30/04/2024
Adventure is worthwhile⛵️
Global Richjob menyediakan platform bagi komuniti yang ingin menjana pendapatan dan mengandakan simp Usahawan Industri Kewangan
30/04/2024
Adventure is worthwhile⛵️
29/04/2024
Floating around 🍹🍾🏖⛵️
*SIDE INCOME FOR BUSINESS MINDED*
"Betul ker jadi *HERO* dengan *AUF MBZ Consortium* ni BEST?
Well, it depends on how you define the word BEST"
Mungkin terlaluuuu banyak persoalan that cross in your mind until at one point "thinking without acting is nothing can
CHANGE"
_*What is the SATISFACTION?*_
Dapat assist client to solve their financial constraints, start saving and plan for their financial goals.
Dapat TRAVEL PERCUMA around the world.
Masa kerja yang flaksibel. No punch card!
_*How about INCOME?*_
You.. yourself determine your own INCOME
You write your own CHEQUE!
To those yang termasuk dalam golongan S**A PI BERCUTI & FLEXIBLE WORKING HOUR, this is your OPPORTUNITY to unleash your inner talents.
No experience needed. Kalau ada pengalaman kerja or banking experience itu adalah BONUS.
Jumpa anda nnti!!! 😊
08/05/2022
Bursa Malaysia jatuh 17.45 mata | Berita Harian KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi di pasaran serantau dengan jualan terutama dalam saham utiliti dan teknologi, kata seorang peniaga.
05/04/2022
MyFintech Week Top 3 Startups, Blueduck, Swipey And Finory Receive RM150k Funding From 1337 Ventures MyFintech Week 2022 Demo Day saw the selection of the top 10 startups with all three in the ranking receiving RM150,000 funding from 1337 Ventures to take their ideas and innovation to the next level. Initially only reserved for the top 2, the venture capital firm surprised by the talents decided to...
23/03/2022
Kita perlu mempunyai simpanan yang cukup untuk hari tua kerana pada usia emas lebih banyak perbelanjaan diperlukan.
Sebagai contoh perbelanjaan untuk keperluan kesihatan tetapi apa solusinya jika kita tiada simpanan?
Diskusinya dalam jam 830 mlm ini di saluran 501 dan astroawani.com
19/03/2022
Ustaz umrah Syu ada cerita yang dia pernah bawak Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pergi haji . Bukan orang biasa . Antara 10 orang terkaya dalam Malaysia . Dari beras , gula , saham , transportation , airport , semualah dia sapu . Kita tak cakap pasal kaya juta-juta . Ni dah level billion-billion.
Ustaz kata dia neves jugak nak assist Tan Sri . VVIP kan ? So sebagai wakil company , ustaz cuba bagi the best servis untuk Tan Sri . “Selama saya hidup, saya tak pernah tengok orang kaya yg betul tawadhuk macam dia”.Syu tanya “Tawadhuk macam mana tu ustaz”.
So ustaz cerita . Tan Sri ni pergi masjid pakai jubah biasa je . Selipar jepun takde brand . Dia masuk masjid solat zohor , tunggu asar , tunggu Maghrib and Isyak . Balik rehat di bilik sekejap-sekejap je . Banyak masa dlm masjid . Makan pun roti je buat alas perut. Takdenya makanan kena serve , masuk restaurant elite . Takde bodyguard yang iring dia dari hotel and tunggu di masjid . Dia jalan masuk ke masjid macam orang biasa je . Cuma Tan Sri selalu mintak ustaz masuk dlm masjid bersama Tan Sri sbb dia nak ustaz check bacaan Quran dia .
Dah selesai solat , Tan Sri akan bangun dari tempat solat g ambik air zam-zam utk ustaz . Aik pelik ni ! Biasa VIP nak orang yang layan and serve dia . Tapi bukan Tan Sri . Dia yang dulu g ambik air zam-zam . Ada sekali ustaz bawak gelas khas untuk Tan Sri minum air zam-zam. Dekat masjid kat Mekah kan banyak tong air zam-zam and dah ada cawan plastik sekali . So ustaz sedia la gelas kaca untuk Tan Sri Minum . As servis dia la kan ? Special sikit . Tapi Tan Sri tolak . Dia kata dia nak minum dari cawan plastik macam orang lain je .
Setiap kali datang haji and umrah , sedekahnya luar biasa . 60,000 saudi riyal main-main je dia bagi kat ustaz and mintak ustaz agihkan . Happy orang-orang gelandangan , orang miskin area masjid dapat duit 100-200 riyal sorang . Around 150-250 duit Malaysia.
And cerita yang paling berbekas di hati Syu adalah cerita semasa Tan Sri buat haji . Btw pakej VIP Haji ni ada banyak jenis . Ada yang 70K sorang, ada yang 170K sorang. Menteri , artis , org bisness kaya kebanyakan ambik yang 170K sorang tu. Tapi Tan Sri ambik yang 70K je . Share khemah dgn jemaah lain.
Masa berwukuf di Padang Arafah , all the time Tan Sri duduk di tengah panas sambil doa , baca Quran sampai ustaz pun rasa bimbang . Risau kot-kot jatuh pengsan je apa . Masa VIP lain ada yang berehat di khemah , makan minum dengan selesa , doa and baca Quran pun dalam khemah je tapi Tan Sri tetap di kerusinya di bawah sinaran matahari and suhu waktu tu mencecah 40-45degree .
Then sebab risau Tan Sri berlama di tengah panas , ustaz pun bawak payung and payungkan Tan Sri masa Tan Sri tengah doa . Then, Tan Sri tolak . Tan Sri kata “Ustaz , nanti masa kat padang mahsyar , ustaz tak boleh tolong saya . Beginilah panasnya. Saya dengan amalan saya , ustaz dengan amalan ustaz”. Masa tu ustaz tertampar . Rasa malu dengan seorang kaya yang sangat zuhud dan luar biasa pemikirannya .
In fact masa ustaz cerita , terus Syu rasa sebak . MasyaAllah luar biasa pemikiran figura hebat ni . Betul tu . Kita hidup atas muka bumi ni banyak nak puaskan hati manusia . Nak orang sanjung kita , nak orang puji kita , nak orang layan kita , nak orang loyal kat kita , nak orang senangkan hati kita sampai kita sanggup buat macam-macam demi manusia lain . Kadang-kadang sanggup buat benda yang mengundang murka Allah semata-mata untuk tarik perhatian orang, nak bagi orang support kita , puja kita . Tengok saja hari ni . Demi content, macam-macam orang sanggup buat . Sedangkan di akhirat nanti , cuma amalan dan kita sahaja yang akan menunduk takut di depan Allah SWT . Tiada siapa pun yang akan tolong kita . Bukan mak , bukan suami , bukan followers , bukan kawan , bukan agent . Cuma kita dan amalan sahaja . Allahuakbar 😢
Terbaca kata-kata pegangan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dalam bisness adalah “Kekayaan yang Allah bagi untuk saya adalah demi membantu orang lain . Saya percaya tentang KEBERKATAN REZEKI . Bantu orang yang memerlukan insyaAllah pertolongan Allah pasti ada”. In fact , kalau korang tahu , Tan Sri pernah rugi 2 billion masa zaman kegawatan ekonomi dulu hanya untuk mempertahankan hak orang Melayu. Kita boleh tak macam tu ? Nak bagi adik pinjam 200 pun rasa nak marah . Nak hulur kat mak ayah 500 pun susah. Itu keluarga sendiri . Nak bagi masa tenaga kat team pun berkira untuk bantu dia . Tapi Tan Sri sanggup bantu orang yg dia sendiri tak kenal dengan jumlah yang besar . MasyaAllah hebat insan ciptaan Allah ni.
One more , kita kena sangat percaya tentang keberkatan rezeki . Untung rugi bisness tu biasa . Lagi kaya , lagi banyak rugi . Bila rugi jangan sedih melampau. Ada la tu Allah nak bagi rezeki lebih lagi. Jangan berkira dengan orang. Jangan dikira-kira apa yang kita dapat sampai kita takut nak sedekah , nak memberi kat orang lain . Apabila rezeki itu berkat, insyaAllah takkan pernah habis dan berkurang rezeki tersebut .
One in a million . Orang kaya luar biasa . Kaya yg tak pernah takut miskin dalam sedekah. Teringat pada Saidina Abdul Rahman B Auf, sahabat Rasulullah SAW . Saudagar kaya yang pemurah dan dermawan . Susah nak jumpa zaman sekarang . Acah-acah kaya banyak la . Yang betul kaya tapi tawadhuk and pemurah, susah nak jumpa . Ini yang kita panggil kaya dunia akhirat . I wanna be like him . Kejayaan dan kekayaan yang ada bukanlah satu simbol kemegahan . Tapi dengan harta dan pangkat , kita gunakan untuk memanfaatkan manusia lain , untuk merubah dunia menjadi tempat yang lebih baik insyaAllah dengan izin Allah .
Kaya dunia , kaya akhirat ....
HELLO
Assalammualaikum & salam sejahtera sahabat!
Pada zaman kini, sememangnya agak sukar untuk kita hidup tanpa hutang! Nak sambung belajar, nak beli kereta, nak beli rumah... semuanya memerlukan pada jumlah wang yang agak besar, dan sememangnya, tidak ramai yang berkemampuan untuk mendapatkan semua perkara itu secara tunai!
Nak tak nak, kena juga berhutang!
BERHUTANG itu TIDAK SALAH! Yang menjadi kesalahan, ialah apabila tidak mahu membayarnya!
Hakikatnya... tiada cara lain untuk selesaikan masalah hutang.. KECUALI... satu cara sahaja...iaitu, dengan cara... BAYAR HUTANG!
Persoalan yang lebih tepat dan perlu ditanya!.... Bagaimana untuk membayar hutang?
Antara langkah yang drastik yang boleh kita buat adalah dengan mencipta pendapatan tambahan. Cipta Multiple Source of Income!
Nak tahu camana nak tambah income klik
Projek Mustang – Profitable Investment Link Plan Jika anda kehilangan pekerjaan, ini ialah peluang terakhir anda! Adakah Anda Perlukan Side Income Yang Masyukk? Jom Jana Pendapatan 5-7 Angka Sebulan Dengan Project Mustang. Hanya Membuat Simpanan & Ajak Orang Lain Buat Langkah Yang Sama! Satu-satunya Projek Yang Boleh Menguntungkan Anda BACA INFO S...
04/03/2022
5 tips untuk kita sentiasa tenang bila duit makin susut
Kalau boleh. Kita nak duit sentiasa ada. Bukak wallet. Duit ada hati lega.
Duit makin kurang hati gelisah. Duit takde lagilah tak tentu arah.
Okeh ada 5 tips untuk kita supaya relaks, happy dan tenang. Walaupun Bukak wallet. Tapi kosong. Duit tak ada.
Setiap Kali kita terima duit. Asingkan kepada 3 bahagian. Untuk kegunaan, simpanan dan sedekah.
Duit sedekah boleh disedekahkan setiap hari atau setiap Jumaat atau pun setiap hujung bulan. Tak kisah. Terpulang pada pemberi sedekah.
Sedekahkan setiap hari amatlah digalakkan.
Sekiranya biz online. Dapat je sales. Duit untung tu Boleh bahagikan 3. Duit modal tu simpan jejauh. Nak guna untuk restok barang. Senang. Duitnya dah ada.
Sekiranya setiap hari dah ada duit untuk simpanan tu. Setiap hari lah ke bank untuk menyimpan.
Masukkan ke akaun bank tertentu. Mudah sangat sekarang ni transfer online je akaun tersebut. Klik je dihujung jari
Then
Lupakan duit simpan tu. Tak payah nak kira berapa dah dapat simpan. Simpan dan tutup mata 😊
Bila keluarkan duit dari wallet. Tenangkan fikiran. Senyum. Iringi baca ayat 54 dari surah sad. "Inna haza larizquna maalahu minnafad"
Bermaksud "sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak habis habis"
Baca dan fahami maksudnya. Masa kita baca sambil faham maksudnya hati kita yakin bahawa rezeki dari DIA.
So walaupun duit tinggal seposen je pun dalam wallet. Hati dan minda kita tetap tenang kannn.
Bila dapat saja duit. Masukkanlah duit dalam wallet dengan iringi ucapan Alhamdulillah ataupun baca Surah Al Fatihah.
Amalan ini kita mensyukuri segala apa yang kita dapat.
Kan janji Allah. Setiap kali kita mensyukuri nikmat Allah pasti Allah tambah lagi nikmat pada kita.
Biasakan baca asmaul husna Ya Mughni (Maha Memberi Kekayaan). Bacalah 1000x setiap hari atau pun sebanyak yang boleh.
Bila kita sentiasa berzikir. Hati dan minda kita tenang. Kita akan sentiasa ingat padaNya.
So bila wallet kosong tak ada duit pun. Masih boleh senyum dan sentiasa berusaha ke arah kebaikan.
Banyak lagi sebenarnya doa, ayat al Quran, asmaul husna serta amalan yang boleh kita buat.
Kuncinya bila kita tenang. Apa jua kesulitan pasti Allah mudahkan.
Paling penting. Tiang agama sentiasa ditegakkan. Itu yang wajib.
Akhir sekali. Allah pasti bantu kita.
"Sesungguhnya, cara Allah memberi jalan keluar, tidaklah seperti cara yang kita sangka ( masalah duit tidak semestinya selesai dengan duit)"
Sumber : Md Azhari Daud
SCAMMER ALERT!!!