Chartered accountant

Call Directions Website

Chartered accountant Accounting services for business and companies

Tax computation for individual and companies

consul

23/10/2026

Tax compliance certificate..

Ini adalah dokumen yang mengesahkan pematuhan cukai untuk individu, perniagaan atau syarikat..

Dokumen ini diwajibkan bila sesuatu syarikat atau perniagaan ingin memasuki tender kerajaan, memperbaharui lesen, untuk pinjaman bank atau jika ingin menutup syarikat atau perniagaan..

Jika ingin memperoleh TCC individu, perniagaan dan syarikat perlu patuh pada cukai seperti menghantar borang Nyata cukai setiap tahun dan juga menjelaskan semua cukai tertunggak..

19/10/2026

PCB , CP204, CP500

Ape ya semua tu

Itu semua adalah ansuran anggaran cukai yang mungkin dikenakan.. Apabila kita membayar ansuran itu, bayaran ansuran yg dibuat akan ditolak dengan
cukai sebenar yang perlu bayar..

Beza 3 tu adalah

PCB - ansuran cukai untuk pekerja.. Majikan diwajibkan mengira PCB pekerja sekiranya gaji pekerja layak dikenakan PCB.. Kemudian majikan wajib untuk membayar PCB kepada LHDN..Penalti akan dikenakan sekiranya majikan tidak berbuat demikian..

16/10/2026

Selalu jumpa isu ni masa buat penyata kewangan

Bayar gaji tak sama dengan payslip diberi..

Bayar EPF tak sama dengan borang A

Butiran perlu ada dalam payslip
Gaji kasar
Elaun
Kerja lebih masa
Bonus
Komisen
TOTAL GAJI
(-)
KWSP pekerja
Socso eis pekerja
NET SALARY ( ni yang perlu bayar pada pekerja)
Pastu perlu juga diletakkan KWSP socso eis caruman majikan.

KWSP socso eis ni kira dalam website saja.. Pastu bayaran perlu la sama dengan yang dah kira

Begitu lah

Madiha & co
0179465987

13/10/2026

Perkara yang pemilik perniagaan perlu tau untuk memastikan sentiasa comply dengan regulation

Enterprise

Sentiasa tutup akaun Desember
Perlu submit borang B setiap tahun
Perlu submit borang E setiap tahun
Perlu serahkan EA form pada pekerja setiap tahun
Perlu bayar cp500 yang dah ditetapkan

Sdn bhd

Perlu submit annual return setiap tahun
Perlu submit cp204 sebulan sebelum year End
Perlu submit audit / unaudited report 7 bulan selepas year End
Perlu submit borang E setiap tahun

09/10/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ BAJET 2027: SOROTAN UTAMA

๐Ÿ“… 9 Oktober 2026 | ๐Ÿ›๏ธ Perdana Menteri & Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim

1. ๐Ÿ’ฐ Kos Sara Hidup & Bantuan

Lebih RM80 bilion diperuntukkan untuk subsidi, bantuan dan insentif, termasuk RM40 bilion untuk bahan api.

Peruntukan STR dan SARA meningkat daripada RM15 bilion kepada RM16 bilion.

Semua penerima STR akan menerima SARA sehingga RM150 sebulan (RM1,800 setahun).

Rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang bukan penerima STR akan menerima RM100 sebanyak dua kali pada tahun 2027.

SARA kini boleh digunakan untuk membeli hasil pertanian segar di 216 pasar FAMA.

RM750 juta diperuntukkan untuk Jualan Rahmah dan Agro MADANI, melibatkan 35,000 program jualan.

Had perlindungan bil elektrik dinaikkan daripada 600 kWh kepada 800 kWh sebulan.

Kuota BUDI95 ditetapkan pada 300 liter sebulan. Bagi kenderaan pikap dan pacuan empat roda diesel yang layak, kuota ialah 400 liter sebulan.

2. ๐Ÿงพ Cukai Pendapatan Individu

Pelepasan cukai individu meningkat daripada RM9,000 kepada RM12,000.

Kadar cukai bagi pendapatan RM70,000 hingga RM100,000 ditetapkan pada 18%.

Kadar cukai bagi pendapatan RM100,000 hingga RM150,000 ditetapkan pada 24%.

Pendapatan melebihi RM1 juta dikenakan kadar cukai 30%.

Pelepasan cukai baharu atau diperluas meliputi kasut sukan, langganan AI, yuran tuisyen dan pendidikan anak-anak, penjagaan ibu bapa atau datuk nenek, penjagaan selepas bersalin, serta pengambilan dan vaksinasi haiwan peliharaan berdaftar.

Kira-kira 5 juta pembayar cukai dijangka mendapat manfaat, dengan penjimatan sehingga RM1,600.

3. ๐Ÿ‘ท Gaji & Upah

Gaji minimum dinaikkan daripada RM1,700 kepada RM2,000 mulai Jun 2027. PKS dengan jualan di bawah RM50 juta dikecualikan.

Kerangka gaji minimum baharu sebanyak RM2,500 diperkenalkan untuk pekerja separa mahir dan graduan.

Gaji sara hidup bagi pekerja GLIC dan GLC meningkat daripada RM3,100 kepada RM3,400, melibatkan 230,000 pekerja.

Syarikat bukan PKS perlu membayar gaji melalui saluran perbankan yang diluluskan untuk melayakkan tuntutan potongan cukai.

4. ๐Ÿ›ต Pekerja Gig & Persaraan

Pakej bernilai RM160 juta antara kerajaan dengan Grab merangkumi pendapatan, insurans dan penyelenggaraan kenderaan.

Pemandu e-hailing berpotensi menerima tambahan pendapatan sehingga RM227 sebulan, manakala penghantar p-hailing sehingga RM100 sebulan.

Padanan caruman PERKESO sebanyak 35%, yang boleh meningkat sehingga 50% dengan sumbangan platform.

Padanan caruman KWSP sehingga RM600 setahun, dengan had seumur hidup RM6,000.

Pembiayaan bernilai RM270 juta melalui BSN dan Agrobank untuk perniagaan serta pembelian rumah pertama.

Pendaftaran KWSP secara automatik apabila mencapai umur 18 tahun.

5. ๐Ÿ  Perumahan

Pengecualian penuh duti setem bagi pembelian rumah pertama bernilai sehingga RM500,000.

Bagi rumah bernilai sehingga RM750,000, pengecualian penuh diberikan untuk RM500,000 pertama, manakala baki nilai mendapat pengecualian sebanyak 50%.

Kemudahan ini terpakai untuk perjanjian jual beli (SPA) yang ditandatangani dari tahun 2027 hingga 2030.

Sehingga RM20 bilion dalam bentuk jaminan pembiayaan SJKP disediakan untuk 80,000 pembeli rumah pertama.

Kira-kira RM1 bilion diperuntukkan untuk perumahan mampu milik.

Projek perumahan baharu dirancang di Nilai, Kulai, Paya Rumput dan Lembah Pertang.

Pendaftaran Fasa 1 Bandar MADANI Bukit Jalil dibuka pada Oktober 2026.

Pelepasan duti setem turut disediakan bagi projek pemulihan perumahan terbengkalai yang memenuhi syarat.

6. ๐Ÿ—๏ธ Pembangunan Mengikut Negeri

Negeri Sembilan: Malaysia Vision Valley 2.0, jalan KLIAโ€“Bandar Enstek, naik taraf laluan Pajamโ€“Nilaiโ€“Salak dan KV Dual Track 2.

Selangor/Lembah Klang: RM100 juta untuk projek tebatan banjir.

Johor: Sistem e-ART bertingkat untuk Johor Bahru.

Pulau Pinang: Dana RM100 juta untuk syarikat pemula dalam bidang semikonduktor dan pembuatan termaju.

Perak: Pembangunan hab maritim di Lumut dan hab automotif di Tanjong Malim, termasuk potongan cukai bagi perpindahan operasi.

Melaka: Pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET) berteknologi tinggi dan projek tebatan banjir.

Kedah: Pembangunan industri semikonduktor dan pengeluaran padi.

Pahang: Pembangunan koridor Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Kelantan: Perancangan Empangan Lebir dan penambahbaikan bekalan air.

Perlis: Pembangunan infrastruktur perindustrian dan agribisnes di Chuping.

Terengganu: Pembangunan ekopelancongan dan naik taraf sistem pembetungan.

7. ๐ŸŒ Sabah & Sarawak

Peruntukan untuk Sabah sebanyak RM18.7 bilion, manakala Sarawak menerima RM16.2 bilion.

Geran khas sementara berjumlah RM1.5 bilion, sementara formula pengiraan masih dalam rundingan.

Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) digandakan kepada 4,200 pelajar setahun.

RM3.3 bilion diperuntukkan untuk jalan raya dan RM204 juta untuk kestabilan grid elektrik Sabah.

Zon Ekonomi Khas Sibu masih dalam perbincangan.

Komitmen di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diteruskan.

8. ๐Ÿš† Infrastruktur & Kesalinghubungan

RM3.3 bilion untuk infrastruktur luar bandar, termasuk RM2.3 bilion bagi jalan raya.

RM2.5 bilion untuk menggantikan paip air lama sepanjang 1,900 kilometer.

RM5 bilion untuk JENDELA, termasuk liputan 4G di semua kampung Orang Asli, 7,000 kilometer jalan raya dan 1,700 kilometer landasan kereta api.

Inisiatif kabel dasar laut SALAM.

9. ๐ŸŒณ Kuala Lumpur

RM400 juta diperuntukkan kepada DBKL untuk taman dan kemudahan awam.

Sebanyak 100 ekar kawasan Bukit Kiara diwartakan sebagai Taman Persekutuan.

Pembinaan laluan pejalan kaki berbumbung sepanjang 22 kilometer.

Pemuliharaan semula Bangunan Dayabumi dan Stesen Kereta Api Kuala Lumpur.

Pengecualian duti hiburan di Stadium Merdeka dan Stadium Negara.

Dua hartanah DBKL akan dijadikan pusat jagaan harian warga emas.

10. ๐Ÿช Perniagaan Kecil & Komuniti

Kira-kira RM700 juta diperuntukkan untuk projek pihak berkuasa tempatan, termasuk pasar, gerai dan taman.

Diskaun sewa sebanyak 50% pada tahun 2027 untuk lebih 10,000 peniaga kecil DBKL.

RM50 juta untuk program Komuniti Angkat MADANI di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) bandar.

Lebih RM100 juta untuk Kampung Baru Cina.

RM80 juta untuk rumah ibadat bukan Islam yang berdaftar.

Geran padanan GLIC/GLC bernilai RM100 juta, termasuk untuk penjagaan kanak-kanak dan latihan bagi 6,000 orang penjaga.

11. ๐Ÿ“ˆ Pelaburan & Pasaran

Sukuk simpanan runcit bertoken berasaskan teknologi rantaian blok (blockchain) diperkenalkan, membolehkan pelabur memilih pembiayaan untuk pendidikan, penjagaan kesihatan atau perlindungan sosial.

Fokus pelaburan diberikan kepada sektor semikonduktor, kecerdasan buatan (AI) dan peralihan tenaga.

PETRONAS akan memulakan pembangunan 10 ekar pertama daripada 50 ekar tanah Rizab Melayu untuk perumahan mampu milik di Kuala Lumpur.

Endowmen tanah seluas 50 ekar bernilai RM1 bilion untuk Yayasan Pelaburan Bumiputra.

๐Ÿ“Œ Kesimp**an

Bajet 2027 memberi tumpuan kepada pengurangan kos sara hidup, pengurangan cukai bagi kump**an tertentu, peningkatan gaji, pemudahan pemilikan rumah serta pengukuhan pembangunan ekonomi di seluruh negara.

Sumber: Ucapan Belanjawan MADANI 2027, 9 Oktober 2026.

TA Securities

05/10/2026

Pengurusan dokumen perniagaan

Disebabkan masih ramai yang tanya dokumen apa nak ni sis letak summary.

1) Fixed asset

๐ŸŒน invoice pembelian aset
๐ŸŒน payment voucher setiap pembelian aset

๐ŸŒน hire purchase agreement jika aset dibeli secara hire purchase

๐ŸŒน director resolution (untuk sdn bhd sahaja) jika syarikat membeli aset yang mahal seperti kereta / machinery. Resolution juga perlu ada jika syarikat membeli aset dari director / transfer aset dari enterprise ke sdn bhd / transfer aset dari nama director ke nama syarikat.

2) bank

๐ŸŒนpastikan mempunyai penyata bank lengkap 12 bulan untuk setiap bank atas nama perniagaan / syarikat

๐ŸŒนjika ada bayaran secara cheque, salinan buku cheque perlu ada

3) belian secara hire purchase

๐ŸŒน hire purchase agreement
๐ŸŒน hire purchase statement - dapatkan dari bank setiap bulan
๐ŸŒน payment voucher - setiap kali bayar ansuran bulanan / bayaran deposit / bayaran booking etc

4) pinjaman bank

๐ŸŒน offer letter dari bank
๐ŸŒน loan statement - minta dari bank setiap bulan
๐ŸŒน payment voucher - setiap kali bayar ansuran bulanan

5) modal berbayar ( sdn bhd sahaja)

๐ŸŒน slip transfer duit - jika ada penambahan modal berbayar, pengarah / shareholder perlu masukkan duit dalam akaun bank
๐ŸŒน borang penambahan modal berbayar - ni setiausaha syarikat prepare

6) pembayaran dividen ( sdn bhd sahaja)

๐ŸŒน penyata dividen
๐ŸŒน payment voucher bayaran dividen

7) jualan secara kredit

๐ŸŒน sales invoice
๐ŸŒน slip transfer dari pelanggan jika bayaran by transfer. Jika dapat bayaran by cash memadai kita serahkan official receipt sahaja pada pelanggan. Satu salinan kita simpan.
๐ŸŒน official receipt - diserahkan pada pelanggan selepas pelanggan dah buat bayaran. Satu salinan kita simpan
๐ŸŒน rekod jualan dan penerimaan duit supaya boleh monitor invoice mana yang belum bayar. ( ni buat dalam excel saja)

8) jualan secara tunai

๐ŸŒน sales report
๐ŸŒนslip transfer dari pelanggan jika pelanggan bayar by qr / transfer etc. Tally kan dengan duit masuk dalam bank.

๐ŸŒน official receipt diserahkan pada pelanggan. Satu salinan disimpan

9) jualan shopee / lazada / tiktok / grab / food panda

๐ŸŒน statement dari platform Kos - kos dari jualan dalam platform kena rekod as kos.. Dalam akaun jualan kita rekod gross jualan..
๐ŸŒน net jualan tu tallykan dengan duit masuk dalam bank

10) belian secara hutang

๐ŸŒน supplier invoice
๐ŸŒน resit dari supplier
๐ŸŒน payment voucher setiap kali buat bayaran
๐ŸŒน rekod belian supaya boleh monitor invoice yang belum bayar (buat excel je)
๐ŸŒน statement of account - dapatkan dari supplier dan tallykan dengan rekod kita

11) belian secara tunai

๐ŸŒน supplier invoice
๐ŸŒน resit dari supplier
๐ŸŒน payment voucher setiap kali pembelian

12) staff / director / owner claim

๐ŸŒน claim form - details expenses with signature
๐ŸŒน resit
๐ŸŒน payment voucher - apabila dah bayar balik pada owner / staff / director

13) gaji staff

๐ŸŒน payslip
๐ŸŒน epf form
๐ŸŒน socso / eis resit
๐ŸŒน overtime form - detail overtime
๐ŸŒน payment voucher - untuk bayaran overtime / elaun jika bayar asing dari gaji. Tapi jika bayar sekali dengan gaji boleh letak dalam payslip je.

14) wages - biasa bayar pada manpower foreigner / part time staff

๐ŸŒน payment voucher - details nama penerima wages, signature penerima

15) sewa pejabat / space / booth

๐ŸŒน rental agreement
๐ŸŒน payment voucher setiap kali bayar sewa
๐ŸŒน pastikan cukup 12 bulan. Jika ada increase rental or renew rental mesti ada new amendment agreement.

15) water / elektrik/ telephone / wifi

๐ŸŒน bil
๐ŸŒน payment voucher - ni pun kena cukup 12 bulan

16) belanja lain

๐ŸŒนpayment voucher
๐ŸŒน invoice / resit dari third pary - resit yang kecik2 yang akan pudar tu elok photostat dulu supaya tak hilang tulisan

Gitulah

Untuk khidmat akaun dan cukai boleh hubungi kami

Juga boleh follow telegram kami untuk info akaun cukai

Madiha & co
0179465987

03/10/2026

Cik...

Kalau kita bekerja kadar cukai sama tak dengan kalau kita ada enterprise?

Jawapan...

Kadar cukai sama je.. Kita bekerja.. Cukai atas individu.. Kita ada enterprise pun cukai atas individu...

Tiada cukai atas enterprise ya... Cukai atas individu sahaja.. Sebab tu bila seseorang bekerja dan pada masa sama ada juga enterprise, jadi pendapatan bekerja tu tambah dengan untung dari enterprise itulah pendapatan yang perlu istihar...

Ko ada berapa banyak pun enterprise tetaplah cukai atas diri sendiri.. Lagi banyak enterprise lagi la tinggi pendapatan bercukai atas individu sebab semuanya dicampur sekali...

Dan perlu tau ya... Pembayaran cukai untuk individu tak boleh ya ditolak dengan untung enterprise dan pembayaran cukai individu walau dibayar guna duit enterprise tetap lah tidak dapat dijadikan belanja dibenarkan tolak cukai... Ada orang buat, untung enterprise pastu tolak p**a cukai.. Jadi untung enterprise berkurang.. Salah ya... Konsep diaa enterprise tiada cukai atasnya.. Jadii tiada cukai yang boleh ditolak dari untung enterprise.. Dann jika kita bayar cukai guna duit enterprise itu adalah cukai personal kitaa bukan cukai enterprise. Faham lagi konsep, segala belanja personal yang dibayar guna duit perniagaan adalah belanja tak dibenarkan termasuklahh cukai yang dibayar itu...

Alamak.. Ruginyaaa..dah la kena bayar cukai pastu tak boleh tolak p**aaa..

Ya sebab tu ada pilihan untuk buka sdn bhd.. Which sdn bhd ada cukai die sendiri which lagi jimat.. Tapiiii... Ya memang jimat.. Tapii jangan sebab nak jimat je terus buka sdn bhd tanpa faham kepatuhan sdn bhd.. Kalau buka sdn bhd tapi tak patuh p**a dengan requirement sdn bhd sama juga laa takde jimat mana pun.. Denda sana sini.. Sdn bhd ni kalau kita patuh requirement faham strategi mungkin boleh berjaya dengan bergaya melalui sdn bhd

Kesimp**annya.. Sebelum decide something study dulu, minta consultation dulu dari yang pakar.. Bila da faham, dah nampak strategi baru la buat..

Gitu la..

Untuk khidmat akaun dan cukai tak kisah la untuk sdn bhd ke enterprise ke boleh hubungi kami.. Untuk consultation tentang perniagaan juga boleh hubungi kami..

Madiha & co
0179465987

02/10/2026

Pengarah: cik kalau kami ambil gaji tinggi dari syarikat ade kesan tak atas cukai?

A: ade.. Cukai syarikat akan berkurang sebab gaji pengarah boleh tolak cukai syarikat..

P: oo aa macam tu nanti kami ambil gaji lah untuk kurangkan cukai..

A: tapi... Gaji pengarah perlu istihar dalam borang individu pengarah.. Maksudnya cukai individu encik akan bertambah..

P: oooh yeke.. Macam mana nak kurangkan cukai individu?

A: bayar zakat sebab zakat boleh tolak 100% dalam cukai individu..

Sekarang dah bulan 10.. Jom lah kita bayar zakat untuk pengurangan cukai...

Begitu lah

Madiha & co

0179465987

30/09/2026

Perancangan cukai..

Fuh sedar tsk sedar kita dah masuk october.. Lagi 2 bulan je nak masuk tahun baru

Jadi apa yang sepatutnya usahawan dah buat setakat ni?

๐ŸŒน patutnya dah ada atleast penyata untung rugi srhingga bulan september

๐ŸŒนpatutnya dah ada anggaran cukai kena bayar tahun 2024 sehingga september..

๐ŸŒน patutnya semua dokumen resit bank statement invoice bill dah tersusun cantik dalam file sehingga september. ..

Sebab apa perlu seperti di atas?

๐Ÿ‘‰ supaya kita punya untung rugi syarikat dapat diketahui setiap bulan jadi kita tau tahap kesihatan perniagaan kita

๐Ÿ‘‰ supaya kite lebih bersedia dengan jumlah cukai yang bakal dikenakan.. Takdelah nanti terkejut tergempak..

๐Ÿ‘‰ dokumen tersusun akan memudahkan urusan akauntan nanti untuk merekod akaun... Biasanya bila nak buat akaun baru nak cari dokumen tu ni. Jika dari sekarang da tersusun nanti masuk je bulan 1 boleh terus serahkan pada akauntan untuk urusan akaun dan cukai..

Macam mana usahawan nak dapatkan seperti di atas?

๐ŸŒน buat akaun setiap bulan... Tak perlu tunggu setahun baru nak buat... Jika tunggu setahun memang tak dapat lah tau untung rugi bulanan..

๐ŸŒน perlu disiplin... Setiap kali transaksi perniagaan berlaku pastikan terus dapatkan dokumen sokongan dan terus letak dalam file supaya tiada isu hilang dokumen...

๐ŸŒน upgrade ilmu percukaian supaya boleh buat anggaran sendiri jumlah cukai yg dikenakan..

Tinggal lagi 2 bulan, apa lagi yang usahawan boleh lakukan untuk minimize amount cukai?

๐ŸŒนRecheck semula belanja yang kita dah buat dari jan - sep sama ada belanja boleh tolak cukai atau tak.. Pastikan selepas ni hanya belanja yang boleh tolak cukai je dibuat seperti belanja staff...

๐ŸŒน recheck bahagian pelepasan cukai.. Apa lagi yang masih belum. Dibuat.. Sempat lagi untuk maksimumkan pelepasan cukai..

๐ŸŒนrebat cukai jangan dilupakan seperti zakat...

Begitu lah..

Untuk khidmat akaun dan cukai boleh hubungi kami...

Nak buat akaun sehingga september boleh hubungi kami..

Nak semak penyata kewangan? Boleh hubungi kami..

Madiha & co
0179465987

21/09/2026

Duit keluar dari bank hanya tulis nombor cek

Cik.. Ada buku cek tak?

Takde da hilang dah

Alahai macam mana nak tau bayar untuk apa ni?

Duit keluar tu bayar gaji dan pembekal jee...

Hmm ye tau bayar gaji dan pembekal tapi macam mana la nak tau mana satu gaji mana satu pembekal.. Invoice pembekal ada tapi tak lengkap.. Untuk gaji lagi lah takde ape dokumen..

Saya pun dah tak ingat cik

Hmm

Sebab tu pentingnya sediakan boucsr bayaran juga setiap kali buat bayaran.. Senang nak refer bayaran untuk apa dalam penyata bank...

Invoice - penting masa pembelian

Boucer bayaran - penting masa buat bayaran

Begitulah

Madiha & co

0179465987

Address

Bandar Manjalara
Kuala Lumpur
51000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Chartered accountant posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share