16/05/2022
Unit Trust PMB Investment
Agency Manager
Unit Trust
PMB Investment Berhad
www.wasap.my/60199842502
Kod agen : 00003677
Nom
Unit amanah merupakan instrumen pelaburan secara kolektif yang mengumpul modal pelabur ke dalam sebuah dana yang diuruskan oleh pengurus dana professional. Dana tersebut akan melabur ke dalam portfolio pelbagai yang terdiri daripada ekuiti, sekuriti berpendapatan tetap dan aset-aset lain sepertimana diluluskan dalam surat ikatan serta Garis Panduan Suruhanjaya Sekuriti untuk Dana Unit Amanah.
16/05/2022
01/05/2022
Tidak kira sama ada anda seorang pekerja kolar biru atau kolar putih, bekerja dalam sektor korporat, sektor awam atau berkerja sendiri, anda adalah seorang pejuang di mata kami.
Jangan kita lupa; walau apapun kerjaya yang kita ceburi, kita semua merupakan tonggak pemulihan dan kemajuan negara.
Ayuh sama-sama kita raikan hari ini dan terus cekal mengharungi cabaran yang mendatang.
Selamat Hari Pekerja buat seluruh rakyat Malaysia!
22/04/2022
Pernah tak terfikir, ke mana perginya semua duit raya yang terkumpul masa kita kecik-kecik dulu?
Jika boleh balik ke masa lampau, rasanya lagi bagus kalau mula buat simpanan (untuk jangka pendek) atau melabur (untuk jangka panjang) daripada habiskan duit raya dengan membeli mainan. Sekurang-kurangnya ada juga sumber kewangan sokongan bila kita dah meningkat dewasa.
Ada kurang 2 minggu sahaja lagi sebelum kita meraikan Aidilfitri. Kepada ibu bapa di luar sana, masih belum terlewat untuk didik anak-anak anda merancang pengurusan kewangan di usia muda. Caranya? Boleh mulakan dengan menabung duit baki belanja sekolah dan duit raya, membuka akaun simpanan atau membuat pelaburan berkala melalui Akaun Bersama (Joint Account).
Kami di PMB Investment sentiasa percaya kehidupan akan menjadi lebih baik jika kita mula merancang. Hubungi mana-mana konsultan bertauliah kami untuk penerangan lanjut.
Salam Jumaat buat semua.
13/04/2022
Kali ini kami akan kongsikan penerangan ringkas mengenai apa yang dimaksudkan dengan B40, M40 dan T20.
B40, M40 dan T20 adalah takrifan yang digunapakai Jabatan Perangkaan Malaysia bagi merujuk kepada pendapatan isi rumah golongan masyarakat di Malaysia. Maklumat pendapatan isi rumah akan dikumpul melalui survei atau kajian dan dibentangkan kepada pihak kerajaan bagi membantu mereka untuk membuat perancangan berkenaan jenis bantuan dan subsidi yang perlu disalurkan kepada masyarakat, terutamanya kepada golongan yang memerlukan.
B40
----
B40 atau Bottom 40 merujuk kepada 40% kumpulan isi rumah terendah di kalangan penduduk Malaysia. Purata pendapatan bulanan isi rumah kumpulan ini adalah di bawah RM4,850.
M40
----
M40 atau Middle 40 merujuk kepada 40% kumpulan isi rumah yang dikategorikan sebagai golongan pertengahan. Purata pendapatan bulanan isi rumah bagi kumpulan ini adalah di antara RM4,851 hingga RM10,970.
T20
----
T20 atau Top 20 merujuk kepada 20% kumpulan isi rumah tertinggi di Malaysia. Purata pendapatan bulanan isi rumah bagi kumpulan ini adalah RM10,971 dan ke atas.
Okay, jadi apakah persamaan B40, M40 dan T20?
Tidak kira sama ada anda tergolong dalam kategori B40, M40 atau T20, anda boleh melabur ke dalam mana-mana dana unit amanah patuh syariah yang ditawarkan PMB Investment.
Ingin dapatkan maklumat lanjut? PM sahaja mana-mana konsultan bertauliah kami atau kunjungi pejabat jualan/agensi PMB Invesment yang berhampiran anda.
06/04/2022
Dah pergi ke bazar Ramadan?
Jika belum, tahniah diucapkan. Tetapi jika ya, semoga kekal tabah dan cekal melihat duit mengucapkan selamat tinggal kepada dompet anda.
Kalau anda masih ingat pada tahun 90an dahulu, sebiji karipap hanya dijual dengan harga sekitar 30 - 40 sen dan kebiasaannya peniaga akan menjual 3 biji karipap dengan harga RM1 (dahlah murah, padu dan padat dengan bahan lagi!). Namun, zaman semakin mencabar ketika ini dimana sebiji karipap inti ciput dan penuh oksigen dijual dengan harga 50 sen - RM1 sebiji. Malah jangan terkejut jika anda ternampak tanda harga RM5 hanya untuk 4 biji karipap sahaja.
Gambaran di atas adalah contoh jelas bagaimana inflasi memberi impak kepada kita semua, tidak kira sama ada sebagai pengguna ataupun penjual. Inflasi disini membawa maksud kenaikan harga paras umum atau definisi mudahnya, berlaku peningkatan pada harga barang dan perkhidmatan. Apabila inflasi berlaku, barangan yang dapat dibeli oleh setiap ringgit juga akan berkurangan dan nilai mata wang susut berbanding sebelum berlakunya inflasi.
Inflasi diukur berdasarkan petunjuk Indeks Harga Pengguna (IHP) dengan melihat perubahan harga bulanan setiap produk atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada kita. Berdasarkan kenyataan media Jabatan Perangkaan Malaysia bertarikh 24 Februari 2022, IHP Januari 2022 meningkat 2.3% kepada 124.9 berbanding 122.1 pada bulan yang sama tahun sebelumnya. Kenaikan ini telah melepasi purata inflasi bagi tempoh 2011 hingga Januari 2022 (1.9%).
Membuat pelaburan merupakan salah satu alternatif yang berpotensi mengatasi masalah inflasi ini kerana objektif utamanya adalah untuk memberi potensi mengembangkan pendapatan sedia ada anda, yang secara tidak langsung turut akan meningkatkan kuasa membeli anda.
Tetapi perlu diingat, pulangan nilai diterima hasil daripada pelaburan harus lebih tinggi daripada nilai inflasi. Contohnya, jika kadar inflasi negara ketika ini adalah pada tahap 2.3% maka kita dianggap berjaya mengatasi inflasi jika pulangan yang diperoleh melebihi 2.3%.
PM sahaja mana-mana konsultan kami atau layari laman web kami untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelaburan unit amanah patuh syariah kami dan bagaimana ianya boleh membantu anda menghadapi inflasi.
02/04/2022
"π΄ππππππ π πππππ ππ’πππ π
ππππππ, ππππ‘π’-ππππ‘π’ π π¦π’πππ π πππ’π ππππ’ππ, ππππ‘π’-ππππ‘π’ ππππππ ππ’ππ πππ‘π’π‘π’π πππ ππππππ‘ π πππ‘π ππππππππππ’ π π¦πππ‘ππ πππ πππππ ." (π»ππππ‘β π
ππ€ππ¦ππ‘ ππ-π΅π’πβπππ πππ ππ’π πππ)
Salam Ramadan 1443H dan selamat menunaikan ibadah puasa buat semua umat Islam di seluruh dunia, khasnya para pelabur PMB Investment yang dikasihi. Semoga kedatangan bulan agung kali ini akan memberikan 1001 kebaikan dan keberkatan buat kita semua, dengan izin Allah SWT.
Walaupun pelbagai kelonggaran telah diberikan, itu bukan tiket untuk kita mula lalai. Terus patuhi segala arahan pihak berkuasa dan jaga diri anda serta keluarga sepanjang bulan mulia ini, ikhlas daripada kami di PMB Investment.
Ahlan wa sahlan ya Ramadan!
01/04/2022
PENGUMUMAN
------------------
PMB Investment hari ini mengumumkan agihan pendapatan bagi tiga (3) dana; PMB Shariah Index Fund dan PMB Shariah Dividend Fund bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2022 dan agihan pendapatan bulanan PMB Shariah Cash Management Fund bagi bulan berakhir 31 Mac 2022.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Talian Mesra Pelanggan kami di 03-4145 3900 pada waktu pejabat (Isnin hingga Jumaat) atau e-mel ke [email protected].
Selain itu, anda juga boleh mengunjungi mana-mana Pejabat Jualan/Pejabat Agensi berdekatan atau berhubung dengan konsultan yang menguruskan akaun pelaburan anda untuk mendapatkan lebih maklumat.
π΅πΆπ»π¨ π²π¬π·π¨π«π¨ π©π¨π²π¨π³ π·π¬π³π¨π©πΌπΉ πΊππππππ πππππππ, ππππ πππππ π
ππ ππππππ π·πππππππππ π°ππ
ππ πππππππππ 1 π¨ππππ 2022 ππππ πππππ π
ππ
ππππππππ π
πππππ πΊππππππππππ πΊπππππππ π΄πππππππ, ππππ πππ
ππ ππππ ππππππππππππππππ ππππππ
ππ πππ ππππ
πππππ ππππππππππ ππππππππ. πΌππππ πππππππ ππππππππππ π
ππ πππππππππ ππππππ, ππππππππ ππππππ π
ππ ππ πππππππππ π
πππ, ππππππ www.pmbinvestment.com.my.
23/03/2022
The Securities Commission Malaysia (SC) today cautioned the public on the sharp increase of investment scams promoted on messaging application Telegram.
Since January 2022, the SC has received a total of 47 complaints and enquiries on illegal investment schemes promoted through Telegram. These fraudulent schemes offer non-existent investment opportunities, promising very attractive and risk-free returns within a short span of time. They commonly offer unrealistic returns of as high as 1,000% within 24 hours or even within a few hours.
The perpetrators use various names to carry out the investment scams. They may also impersonate or clone licensed capital market intermediaries by using the names, logos, credentials, websites and other details of the legitimate entities to promote the illegal schemes.
Read more: https://www.sc.com.my/resources/media/media-release/sc-alerts-public-on-rising-scams-promoted-on-telegram
28/02/2022
Salam Israk Mikraj 1443H buat seluruh umat Islam di Malaysia.
"ππβπ ππ’ππ π΄πππβ π¦πππ π‘πππβ πππππππππππ βππππ-ππ¦π (ππ’βπππππ) ππππ πππππ βπππ, ππππ πππ πππ π΄π-π»ππππ (ππ ππππβ) ππ πππ πππ π΄π-π΄ππ π (ππ πππππ π‘ππ), π¦πππ ππππ ππππππ‘π π πππππππππππ¦π π’ππ‘π’π ππππππππβππ‘πππ ππππππππ¦π π‘ππππ-π‘ππππ (ππππ’ππ πππ πππ πππππ ππππ) πΎπππ. πππ π’ππππ’βππ¦π π΄πππβ ππ’πππβ ππππ ππβπ πππππππππ ππππ ππβπ ππππππ‘πβπ’π.β - ππ’ππβ π΄π-πΌπ πππ, π΄π¦ππ‘ 1
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Website
Address
PMB Investment Berhad, Level 1, Wisma PMB No 1A, Jalan Lumut
Kuala Lumpur
71050