Helmi Hamdan Chartered Accountant

Helmi Hamdan Chartered Accountant

Share

menghadapi masalah menyediakan akaun, audit dan cukai syarikat anda, kami tahu penyelesaianya, hubungi kami segera

Merupakan sebuah firma perakaunan milik bumiputera yang ditubuhkan untuk memberikan khidmat freelance akaun, audit, percukaian, analisis kewangan, penubuhan syarikat dan khidmat konsultan serta nasihat bagi peniaga/ syarikat bumiputera untuk lebih berdaya maju.

Home 08/08/2018

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila layari ke website kami:

Home Helmi Hamdan Chartered Accountant ditubuhkan di bawah syarikat Expert Numerical Global (002691092-H) yang mula beroperasi pada 17 Ogos 2017 dan dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera. Syarikat ini ditubuhkan untuk membantu dan memberi khidmat nasihat kepada peniaga Bumiputera mengenai kepentingan pengu...

16/10/2017

Yang terselindung disebalik kejayaan

13/10/2017

Perkara paling asas dan penting didalam penyediaan Perakaunan perniagaan adalah segala dokumen yang berkaitan dengan perniagaan seperti :

1) Inbois/ Resit perbelanjaan
2) Inbois/ Resit penerimaan hasil
3) penyata bank (Bank statement)
4) Buku tunai
5) Perjanjian yang berkaitan

bagi syarikat yang baru ditubuhkan resit pendaftaran syarikat juga perlu disimpan dan perlu direkodkan sebagai fee pendafatran syarikat (Incopration fee) serta yang berkaitan.

13/10/2017

TAHUKAH ANDA ?

Terdapat 6 fasa didalam penyediaan perakaunan diantaranya :

> Fasa 1 - Pengumpulan Urusniaga

Pengumpulan data-data urusniaga mestilah disokong dengan dokumen perniagaan yang berkaitan contohnya:
jualan kredit mesti dibuktikan dengan invois, belanja tunai runcit mesti dibuktikan dengan baucar tunai runcit/resit pembelian

> Fasa 2 - Analisa Urusniaga

Analisa urusniaga adalah untuk melihat kesan urusniaga ke atas persamaan perakaunan:
Aset = Liabiliti + Ekuit Pemilik

> Fasa 3 - Penjurnalan

Penjurnalan adalah proses merekod urusniaga dalam Jurnal, mengikut turutan tarikh berlakunya urusniaga

> Fasa 4 Pemindahan Ke Akaun Lejar

Pemindahan ke akaun lejar adalah pemindahan data-data yang direkod dalam Jurnal ke akaun-akaun dalam Lejar

> Fasa 5 Penyediaan Imbangan Duga

Imbangan Duga disediakan pada setiap akhir tempoh perakaunan. Ia merupakan senarai akaun-akaun yang terdapat dalam lejar beserta baki bagi setiap akaun.

> Fasa 6 Penyediaan Penyata Kewangan

Fasa ini melibatkan penyediaan tiga penyata kewangan yang utama iaitu Penyata Pendapatan, Kunci Kira-Kira dan Penyata Aliran Tunai.

11/10/2017

Pengurusan kewangan merupakan elemen yang sangat penting didalam sesebuah organisasi perniagaan. Daripada kajian yang dijalankan mendapati mejoriti perniagaan melayu mempunyai pengurusan kewangan yang lemah seperti rekod jual beli tidak dikemas kini dan tidak menggunakan khidmat juruaudit.

Nurulhuda Mustafa dan Ramlee mustafa Kajian Kes Usahawan Tani Industri Kecil Sederhana (IKS)
Bumiputera di Negeri Terengganu
(A Case Study of SMI Bumiputera Agropreneurs in Terengganu)

09/10/2017

Perumpamaan sebuah perniagaan adalah seperti tubuh manusia.

Kaki & Tangan = pekerja utama (prime line worker)
Mulut = Perundangan
Jantung = Pentadbiran
Otak = Perakaunan

bayangkan jika manusia hidup tanpa otak yang tidak berfungsi...bukankah ia kelihatan seperti Zombie...

06/10/2017

Motivasi

04/10/2017

Fungsi tubuh manusia adalah seperti sebuah organisasi, dimana setiap anggota mempunyai peranan dan tugasan masing-masing.

-Helmi Hamdan-

02/10/2017

Daripada kajian yang dijalankan mendapati bahawa terdapat 7 masalah utama yang menghalang kejayaan perniagaan Bumiputera untuk maju ke hadapan. Diantaranya ialah :

1-Kurang ilmu dalam perniagaan yang ingin diceburi.
2- Pengurusan Perakauanan dan kewangan yang tidak cekap
3- Tidak berani melabur untuk mempromosi barangan mereka.
4-Tiada matlamat yang konsisten.
5- Tiada hubungan yang baik dengan pelanggan dan pembekal.
6- Tidak menerapkan konsep mesra pelanggan.
7- Tidak saling membantu antara satu sama lain.

Hasnah Ali, Norhafizah Abdul Razak & Sanep Ahmad. (2010). Faktor Mempengaruhi Kejayaan
Usahawan Peruncitan Melayu: Satu Kajian Kes .

17/08/2017

Assalamualaikum w.b.t dimulakan Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi penyayang

Want your business to be the top-listed Accountant in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


Bandar Sri Damansara
Kuala Lumpur
52200