Meera Alyahya - Licensed Financial Planner

Meera Alyahya - Licensed Financial Planner

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Meera Alyahya - Licensed Financial Planner, Financial planner, Jalan 2/76C, Kuala Lumpur.

I am a financial planner who creates custom-made financial plans to meet each client's individual needs and goals, covering everything from cash flow management and to realizing dreams as well as retirement planning.

18/04/2025

Berbaloi ke buat investment property.

Beli rumah > sewakan > dapat pasif income. Baca macam best je. Senang nak buat duit.

Nak cerita satu kisah,

Beberapa tahun sebelum bersara, ada client beli sebuah property dengan harapan nak jana passive income lepas pencen. Gaji dia masa tu besar, loan approved tanpa masalah. Strategi awal adalah gunakan duit sewa nanti untuk bayar instalment.

Tapi realitinya:

💥 Rental tak cukup untuk cover loan.
💥 Retirement fund terpaksa di gunakan untuk tampung baki setiap bulan.
💥 Kalau jual sekarang? Rugi. Market value rumah sekarang lebih rendah dari baki hutang bank.
💥 Kalau terus pegang? Retirement fund habis dalam masa beberapa tahun saja lagi.

Dia terperangkap dalam ‘property trap’. Beli atas nama investment, tapi sebenarnya jadi liability.

Ramai high income earners rasa beli property adalah good investment.
But the truth is property isn’t always the best place to park your money.

Investment decisions memerlukan:
✅ Clarity on your long-term goals
✅ Cash flow simulation
✅ Exit strategy

As a licensed financial planner, I help professionals buat keputusan pelaburan yang selari dengan life goals mereka. Bukan sekadar ikut trend.

Kalau you ada duit lebih dan tak pasti nak labur kat mana. Let’s talk before you get trapped in the wrong “investment”.

03/02/2025

Macam biasa, hari Isnin adalah hari training dan coaching. Tadi salah seroang rakan advisor berkongsi mengenai bagaimana client beliau terselamat dari terkena tipu dengan skim pelaburan palsu. Scammer tersebut menjanjikan p**angan yang tak masuk akal.

Dia minta client invest 20k dan dapat p**angan 21k dalam masa seminggu. Memandangkan client pada waktu ini sudah engage rakan advisor tadi untuk jadi Financial Planner beliau, maka beliau terus bertanyakan hal ini. Ternyata itu adalah salah satu bentuk pelaburan palsu!

Selamat 20k. Tapi …

Sebenarnya, client tersebut sudah kerugian lebih 100k sebelum beliau engage dengan Financial Planner. Dan itulah sebab utama beliau memerlukan “gatekeeper” untuk memastikan aset beliau terjaga.

Client adalah seorang professional, berumur 50an. Golongan ini sebenarnya memang menjadi sasaran. Yela, ada duit KWSP dan duit pencen.

Saya percaya masih ramai yang terkena dengan skim-skim sebegini namun segan untuk bercerita kepada orang ramai. Nasihat saya, Sentiasa merujuk kepada penasihat kewangan yang bertauliah dan dapatkan pengesahan dengan pihak berwajib seperti Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum buat sebarang bentik pelaburan.

27/12/2024

Pelaburan Hartanah : Manip**asi Halus atau Kesilapan Strategi Kewangan?

Sebagai seorang profesional, pernahkah anda melihat situasi di mana perjanjian kelihatan “baik di atas kertas” tetapi sebenarnya membebankan pihak yang terlibat?

Satu kes yang saya tengah handle sekarang, klien yang tersangkut dalam satu pelaburan hartanah.

Ceritanya begini, Klien bekerja di luar negara apabila dia didekati oleh seorang ejen hartanah dengan tawaran yang nampaknya sangat menarik. Klien disarankan untuk membeli rumah dengan harga RM700,000 menggunakan pinjaman bank. Bukan itu sahaja, ejen tersebut mencadangkan “cashback” sebanyak RM200,000 untuk pelaburan lain. Jumlah keseluruhan pinjaman? RM900,000, dengan bayaran bulanan RM4,000.

Pada mulanya, semuanya kelihatan seperti keputusan kewangan yang menarik. Hartanah sebagai pelaburan dan tambahan tunai untuk dilaburkan supaya dapat p**angan yang lebih tinggi.

Namun, situasi berubah bila rumah itu siap. Ejen yang sama datang lagi dengan cadangan baru:
* Rumah akan diuruskan oleh ejen melalui konsep sublet.
* Perjanjian sewa 10 tahun.
* Pendapatan sewa? Hanya RM2,000 sebulan. Separuh daripada bayaran pinjaman bulanan!

Kes ini membuka mata kepada realiti manip**asi “legal” dalam industri hartanah dan kewangan.

Bagaimana kita nak mengenal pasti dan mengelakkan perangkap seperti ini?

1. Semak dan Fahami Dokumen Perjanjian

Tenancy Agreement atau sebarang dokumen berkaitan kewangan perlu diteliti oleh peguam atau perancang kewangan sebelum dipersetujui.

2. Jangan Mudah Terpancing “Cashback”

Duit tunai tambahan memang menarik, tetapi adakah ia benar-benar memberikan nilai dalam jangka panjang?

3. Pentingnya Perancangan Holistik
Klien ini mungkin terlepas pandang untuk mendapatkan pandangan menyeluruh tentang kesan kewangan jangka panjang.

Bercakap dengan perancang kewangan profesional yang boleh membantu anda membuat keputusan yang lebih baik.

17/12/2024

Penting sangat ke kad perubatan ni? Jawapannya bergantung pada keperluan anda.

Untuk client saya, sewaktu sesi pembentangan report saya akan highlight recommendation yang sesuai sekiranya mereka belum ada kad perubatan. Bagi client yang sudah ada p**a, kita boleh reviewkan sama ada polisi tersebut. Adakah polisi tersebut menepati keperluan client. Yang penting client tahu fungsi & keutamaannya.

Daripada hanya mengikut orang sekeliling atau di hantui rasa “fomo”. Bila ada sesuatu insiden, terus buat keputusan terminate policy. Kan ke rugi di situ selepas bertahun2 mencarum tiba2 simply terminate macam tu je. Saya jumpa banyak kes serupa itu.

Bagi saya, kesedaran mula timbul bila client jelas dengan matlamat & objektifnya. Jadi jangan kita bersikap sinikal sekiranya masih ada yang memilih untuk belum mencarum polisi perlindungan. Just spread the awareness. Peace no war. 🙏🏻✌️

08/10/2024

Lepas engage dengan financial planner cashflow masih negatif? 🥶🥶🥶

Kenapa?

Mula2 prospect approach di sebabkan ada loan rumah yang tinggi. Aliran tunai setiap bulan negatif. Tempat kerja jauh tapi tak mampu nak bayar rumah sewa lagi.

Akhirnya, prospect cari Financial Planner. Ada yang cakap, daripada bayar Financial Planner lebih baik duit tu guna untuk bayar hutang. Tapi prospect kata dia dah tak tahu nak pusing & cari jalan macam mana lagi untuk betulkan cashflow dia.

Selepas beberapa bulan engage, client bagitahu cashflow masih negatif. Pelik tapi benar. Tengok report semua ok.

Rupanya bila di tengok balik, cashflow negatif di sebabkan ada autodebit untuk simpanan!

Kalau dulu negatif sebab komitment bank tapi sekarang negatif tapi dah ada simpanan. Lainkan punca negatifnya.

Kalau sebelum ni duit tak cukup, dan takde simpanan, takde back up. Tapi sekarang rasa tak cukup tapi ada simpanan. Mana lagi okay?

So berbaloi ke tidak bayar fee financial planner sebenarnya ni?

Click here for foc slot https://calendly.com/sharifahnuramirah/discoverysession

P/s: pic credit milanicreative

24/09/2024

Pelajaran dari 2 kisah.

1. Mr. A, heavy asset allocation in properties. Bila ada lebihan duit, beliau akan menambah aset beliau dalam bentuk harta. Memandangkan hanya ada anak perempuan, hartanah tersebut terus di namakan untuk anak perempuan termasuk rumah yang MR. A tinggal sekarang. Kita merancang tuhan menentukan, anaknya meninggal dunia terlebih dahulu. Anak hibahkan rumah tersebut kepada suami beliau aka menantu. Menantu nak jual rumah tersebut. Mr.A terpaksa keluar dari rumah tersebut.

2. Mr.B, negatif cash flow setiap bulan. Simpanan meningkat bila dapat harta pusaka dari kakak lebih dari 1juta. Nak tukar lifestyle sikit tapi efek kepada retirement fund sebab ada pinjaman perumahan sampai umur 75 tahun. Kena serve loan selama 15 tahun lagi selepas bersara.

24/08/2024

Colleague share client seorang balu, dapat duit hibah dari suami. pergi bank kena upsell dengan banker dan sign up insurance plan dengan bayaran RM 50,000 setahun selama 5 tahun.

Dan polisi matang apabila umur 88 tahun. Client baru umur 36 tahun maksudnya client kena tunggu 52 tahun baru dapat “simpanan” yang di janjikan. Plan tersebut datang dengan 100k coverage untuk death & tpd dan 200k untuk personal accident.

Ada surrender charge bila client nak terminate awal. Client decided to terminate the plan. Jumlah kerugian dalam 33k.

Bayangkan betapa kesiannya client tersebut. Dah la suami meninggal. Duit suami prepare untuk kegunaan isteri & anak2 sekali terbeli plan yang tak sepatutnya.

Client sedar mengenai plan ni bila dah engage dengan financial planner.

16/08/2024

Petang tadi meeting dengan 2nd year client yang juga seorang penjawat awam.

Of course antara intipati perbincangan tadi ada terselit dengan pengumuman kenaikan gaji.

Bila gaji naik, ambil peluang untuk tambahkan simpanan bukan tambah komitmen dan bertukar lifestyle.

Pastikan tempat atau platform simpanan di tempat yang betul. Jangan dengar cakap2 orang sekeliling atau “financial guru” yang tiba2 muncul. Cari mereka yang pakar & berlesen. Senang cakap cari Licensed Financial Planner je la. Tak tahu jugak, pm tepi. 😄

31/07/2024

1. Ejen contact client suruh melabur di satu tempat, client minta tolong checkkan samada tempat pelaburan tu selamat. Knowing this client, saya highlight pro & cons pelaburan tersebut. Keputusan masih di tangan client tapi sekurangnya client aware risiko yang beliau akan hadapi sekiranya meneruskan pelaburan tersebut.

2. Find out that client being charged for maximum rate for housing loan. (9%). Tengah tunggu bank bagi details. Lepas tu tolong client decide sama ada nak buat rayuan untuk turunkan rate atau nak habiskan bayaran pinjaman terus.

3. Tolong client review cash flow sebab beliau nak allocate untuk buat major home renovation.

4. Client nak kahwin awal tahun depan. Tolong client buat budgeting untuk kahwin. Lah, buat untuk orang! 😝Takla, tolong client go through cashflow balik untuk allocate to her wedding fund.

Ini antara kes yang i handle bulan ni. Menarik semuanya. Daripada kes di atas, have u seen me trying to promote any product?

P/s: Boleh pm atau text kalau ada apa2 pertanyaan.

16/07/2024

Recently i had the chance to participate in training program hosted by HRD Corp during National Training Week at Menara HRD. The sessions on becoming a Professional Speaker were incredibly insightful and timely.

We had three incredible speakers sharing their insights. Anwar Jumabhoy Jumabhoy talked about how to nail a keynote speech and really connect with your audience.

Next up was Bharat Avalani Avalani, who got us thinking about the DNA of a speech—how its structure and content can make or break its impact.

The session wrapped up with Perthpal Singh Khosa, whose emphasis on moving from knowing to doing to being really struck a chord. His call to action resonated deeply with me, reminding us all that action is what truly drives results.

Overall, attending this training was definitely worth it. It reinforced the importance of continuous learning and taking actionable steps toward personal and professional growth.

Want your business to be the top-listed Accountant in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Jalan 2/76C
Kuala Lumpur
55100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 12:00