02/03/2026
Harga emas makin naik!!!
Huish dulu saya bermula 1 gram Rm 318, hari ni naik sangat banyak dan harga saya mula dulu menjadi sejarah.
“Harga emas naik saya happy, harga emas turun saya pun happy”
Dua keadaan yang memberi keuntungan pada saya bila simpan emas. Harga emas naik saya dah untung, harga emas turun saya boleh beli lebih lagi.
Persoalannya harga emas naik kita nak buat apa?
Dalam menabung emas, bukan lagi tentang harga tapi berapa duit yang kita ada untuk simpan. Harga Emas tak pernah tunggu kita.
Lagi lama kita tunggu lagi mahal harga emas, jadi apa yg kita perlu fokuskan adalah berapa gram kita dah simpan.
Jom tambah tabungan !! Harga emas di jangka akan naik lagi🔥
23/12/2025
LANGSAIKAN HUTANG KERETA DENGAN EMAS?
“Langsaikan Hutang Kereta Dengan Emas Bukan Magik, Tapi Strategi.”
Ramai fikir hutang kereta hanya boleh selesai dengan gaji. Hakikatnya, orang berilmu guna aset salah satunya emas.
Secara sejarah dan data ekonomi, emas ialah penyimpan nilai (store of value).Nilainya cenderung meningkat dalam jangka panjang, manakala nilai wang kertas menyusut akibat inflasi.
Apabila anda menyimpan emas secara konsisten:
✅Nilai aset anda berkembang
✅Ansuran kereta p**a statik atau menurun setiap bulan
Di sinilah strategi berlaku.
Bukan beli emas untuk terus jual,
tetapi kumpul emas sehingga nilai terkumpulnya melebihi baki hutang kereta.
Contoh mudah:
Jika baki hutang kereta RM30,000
dan anda simpan emas ketika harga RM250/g,
anda hanya perlukan 120 gram emas.Apabila harga emas naik ke RM350/g:120 gram emas bernilai RM42,000.
Hasil jualan emas:
✅Tutup hutang kereta sepenuhnya
✅Baki lebihan boleh jadi simpanan kecemasan
Kesimp**annya,orang biasa bayar hutang dengan tenaga (gaji),orang berilmu bayar hutang dengan aset.
Emas bukan buat kita kaya,
tetapi bijak guna emas boleh bebaskan kita daripada hutang.
21/12/2025
Alhamdulillah hadir meeting mingguan rutin sebagai dealer bawah network Public Gold By 5G Associates Official.
13/12/2025
Cuma nak bagitau, ni ha Auntie yang buat sepokok bunga emas, Mas Kahwin Erra Fazira.
Auntie Siti Morni, BEians tau! 😍 kredit threads@kakbaya_be_international.
08/12/2025
APA PERBEZAAN EMAS VS DUIT KERTAS?
Emas atau Duit kertas?
Hari ini ramai masyarakat dah celek tentang ilmu emas, tapi masih juga ada segelintir yang tak faham tentang perbezaan duit kertas dengan emas. Kedua-duanya sama “duit” tapi nilainya jauh beza.
Emas bernilai sebab ia logam sebenar, terhad, dan tak boleh dicipta manusia.
Wang kertas bernilai sebab kerajaan kata ia bernilai. Ia bergantung pada kepercayaan.
Emas perlu digali, diproses, ambil masa dan kos.
Wang kertas boleh dicetak bila-bila. Semakin banyak dicetak, semakin jatuh nilainya.
Emas kekal nilai ribuan tahun, tak berkarat, tak reput.
Wang kertas cepat susut kuasa beli bila inflasi naik. Pegang 10 tahun… nilai makin kurang.
Emas diterima seluruh dunia tak perlu ditukar. Wang kertas hanya laku dalam negara tertentu.
Emas = penyimpan nilai jangka panjang.
Wang kertas = alat transaksi harian
Sebab tu saranan pakar kewangan iaitu Tuan Azizi Ali, simpan duit dan emas tu penting. Simpan duit sebaiknya simpan 3 ke 6 bulan gaji. Dah ada simpanan duit baru simpan emas.
“Duit boleh hilang nilai.
Emas tak perlu percaya sesiapa untuk kekal bernilai.”
Semoga perkongsian saya bermanfaat, jika anda nak mula menabung emas dengan ilmu? Saya adalah dealer aktif Public Gold di bawah rangkaian 5G, di bawah mentor Tuan Mohd Zulkifli bin Shafie, boleh hubungi saya di sini
https://mypublicgold.com/AsrahCikEmas
Bimbingan saya adalah PERCUMA.