11/12/2024
Peraga kemewahan, tapi pinjaman Mara tak bayar - Asyraf Wajdi
Peraga kemewahan, tapi pinjaman Mara tak bayar - Asyraf Wajdi | Harian Metro
Seremban: “Jangan p**a ada masalah atau cari masalah untuk sengaja tak nak bayar pinjaman tetapi dalam masa sama memperagakan kemewahan, jadi ini saya rasa tidak adil bagi semua pihak,” kata Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.
25/11/2024
Hutang bukan sekadar soal wang. Ia tentang kepercayaan, maruah, dan nilai persahabatan.
Jika anda berhutang, jangan hilangkan kepercayaan itu. Walaupun tak mampu bayar penuh, bayar sedikit pun sudah cukup untuk menunjukkan usaha. Hutang itu amanah, jangan biarkan ia menjadi punca retaknya persahabatan.
Jangan sesekali lari atau guna alasan untuk mengelak. Setiap orang ada tanggungjawab dan komitmen mereka sendiri. Kejujuran anda lebih bermakna daripada nilai wang.
24/11/2024
4 TIPS UNTUK MENGELAKKAN MASALAH KEWANGAN
Tips ini sangat sesuai untuk memastikan kewangan masa depan terurus dengan baik, khususnya bagi golongan muda!
1. Simpan 10-15% daripada gaji bulanan sebagai simpanan tetap.
Pastikan sekurang-kurangnya 10-15% daripada gaji bulanan diketepikan setiap bulan untuk simpanan tetap. Jika tidak, masalah kewangan mungkin bermula di kemudian hari. Jangan beri alasan untuk tidak menyimpan.
Sebagai contoh, jika gaji anda RM2,000 sebulan (sebelum potongan), sekurang-kurangnya RM200-RM300 perlu dijadikan simpanan tetap. Tidak kira di mana anda menyimpan, seperti ASB, Tabung Haji, atau ASB financing.
2. Cari sumber pendapatan tambahan.
Hidup di zaman sekarang memang mencabar. Berhenti memberi alasan seperti "tidak cukup" dan mula fikirkan cara untuk menambah pendapatan.
Jika anda terus memberi alasan seperti tidak ada masa atau tidak tahu apa yang perlu dilakukan, anda akan terus gagal. Berhentilah hidup dengan alasan dan mulakan tindakan untuk berubah.
3. Elakkan membuat pinjaman untuk orang lain.
Seboleh-bolehnya, elakkan menggunakan nama anda untuk pinjaman orang lain, termasuk pasangan, adik-beradik, atau sesiapa sahaja. Walaupun ada situasi tertentu yang memerlukan pinjaman bersama, risikonya tetap besar. Oleh itu, fikirkan dengan teliti sebelum membuat keputusan.
4. Jangan beli kereta dengan ansuran melebihi 15% daripada gaji bulanan.
Untuk pembelian kereta, gunakan panduan mudah ini agar kewangan anda lebih terurus:
Harga kereta tidak melebihi jumlah gaji setahun. Sebagai contoh, jika gaji anda RM3,000 sebulan, carilah kereta yang harganya tidak melebihi RM36,000.
ATAU
Ansuran bulanan kereta tidak melebihi 15% daripada gaji bulanan. Contohnya, jika gaji anda RM3,000, ansuran kereta tidak boleh melebihi RM450 sebulan.
Bagaimana jika gaji RM1,500 - RM2,000? Apakah kereta yang sesuai? Pertimbangkan alternatif seperti kereta terpakai, motosikal, atau gunakan pengangkutan awam.
21/11/2024
Belanjawan 2025
TERKINI Belanjawan 2025 | Berita Harian
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 di Dewan Rakyat. Anwar yang juga Menteri Kewangan membentangkan belanjawan itu di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Ramli Mohd Nor yang disiarkan secara la...