Fit Kewangan

Fit Kewangan

Share

You have come to the right place. Kami bukan saja speciallist tetapi juga no 1 trusted authorised agent. Kamilah special agent yang anda cari selama ini

06/09/2025

Terkini..

Bagi tempoh 3, 5, 7 & 10 tahun..

Dana unit amanah patuh syariah yang diuruskan oleh PMB Investment Berhad - Syarikat Kumpulan Pelaburan Mara is TOP NO 1👏👏👏👏👏..

Tahniah PMB Investment Berhad!!!!!..
Tahniah Kumpulan Pelaburan Mara!!!!!..
Tahniah Majlis Amanah Rakyat @ MARA!!!!!..

*Sumber : Portal I-Invest Kwsp






22/05/2025

9 HAK ANDA SEBAGAI KLIEN TAKAFUL – RAMAI TAK TAHU!

Sebelum anda menandatangani mana-mana pelan insurans atau takaful, pastikan anda tahu hak anda sebagai klien.
Bukan apa, takut nanti tertipu dengan janji manis ejen semata-mata! 😅

Berikut adalah senarai hak-hak penting yang wajib anda tahu.
No. 5 paling ramai terlepas pandang!

1. Hak Memahami Terma & Syarat
Anda berhak menerima maklumat yang jelas, ringkas dan mudah difahami mengenai pelan yang ditawarkan — termasuk faedah, risiko dan tanggungjawab.

2. Hak Mendapat Penerangan yang Telus
Ejen wajib menerangkan secara jujur tentang pelan: perlindungan, pengecualian, caj tersembunyi (jika ada), dan apa yang TIDAK dilindungi.

3. Hak Mendapat Pelan yang Sesuai
Pelan yang ditawarkan mesti bersesuaian dengan keperluan dan kemampuan kewangan anda. Jangan terpedaya dengan "pelan paling untung" tanpa menilai kesesuaian!

4. Hak Membatalkan Polisi
Kebanyakan pelan memberi tempoh bertenang (cooling-off period) — biasanya 15 hari — di mana anda boleh batalkan polisi dan dapatkan bayaran balik penuh (tertakluk pada syarat).

5. Hak kepada Proses Tuntutan yang Adil
Ini paling penting! Anda berhak membuat tuntutan dengan mudah, cepat dan tanpa halangan tidak munasabah apabila berlaku kejadian yang dilindungi.

6. Hak Mendapat Maklumat Tuntutan
Anda berhak dimaklumkan status tuntutan serta dokumen apa yang diperlukan — supaya anda tak ‘tergantung’ menunggu tanpa berita.

7. Hak Memohon Pembaharuan Polisi
Anda berhak mohon untuk sambung pelan anda (renew) dan dapat semua info penting tentang syarat pembaharuan.

8. Hak kepada Privasi dan Perlindungan Data
Segala maklumat peribadi anda WAJIB dilindungi dan tidak boleh digunakan tanpa kebenaran.

9. Hak Mengemukakan Aduan
Jika anda rasa tidak puas hati dengan layanan ejen atau syarikat, anda berhak membuat aduan secara rasmi kepada syarikat atau terus ke badan pengawalselia seperti Bank Negara Malaysia / Ombudsman for Financial Services.

Jaga hak anda, lindungi masa depan anda.
Ambil masa untuk fahami pelan sebelum buat keputusan

09/04/2025

5 Perkara Anda Kena Buat Sebelum Umur 40!

Menjelang usia 40 tahun, seseorang seharusnya sudah mempunyai kestabilan kewangan dan hala tuju yang jelas dalam kehidupan. Jika anda masih dalam lingkungan umur 20-an atau 30-an, inilah masa terbaik untuk merancang. Berikut adalah 5 perkara yang wajib anda lakukan sebelum mencecah usia 40 tahun.

1. Pastikan Ada Simpanan Kecemasan

Perkara pertama yang perlu anda ada ialah dana kecemasan sekurang-kurangnya 6 bulan gaji. Ini penting untuk menghadapi sebarang situasi yang tidak dijangka seperti kehilangan kerja, kecemasan perubatan atau kerosakan kenderaan.

2. Kurangkan atau Selesaikan Hutang Jahat

Hutang seperti kad kredit dan pinjaman peribadi yang mempunyai kadar faedah tinggi boleh menjadi beban. Sebelum masuk umur 40, cuba selesaikan semua hutang ini atau sekurang-kurangnya kurangkan jumlahnya dengan ketara.

3. Miliki Pelaburan Yang Stabil

Jangan hanya bergantung pada simpanan biasa. Pastikan anda melabur dalam Unit Trust, saham, hartanah atau lain-lain instrumen yang boleh memberikan pulangan jangka panjang. Lebih awal anda mula melabur, lebih tinggi potensi pulangan anda.

4. Sediakan Dana Persaraan

Ramai yang tidak mengambil serius tentang persaraan sehingga usia sudah lanjut. Jika anda mula menyimpan dan melabur untuk persaraan sejak awal, anda boleh menikmati kehidupan yang lebih selesa pada masa hadapan tanpa tekanan kewangan.

5. Kembangkan Sumber Pendapatan

Jangan hanya bergantung pada satu sumber pendapatan. Mula cari peluang lain seperti perniagaan sampingan, pelaburan atau pendapatan pasif yang boleh membantu anda membina kestabilan kewangan.

Kesimpulan

Sebelum umur 40, pastikan anda sudah kukuh dari segi kewangan, mempunyai pelaburan yang baik dan bebas dari hutang yang membebankan. Langkah-langkah ini bukan sahaja membantu anda mencapai kebebasan kewangan, tetapi juga memberikan ketenangan dalam menjalani kehidupan yang lebih berkualiti. Jadi, mulakan sekarang sebelum terlambat!

20/03/2025

Gaji Besar, Simpan Pun Besar? Jangan Buat Silap Ini!

Ramai yang beranggapan bahawa semakin besar gaji seseorang, semakin besar juga simpanannya. Malangnya, ini tidak selalu berlaku. Dalam dunia realiti, ramai individu yang bergaji besar tetapi masih hidup dari satu gaji ke satu gaji tanpa sebarang simpanan yang mencukupi. Apa silapnya?

1. Gaya Hidup Inflasi (Lifestyle Inflation)

Apabila gaji meningkat, perbelanjaan juga meningkat. Ini dikenali sebagai ‘lifestyle inflation’, di mana seseorang menambah komitmen kewangan seperti membeli kereta lebih mahal, rumah lebih besar atau sering bercuti ke luar negara. Jika tidak dikawal, peningkatan gaji tidak akan membawa kepada peningkatan simpanan.

2. Tiada Perancangan Kewangan

Ramai yang tidak mempunyai bajet bulanan atau pelan simpanan. Tanpa perancangan kewangan yang baik, perbelanjaan akan menjadi tidak terkawal. Setiap kali ada lebihan duit, ia akan dibelanjakan tanpa memikirkan simpanan jangka panjang.

3. Bergantung Sepenuhnya Pada Satu Sumber Pendapatan

Gaji besar bukan jaminan keselamatan kewangan jika ia satu-satunya sumber pendapatan. Jika berlaku kehilangan pekerjaan atau kecemasan, tanpa simpanan yang mencukupi, keadaan kewangan boleh menjadi terjejas.

4. Tidak Melabur Untuk Masa Depan

Menyimpan wang dalam akaun simpanan sahaja tidak mencukupi kerana nilai wang akan terjejas oleh inflasi. Sebaliknya, individu bergaji besar perlu mula melabur dalam instrumen yang boleh memberikan pulangan lebih tinggi seperti Unit Trust, hartanah atau saham.

5. Kurang Kesedaran Tentang ‘Emergency Fund’

Ramai yang hanya menyimpan untuk perbelanjaan harian tetapi tidak mempunyai dana kecemasan yang cukup. Dana kecemasan sekurang-kurangnya perlu mencukupi untuk menampung perbelanjaan 3-6 bulan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka.

Bagaimana Untuk Mengelakkan Kesilapan Ini?

Tetapkan Matlamat Kewangan – Rancang simpanan dan pelaburan dengan jelas.

Amalkan Peraturan 50/30/20 – 50% untuk keperluan, 30% untuk kehendak, 20% untuk simpanan dan pelaburan.

Mulakan Pelaburan Seawal Mungkin – Jangan tunggu sehingga usia lanjut untuk melabur.

Sediakan Dana Kecemasan – Pastikan anda mempunyai simpanan kecemasan yang cukup.

Gaji besar adalah peluang, tetapi tanpa pengurusan kewangan yang bijak, ia boleh menjadi satu perangkap. Pastikan anda menggunakan kelebihan ini untuk membina masa depan kewangan yang lebih kukuh!

22/10/2024

Nama nama tempat yang berjaya ditukar ke nama T15

1. Kerinchi - Bangsar South
2. Abdullah Hukum - Eco city
3. Sungai Buloh - Kota Damansara
4. Gombak - KL East
5. Dengkil - Cybersouth
6. Kg Air Terentang - Cyberjaya
7. Prang Besar - Putrajaya
8. Ijok - Caledonia.

Terbaru
Larkin (Johor)- Larkinton

22/10/2024

Jom dapatkan perlindungan diri dan keluarga sambil menderma dalam tabung tabarru’ syarikat takaful. Tabung ini akan digunapakai bagi membantu peserta lain yg memerlukan.

Indirectly menjadi saham akhirat kita insyaAllah 🤲🏻

Konsep Takaful : tolong menolong 🌸

22/10/2024

Yuran sekolah dulu2.

Yang pasti. Admin belum lahir lagi time ni 😅

21/10/2024

“Tiap kali aku cuba berjimat, tiba-tiba promosi sale muncul.”

20/10/2024

“Jangan putus asa dengan simpanan. 10 sen hari ini, 20 sen esok. Lama-lama cukup bayar parking.”

10/09/2024

3 Kaedah Pelaburan

1️⃣Pelaburan Tunai Sekaligus @ Lump Sum Investment : Contoh RM10K @ RM50K @ RM100K @ RM500K @ RM1 Juta..

2️⃣Pelaburan Tunai Bulanan : Contoh RM100.00 @ RM200.00 @ RM300.00 @ RM500.00 Sebulan (Auto Debit Bank / Online Transfer)..

3️⃣Skim Pelaburan Ahli Kwsp - Pindahan Daripada Akaun 1 Mengikut Syarat Kelayakan Yang Telah Ditetapkan Oleh Pihak Kwsp..

Sahabat Sahabat Pelabur Hebat..
Jom Pelbagaikan Potensi Simpanan & Pelaburan Anda Bersama PMB Investment Berhad - Anak Syarikat Kumpulan Pelaburan Mara..

“Pengalaman Kami Keyakinan Anda”

Fariz
PMB Investment Berhad

🔹Informasi Lanjut
➡️wasap.my/60129503877/JomLaburPMBI






Photos from PMB Investment Berhad's post 11/07/2024
Want your business to be the top-listed Accountant in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Kuala Lumpur