09/08/2019
Bulan bintang berseri-seri,
Terangi langit dimalam hari,
Ahad raya ke masjid jangan tak pergi,
Berapa ekor lembu korban tahun ini?
Haa jawab.. hehe
Jom Selamatkan Income mengucapkan Selamat Hari Raya Haji kepada semua rakyat Malaysia yang beragama islam. Semoga ibadah korban tahun ini diberkati Allah.
03/08/2019
Waris berebut taknak jaga rumah arwah.
Ada harta dibiarkan berhabuk. Rumah kampung kalau dijaga rapi masih menjadi idaman Malaya. Kereta walaupun keluaran lama, service on time masih boleh digunakan jalan-jalan kampung. Dilelong sayang, dijual dapat ke kilang besi buruk agaknya. Akhirnya, rumah tiada tanda siapa empunya yang bernyawa. Arwah berharap semua anak jaga bersama.
Anak ramai pasti ada yang masih sayangkan harta peninggalan keluarga. Buat ubati rindu dan menggamit kenangan dulu-dulu, sayang nak lepaskan rumah pusaka. Namun, anak-anak kecil tadi semakin dewasa dan bekerjaya. Semakin berjauhan setelah berkeluarga.
‘Apa p**a saya seorang, kita semua kena jaga bersama rumah ini.’
Disini merungut takkan dia seorang saja menjaga, disana berkira habis duit diberi setiap bulan untuk pastikan halaman rumah kampung terjaga. Yang lain tiada masa kerana kekangan masa menziarah kampung. Apakah rumah tempat membesar sudah tiada nilai?
Semakin lama rumah dan kereta dibiarkan terabai, rumput laman panjang menjalar. Besi berkarat turut tersadai. Kini harta peninggalan tiada siapa heran malah tergantung sepi amanah arwah.
Inilah konflik harta yang sering berlaku dalam masyarakat kita, ibubapa mahu anak mereka berkongsi harta yang ada dan merapatkan ukhuwah adik-beradik p**ang ke kampung. Namun inilah yang terjadi, adik-beradik bertelingkah dan berenggang kerana harta warisan.
Sebab itu kita diberi pilihan untuk hibah harta. Dengan memberi hibah sebagai hadiah kepada pewaris atau sesiapa sahaja semasa kita hidup dan termaktub apabila kita mati. Tiada siapa boleh bersuara pertikaikan. Malah, hibah adalah penyelesaian terbaik supaya tiada lagi perebutan harta atau menuding jari.
Mencari penyelesaian keluarga anda? Boleh layari klik Join Group JSI https://www.facebook.com/groups/JomSelamatkanIncome/ untuk dapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan perkhidmatan kami.
31/07/2019
Siapa cakap bekerja di syarikat besar yang teguh lebih selamat?
“Bertahun-tahun aku bantu memajukan Syarikat. Tiap-tiap hari balik lewat. Kesudahanya, aku diberhentikan kerja juga. Menyesal aku tak dengar cakap kau untuk SELAMATKAN INCOME."
Kerana kerja sanggup gadaikan masa bersama anak-anak demi memenuhi keperluan keluarga. Tak kerja siapa lagi nak tanggung? Itulah perasaan seorang ayah yang mementingkan hal ehwal keluarga daripada diri sendiri.
Sanggup kerja lewat malam memastikan majikan puashati dan syarikat maju. Masa bersama anak tidak lagi peduli, pergi kerja sebelum matahari terbit p**ang semasa bulan menerangi langit. Anak-anak bangun tidur tanpa wajah ayah di kerusi makan, tidur tanpa ditemani suara ayah bercerita.
Masa berlalu sungguh pantas tanpa diduga, derita diserang sakit jantung dan perlukan pembedahan segera. Selepas pembedahan, diberhentikan kerja p**a kerana syarikat tidak mampu menanggung pekerja yang berpenyakit. Sungguh berat ujian yang datang. Lagi kecewa apabila tiada simpanan yang boleh menampung perbelanjaan harian keluarga setelah tiada lagi income.
Begitulah apa yang dikongsi oleh seorang pesakit yang diberhentikan. Jangan tunggu masa akan membuang begitu saja, nasib kita boleh dirancang hanya dengan selamatkan income anda bermula sekarang.
Jom Selamatkan Income anda supaya dugaan selepas hilang income masih lagi peroleh income untuk menyara kehidupan. Layari klik Join Group JSI https://www.facebook.com/groups/JomSelamatkanIncome/ untuk dapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan perkhidmatan kami.
29/07/2019
DAULAT TUANKU
Merafak Sembah Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang ke-VI
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Diperkenan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Semoga Allah s.w.t merahmati sepanjang pemerintahan Tuanku. Amiin Ya Rabb Al-Amiin.
Tulus Ikhlas,
Jom Selamatkan Income
29/07/2019
“Assalamualaikum abah, laptop abang problem tiba-tiba tak boleh on. Bila cek hantar kedai, ada masalah virus dan motherboard abah.”
“Abang jangan risau ya, nanti beritahu abah kalau abang tak cukup abah tambah nanti.”
Kalau dulu abah ada, abah lah satu-satunya tempat untuk abang berharap minta bantuan. Sekarang abah dah tiada. Giliran abang p**a bertanggungjawab membela keluarga. Tapi abang tak sekuat abah. Abang baru nak merasai ujian dalam pekerjaan. Bagaimana cara lagi abang boleh membantu keluarga kita?
Tiada lagi suara girang dan gelak ketawa abah. Daripada abang kecil abah s**a bawa abang dengan adik pergi mandi pantai bila balik kampung. Kini, tiada lagi keseronokan berkelah di tepi pantai bersama abah setiap kali abang balik cuti semester. Abang rindu abah.. Abang janji akan jaga mak dan adik-adik semampu abang, sekuat abah menyara abang ketika susah dulu.
Terima kasih abah berbekalkan sedikit simpanan abah untuk abang dan keluarga. Tidak sangka abah mengambil plan takaful untuk perlindungan kami. Alhamdulillah abah, Allah permudahkan urusan saat abah pergi meninggalkan kami dengan membuat hibah dan peninggalan sama adil telah abah laksanakan sebelum abah pergi. Abang pun nak buat hibah seperti abah bila dah berjaya nanti. Hebatnya abah.
Anda mahu selamatkan income keluarga anda? Boleh layari klik Join Group JSI https://www.facebook.com/groups/JomSelamatkanIncome/ untuk dapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan perkhidmatan kami.
10/07/2019
Dulu masa ngeteh terjumpa kawan satu taman. Lelaki, umur 44 tahun, bekerja sebagai Marketing Manager. Masa jumpa itulah dia mengadu masalah dia, mohon Takaful asyik kena reject saja sebab badan dia obes BMI 43. Maklum jela, kerja buat marketing dan sales ini selalu stress kena kejar target. Itu yang kuat makan sampai terjadi OBES tanpa sedar. Aduii 😅
Dia kata,
"Aku dok risau, kalau aku simpan RM750 sebulan pun dekat bank, setahun dah RM9,000. Kalau 20 tahun menabung sekurangnya ada dalam RM180,000 dah. Masalahnya, aku sangat risau kalau jadi apa-apa kat aku sebelum aku dapat kumpul sampai 20 tahun. Setakat duit yang aku simpan sekarang ini berapa je ada. Sampai bila boleh bertahan? Hang ada cara tak nak tolong aku?" tanya dia sambil mengeluh.
Lihat senyuman di bibir boleh nampak tetapi peritnya kesusahan yang dialami tak siapa yang tahu. Mujur Allah temukan saya dengan dia dan membuka hati beliau untuk kongsi masalah tanpa selindung. Allahu akbar, saya dapat merasai beban yang beliau tanggung demi menyara keluarga.
Jawapan saya…
“Mati itu datang tak kira masa. Bila-bila masa dan di mana sahaja boleh dicabut nyawa andai telah ditakdirkan.” Apa yang perlu difokuskan sekarang agar tidak terus di laluan yang sama ialah saya nasihatkan beliau untuk UBAH cara financial planning dari simpan sedikit demi sedikit untuk bina harta, adalah lebih baik beliau BINA harta dulu baru buat SIMPANAN sedikit demi sedikit.
Anda mahu selamatkan income keluarga anda? Boleh layari klik Join Group JSI https://www.facebook.com/groups/JomSelamatkanIncome/ untuk dapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan perkhidmatan kami.
05/07/2019
Assalamualaikum. Hari ini JSI nak share sedikit info berguna untuk anda semua.
Dah tahukan tentang Kempen JOM Selamatkan INCOME?
Berapa ramai yang tak nak tahu kalau gaji sebulan RM 1,500.00, dalam setahun dah ada RM 18,000. Mungkin tak nampak banyak sangat tapi cuba kira p**a untuk sepuluh tahun dapat berapa? Peh banyak kan?
Sepuluh tahun bekerja itulah kepentingan gaji dengan jumlah yang ada dapat diberikan kepada waris jika berlaku tidak keupayaan bekerja seperti sakit kronik, kemalangan yang menyebabkan kehilangan anggota badan. Tak dapat nak gambarkan seksanya masa tu. Luluh dibuatnya, betul?
Kalau harta beku? Sepuluh tahun gigih bekerja sekelip mata punca pendapatan hilang malah duit belanja bulanan pun tak dapat dikeluarkan. Itulah harta beku segala sumber disekat. Melainkan sebahagian pendapatan atau harta terkumpul tadi dilaksanakan hibah keatas orang-orang yang tersayang, sekurangnya banyak membantu melancarkan keperluan hidup dan mengurangkan beban mereka yang tersayang.
Nak tahu lebih lanjut bagaimana nak selamatkan income? PM saya dengan segera > https://JomSelamatkanIncome.wasap.my , Nanti saya akan share bagaimana program ini boleh membantu.
Sebelum JSI mengundurkan diri, JSI ingin berpesan untuk saling bantu-membantu. Oleh itu kongsikan mesej ini kepada kawan-kawan anda mungkin mereka juga perlukannya. Kami yakin, mereka juga ingin tahu cara bagaimana untuk selamatkan income mereka.
Anda mahu selamatkan income keluarga anda? Boleh layari klik Join Group JSI https://www.facebook.com/groups/JomSelamatkanIncome/untuk dapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan perkhidmatan kami.
04/07/2019
Puan Salmah seorang kerani sebuah syarikat ternama yang kuat bekerja walaupun usia beliau baru 40-an. Beliau mempunyai empat orang anak yang masih bersekolah dan sedang melanjutkan pengajian ke universiti. Tapi semenjak suami beliau meninggal dunia, segala pengurusan hal keluarga jatuh ke atas bahu beliau seorang. Puan Salmah runsing memikirkan tahap kewangan keluarga beliau. Beliau sering bersendirian dirumah bila tidak bekerja. Terlalu banyak perkara yang perlu beliau fikirkan dan selesaikan secepatnya.
Selama tempoh beliau menjadi seorang ibu tunggal selepas kehilangan suami disisi, selain bekerja sebagai kerana beliau juga mengambil upah menjahit baju. Hal demikian Puan Salmah sering menghabiskan masa dirumah menguruskan hal rumah dan menjahit baju tempahan oleh jiran dan kenalan. Upah menjahit beliau tidak terlalu banyak malah mengikut kehendak pelanggan. Andai banyak tempahan banyaklah bayaran yang diterima sehingga terpaksa berjaga lewat malam untuk menyiapkan tempahan.
Tahap kewangan Puan Salmah p**a tidaklah terlalu tinggi tetapi dengan wang hasil titik peluh itulah beliau menyara anak-anak beliau yang masih sekolah. Puan Salmah takkan membiarkan anaknya tertinggal pelajaran dan sentiasa inginkan yang terbaik untuk mereka. Belanja pengajian bukanlah murah malah harga buku juga bukan murah dan senang dapat. Apalagi kehendak si kecil yang masih sekolah rendah ada pelbagai karenah.
Rumah dan kereta adalah harta peninggalan arwah suaminya. Mujur sahaja rumah telah langsai hanya tinggal bayaran bulanan kereta dan simpanan anak-anak yang perlu diberatkan demi masa hadapan. Ibu mana tidak sayang anak kan?
Mujur dengan adanya program jom selamatkan income membuat Puan Salmah yakin inilah program yang boleh menjamin kebahagiaan beliau sekeluarga andai beliau sudah tidak mampu lagi bekerja dan ketentuan Allah itu tidak siapa boleh jangka. Dengan berani Puan Salmah join Program JOM selamatkan INCOME ini bersama anak-anaknya berdaftar.
Anda mahu selamatkan income keluarga anda? Boleh layari klik Join Group JSI https://www.facebook.com/groups/JomSelamatkanIncome/ untuk dapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan perkhidmatan kami.
24/06/2019
Encik Samdin seorang yang bekerjaya dan telah berkahwin mempunyai 4 orang anak dan isteri beliau seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau berlatar belakang dari keluarga yang kaya kerana harta bapanya.
Suatu hari ditakdirkan bapa En Samdin telah meninggal dunia dan meninggalkan harta yang tidak diketahui oleh si anak mahupun ahli keluarga. Malangnya, bapa beliau tidak melantik pentadbir untuk menguruskan harta beliau sebelum mati. Sebagai seorang muslim, untuk selesaikan hibah dan faraid tidak semudah yang disangka. Banyak prosedur diperlukan yakni surat pengesahan yang sah terhadap harta si mati. Semuanya perlu diuruskan sendiri.
Penat lelah turun naik mahkamah bukan dalam jangka yang pendek malah memakan masa tahun untuk diselesaikan. Pelbagai badan perlu dirujuk dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Selain harta dibekukan, keluarga hidup seperti biasa dengan keperluan yang terhad. Yuran perkhidmatan peguam semakin bertambah kerana tidak mampu, ahli keluarga jadi berhutang. Lagi bertambah runsing apabila isteri beliau tiada pendapatan.
Maka dari situ, En Samdin mula sedar dan terbuka mata bahawa betapa pentingnya pengurusan harta. Lalu beliau mencari jalan untuk berjumpa dengan pakar perancangan harta bagi membantu beliau mengurusankan harta yang ada agar tidak terjadi kesusahan dan beban seperti yang beliau rasai sekarang kepada ahli keluarga kelak dengan kebekuan harta selepas pemergiannya.
En Samdin bersyukur, dengan adanya pengurusan yang cekap dan professional seperti program jom selamatkan income ini, beliau tidak lagi bimbang, susah hati jika terjadi apa-apa yang tidak diingini berlaku tanpa membebankan keluarganya.
Anda mahu selamatkan income keluarga anda? Boleh layari klik Join Group JSI https://www.facebook.com/groups/JomSelamatkanIncome/ untuk dapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan perkhidmatan kami.
15/06/2019
Disetiap keringatmu, Disetiap nafasmu
Penuh dengan kasih sayangmu,
Terima kasih ayah..
Selamat Hari Bapa dari JSI. 🥰
15/06/2019
Ya Allah, malunya. Tergamak sungguh orang tu, tak boleh ke datang ziarah keluarga arwah dan slow talk?
Sebuah kubur yang masih merah, terdapat satu plastik putih membaluti batu nisannya. Di atas plastik itu ada tulisan yang amat merentap hati si waris, iaitu nama dan no.telefon untuk dihubungi kerana arwah ada hutang yang belum langsai. Mungkin banyak hutang tu, namun sanggup dan mampukah waris tolong bayar hutang itu?
Kejadian berlaku di salah sebuah perkuburan di Kuala Lumpur. Nama arwah dan dimana biarlah rahsia demi menjaga air muka keluarganya. Bukan semua orang boleh lupakan begitu saja hutang piutang. Pokok pangkalnya hutang wajib dibayar.
Mungkin masalah ini boleh dielakkan jika arwah ada buat perancangan berkaitan harta dan hutang dilakukan semasa hidup. Harus fikir apa akan jadi pada anak isteri jika si suami tiada suatu hari nanti? Cukupkah harta yang tinggal untuk lunaskan hutang piutang tanpa susahkan waris hingga bawa mereka hidup seperti dalam neraka?
Supaya ini tidak terjadi pada diri anda, saudara mara dan sahabat anda, saya ingin jemput anda datang belajar cara selamatkan income. Program Jom Selamatkan Income ini dibuat untuk memastikan pendapatan sara hidup untuk diri sendiri dan keluarga masih berterusan, tidak terputus dan cukup. Malah dapat sediakan dana rawatan dan perubatan untuk merawat sakit kronik khususnya kos yang tinggi. Selain itu, mampu sediakan pembiayaan untuk lunaskan segala hutang supaya tiada tunggakan.
Kepada yang berminat untuk explore lebih lagi tentang manfaat Program Jom Selamatkan Income, klik Join Group JSI https://www.facebook.com/groups/JomSelamatkanIncome/ untuk dapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan perkhidmatan kami.
Sediakan payung sebelum hujan, itu lebih baik.