21/10/2026
FOMO vs FINANCIAL FREEDOM: JANGAN BIARKAN KEWANGAN MENJADI TEKANAN!
Alhamdulillah, hari ini saya berpeluang berkongsi tentang “FOMO vs. Financial Freedom” sempena Hari Psikologi & Program Seronok Bekerja Kementerian Kewangan Tahun 2026.
Dengan tema “Resilien: Bangkit, Tumbuh dan Mekar”, saya membawakan perspektif bagaimana pengurusan kewangan yang baik bukan sekadar tentang berapa banyak wang yang kita miliki, tetapi juga tentang ketenangan fikiran dan kesejahteraan hidup.
Dalam dunia yang penuh dengan tekanan sosial dan budaya FOMO, penting untuk kita bijak membuat keputusan kewangan berdasarkan kemampuan dan matlamat sendiri, bukan kerana mahu mengikut orang lain.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Kewangan Malaysia (M*F) Kementerian Kewangan🇲🇾 atas jemputan dan kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk berkongsi ilmu bersama warga kementerian.
Tahniah juga kepada pihak penganjur atas usaha memperkasakan kesejahteraan mental dan literasi kewangan dalam kalangan warga kerja.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan menjadi langkah kecil ke arah kehidupan yang lebih tenang, seimbang dan bebas daripada tekanan kewangan.
Kerana kebebasan kewangan bukan tentang siapa paling kaya, tetapi siapa yang paling bijak mengurus apa yang dimiliki.