Advice Worth Billions from Warren Buffet
🔥🔥10 FREE Courses will Making Your Life more Success!
1. Personal & Family Financial Planning
đź”—https://lnkd.in/d2gAFzP4
2. Leading the Life You Want
đź”—https://lnkd.in/dPGKReSY
3. Problem-Solving Skills for University Success
đź”—https://lnkd.in/dAG-hEFP
4. Meditation: A way to achieve your goals in your life
đź”—https://lnkd.in/dgDU64Ae
5. Successful Career Development
đź”—https://lnkd.in/dwkjAY_i
6. Work Smarter, Not Harder: Time Management for Personal & Professional Productivity
đź”—https://lnkd.in/d8JHR7T8
7. Negotiation Strategies and Styles
đź”—https://lnkd.in/ddzUqA5q
8. Understanding and Managing the Stresses of Police Work
đź”—https://lnkd.in/dK838Jjk
9. English for Running a Successful Business
đź”—https://lnkd.in/dWx_27j5
10. Excel Basics for Data Analysis
đź”—https://lnkd.in/dSW2De68
Bijak Labur Invest Wisely
Menyampaikan khidmat nasihat perancangan kewangan dengan membantu membangunkan pelan yang realistik
Perkongian ilmu perancangan kewangan yang membantu anda merancang kewangan dengan lebih baik dan optimum untuk tempoh sederhana dan jangka panjang.
13/10/2022
13/10/2022
He is Proof!
27/07/2022
Mengapa Ruble Meningkat Sekalipun Russia Berhadapan Sekatan Antarabangsa
Sebaik sahaja Russia menceroboh Ukraine pada 21hb Februari dan sekatan antarabangsa oleh pihak barat ke atas Moscow, Ruble menjunam teruk. Namun selepas empat bulan kemudiannya, Ruble menjadi matawang yang paling baik pencapaiannya berbanding Dollar Amerika. Ia hampir menyamai kenaikan 7 tahun tertinggi.
Sebelum pencerobohan Russia ke atas Ukraine, ia didagangkan pada 82 Ruble namun menjunam sehingga 139 Ruble berbanding US$1.00 pada awal Mac. Namun hari ini telah naik kepada 58 Ruble, jauh lebih baik daripada sebelumnya.
Ini berlaku di akhir bulan Februari sebaik sahaja Ruble menjunam teruk, Russia menaikkan kadar faedah dari 9.5% sehingga 20% melalui tiga kali kenaikan. Kemudiannya diturunkan kembali kepada 9.5%. Yang terbaru diturunkan lagi kepada 8% sahaja.
Ia adalah berlawanan dengan situasi di Amerika Syarikat sekarang di mana Federal Reserve menaikkan kadar faedah untuk mengekang inflasi yang mencecah 9.1% dan yang terburuk sejak 40 tahun lalu.
Russia adalah pengeluar gas terbesar di dunia dan pengeluar minyak kedua terbesar di dunia. Kesatuan Eropah membeli billion Dollar AS setiap minggu namun dalam masa yang sama cuba untuk menekan Russia dengan sekatan antarabangsa.
Negara-negara seperti Jerman, Itali, Belarus, Turkiye dan Belanda adalah 5 negara-negara yang bergantung terus kepada saluran paip gas dari Russia. Selain itu terdapat juga Poland, Hunggary dan lain-lain negara Eropah Timur. Ini bermakna negara-negara ini semakin banyak membayar wang kepada Russia berbanding memberikan bantuan kemanusiaan kepada Ukraine.
Kebiasaannya bagi sesebuah negara yang menghadapi sekatan antarabangsa akibat dari konflik ketenteraan akan kehilangan sejumlah pelabur dan pengaliran keluar modal dan akan menyebabkan kejatuhan nilai matawangnya. Namun ia tidak berlaku kepada Russia.
Ini kerana Russia menggunakan lebihan dagangan dari eksport minyak dan gas walaupun Russia memberikan diskaun kepada sesetengah negara namun pendapatan itu jauh melebihi kesan sekatan oleh pihak barat.
Dalam masa yang sama, Russia dilihat telah gagal untuk membayar US$100 juta faedah hutang antarabangsanya terutama bon-bon untuk kali pertama dalam sejarahnya.
Ini bukanlah kerana Russia tidak mahu membuat pembayaran tetapi akses untuk membuat pembayaran yang kebanyakannya dalam Dollar Amerika telah disekat oleh pihak barat terutamanya selepas Russia dikeluarkan dari sistem pembayaran eletronik SWIFT.
Bagaimana Russia mengawal matawangnya?
Sebaik sahaja pihak barat menguatkuasakan sekatan, pada 27hb Februari Russia telah membekukan 60% daripada US$643 billion rizab antarabangsanya. Berikutannya pada 28hb Februari, Russia telah menggariskan langkah-langkah berikut:
[1] Menguatkuasakan kawalan modal dengan menghentikan semua transaksi dengan bukan residen Russia dan semua perniagaan stok dan saham.
[2] Membuat kenaikan kadar faedah asas dari 9.5% kepada 20%
[3] Dihadkan kepada US$10,000 sahaja bagi setiap transaksi oleh residen Russia untuk penghantaran ke luar negara.
[4] Dihadkan hanya US$10,000 sahaja untuk pengeluaran matawang asing.
[5] Pengeksport dikehendaki untuk menukar 80% daripada pendapatan matawang asing kepada Ruble dalam masa 3 hari.
Sebulan kemudiannya, Presiden Putin telah menandatangani dekri yang menghendaki “unfriendly countries” untuk membayar gas Russia dalam matawang Ruble.
Ini ditujukan kepada negera-negara Eropah Timur yang mendapatkan gas dari Russia tetapi dalam konflik Ukraine-Russia menyebelahi Nato.
Dalam masa yang sama Russia menghendaki pengeksport untuk menukar separuh daripada hasil pendapatan mereka kepada Ruble.
Kita dapati banyak firma asing yang meninggalkan Russia namun sebenarnya adalah agak sukar bagi mereka untuk menjual aset melainkan memindahkan kepada rakan kongsi di Russia. Jadi dengan itu tiada pengaliran modal keluar.
Kini Dollar Amerika yang dijadikan sebagai “reserve currency” iaitu matawang pembayar dalam kebanyakan transaksi komoditi bakal dipecah monopoli oleh pakatan Russia dan China dengan “new global reserve currency”. Tambahan p**a Russia telah dikeluarkan dari sistem pembayaran eletronik SWIFT
Credit to : Megat Hishemudin
1. Scam pelaburan emas terbesar di Malaysia ialah Genneva Gold yang melibatkan 35 ribu orang pelabur. Mengapa orang ramai terjebak dengan scam emas ini?
2. Genneva Gold ini adalah brand bagi sebuah syarikat perniagaan menjual emas yang ditubuhkan sejak tahun 2002. Syarikat ini mendakwa mendapat pengiktirafan "patuh syariah". Mereka sebut dalam profil syarikat, "The one and only gold company that is shariah compliant".
Ayat ini sebijik macam tagline kedai mamak Syed Bistro". The one and only Bhukhara Briyani" Amma!
3. Genneva Gold mempunyai 11 buah pejabat di Malaysia termasuk wakil perniagaan di China, Indonesia, Filipina dan Singapura. Keadaan Ini menggambarkan Genneva Gold sebuah perniagaan yang kukuh.
4. Genneva Gold mempunyai seorang pengarah daripada orang Melayu Muslim, Ahmad Khairuddin Ilias danseorang daripada kerabat Diraja Pahang.
Genneva Gold menawarkan pelaburan emas menarik iaitu menjual emas kepada pelanggan pada harga premium 29%-30% daripada harga pasaran tetapi pelanggan mendapat 'hibah' (hadiah) 1.5% pada setiap bulan. Selepas kontrak 6 bulan, pelanggan boleh menyimpan emas atau menjualnya semula kepada Genneva Gold pada harga belian asal atau menjual kepada pihak ketiga.
5. Sekali pandang pelaburan emas Genneva Gold amat berbaloi! Hibah sebanyak18% setahun. Emas fizikal dapat, hibah pun dapat, patuh syariah p**a. Warren Buffet mesti terkejut!
6. Genneva Malaysia dilancarkan secara rasmi pada tahun 2010 oleh Tun Mahathir. Mungkin Tun Mahathir dipergunakan dalam hal ini. Beliau antara tokoh besar yang mendukung penggunaan emas. Beliau menyebut dalam ucapannya:
"Wang (mata wang) hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenarnya, namun emas dapat mewakili nilai sebenarnya kerana itu adalah logam berharga di seluruh dunia."
7. Masa berlalu dan dilaporkan seramai 8 ribu pelanggan yang telah membeli 4 ribu kg emas masih belum menerima emas mereka. Genneva Malaysia berhutang sebanyak RM80 juta. Mengikut kertas siasatan, Genneva Gold beroperasi dengan menanggung liabiliti (tanggungan) 10 kali ganda lebih besar berbanding aset yang dimilikinya. Bank negara Malaysia menyebut:
"Initial forensic accounting has uncovered considerable losses being experienced by the company in 2012 and the company has liabilities exceeding 10 times its assets."
8. Pada 1 Oktober 2012, Genneva Gold diserbu oleh pihak berkuasa Malaysia dan Singapura atas kesalahan pengambilan deposit secara haram, pengubahan wang haram dan sebagainya.
9. Sebelum peristiwa itu, penasihat-penasihat Syariah telah menarik diri daripada Genneva Gold. Syarikat ini menggunakan label "patuh Syariah bagi mengkaburi operasi scam mereka.
10. Jika ada penasihat Syariah tiba-tiba menarik diri maka berhati-hatilah. Pokok tidak akan bergoyang jika tidak ditiup angin.
11. Semasa serbuan, Bank Negara Malaysia menyita aset Genneva Gold iaitu RM99.8 juta wang tunai dan 126kg emas untuk siasatan lanjut.
12. Perbicaraan Genneva Malaysia amat panjang. Pada bulan Ogos 2020, Mahkamah Tinggi mendapati Genneva Malaysia bersalah dan didenda RM450 juta, 8 orang individu dijatuhkan hukuman penjara 4 hingga 9 tahun dan denda RM 1 juta dan RM4 juta setiap seorang.
13. Namun pelabur-pelabur Genneva Gold tidak mendapat semula wang mereka dan mereka perlu melalui proses undang-undang yang panjang. Sebab itu, mangsa scam keberatan untuk melaporkan skim pelaburan yang diragui supaya aset syarikat tidak dibekukan.
14. Kesimp**annya, syarikat perniagaan yang sah menjual emas, mendakwa patuh syariah dan mempunyai nama besar tidak semestinya bukan scam. Duit tak dapat, emas tak dapat, habuk pun tak dapat. Amma appa!!
15. Jika sesuatu pelaburan ada bau-bau scam maka cepat-cepat tarik diri sebelum nasi menjadi basi. Sejarah tidak menipu. Pengalaman mengajar kita menjadi lebih matang dan dewasa. Salam hormat.
Kredit to : Dr. Abdel Rahmanov
20 julai 2022
22/07/2022
Banyak p**a Harga Emas naik hari ini..
Harga emas pertama kali dalam trend menaik setelah alami defisit berturut-turut sepanjang 6 minggu.
Menurut bloomberg, kenaikan ini disebabkan Central Bank Eropah menaikkan kadar interest semalam
Dan sekarang pelabur menunggu keputusan Fed Reserve untuk kenaikan interest di US minggu hadapan
- Nasdaq
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Website
Address
Kuala Lumpur
51000
31/01/2023