Buaian berendoi dodoi anakku

Buaian berendoi dodoi anakku

Share

🏦 Kenanga Investors Berhad
👑 Victory Inspire Billionaire

Retirement PlanninglPRSlEducation Plan

04/04/2026

Salam 16 Syawal 1447H
Husband

04/04/2026

16 Syawal 1447H

04/04/2026

Salam 16 Syawal 1447H

21/03/2026

Ktorg 3 beradik semua perempuan.. Bonding ktorg mmg rapat giler.. Kalau sorang sedih, mesti semua akan rase tempias sedih tue.. klu sorang happy, bergabung jadi 3, bergegar dunia🤣🤣.. kalau nak shopping raya pun, xsah klu xde bertiga.. Ade bertiga baru best nk gi shopping raya.. sampai mall dah nak tutup la, baru nak balik.. hehe.. babah n arwah mama xpernah ajar kami bergaduh, dengki sesama sendiri.. semoga ikatan kita adik beradik xpernah putus ibarat air dicincang xakan putus.. Tq Allah.. kurniakan adik beradik yg baik dunia dan akhirat.. 🤲

Salam Aidilfitri buat semua.. ❤️

Dari kami 3 beradik..

Sharzeta Salim
Sharmila Salim
Sharwhane Salim

21/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Maaf Zahir & Batin..

Dari Whane n Husband.. ❤️

21/03/2026

SALIM SON-IN-LAW

Ktorg 3 beradik perempuan..
Makanya ade 3 menantu lelaki..
Alhamdulillah syukur dikurniakan suami yg baik2, yg sama2 menjaga babah.. Tq Allah kurniakan suami yang baik2 untuk kami adik beradik..

Salam Aidilfitri..
Maaf Zahir Dan Batin..

~Sharwhane Salim~

20/03/2026

IFTAR VIB 1447H
Salam Ramadhan 1447H.. Semoga dengan datangnya Ramadhan kali ini memberi seriba makna buat kita semua.. Semoga kita dipertemukan lahi dengan Ramadhan yg akan datang.. Insyaallah.. 🤲

20/03/2026

14 Mar 2026
Iftar VIB 1447H
Rail & River Eventspace, Batu Caves
Majlis Khatam Al-Quran..

Semoga Ramadhan ini memberi seribu 1 makna buat kita semua.. Semoga kita bertemu lagi diRamadhan akan datang, Insyaallah..

Salam Ramadhan 1447H

18/03/2026

1 Hari 1 Hadith di VIB ✨

Apabila Ramadan semakin hampir ke penghujungnya, kadangkala kita mula tertanya-tanya…
cukup ke amalan kita? atau ada kekurangan tanpa kita sedar?

Jangan risau 🤍 Islam itu indah dan penuh rahmat.
Dalam bulan Ramadan, ada satu amalan yang boleh menyucikan puasa kita dan membantu golongan yang memerlukan, iaitu *zakat fitrah*.

Daripada Ibn ‘Abbas radhiallahu ‘anhuma, beliau berkata:

*Maksudnya: “Rasulullah ﷺ mewajibkan zakat fitrah sebagai pembersih bagi orang yang berpuasa daripada perbuatan sia-sia dan kata-kata kotor serta sebagai makanan bagi orang miskin.”*
(Hadith Riwayat Abu Dawud dan Ibn Majah)

📌 Pengajaran daripada hadith ini:

1️⃣ *Menyucikan ibadah puasa*
Zakat fitrah menjadi “penampal” kepada kekurangan sepanjang kita berpuasa.

2️⃣ *Membantu golongan yang memerlukan*
Supaya mereka juga dapat merasai kegembiraan di hari raya.

3️⃣ *Waktu pembayaran itu penting*
Jika dibayar sebelum solat Aidilfitri, ia diterima sebagai zakat.
Jika selepas, ia hanya dikira sebagai sedekah biasa.

✨ Moga zakat fitrah yang kita tunaikan tahun ini dapat membersihkan amalan kita sepanjang Ramadan, dan menjadikan kita kembali bersih di sisi Allah SWT.

Dan bagi yang wajib mengeluarkan zakat harta, jangan lupa untuk menunaikannya juga 🤍

Selamat beramal ✨
malaysia



Salam 26 Ramadhan

17/03/2026

1 Hari 1 Hadith di VIB ✨

Daripada Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau berkata:

*Maksudnya: “Nabi ﷺ bersungguh-sungguh dalam beribadah pada sepuluh malam terakhir (Ramadan) melebihi malam-malam sebelumnya.”*
(Hadith Riwayat Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim)

✨ Rasulullah ﷺ juga berpesan agar kita mencari malam *Lailatul Qadar* pada malam-malam ganjil di penghujung Ramadan.

Hari ini 25 Ramadan malam yang penuh dengan harapan 🤍
Walaupun kita rasa sebelum ini ada kekurangan dalam ibadah, jangan putus asa.
Allah SWT masih beri peluang di penghujungnya.

📌 Antara amalan yang boleh kita lakukan:
Perbanyakkan doa, zikir, tilawah Al-Quran dan qiyamullail.

🤲 Doa yang diajarkan oleh Rasulullah ﷺ:

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

*Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Engkau s**a memberi keampunan, maka ampunilah aku.”*

✨ Kita bukan sekadar minta diringankan dosa, tetapi kita minta Allah SWT padamkan semuanya.

Semoga malam ini menjadi malam yang Allah SWT pilih untuk mengampuni kita dan mendekatkan diri kita kepada-Nya 🤍

Selamat beramal ✨
malaysia



Salam 25 Ramadhan

17/03/2026

1 Hari 1 Hadith di VIB ✨

Kadang-kadang kita rasa dunia sekarang semakin mengelirukan.
Banyak pandangan, banyak cara hidup, sampai kita tertanya-tanya mana sebenarnya jalan yang betul.

Rasulullah ﷺ telah memberi panduan dalam satu hadith:

تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا: كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ

*Maksudnya: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya: Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya.”*
(Hadith Riwayat Imam Malik dalam al-Muwatta’)

✳️ Hadith ini adalah pesan besar Rasulullah ﷺ kepada umatnya.

📌 Dua panduan utama untuk hidup:

1️⃣ *Al-Quran*
Wahyu daripada Allah SWT yang menjadi petunjuk dalam akidah, ibadah, akhlak dan cara hidup kita 🤍

2️⃣ *Sunnah Nabi ﷺ*
Contoh bagaimana Rasulullah ﷺ mengamalkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian.

✨ Al-Quran dan sunnah tidak boleh dipisahkan.
Selagi kita berpegang kepada kedua-duanya, kita tidak akan sesat walaupun dunia sentiasa berubah.

🤲 Jika suatu hari kita rasa hilang arah, kembalilah kepada Al-Quran dan sunnah.
Itulah warisan terbesar Rasulullah ﷺ untuk umatnya.

Selamat beramal ✨
malaysia



Salam 24 Ramadhan

Want your business to be the top-listed Accountant in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Kuala Lumpur