Urusinsan - Langsai Hutang & Kumpul Harta Dengan Pantas

Urusinsan - Langsai Hutang & Kumpul Harta Dengan Pantas

Share

Komuniti Yang Berminat Melangsaikan Hutang dan Mengumpul Harta Dengan Pantas Melalui Pelbagai Teknik dan Kaedah Kewangan Peribadi.

Menumpukan kepada pengurusan kewangan, kaedah serta teknik membina kekayaan melalui pelaburan harta. Memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan melangsaikan hutang dengan cepat , mengumpul individu dan masyarakat. Sebuah komuniti yang menghimpunkan individu-individu yang mempunyai matlamat yang sama demi meningkatkan ilmu serta kefahaman terhadap proses mengumpul Harta & Kekayaan peribadi.

18/04/2026

SEMUA SALAH ORANG LAIN
===================
.
Menuding jari pada orang lain amat mudah .. kalau pun tuduhan itu betul sekalipun .. ianya tidak akan mengubah keadaan yang dah berlaku kerana kita tidak mempunyai kuasa untuk mengubahnya kecuali kita sendiri yang berubah. . Ya , kena tipu dengan scammer bukan salah kita tapi salah kita yang mudah percaya dengan orang lain biarpun keluarga sendiri , kita tak boleh ubah kerana sudah di tipu tapi kita boleh ubah untuk tidak lagi dengan mudah menaruh kepercayaan pada orang lain pada masa akan datang tanpa bukti yang jelas.

Ya , kita tak boleh ubah lahir dalam keluarga miskin atau dibesarkan dalam persekitaran yang tidak menyokong , tanpa mentor , tanpa Ilmu kewangan tanpa panduan hidup yang jelas tapi sekarang kita dah tahu dan dah sedar .. takan nak terus salahkan perkara yang lalu yang tidak boleh di ubah .. kita boleh ubah diri kita sekarang supaya hidup senang & tak mati dalam keadaan miskin.

Ya , kita takda harta pusaka yang ditinggalkan keluarga untuk kita & kita tak boleh ubah keadaan itu tapi siapa yang halang kita untuk memiliki harta sendiri ? atau meninggalkan harta pusaka kepada waris & anak cucu klta ? takda yang menghalang untuk kita berbuat demikian kecuali diri kita sendiri.

Ya , pemimpin & kerajaan tak ambil peduli pasal rakyat marhaen macam kita , bukan kita boleh ubah menteri atau polisi kerajaan .. kita hanya boleh undi wakil rakyat atau ahli parlimen tapi kita tak boleh undi atau pilih menteri atau perdana menteri .. itu tak bermakna kita tak boleh suarakan pandangan atau menyumbang pada ummah & masyarakat .. kita boleh memanafaatkan media social atau apa sahaja medium yang kita ada. Saya sendiri menyumbang serta cuba ubah lingkungan saya dengan siri ceramah kewangan percuma yang saya kendalikan misalnya.

|Semuanya terletak pada diri kita sendiri , pilihan pada kita , nak terus menyalahkan orang lain itu mudah .. tak kira apapun rungutannya .. dari kenaikan harga barang sampailah kepada subsidi yang kita tiada tiada kawalan atau kita boleh ambil tindakan yang lebih mudah :-

1. Kawal diri kita sendiri
2. Tambah Harta
3. Naikan ekomomi keluarga
4. Jaga keselamatan diri & keluarga
5. Lupuskan hutang peribadi
6. Bina legasi masa depan

Tak tahu macam mana nak mula ? . Baca kisah peserta saya di ruang komen .. ikut panduan yang di berikan.

Atau nak terus merungut dan menyalahkan orang lain ?

20/03/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN
===========================

Di kesempatan ini saya menyusun 10 jari memohon kemaafan jika ada kekurangan & terasa hati dalam sedar atau tidak sedar selama berimarah di ruang ini.

Semoga beraya di kampung tahun ini lebih memberi makna, berhati-hati memandu dan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI maaf zahir & batin ikhlas daripada saya.

Tulus Ikhlas dari
Tuan Zaidi & Puan Nani
Serta Semua Kakitangan
Urus Insan Sdn

17/03/2026

Sertai Webinar 3 Punca Gagal Kewangan & Cara Atasinya pada 4 April. Perincian di ruang komen 👇

10/03/2026

Adjust sikit jer dah dapat menyimpan RM3700/bulan. Sila baca di ruang komen 👇

06/03/2026

7 CARA LANGSAIKAN HUTANG KERETA DENGAN CEPAT TANPA BAYAR LEBIH SETIAP BULAN.

1. Sebaiknya beli kenderaan guna kemudahan tunai
2. Guna ikuiti dari harta ( kalau takda harta boleh di acquire dahulu)
3. Jual atau tukar hutang kereta kepada term loan boleh ubah
4. Buat no 3 & guna kaedah snowball
5. Buat no 3 dan guna kemudahan reducing balance
6. Guna kaedah step up
7. Jual kereta sedia ada & beli kereta lain secara Tunai,

Baca di ruang komen bagaimana peserta saya menggunakan ikuiti melangsaikan baki hutang kereta RM65K dalam masa 3 bulan & jimat ribuan ringgit setiap bulan.

03/03/2026

SENANG JER TAMBAH ASET (HARTA)
=======================

Bagi yang tahu cara dan tekniknya memang la senang kan .. tapi ramai yang tak nak ambil tahu .. tak nak belajar , bagi mereka , kalau ada banyak harta sekalipun bukan boleh bawa masuk kubur katanya, bagi mereka Aset (Harta) cuma berbentuk fizikal seperti rumah , perniagaan , tanah , emas & perak. Sedangkan Aset (harta) itu ada pelbagai .bentuknya.

Mereka juga lupa bahawa orang berharta lebih mudah untuk buat amal dan fardhu kifayah seperti sedekah , infaq , Zakat , waqaf dan lain-lain berbanding golongan miskin. Menjadi hartawan tidak salah , yang salah kalau kita kufur nikmat , tidak kira miskin atau kaya.

Harta fizikal memang tidak boleh dibawa masuk ke dalam kubur tetapi pahala amalan hasil dari harta tersebut bukan sahaja boleh dibawa ke Alam Barzah tetapi hingga ke hisab dan timbangan terakhir sebelum ditentukan antara syurga atau neraka kan.

Belum lagi dikira bantuan yang dapat diberikan kepada kaum keluarga dan rakan taulan jika kita berharta selain dapat membantu masyarakat , negara dan ummah khususnya. Harta sepatutnya menyenang & memudahkan kita di dunia & dia akhirat.

Saya kongsikan di ruang komen kaedah mengumpul harta dengan tenang biarpun mempunyai beban hutang atau bependapatan rendah.

Insya'allah.

02/03/2026

7 CARA LANGSAIKAN HUTANG RUMAH KURANG 15 TAHUN TANPA PERLU BAYAR ANSURAN BULANAN LEBIH.

1. Pastikan jenis pembiayaan rumah bersifat reducing balance
2. Pembiayaan semula baki hutang rumah kurang 15 tahun
3. Guna kemudahan Prinsipal reduction / redraw function / bi-weekly dalam loan semi/full flexi
4. Guna kemudahan pengurangan baki hutang rumah yang ada pada akaun 2 & 3 KWSP
5. Lumpsum payment
6. Guna kemudahna MLTT / MLTA cash value utk bayar prinsipal
7. Guna jadual amortization untuk target bayaran bulanan pada masa tertentu.

baca di ruang komen bagaimana peserta saya menggunakan kemudahan ovedraft untuk melangsaikan 3 hutang rumah dalam masa 6 bulan.

01/03/2026

PERCUMA 100 VIDEO CARA TAMBAH BAIK KEWANGAN !
Link di ruang komen 👇

26/02/2026

Dapat Langsai Hutang RM200K hanya ikut panduan mudah. Semak di komen 👇

24/02/2026

Bebas hutang dalam waktu singkat selepas beberapa sesi coaching. Perkongsian di ruang komen 👇

19/02/2026

Santai tutup hutang kereta & kad kredit dapat jimat & simpan RM2300/bulan. Baca di komen 👇

28/01/2026

Setel loan awal dapat diskaun RM37K. Zaman nak bagi tips dah berakhir. Terus buat , fast action fast result . Baca komen 👇

Want your business to be the top-listed Accountant in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


No 31 Jalan Maktab 5, Kampung Datuk Keramat
Kuala Lumpur
54000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00