20/02/2025
BERHATI-HATI DENGAN TAKTIK PENIPUAN KEWANGAN!
Penipuan kewangan (Financial Scam) sering terjadi dengan penggunaan pelbagai helah oleh "scammer" seperti menyamar sebagai pegawai kerajaan, memaklumkan kononnya anda memenangi cabutan bertuah, atau meminta maklumat peribadi anda. Ingat, organisasi yang sah tidak akan meminta butiran sensitif melalui panggilan telefon.
Lindungi diri anda dan maklumat kewangan daripada menjadi mangsa penipuan. Sebarkan kesedaran ini kepada keluarga dan rakan-rakan anda
Sumber: AIBIM
20/02/2025
Awas! Jangan biarkan anda terpedaya dengan panggilan sebegini! Hati-hati dan saling berpesan sesama kita!
Amalkan konsep 3S, Soal Sekat Sebar
Soal kesahihan maklumat
Sekat dari berkongsi maklumat peribadi atau perbankan anda
Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguatkuasa dan rakan-rakan.
Sekiranya anda menjadi mangsa, segera hubungi hotline bank anda atau NSRC di talian 997 (8am - 8pm, setiap hari) dan buat laporan polis.
Sumber: Kementerian Kewangan
20/02/2025
Terima panggilan dari nombor yang tidak dikenali dan mencurigakan?
AWAS‼ Ia mungkin muslihat scammer yang menyamar sebagai pihak Polis/Penguatkuasa, Bank dan sebagainya.
Jangan mudah terpedaya. Amalkan konsep 3S, Soal. Sekat. Sebar.
Soal ❓ kesahihan maklumat yang disampaikan
Sekat ⛔ diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda
Sebar 📢 dan kongsikan modus operandi bersama penguatkuasa dan rakan-rakan.
Anda Leka, Anda Terkena.. 😭
Sekiranya anda menjadi mangsa, segera hubungi hotline bank anda atau NSRC di talian 997 (8am - 8pm, setiap hari) dan buat laporan polis.
20/02/2025
Pernah mengalami situasi begini?
🔲 Terima panggilan dari pihak yang tidak dikenali?
🔲 Anda hendak disiasat oleh pihak berkuasa?
🔲 Akaun hendak disekat atau dibekukan?
⛔ STOP!! ⛔KEKAL TENANG ✌️
📱 Matikan panggilan dengan segera
👮♂️ Rujuk dengan agensi penguatkuasa berhampiran untuk pengesahan
Ini adalah cubaan penipuan penyamaran sebagai pihak berkuasa. Jangan kongsikan sebarang maklumat peribadi perbankan anda.
Sekiranya anda menjadi mangsa, segera hubungi hotline bank anda atau NSRC di talian 997 (8am - 8pm, setiap hari) dan buat laporan polis.
Sumber: Malaysia Criminal Prevention Foundation
20/02/2025
SCAM ALERT: ‘WASPADA TAKTIK SCAMMER’ IKLAN PRODUK PALSU
Orang ramai diingatkan agar sentiasa berhati-hati dan tidak mudah mempercayai iklan di media sosial yang mengunakan kecanggihan teknologi kecerdasan buatan (AI) dilihat telah menjadi pencetus kepada kewujudan iklan-iklan yang memaparkan suara, wajah serta video individu-individu ternama tanpa kebenaran individu tersebut dengan tujuan untuk mengelirukan pembeli.
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official
https://www.tiktok.com/
Sumber: Polis DiRaja Malaysia
20/02/2025
Nampak sama tapi ia bukan dia.
Waspada dengan scammer yang menyamar sebagai pihak penguatkuasa, agensi kerajaan, Bank dan sebagainya.
✌️ Kekal Tenang;
🤫 Rahsiakan maklumat peribadi perbankan anda;
🧐 Semak terlebih dahulu melalui laman sesawang rasmi agensi berkaitan sebelum bertindak.
Kena CAKNA, jangan terkena.
Sekiranya anda menjadi mangsa, segera hubungi hotline bank anda atau NSRC di talian 997 (8am - 8pm, setiap hari) dan buat laporan polis.
Sumber: LHDN