Aswa Advisory

Aswa Advisory

Share

ASWA Advisory Sdn Bhd is a licensed Islamic Financial Advisory by Bank Negara Malaysia

16/03/2026

Berzakat Membawa Berkat

Ramadhan 1447H kini sudah berada di penghujungnya.
Tinggal hanya beberapa hari sahaja lagi sebelum kita meninggalkan bulan yang penuh rahmat, keampunan dan keberkatan ini.

Setiap tahun, Ramadhan datang membawa peluang untuk kita membersihkan hati, memperbaiki diri dan menyucikan harta melalui ibadah zakat.

Alhamdulillah, sebahagian pelanggan ASWA Advisory Sdn. Bhd. telah mengambil kesempatan dalam baki hari Ramadhan ini untuk menunaikan zakat pendapatan dan zakat perniagaan kepada Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) melalui khidmat kami.

Sesungguhnya zakat bukan sekadar kewajipan, tetapi ia adalah jalan untuk membersihkan dan menyucikan harta, serta menjadi sebab bertambahnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Allah SWT berfirman dalam Surah At-Taubah ayat 103:

β€œAmbillah sebahagian daripada harta mereka sebagai sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan dan menyucikan mereka; dan doakanlah untuk mereka. Sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Semoga zakat yang ditunaikan ini menjadi asbab keberkatan rezeki, ketenangan jiwa dan kebahagiaan hidup kepada semua.

Ramadhan hampir melabuhkan tirainya.
Jika masih belum menunaikan zakat, semoga kita semua diberi kesempatan untuk menyempurnakan kewajipan ini sebelum berakhirnya bulan yang penuh keberkatan ini.

Berzakat Membawa Berkat.





16/03/2026

Pengumuman Cuti Hari Raya Aidilfitri.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H semua & berhati-hati di jalan raya.

Jangan lupa rancang sijil-sijil takaful anda & client anda seperti motor vehicles, fire, etc sebelum terlewat.

Raikan bersama insan tersayang.

11/03/2026

Anda semua dijemput menyertai Webinar ini.

Penjagaan Kesihatan Semasa Pencen. Bagaimana kita menguruskannya?

Jom daftar!

πŸ’£ Retirement healthcare is a ticking financial time bomb.

Are your clients protected β€” or exposed?

Join this full-day webinar to explore how Takaful and Shariah-compliant solutions can address the rising costs of retirement healthcare.

🧠 Learn from Mr. Norazizone Norhan β€” Islamic Financial Adviser approved by Bank Negara Malaysia, and CEO of ASWA Advisory.

πŸ” What you’ll gain:
β€’ Insights into Malaysia’s retirement healthcare gaps
β€’ Strategies using Takaful and social finance models
β€’ Practical tools to advise clients with confidence

πŸ“… 9 April 2026 πŸ•€ 9:30 AM – 5:00 PM
πŸ’» MFPC Virtual Platform
πŸŽ“ CPD Hours: MFPC (6), LIAM (6), FIMM (8)
πŸ’° RM170 (Members) RM230 (Public)

πŸ”— Register before 2 April:
https://www.mfpc.org.my/event/mfpc-webinar-cpd-programme-takaful-retirement-healthcare-the-financial-time-bomb/

18/02/2026

Salam Ramadhan Kareem 1447H Semua.

Semoga amalan puasa kita diterima oleh Allah SWT & Ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelumnya.

Insiden pokok tumbang hempap kenderaan pensyarah: MBSA diminta segera tangani isu | Berita Harian 17/02/2026

Insiden Pokok Tumbang: Perspektif Takaful dan Insurans dalam Pengurusan Risiko
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Risiko kejadian seperti ini boleh berlaku di mana-mana dan boleh menimpa sesiapa sahaja tanpa diduga. Takziah diucapkan kepada mangsa yang terlibat. Semoga mangsa dipermudahkan segala urusan, diberikan kesembuhan sepenuhnya, dan keluarga diberi kekuatan dalam menghadapi ujian ini.

Dari perspektif takaful dan insurans, sekiranya berlaku kejadian seperti pokok tumbang yang menghempap kenderaan dan menyebabkan kecederaan atau kerosakan harta, terdapat dua saluran utama tuntutan yang boleh dipertimbangkan oleh mangsa atau waris:

1. Tuntutan Melalui Perlindungan Takaful / Insurans Motor

Mangsa boleh membuat tuntutan di bawah sijil takaful atau polisi insurans motor mereka, khususnya jika pelan tersebut merangkumi perlindungan terhadap risiko seperti:

🌳 Objek jatuh (falling objects) termasuk pokok tumbang

β˜„οΈ Bencana alam (special perils) seperti ribut, banjir, tanah runtuh dan sebagainya

Perlindungan komprehensif (comprehensive cover)

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa implikasi penting:

⚑ Tuntutan ini biasanya akan menyebabkan No Claim Discount (NCD) kembali kepada 0% pada pembaharuan sijil/polisi seterusnya;

πŸ“ˆ Ini akan menyebabkan sumbangan takaful atau premium insurans meningkat pada tahun berikutnya;

πŸ“‰ Namun, kelebihan utama ialah proses tuntutan biasanya lebih cepat kerana ia melibatkan pengendali takaful atau syarikat insurans sendiri

Selain kerosakan kenderaan, jika mangsa mempunyai perlindungan tambahan seperti:

βœ… Takaful Kemalangan Diri (Personal Accident)

βœ… Takaful Perubatan dan Kesihatan

maka kos rawatan dan pampasan kecederaan juga boleh dituntut di bawah sijil tersebut.

2. Tuntutan Melalui Perlindungan Tanggungan Awam (Public Liability) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Pilihan kedua adalah membuat tuntutan terhadap pihak yang bertanggungjawab menyelenggara kawasan awam tersebut, iaitu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Dalam kes ini, ia melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), sekiranya pokok yang tumbang tersebut berada di bawah seliaan dan tanggungjawab mereka.

Kebiasaannya, PBT mempunyai perlindungan Public Liability Takaful/Insurance, yang melindungi mereka daripada tuntutan pihak ketiga akibat:

β€β€πŸ©Ή Kecederaan tubuh badan

πŸ’” Kematian

πŸ–€ Kerosakan atau kemusnahan harta benda pihak awam

Kelebihan utama membuat tuntutan melalui saluran ini ialah:

βœ… Tidak menjejaskan NCD pemilik kenderaan

βœ… Mangsa boleh menuntut pampasan penuh bagi kerosakan harta dan kecederaan

βœ… Tuntutan dibuat terhadap pihak yang bertanggungjawab dari sudut undang-undang (legal liability)

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian:

⚠️ Mangsa perlu membuktikan bahawa pokok tersebut berada di bawah seliaan PBT

⚠️ Mungkin terdapat elemen kecuaian (negligence) seperti kegagalan penyelenggaraan

⚠️ Proses tuntutan mungkin mengambil masa lebih lama kerana melibatkan siasatan dan proses undang-undang

⚠️ Perkara Berkaitan "Excess" dalam Tuntutan Public Liability

Dalam perlindungan Public Liability, terdapat amaun yang dikenali sebagai β€œExcess”, iaitu jumlah tertentu yang perlu ditanggung terlebih dahulu sebelum perlindungan takaful/insurans membayar baki tuntutan.

Amaun Excess ini:

Berbeza mengikut setiap PBT

Dinyatakan dengan jelas dalam sijil takaful atau polisi insurans mereka

Biasanya tidak ditanggung oleh mangsa secara langsung, tetapi merupakan sebahagian daripada struktur perlindungan pihak yang diinsurans/ditakafulkan

Namun, dari sudut praktikal, proses tuntutan dan penyelesaian pampasan bergantung kepada hasil siasatan liabiliti oleh panel adjuster dan terma serta clausa sijil/polisi.

Kepentingan Mendapatkan Nasihat dan Bertindak Awal.

Sekiranya anda mengenali mangsa atau waris mangsa, mereka boleh disarankan untuk:

βœ… Mengumpulkan bukti seperti gambar kejadian, laporan polis dan laporan perubatan

βœ… Menghubungi pengendali takaful atau syarikat insurans mereka

βœ… Membuat laporan rasmi kepada PBT yang berkaitan

βœ… Mendapatkan nasihat profesional daripada wakil/penasihat takaful, pengendali takaful atau penasihat insurans atau peguam.

Tindakan awal boleh membantu memastikan hak mangsa dilindungi dan proses tuntutan berjalan dengan lebih lancar.

Kesimpulan

Insiden seperti ini mengingatkan kita bahawa risiko boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa amaran. Takaful dan insurans memainkan peranan penting sebagai mekanisme perlindungan kewangan bagi membantu mangsa menghadapi kesan kewangan akibat musibah yang tidak dijangka.

Dalam masa yang sama, pemahaman mengenai saluran tuntutan yang betul dapat membantu mangsa membuat keputusan yang lebih tepat dan mengelakkan kerugian yang tidak perlu, termasuk kehilangan manfaat seperti NCD.

Sekali lagi, Semoga mangsa diberikan kesembuhan sepenuhnya dan dipermudahkan segala urusan.

Insiden pokok tumbang hempap kenderaan pensyarah: MBSA diminta segera tangani isu | Berita Harian SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) diminta mengambil tindakan segera susulan insiden pokok tumbang yang menghempap dua pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Persiaran Tun Arshad Ayub, Seksyen 7, di sini, tengah hari tadi.

Kerajaan perkenal Dasar Peluang Kedua Fast Track, percepat mekanisme pelepasan bankrap | Harian Metro 17/02/2026

4 Golongan Sasar Bankrap Yang Boleh Menarik Nafas Lega.

"Azalina berkata Program Pelepasan Dasar Peluang Kedua Fast Track lahir daripada satu prinsip yang jelas dalam Kerangka Malaysia MADANI, iaitu rukun Ihsan."

Terbaik Kerajaan Madani.

Kerajaan perkenal Dasar Peluang Kedua Fast Track, percepat mekanisme pelepasan bankrap | Harian Metro Putrajaya: Kerajaan memperkenalkan Dasar Peluang Kedua Fast Track bertujuan memberikan laluan ekspres dan mempercepat mekanisme pelepasan bagi empat golongan kumpulan sasar bankrap.

28/01/2026

Makluman Cuti Umum / Ganti Feb 2026 ASWA Advisory.

31/12/2025

Assalamualaikum & Selamat Pagi

Selamat Tahun Baru 2026 Semua, Semoga tahun ini lebih baik daripada sebelumnya dari segala aspek.

Bank Negara, MOH To Meet Medical Fraternity On MHIT Product 25/10/2025

https://codeblue.galencentre.org/2025/10/bank-negara-moh-to-meet-medical-fraternity-on-mhit-product/

Semoga inisiatif ini membuahkan hasil & memberi manfaat yang lebih baik buat rakyat Malaysia.

Syabas & Tahniah Semua, BNM, KKM & Pemegang Taruh yang Lain.

Bank Negara, MOH To Meet Medical Fraternity On MHIT Product Amid widespread perception of ITO/TPA interference in medical practice, Bank Negara and MOH have invited MMA to an engagement session next Tuesday to update the medical fraternity on Reset, including the base MHIT product and other health care reforms.

07/10/2025

Ziarah Mahabbah ke AWARIS Trustee Berhad.

Hari ini kami berkesempatan menziarahi AWARIS Trustee Berhad yang merupakan rakan niaga ASWA ADVISORY dalam urusan perkhidmatan pengurusan & perancangan Pusaka Islam.

Sebagai rakan niaga yang turut sama berada di dalam industri Kewangan Islam, kami mengambil peluang yang sangat berharga ini bertukar-tukar pandangan, idea bagi manfaat kedua-dua pihak.

AWARIS Trustee Berhad diwakili oleh Pn Diyana, En Fadzli & En Salahuddin, manakala ASWA diwakili oleh Hj. Azizone serta rakan-rakan daripada eTiQa General Takaful & Re-Insurance Brokers.

Bagi pihak ASWA ADVISORY kami merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang hadir.

Photos from Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak's post 26/09/2025

Syabas buat seluruh kepimpinan & inisiatif MAIPk!!

Want your business to be the top-listed Accountant in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


T2A-13A-11, 3 Towers, Jalan Ampang
Kuala Lumpur
55000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00