ini wujud jika syarikat meminjam pada third party bukan untuk belian
- perlu ada rekod Nature other payables dan Details dokumen
- pastikan ada juga rekod bila buat bayaran.
Amount due to Director
- ini wujud biasanya jika Director guna duit sendiri dahulu untuk belanja syarikat.
- pastikan ada rekod yang lengkap samaada rekod pembelian oleh Director dan rekod syarikat bayar semula pada Director.
- jangan jadikan akaun ni akaun sampah yang di mana kita masukkan item di sini untuk elak cukai.
- akaun ni juga mungkin diaudit jika adanya tax audit jadi rekod selengkapnya diperlukan.
Provision for tax
- ini wujud jika semasa pengiraan cukai syarikat dikenakan cukai
- pastikan mempunyai form c yang dah dihantar pada LHDN beserta pengiraan cukai dan elaun modal.
- resit bayar cukai perlu ada supaya kita boleh rekod di sini.
- butiran bayaran cp204 perlu ada juga supaya kita boleh rekod di tempat yang betul.
Share Capital.
- akaun modal
- perlu ada rekod selengkapnya dan dokumen dari company secretary
- jika ada penambahan modal pastikan masukkan duit dalam bank untuk elakkan faedah atas pengarah
Ok tu serba sikit item dalam kunci kira-kira.
Sekiranya anda memerlukan khidmat akaun dan cukai boleh hubungi kami.
Madiha & co
017-946 5987
Saya nak dapatkan pinjaman
Bagi peniaga, jika ingin mendapatkan sebarang pinjaman wajib la die lakukan perkara berikut
- pastikan perniagaan berdaftar ssm
- pastikan dokumen perniagaan lengkap supaya tidak terkandas waktu audit
- pastikan penyata bank aktif dengan duit keluar masuk.
- setiap tahun wajib sediakan penyata kewangan dan bagi syarikat sdn bhd wajib lah audit..
- wajib istihar cukai setiap tahun.
Begitu lah
Untuk khidmat akaun dan cukai boleh hubungi kami..
Madiha & co
017-946 5987
16/04/2026
Pelepasan cukai tahun 2025..
Utk B dan BE submission...
Borang BE dan borang B
Borang BE
๐ untuk individu yang tidak mempunyai perniaggaan..
๐pendapatan hanya pada gaji yang diterima
๐ dokumen diperlukan adalah borang EA dan juga penyata gaji
๐pendapatan yang diperoleh boleh ditolak dengan pelepasan cukai yang ada ye.. Sediakan dokumen sokongan yang tepat
๐tarikh akhir penghantaran adalah 15 May 2024..
Borang B
๐ untuk individu yang mempunyai perniagaan
๐perlu dan wajib sediakan penyata kewangan untuk perniagaan
๐ jadi perlu simpan semua dokumen perniagaan
๐ pendapatan dari komisyen juga dikira mempunyai perniagaan dan boleh tolak belanja
๐untung dari perniagaan + gaji yang diterima (jika pada masa sama bekerja makan gaji) dan gaji yang diambil dari perniaggaan perlu tambahkan sekali
๐. Jumlah pendapatan boleh tolak pelepasan cukai yang ada
๐dokumen pelepasan cukai perlu disediakan selengkapnya
๐tarikh akhir penghantaran borang B adalaj pada 15/7/2026
Jadi..
Jika anda memerlukan khidmat kami boleh hubungi. Kami dengan segera dann menghantar semua dokumen secepat mungkin bagi mengelakkan terlepas tarikh penghantaran..
Madiha & co
017-946 5987
Cik saya baru tubuhkan syarikat sdn bhd.. Saya nak kena buat ape ya?
๐ jalankan perniagaan seperti biasa.. Sambil2 tu simpan dokumen perniagaan;
โ๏ธpenyata bank setiap bulan download
โ๏ธ resit- resit beli barang untuk bisnes
โ๏ธresit - resit belanja untuk bisnes
โ๏ธ kalau ada sewa, minta agreement dari landloard
โ๏ธ kalau ambil pekerja sediakan offer letter / carum epf socso die.. Masa bayar gaji sediakan payslip.. Buat polisi syarikat.. Polisi overtime, elaun etc
โ๏ธ kalau ada deal job dengan mana2 pihak perlu ada perjanjian / LA / offer letter etc..
๐ selain simpan dokumen buat rekod
โ๏ธ rekod syarikat hutang pembekal
โ๏ธ rekod customer hutang syarikat
โ๏ธ kalau pengarah atau pekerja banyak guna duit sendiri pastu nak claim ke syarikat buat rekod claim
๐ apabila bisnes dah hampir setahun
โ๏ธ cari akauntan bertauliah untuk prepare akaun dan advise berkenaan cukai syarikat
โ๏ธ cari auditor untuk audit akaun syarikat..
๐ apabila syarikat dah setahun
โ๏ธ pastikan annual return dihantar pada tarikh ditetapkan
โ๏ธ dokumen perniagaan berserta rekod yg lengkap dah diserahkan pada akauntan untuk prepare akaun
โ๏ธ pastikan auditor mempunyai cukup masa untuk audit syarikat sebelum tarikh perlu serahkan pada ssm.. Begitu juga cukai.. Pastikan tax agen juga mempunyai cukup waktu utk siapkan
โ๏ธ waktu ni kerjasama akaun audit serta syarikat sangat penting supaya kerja dapat siapkan seperti tarikh ditetapkan.
๐ perkara yang wajib dititikberatkan oleh sdn bhd
โ๏ธ Annual return perlu hantar pada SSM setiap kali anniversary syarikat
โ๏ธ penyata akaun teraudit perlu hantar pada ssm dalam masa 6 bulan selepas tarikh tutup akaun
โ๏ธ borang C borang nyata cukai syarikat perlu dihantar dalam masa 7 bulan selepas tarikh tutup akaun
๐ lain - lain tanggungjawab pengarah syarikat
โ๏ธ menyerahkan borang EA pada pekerja setiap akhir february
โ๏ธ carum PCB untuk pekerja sekiranya gaji pekerja layak pcb
โ๏ธ menghantar borang E iaitu borang majikan setiap akhir April
โ๏ธ menghantar borang BE iaitu borang nyata cukai individu untuk pengarah syarikat setiap pertengahan may..
โ๏ธ menghantar borang CP204 borang anggaran cukai sebulan sebelum tarikh tutup akaun setiap tahun..
Begitu lah
Untuk khidmat akaun dan cukai boleh hubungi kami...
Madiha & co
017-946 5987
Duit masuk dalam bank tinggi tapi sebenarnya bukan jualan syarikat..
Account: sales encik RM1, 000,000 ni.. Betul ke?
Client: ehh.. Mustahil laa.. Saya ni makan komisyen je takkan la jualan macam tu..
Account: hmmm... Macam mana ya semua duit masuk ni based on inv dari customer..
Client: ye betul customer semua bayar ke kami tpi kami akan byr pada pihak lain.. Kami makan komisyen je.. Setiap kali customer bayar kami cuma dapat 10% je dari diorg byr.. Selebihnya kami bayar pada yg lain..
Account: ade pape surat atau agreement ke?
Client: takde cik.. Ni ckp je atas trust..
Account: hmm.. Bayar pada pihak lain tu byr macam mana? Sebab duit keluar ni b*k atas nama director je
Client: ya saya bawa keluar duit tu transfer ke akaun saya pastu saya bayar la pada pihak tersebut selebihnya saya guna beli barang2 untuk buat kerja.. Resit2 kan saya da bagi.. Nanti cik kira la yang komisyen saya dapat tu dan kurangkanlah sales ya..
Aiyo.. Kalau berlaku macam ni kena la ada agreement / surat yang menyatakan komisyen semua.. Tiada dokumen macam mana nak rekod..
Begitu lah..
Madiha & co
017-946 5987
Buat rekod
Susah ke nak buat rekod?
Mudah je
- kalau ada jualan contoh jualan dalam volume yg kuantiti b*k, kalau ada mesin cash tu setiap bulan print la sales report... Pastu tulis la dalam buku setiap kali orang beli..
- kalau jualan contoh yang bukan volume yang banyak, prepare la invoice.. Pastu tulis juga dalam buku jualan tu.. Pastu letak skali dalam buku bila date orang tu bayar.. Bila customer bayar buat la official receipt..
- cash.. Kalau jenis perniagaan banyak guna cash buat la satu buku petty cash.. Tulis semua cash in cash out
- belian dan belanja..Dah beli barang pastikan dapat la invoice./ resit. Kalau beli secara hutang tulis la dlm buku bila date kita bayar.. Setiap kali buat bayaran prepare la payment voucher... Dapat resit terus tampal ke ambil gambar ke supaya tak hilang tulisan..
- bil - bil kena simpan la.. Bil lektrik bil air bil telefon.. Tulis dalam buku juga setiap kali bayar bil..
- gaji... Bila bayar gaji staff buat laa payslip.. Borang caruman epf kena ada .. Setiap kali bayar gaji buat payment voucher bagi staff sign...
- claim.. Kalau staff or director ada claim buay laa claim form.. Dan resit claim kena la ada.. Bila da bayar claim buat payment voucher..
Mudah kan??...
Untuk khidmat akaun dan cukai boleh hubungi kami...
Madiha & co
017-946 5987
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Telephone
Address
Bandar Manjalara
Kuala Lumpur
51000