TITIK PERUBAHAN.
Gaji pegawai tentera sebenarnya sangat baik. Stabil. Cukup untuk hidup selesa.
Tapi kami silap urus. Boros jadi biasa. Hutang keliling pinggang. Hujung bulan gembira cuma satu hari iaitu hari gaji. Selepas selesai bayar komitmen, rasa kesempitan semula.
Sampailah terjadinya Pandemik COVID-19.
Pada awalnya nampak seperti musibah. Banyak perkara terhenti. Pergerakan terbatas. Emosi kita pun diuji.
Tapi dalam tak sedar, ada satu ruang yang Allah SWT buka.
Moratorium.
Bila komitmen hutang ditangguhkan sementara, tiba tiba ada lebihan duit di tangan. Benda yang jarang sangat kami rasa sebelum ni. Gaji penuh!
Dan masa tu satu je perasaan yang kuat.
Kami takut.
Kami kenal diri kami boros dan duit ini akan habis macam sebelum sebelum ni. Kesilapan yang sama akan berulang.
Jadi kami buat keputusan yang nampak kecil, tapi sebenarnya besar.
Kami tukar duit itu kepada emas. Sebab nak βkunciβ duit daripada habis.
Rupanya keputusan itulah turning point kami.
Dari langsung tak ada simpanan, kepada mula ada simpanan.
Dari tak nampak arah dah mula faham tujuan.
Emas bukan buat kita kaya cepat tapi emas ajar kita disiplin menabung.
Dan bila disiplin itu terbina, perlahan lahan hidup kami pun berubah.
Kadang dalam hidup ni, kita tak perlukan permulaan yang sempurna.
Cukup satu keputusan yang betul pada waktu yang kita betul betul sedar.
Itulah titik perubahan ~
Public Gold Zaheen
(PG00301464)
We Are Your Public Gold Dealer π€
"Everything Starts With 1gm Of Gold"β¨
We Educate Gold Saversπ§π»βπ
Nearby KLCC UTM MINDEF π
24/04/2026
Want your business to be the top-listed Accountant in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Contact the business
Address
Menara Public Gold
Kuala Lumpur
50400