Encik Kir

Encik Kir

Share

SAYA AKAN MEMBANTU MENYELESAIKAN MASALAH DALAM MENGURUSKAN KEWANGAN ANDA

19/04/2023

Bayaran bulanan makin meningkat, komitmen p**a makin bertambah 💆‍♀️
Nak satukan semua pinjam.an dan kurangkan komitmen?
Jom Semak Kelayakan dengan Encik Kir.
✅Tiada caj tersembunyi
✅Overlap / Penyatuan hutang
✅Flat Rate / Kadar Tetap
✅Pinjaman Patuh Syariah
❌PENCEN, KONTRAK, TENTERA

boleh tekan link ini untuk tindakan selanjutnya
https://wa.link/f4c5gz

16/03/2023

APA ITU CCRIS? APA TUJUAN? APA KAITAN CCRIS DENGAN BLACKLIST?

Central Credit Reference Information System atau lebih dikenali sebagai CCRIS atau ccris report ialah satu sistem yang direka khas oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia (BNM) yang memaparkan maklumat kredit atau segala jenis rekod permohonan dan gambaran penuh kesihatan kewangan seseorang individu atau peminjam.
Maksud di sini ialah, orang yang pernah membuat pinjaman atau berpotensi untuk membuat pinjaman, maklumat anda akan dipaparkan ke dalam satu sistem. Maklumat ini boleh diberikan kepada institusi kewangan seperti bank atau individu tertentu atas permintaan.
Malah, anda juga boleh pergi sendiri ke Bank Negara Malaysia (BNM) dan meminta maklumat CCRIS anda atau semak sendiri di kiosk layan diri. Penting untuk anda semak laporan CCRIS dan dapatkan laporan CCRIS bagi menentukan permohonan pinjaman anda lulus atau pun ditolak.

Terdapat 3 kategori utama dalam CCRIS:

1)Pinjaman Terkumpul - Pinjaman terkumpul ialah berapa banyak jumlah pinjaman anda. Contohnya seperti pinjaman kereta, perumahan, kad kredit, overdraft, sewa beli, pinjaman perbadi dan lain-lain.

2)Akaun Perhatian Khas - Dianggap sebagai Pinjaman Tidak Berbayar atau singkatannya Nonperforming Loan (NPL) atau pun hutang yang dikategorikan di bawah pengurusan atau pemantauan hutang khas. Sebagai contoh, jika anda pernah berjumpa atau mendapat rundingan khas dari Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK).

3)Permohonan Pinjaman atau kemudahan kredit yang dibuat dalam masa setahun yang lalu - CCRIS akan memaparkan sebarang pinjaman atau permohonan pada tahun tersebut, berapa banyak yang diluluskan atau tidak diluluskan.

Apa kaitan CCRIS dengan blacklist?

Bagi sesetengah orang, mereka tidak faham atau mungkin salah faham dengan apa itu CCRIS. Mereka berfikiran bahawa CCRIS tergolong dalam senarai hitam atau blacklist. Itu tidak betul sama sekali. CCRIS hanya satu sistem yang menunjukkan maklumat kredit anda iaitu sejauh mana anda pembayar hutang yang baik atau tidak.
Konsep blacklist atau senarai hitam dalam laporan CCRIS ini dikaitkan seperti gambaran umpama peminjam yang duduk dalam tahanan atau kurungan sementara dan perlu melalui saringan tertentu selagi ada hutang tertunggak yang belum lagi selesai. Dalam konsep ini, CCRIS adalah saringan yang perlu dilalui oleh peminjam sebelum pinjaman bank diluluskan. Sekiranya peminjam masih mempunyai hutang tertunggak yang belum selesai, CCRIS akan menunjukkan rekod yang tidak baik.
Sistem CCRIS ini direka untuk merekod segala aktiviti peminjam sahaja, dan bukanlah menyenaraihitamkan peminjam seperti yang ramai orang fikirkan. Laporan kredit tersebut digunakan sebagai salah satu sumber bagi institusi kewangan untuk menyemak sejarah kredit peminjam bagi membolehkan mereka membuat keputusan sama ada untuk meluluskan permohonan peminjam atau tidak.

Berapa lama CCRIS disimpan?
Kebiasaanya, CCRIS akan memantau atau menjejak pinjaman anda selama 12 bulan yang lepas. Oleh sebab itu, jika anda ingin membuat pinjaman, perkara pertama yang pihak bank akan lihat ialah maklumat CCRIS anda seperti "berapa banyak pinjaman yang anda sudah ambil?", "adakah anda membayar tepat pada waktunya atau tidak?", "adakah anda mempunyai Akaun Perhatian Khas dari mana-mana atau tidak?"
Hal ini adalah kerana jika anda mempunyai salah satu perkara di atas, ia akan memberi kesan kepada pihak bank, jadi pihak bank akan lebih berjaga-jaga dengan anda atau mungkin pinjaman anda akan ditolak kerana bank merupakan satu bisnes entiti di mana mereka ingin menjaga keuntungan dan faedah mereka jika anda meminjam dengan mereka.

Secara ringkasnya, anda sebagai peminjam perlulah sentiasa konsisten dan berdisiplin dalam membuat bayaran balik pinjaman. Bukankah lebih baik untuk elak sebelum terkena?

14/03/2023

5 KEBAIKAN KAD KREDIT

Kad kredit ditakrifkan sebagai sejenis kad yang digunakan sebagai pengganti wang tunai. Sejak akhir-akhir ini, penggunaan kad kredit didapati semakin pop**ar di kalangan masyarakat kita. Kini terdapat semakin banyak syarikat yang mengeluarkan kad kredit seperti Bank Rakyat, Maybank, CIMB, RHB, Public Bank dan lain-lain. Pilihan Kad Kredit Islamik juga turut disediakan untuk masyarakat Malaysia yang majoriti penduduknya beragama Islam.

1. Tidak perlu membawa wang tunai atau 'cash'
Salah satu faktor kebaikan kad kredit ialah individu tersebut tidak perlu membawa wang tunai yang banyak untuk membeli-belah. Bagi sesetengah orang, membawa wang tunai yang banyak merupakan satu beban kepada mereka dan boleh mendedahkan mereka kepada risiko kehilangan wang atau kecurian. Penggunaan kad kredit menggelakkan semua risiko tersebut kerana hanya tandatangan yang diperlukan bagi setiap transaksi perbelanjaan.

2. Transaksi lebih selamat
Semua transaksi kad kredit adalah dilindungi. Sebarang akses yang tidak sah biasanya tidak akan melibatkan wang simpanan secara terus. Segala transaksi yang tidak sah boleh dilaporkan kepada pihak bank dengan mengemukakan aduan pertikaian (dispute report) untuk penyiasatan dan tindakan lanjut. Transaksi tidak sah akan terbatal secara automatik tanpa sebarang pembayaran atau caj yang dikenakan kepada pengguna.

3. Pembelian dalam talian
Bukan itu sahaja, malah kad kredit juga boleh digunakan untuk membeli barangan dan perkhidmatan dalam talian dengan selamat walaupun daripada peruncit antarabangsa.

4. Lebih banyak ganjaran atau reward
Selain itu, setiap wang yang dibelanjakan dengan menggunakan kad kredit akan melayakkan setiap pengguna untuk mengumpul mata ganjaran. Mata ganjaran ini boleh ditebus dengan hadiah-hadiah menarik seperti baucer membeli-belah, petrol, barangan elektrik ataupun ganjaran perjalanan (miles) daripada syarikat penerbangan. Jadi, dengan cara tersebut semakin banyak anda menggunakan kad kredit anda, lebih banyak ganjaran yang akan anda perolehi. Anda boleh menebus ganjaran anda semasa anda pergi atau menyimpan untuk penebusan yang lebih besar.

5. Rekod Perbelanjaan
Kad kredit merekodkan setiap pembelian yang dibuat melalui kad, dengan senarai terperinci dihantar bersama penyata kad kredit bulanan anda. Ini boleh digunakan untuk menentukan dan menjejaki perbelanjaan dan pembelian anda, yang mungkin berguna semasa membuat anggaran atau untuk tujuan cukai. Pemberi pinjaman juga memberikan makluman segera setiap kali anda meleret kad anda, dan memperincikan jumlah kredit yang masih tersedia serta baki semasa pada kad anda.

Harus anda tahu bahawa Kad Kredit juga memiliki kelebihan dan kekurangan kad kredit ya.

13/03/2023

6 kebaikan pinjaman peribadi

Pinjaman peribadi merupakan sejenis pinjaman yang amat pop**ar di kalangan rakyat Malaysia kerana pinjaman peribadi amat mudah untuk diperolehi. Anda tidak perlu memberikan cagaran atau mencari penjamin pinjaman untuk mendapatkan wang tunai. Anda cuma perlu mempunyai skor kredit yang baik dan bukti pendapatan tetap yang menunjukkan anda mampu menyelesaikan pinjaman tersebut. Terdapat beberapa kebaikan pinjaman peribadi yang boleh kita lihat iaitu:

1. Proses permohonan yang cepat lulus
Kebanyakan peminjam yang bereputasi akan ditawarkan aplikasi pinjaman peribadi dalam talian. Dengan itu, ia akan menjadikan proses permohonan yang selesa dan mudah. Malah, pinjaman peribadi tidak memerlukan banyak dokumen seperti pinjaman yang lain. Walaupun pinjaman peribadi biasanya diproses dengan cepat, adalah lebih baik untuk peminjam menghubungi pemberi pinjaman terlebih dahulu bagi mengetahui berapa lama masa yang akan di ambil, terutamanya apabila wang tunai diperlukan dengan cepat ketika kecemasan.

2. Kadar faedah yang lebih rendah
Kadar faedah untuk pinjaman peribadi adalah lebih rendah berbanding dengan kadar faedah kad kredit. Bagi pemohon yang mempunyai sejarah kredit yang baik dan boleh dipercayai, kadar pinjaman peribadi mereka akan jadi sangat rendah.

3. Fleksibiliti dan serba boleh
Sesetengah jenis pinjaman hanya boleh digunakan untuk tujuan tertentu. Sebagai contoh, jika anda membuat pinjaman kereta, satu-satunya cara untuk menggunakan dana adalah dengan membeli kenderaan. Pinjaman peribadi boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, daripada menyatukan hutang kepada membayar bil perubatan. Jika anda ingin membiayai pembelian utama tetapi tidak mahu terikat dengan cara anda menggunakan wang tersebut, pinjaman peribadi boleh menjadi alternatif yang baik. Semak dengan pemberi pinjaman anda mengenai penggunaan yang diluluskan untuk pinjaman sebelum memohon.

4. Untuk simpanan/ pelaburan
Pinjaman peribadi juga adalah untuk mengumpul simpanan dan meletakkan simpanan tersebut dalam instrumen-instrumen pelaburan yang akan mengambil masa mengikut kemampuan anda. Pulangan atau dividen pelaburan juga bergantung kepada jumlah simpanan atau pelaburan yang dibuat. Kerana itu adanya produk seperti ASB Loan untuk memenuhi keperluan seperti ini. Dengan pinjaman peribadi, anda tidak terhad kepada satu instrumen pelaburan sahaja dan terp**ang pada anda untuk menilai, institusi pelaburan manakah yang wajar menjadi destinasi pilihan pelaburan anda.

5. Lebih senang diuruskan
Salah satu sebab mengapa sesetengah orang memohon pinjaman peribadi adalah untuk menyatukan hutang seperti banyak akaun kad kredit. Berbanding dengan kad kredit berganda dengan kadar faedah yang berbeza, tempoh matang pembayaran, dan pemboleh ubah lain, pembayaran bulanan pinjaman peribadi dengan kadar tetap tunggal lebih mudah diuruskan. Peminjam yang memenuhi syarat untuk pinjaman peribadi dengan kadar faedah yang lebih rendah daripada kad kredit dapat memudahkan pembayaran bulanan mereka dan menjimatkan wang dalam prosesnya.

6. Tiada syarat cagaran
Pinjaman peribadi tidak bercagar tidak memerlukan cagaran untuk anda mendapat kelulusan. Ini bermaksud bahawa anda tidak perlu menggunakan kereta, rumah atau aset lain sebagai jaminan pembayaran balik dana tersebut. Sekiranya anda tidak dapat membayar balik pinjaman dengan syarat yang dipersetujui dengan pemberi pinjaman, anda akan menghadapi akibat kewangan yang ketara. Pada masa yang sama, anda tidak perlu risau secara langsung menyebabkan kehilangan rumah atau kereta anda.

10/03/2023

Bolehkah ambil personal loan letak di Tabung Kecemasan?

Perkara ini sangat tidak digalakkan sama sekali untuk digunakan sebagai Tabung Kecemasan. Kerana jika kita membuat pinjaman, ia bermaksud kita sedang berhutang. Kedua, jika kita jatuh sakit dan tidak boleh bekerja, pendapatan tidak akan diperolehi di mana kita tidak boleh membayar pinjaman tersebut. Ia umpama kita membuat pinjaman untuk membayar pinjaman.

3 CARA MEMBINA TABUNG KECEMASAN

1. Sediakan pelan tindakan
Bagi memastikan pelan anda untuk membina tabung kecemasan berjalan dengan jayanya, anda perlu terlebih dahulu mempunyai pelan pengurusan kewangan peribadi yang rapi. Pelan perancangan ini yang akan menjadi panduan untuk anda mencapai matlamat kewangan anda. Pelan perancangan yang terbaik adalah yang mempunyai sasaran kewangan yang jelas. Sebagai contoh, anda menabung RM50 setiap minggu di akaun simpanan.

2. Menyemai ‘benih’ kewangan
Apabila sudah ada pelan kewangan, pastikan anda mengikut pelan tersebut tanpa kompromi. Jangan sesekali tersasar daripada matlamat. Pertama sekali, anda perlu menilai pendapatan bersih anda. Memisahkan jumlah perbelanjaan keperluan asas serta perbelanjaan berulang daripada pendapatan bersih. Melalui jumlah baki pendapatan anda, ambil kira-kira 10% untuk dijadikan ‘benih’ dana kecemasan. Pastikan anda semai ‘benih’ 10% ini setiap bulan untuk memastikan tabung kecemasan anda bertambah dengan konsisten dan banyak.

3. Rancang dan kawal perbelanjaan dengan teliti
Dalam memastikan kewangan anda dalam keadaan lancar, anda perlu berfikiran seperti ahli perniagaan. Semua perbelanjaan harus diambil kira dan sebolehnya merekod setiap perbelanjaan tersebut. Pastikan anda tidak terlebih belanja dengan membeli barangan bukan keperluan keutamaan atau berbelanja mengikut nafsu.

10/03/2023

Dimana perlu letak atau simpan wang tersebut?

Wang-wang untuk Tabung kecemasan tersebut perlu diletakkan atau disimpan di tempat yang berisiko rendah, tidak ada kenaikan atau penurunan yang mendadak, ‘liquid’ atau cair serta mudah untuk membawa keluar wang pada bila-bila masa.

Selain itu, kita juga tidak boleh meletakkan atau menyimpan wang tersebut di tempat yang boleh menyebabkan kita untung 20% dan juga rugi 20% kerana jika kita menggunakannya ketika kecemasan kita akan rugi. Sebagai contoh, antara tempat-tempat yang disyorkan untuk menyimpan wang ialah seperti di Akaun Simpanan, Tabung Haji, Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Malaysia (ASM).

Ada juga yang bertanya adakah ASB Financing juga sesuai untuk tabung kecemasan? Jawapannya ialah tidak. Ia hanya sesuai untuk pelaburan sahaja. Dan ada juga mereka yang bertanya adakah Unit Trust, emas dan saham juga sesuai? Bagi emas ianya tidak sesuai kerana harga emas akan turun naik.

09/03/2023

TIPS MUDAH TABUNG KECEMASAN

Pernah tak anda terfikir, apa akan berlaku sekiranya anda tiba-tiba jatuh sakit dan perlu melakukan pembedahan yang memerlukan belanja sebanyak RM20,000? Anda mungkin beruntung jika mempunyai takaful, insuran atau tabung kecemasan.

Namun, bayangkan kalau semua ini tiada? Bagaimana anda hendak menampung kos pembedahan tersebut? Jadi, sebab itu pentingnya membuat simpanan untuk situasi kecemasan seperti ini. Tabung kecemasan ini yang akan membantu anda sewaktu kesusahan suatu hari nanti. Ramai di antara kita yang salah faham tentang Tabung kecemasan. Hari-hari simpan duit tetapi tiada simpanan khas untuk Tabung kecemasan.

Apa itu Tabung kecemasan?
Tabung kecemasan ialah tabung yang digunakan untuk kecemasan. Anda disarankan untuk memperuntukkan Tabung kecemasan dari 3 bulan jumlah pendapatan hingga 6 bulan jumlah perbelanjaan atau bergantung kepada diri sendiri. Seperti pepatah melayu sediakan payung sebelum hujan yang membawa maksud berwaspada sebelum ditimpa kesusahan.

Contohnya apabila berlaku kemalangan, hilang pekerjaan, kereta rosak, jatuh sakit dan sebagainya. Kos yang perlu dikeluarkan adalah melebihi pendapatan yang kita perolehi setiap bulan. Ia juga mudah untuk dikeluarkan dan senang untuk membayar apa yang diperlukan.

Setiap orang mempunyai jumlah simpanan dan kemampuan yang berbeza. Tidak salah untuk mendengar pendapat dan mempelajari cara menyimpan duit daripada sifu kewangan ataupun daripada orang yang berpengalaman, tetapi pastikan ianya berada dalam kemampuan anda. Simpan duit mengikut keperluan dan kemampuan, bukan semata-mata mengikut nasihat kewangan yang trending sahaja.

09/03/2023

Assalamualaikum 💕
Raya dah dekat ? Barang raya tak prepare lagi tapi kewangan belum stabil ?
BLACKLIST ? AKPK ? CCRIS ? CTOS
Nak buat loan bank tak lepas ?
Macam mana nk buat ehh 🧐
Jangan risau Encik Kir boleh bantu ! 🥰

Want your business to be the top-listed Accountant in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


99, Jalan Gombak, Kampung Kuantan
Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00