Aktiviti lepas mesyuarat pagi😁.
Fahmi Zakariya
💫Businessman💫 Takaful Maestro💫
💫Recond Car 💫Coach💫
11/05/2024
Semalam saya dan isteri gerak dari IOI City Mall jam 11.30 malam.
Sampai di RNR Tapah, kami tewas mungkin disebabkan seharian bertemu janji. Rancangan asal nak tidur sekejap sahaja.
Sedar sedar pukul 4 pagi. Terus gerak semula. Sampai RNR Taiping, kami tewas lagi. Sedar semula jam 9.30 pagi. Sekali lagi gerak ke Pulau Pinang. Masa nak sampai, berniat nak masuk pulau nak tambah kas-kas dalam badan.
Tiba-tiba teringat ada nasi kandar Simpang Empat yang lebih dekat. Maka beginilah cara kami orang Penang buat sesi pemulihan selepas tiap kali pulang dari bermusafir.
Pukul 1 tengahari baru sampai rumah. 12 jam lebih perjalan KL - Penang😅.
11/05/2024
Hantaran semula gambar petang kelmarin.
Syukur selesai semua janji temu di Kuala Lumpur / Selangor.
Kepada beberapa orang yang belum sempat jumpa tu, jangan risau kita atur dalam seminggu lagi.
Antara janji temu dan urusan yang selesai;
1. Jumpa pelanggan takaful di i-City Shah Alam, ada kesedaran nak tambah baik sijil sebab dengar ulasan di radio BFM, katanya ada seorang pesakit kanser tu buat pengakuan kad medikal akan habis had dan beliau tiada kepastian apa akan jadi bila had tersebut habis. Setuju dengan cadangan sijil kad medikal RM239 sebulan dengan had 1 juta setahun. Beliau juga bersetuju dengan cadangan sekeping sijil hibah bernilai RM350 ribu, penyakit kritikal RM100 ribu dengan hanya RM161 sebulan. Beliau perempuan, baru berkahwin, umur 42 tahun, jurutera di Litar Antarabangsa Sepang.
2. Pelanggan lama dan juga sahabat sekolah di Cyberjaya, minat untuk ubah perlindungan daripada rm100 ribu setahun ke 1 juta setahun. Ada kerisauan andai jatuh sakit dan sedar perlindungan syarikat sekadar bersifat sementara. RM202 sebulan. Beliau lelaki, berkahwin, tidak merokok, umur 35 tahun, Penganalis syarikat internet. Anak bekas menteri. Bapa dia menteri pun dia masih fikir tentang hari-hari yang tidak pasti.
3. Pelanggan terakhir jumpa di IOI Putrajaya. Saya cadangkan sijil takaful berharga RM390 sebulan, akhirnya dia pilih sijil takaful berharga RM425 dan RM263 untuk si isteri kesayangan. Semuanya berjumlah RM688 sebulan, dia s**a angka tersebut. Namun saya bagitahu dia, harga caruman bulanan tidak dijamin dan termaktub dalam semua sijil takaful atau polisi insurans, kalau ada ejen cakap ambil dekat dia, harga pasti tidak naik, bagi dia asid. Pelanggan ini seorang pengasas portal internet tersohor, umur 36, berkahwin, merokok, kini bergelar pengarah bebas syarikat apabila syarikat beliau sudah diambil alih syarikat konglomerat. Ini antara figura yang bersara muda pernah saya jumpa. Saya terinspirasi!
4. Hadir ke Jabatan Perkastaman, Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia di Putrajaya untuk maklumat yang saya perlukan. Terima kasih kepada kawan-kawan yang bantu beri maklumat awal sebelum ini. Moga urusan saya yang ini dipermudahkan. Doakan saya🤲. Terima kasih semua🙏.
Terima kasih Izzah Madihah teman saya kali ini dan bertindak sebagai pegawai operasi, saya cuma bercakap, dia laksanakan kerja-kerja meja.
Sekarang kami sedang bertolak pulang ke Pulau Pinang, kalau ada kawan-kawan yang tidur masjid lagi hari ni bagitahu ya, saya tolong pergi ambil hantar balik.
Doakan perjalanan kami.
URUSAN TAKAFUL? Boleh cari saya ya😁
Fahmi Zakariya @ Uncle Mon
Takaful Maestro
Opportunist
Recond Car Newbie
Motivator belakang rumah.
Rakyat biasa yang tanah tokwannya dirompak.
10/05/2024
Janji temu dengan pelanggan.
Rancangannya nak ambil pelan kad perubatan untuk suami dan isteri.
Doakan saya.
18/03/2023
I have reached 2.5K followers! Thank you for your continued support. I could not have done it without each of you. 🙏🤗🎉
Lots of love everyone❤️❤️❤️
“Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup.
Kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja.” - Buya Hamka
Fahami apa itu TAKAFUL
Assalammualaikum and selamat pagi!
Takaful telah banyak berjasa kepada masyarakat. Semoga lebih ramai masyarakat lebih cakna tentang takaful.
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan apa itu takaful;
https://go.wasap.my/fahmizakariya
https://go.wasap.my/fahmizakariya
https://go.wasap.my/fahmizakariya
1 POSITION DIPERLUKAN DI PENANG
(Pejabat di Bayan Baru, kerja di sana-sini)
1. PA/Setiausaha.
Calon mestilah;
1. Pandai menulis dalam Bahasa Melayu dan English. Mempunyai daya komunikasi yang baik.
2. Mempunyai kenderaan dan lesen kenderaan dah boleh bekerja di luar.
3. Calon yg mempunyai pengalaman/pengetahuan Sumber Manusia / HR akan diberi keutamaan.
4. Calon yang berkebolehan menguruskan fail akaun akan diberi keutamaan.
5. Mempunyai kebolehan IT kerana setiap hari perlu bekerja dengan sistem syarikat.
6. Kemahiran edit gambar, poster, video juga akan diberi kelebihan.
7. Wanita, single, dan boleh bekerja tanpa batas waktu dan sempadan. (Tapi takdaklah kena kerja 24 jam)
8. Seorang yang mudah belajar dan boleh melaksanakan tugas dengan ikhlas.
PM CV andai berminat dan terus arrange temuduga.
Terima kasih.
Perbezaan Insurans dan Takaful
Insurans
Insurans adalah pemindahan risiko daripada seorang individu seperti kita atau sebuah organisasi, seperti syarikat kita kepada syarikat insurans.
Kita atau syarikat kita akan dikenali sebagai pemegang polisi. Syarikat insurans akan menerima bayaran daripada kita dalam bentuk premium.
Dan sekiranya kita mengalami sebarang kerugian atau kerosakan, syarikat insurans akan membayar pampasan kepada kita.
Takaful
Takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Dengan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (Tabarru).
Kita memeterai kontrak (Aqad) bagi membolehkan kita menjadi seorang peserta dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain. Sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang ditetapkan.
Secara amnya, Takaful boleh dianggap seperti insurans versi Islamik, namun terdapat perbezaan pada prinsip dan kaedah bagaimana Takaful beroperasi.
Takaful bukan sahaja terhad untuk orang Islam, tapi ia juga terbuka kepada orang bukan Islam yang nak melanggan dan menerima manfaat Takaful.
Sebab itulah kita kena ada perlindungan diri jika berlaku apa-apa.
Fahmi ka fahmi?
Talian informasi Takaful percuma;
https://go.wasap.my/fahmizakariya
https://go.wasap.my/fahmizakariya
https://go.wasap.my/fahmizakariya
Morning geng,
Ni tak melawak geng, jarang aku tgk video lebih 5 minit.
Yang ni aku tgk habih.
Habuan monday blues hgpa, jom lah layan habuan bagi semangat sikit nak pulun buat kerja utk minggu ni.
All the best and stay safe guys🙏🙏🙏.
25/09/2021
Syukur sangat bila dapat mesej macam ni drpd client. Perasaan ni tak mampu saya terjemahkan dengan tulisan mahupun kata-kata. Cukuplah kot kalau saya cakap saya PUAS.
Medical card ni sebenarnya perlu sbb kita tak tahu bila takdir kita tertulis yg mungkin kita akan diuji dengan musibah kesihatan atau kemalangan yang TIDAK DIJANGKA.
Apabila berlaku, kita perlu rawatan PAKAR dengan SEGERA, GH tak boleh jamin kita dapat pakar dengan segera sebab komitmen mereka tinggi, masa ni kita harus @ terpaksa ke hospital swasta.
Di hospital swasta, mereka terima CASH, CREDIT CARD, atau MEDICAL CARD. Keputusan kita sekarang, menentukan apa yg kita akan bagi kat mereka masa tu.
Get well soon client💪🏻💪🏻💪🏻.
Yang Ikhlas Berkhidmat,
Muhamad Fahmi Zakariya
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
IOI Mall Putrajaya
Kuala Lumpur