23/02/2024
Penyata Sumbangan Takaful Keluarga (FTCS) & Penyata Tahunan 2023 Kini Tersedia!
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Pemegang Sijil Takaful PruBSN Sekalian,
Sukacita ingin kami maklumkan bahawa Penyata Sumbangan Takaful Keluarga (FTCS) dan Penyata Tahunan (AS) 2023 untuk pelanggan kami sudah tersedia!
Penyata-penyata ini akan tersedia untuk rujukan dan boleh dimuat turun dari platform-platform yang dinyatakan di bawah bermula dari 23 Februari 2024.
1. PruBSN Touch : https://bit.ly/prubsn-touch
2. Aplikasi Pulse : https://bit.ly/myPRUServices
3. Mohon bantuan saya untuk muat turun
Seperti biasa, kami akan menghantar satu pesanan ringkas SMS kepada pelanggan bagi memberitahu tentang ketersediaan e-penyata bermula dari 23 Februari 2024 secara berperingkat.
Kandungan SMS ialah:
RM0.00 PruBSN: Penyata Sumbangan Takaful & Penyata Tahunan 2023 tersedia di https://bit.ly/prubsn-touch & https://bit.ly/myPRUServices utk rujukan & muat turun
Kami percaya maklumat tahunan ini akan berguna kepada anda. Akhir kata, kami mengucapkan terima kasih atas di sokongan berterusan anda. Bersama kami meraih kejayaan tahun ini!
Yang Benar,
Hairee Adhridan Razali
PruBSN Takaful Consultant
06/07/2023
Notis penting buat para pelanggan PruBSN. Kami mengesyorkan agar anda mengakses akaun anda eksklusif melalui portal PruBSN Touch di https://app.prubsn.com.my/PruBSNTouch/login/
06/07/2023
Tak kiralah berapa pun umur anda sekarang, mulalah merancang untuk masa depan, terutamanya untuk hari persaraan kelak.
Bak kata pepatah, “Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.”
Mulakan perancangan lebih awal, supaya anda boleh menikmati persaraan tanpa bimbang!
Nak tahu bagaimana untuk merancang kewangan anda? Hubungi saya untuk rundingan percuma!
29/06/2023
KENAPA IBADAH KORBAN?
Ibadah korban iaitu sembelihan binatang ternakan pada Aidiladha dan Hari Tasyrik supaya dapat bersedekah dan berkongsi nikmat dengan orang-orang yang memerlukan.
Ibadah korban merupakan satu perbuatan mulia dan mendapat pahala yang sangat tinggi di sisi Allah SWT.
Ini juga dapat membentuk peribadi kita menjadi qana'ah (bersyukur), ikhlas, sabar dan seterusnya menanam sifat tolong-menolong terutamanya sepanjang proses menguruskan daging korban.
Semoga ibadah korban kita yang dilaksanakan pada tahun ini diterima oleh Allah SWT. Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha daripada kami di PruBSN.✨
21/04/2023
Jambangan indah lagi berseri,
Menjadi hiasan di Aidilfitri;
Ucapan dikirim pengganti diri,
Tanda ingatan tak lupa dihati.
Tersusun rapi sepuluh jari,
Bunga melur si bunga melati;
Ucapan dihantar pengganti diri,
Mohon maaf setulus hati.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin
Konsultan Takaful Anda,
Hairee Adhridan Razali
013 275 2935
25/03/2023
Selamat berpuasa✨
Sama-sama kita bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk menjalani bulan Ramadan lagi pada tahun ini. Jangan lupa untuk niat puasa, sama ada niat untuk sebulan ataupun harian.
Raikan kedatangan Ramadan dengan membuka lembaran baharu. Semoga di bulan mulia kali ini lebih bermakna dan memberikan sejuta manfaat serta ketenangan hati kepada kita.
14/09/2022
JAWATAN KOSONG..!!
Gaji:
• Basic RM 3,000 - RM 5,000
• Kerja 5 hari seminggu
• Ditambah Komisyen Berganda Sehingga 6 Tahun..!!
Jawatan:
• Pruventure Konsultan (Permanent Job)
• Professional Position – Office Base
Lokasi:
• Wangsa Maju, Kuala Lumpur
Kelayakan:
• Ijazah dan keatas
• 25 tahun dan keatas
• Berpengalaman 2 tahun dalam bidang sales diutamakan
Manfaat Tambahan:
• Kenaikan Ke Pangkat Pengurus Selepas 2 Tahun
• Melancong Dalam & Luar Negara Setiap Tahun
• Pingat Penghargaan
• Sijil Penghargaan
Hubungi:
• 0132752935
• 0132752935
• 0132752935
Whatsapp:
• https://bit.ly/3bHXu0l
• https://bit.ly/3bHXu0l
• https://bit.ly/3bHXu0l
Email Resume Kepada:
• [email protected]
• Fresh Graduate & Berpengalaman Digalakkan Memohon
14/09/2022
Berita baik kepada pelanggan PruBSN yang menggunakan Pulse.
Terdapat dua servis terbaru yang disediakan di dalam PRUservices@Pulse untuk kegunaan dan kemudahan anda.
1) *E-Medikal Kad* - pelanggan PruBSN kini boleh memuat turun medikal kad daripada aplikasi Pulse dan simpan didalam peranti anda. _Tiba-tiba nak guna tapi lupa medikal kad letak dekat mana? Jangan risau! Check handphone je._
2) *Penukaran frekuensi pembayaran* - pelanggan kini boleh menukar frekuensi pembayaran melalui Pulse (Cth: Bayaran tahunan tukar kepada bayaran bulanan). Lebih mudah & cepat. Pastikan sijil anda dalam status Inforce untuk menggunakan servis ini.
Download App Pulse anda sekarang di:
For Android : shorturl.at/chHKZ
For IOS : shorturl.at/diF18
Maklumat lanjut boleh PM tepi saya ye...🌺🌺😀😀
09/07/2022
Eidul Adha Mubarak
Semoga anda dan keluarga dirahmati Allah SWT dan segala amal ibadah diterima olehNya.
Hairee Adhridan Razali
Takaful Consultant
013 275 2935