07/01/2026
MESEJ BANTUAN SARA RM300 HANYA SCAM, JANGAN TERPEDAYA
Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada terhadap satu mesej Bantuan SARA yang mendakwa penerima layak menerima bantuan sekali bayar berjumlah RM300 di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan akan dikreditkan ke dalam akaun Touch βn Go.
Mesej berkenaan turut menggesa penerima supaya mengesahkan kelayakan dengan menekan satu laman web melalui pautan yang disertakan.
Gaya penulisan serta alamat URL dalam mesej tersebut direka seakan-akan komunikasi rasmi kerajaan bagi mengelirukan mangsa dan meningkatkan tahap kepercayaan.
Bagaimanapun, semakan mendapati pautan berkenaan bukanlah laman web rasmi kerajaan. Lebih membimbangkan, tindakan mengklik pautan tersebut dan memasukkan maklumat peribadi atau perbankan berisiko menyebabkan kecurian identiti serta kerugian kewangan.
RM0 SARA: Bermula 1 Januari 2026, bantuan sekali bayar RM300 akan dimasukkan ke dalam akaun bank Touch βn Go anda. Sila sahkan kelayakan dan log masuk ke laman web rasmi untuk menghantar permohonan β Kementerian Kewangan (M*F). contoh mesej tersebut.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar mengabaikan sebarang SMS atau e-mel tidak diminta yang mendakwa menawarkan bayaran atau bantuan kerajaan.
Sumber : Sirap Limau, 2026
06/01/2026
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mengumumkan beberapa inisiatif bantuan kewangan kerajaan antaranya bantuan SARA 2026 dan STR.
Pengumuman itu dibuat semasa Perhimpunan Bulanan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Januari serta amanat tahun 2026.
Menurut Perdana Menteri, bantuan SARA bulanan akan dikreditkan kepada penerima bermula 9 Januari 2026, manakala bantuan STR fasa pertama dijadualkan menyusul pada 20 Januari 2026.
Selain itu, kerajaan turut menyediakan bantuan βOne-Offβ RM100 yang akan diagihkan pada 9 Februari 2026 sebagai tambahan sokongan kewangan kepada rakyat.
Sumber : SirapLimau, 2026
05/01/2026
tips realistik simpan duit kalau gaji RM2,000 sebulan
1οΈβ£ Simpan dulu (WAJIB walau sikit)
π 10% = RM200
Terus asingkan lepas gaji masuk. Jangan tunggu hujung bulan.
Kalau rasa berat:
Mula RM100 dulu, naikkan perlahan-lahan
2οΈβ£ Keperluan asas (Β± RM1,300)
Contoh:
Sewa / rumah: RM500
Makan: RM400
Pengangkutan: RM200
Bil & internet: RM200
π Tip jimat:
Masak lebih, kurangkan makan luar
Guna pelan data ikut keperluan
Elak komitmen besar (phone mahal, motor mahal)
3οΈβ£ Kehendak / lifestyle (Β± RM500)
Coffee, shopping, hiburan
Hadkan ikut bajet, bukan ikut nafsu
Gunakan kaedah:
π Sistem sampul / akaun berasingan
02/01/2026
IPOH: Kerajaan Negeri Perak menutup tirai 2025 dengan prestasi kewangan yang memberangsangkan apabila sekali lagi merekodkan lebihan pendapatan berjumlah RM85 juta, sekali gus mencerminkan pemulihan ekonomi negeri yang semakin stabil dan berdaya tahan.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pencapaian itu hasil tadbir urus kewangan yang berhemat, pengurusan perbelanjaan tersusun serta kestabilan politik berterusan di negeri berkenaan.
Beliau berkata kejayaan itu turut membuktikan keupayaan kerajaan negeri memulihkan kedudukan kewangan Perak selepas pernah berdepan situasi mencabar apabila mencatatkan defisit selama tiga tahun berturut-turut.
Bagaimanapun, Saarani berkata dalam tempoh dua hingga tiga tahun kebelakangan ini, kerajaan negeri berjaya bangkit, mengubah landskap ekonomi dan kini bergerak dengan lebih yakin dalam memperkukuh asas pembangunan negeri.
Alhamdulillah, hari ini Perak bukan sahaja kembali stabil, malah berada di landasan yang tepat untuk terus berkembang secara mampan, katanya ketika berucap pada Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026 Peringkat Perak di Bulatan Sultan Azlan Shah, Bandar Meru Raya di sini malam tadi.
Sumber : Astro Awani, 2026
31/12/2025
Isu kebankrapan dalam kalangan golongan muda semakin membimbangkan. Berdasarkan data Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI), 2,776 kes kebankrapan akibat pinjaman peribadi direkodkan sepanjang tahun lalu, meningkat daripada 2,225 kes pada 2023. Majoriti adalah individu berusia antara 25 hingga 44 tahun.
Ia menunjukkan betapa kritikal isu pengurusan kewangan dalam kalangan pekerja muda yang sering terjerumus dalam perangkap hutang akibat kurang literasi kewangan.
Golongan muda sering tertarik dengan gaya hidup mewah yang dipaparkan di media sosial sehingga mengabaikan keperluan untuk mengurus kewangan secara bijak. Mereka cenderung membuat pinjaman peribadi tanpa perancangan kukuh sehingga gagal membayar balik dan akhirnya diisytihar muflis. Ini membuktikan bahawa kurang pengetahuan mengenai kewangan peribadi boleh membawa akibat buruk kepada individu dan negara.
Kebankrapan dalam kalangan pekerja muda perlu ditangani segera bagi mengelakkan kesan jangka panjang terhadap ekonomi dan kesejahteraan sosial.
Sumber : Metro,2025
30/12/2025
Sebab kenapa BNPL (Buy Now, Pay Later) berbahaya.
1οΈβ£ Hutang jadi βtersembunyiβ
BNPL nampak kecil (RM20, RM50, RM100), tapi bila banyak transaksi dibuat serentak, jumlah hutang sebenar jadi besar tanpa disedari.
2οΈβ£ Mudah lulus, kurang tapisan
Kebanyakan BNPL tidak buat semakan kewangan yang ketat. Ini menyebabkan individu yang sebenarnya tidak mampu tetap diluluskan untuk berhutang.
3οΈβ£ Galakkan perbelanjaan impulsif
Konsep βbayar kemudianβ buat orang rasa mampu beli lebih daripada keperluan sebenar, walaupun kewangan tidak stabil.
4οΈβ£ Risiko denda & caj tersembunyi
Jika lewat bayar, caj penalti dan faedah boleh dikenakan, menyebabkan jumlah bayaran meningkat tanpa disedari.
5οΈβ£ Ganggu aliran tunai bulanan
Komitmen BNPL yang bertindih setiap bulan boleh menekan gaji bulanan dan menjejaskan perbelanjaan asas.
24/12/2025
cara-cara menguruskan gaji dengan lebih teratur & berkesan
1οΈβ£ Senaraikan komitmen tetap dahulu
- Asingkan gaji untuk keperluan wajib:
-Sewa / rumah
-Bil utiliti (air, elektrik, internet)
-Hutang / loan
Makanan asas
π Ini keutamaan pertama sebelum belanja lain.
2οΈβ£ Guna formula mudah (contoh 50/30/20)
-50% keperluan
-30% kehendak (shopping, makan luar, hiburan)
- 20% simpanan
Kalau gaji kecil, boleh mula 10% simpanan pun dah bagus.
3οΈβ£ Asingkan duit sebaik terima gaji
- Jangan tunggu hujung bulan.
- Terus pindahkan duit simpanan ke akaun lain
- Anggap duit tu βtak boleh usikβ
4οΈβ£ Sediakan bajet bulanan
-Tulis atau guna apps:
-Had belanja mingguan
-Elak belanja ikut perasaan
19/12/2025
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi di seluruh negara diturunkan sebanyak tiga sen dan dua sen masing-masing kepada RM3.24 dan RM2.62 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Dis 2025.
Kementerian Kewangan (M*F) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia juga diturunkan empat sen kepada RM3.02 seliter, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada kadar RM2.15 seliter dalam tempoh sama.
Harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI MADANI RON95(BUDI95) juga kekal pada RM1.99 seliter.
Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97, RON95 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dunia serta menyokong kestabilan harga, menurut kenyataan itu.
Harga mingguan petroleum ditetapkan mengikut formula Mekanisme Harga Automatik, selaras dengan dasar penetapan harga runcit produk petroleum.
Menurut kenyataan itu, kerajaan akan terus memantau kesanperubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.
Sumber : Bernama , 2025
17/12/2025
1. Tetapkan matlamat yang jelas
Contoh: dana kecemasan RM3,000, kahwin, beli rumah atau bercuti. Bila ada tujuan, lagi senang untuk disiplin.
2. Simpan terus bila gaji masuk
Amalkan konsep βpay yourself firstβ β asingkan tabungan dulu (contoh 10β20%) sebelum guna untuk belanja lain.
3. Guna akaun berasingan untuk simpanan
Jangan campur dengan akaun harian supaya tak tergoda nak keluarkan duit.
4. Mulakan dengan jumlah kecil tapi konsisten
Tak perlu besar. RM5βRM20 sehari atau RM100 sebulan pun okay, yang penting berterusan.
5. Automatikkan simpanan
Set auto-transfer dari akaun gaji ke akaun simpanan setiap bulan. Ini paling berkesan
16/12/2025
π± Tips Menguruskan Kewangan Untuk Masa Depan
Urus kewangan bukan sekadar cukup untuk hari ini,
tapi persediaan untuk hari esok.
βοΈ Mulakan simpanan awal walaupun kecil
βοΈ Kawal perbelanjaan, bukan ikut emosi
βοΈ Rancang kewangan jangka panjang
βοΈ Sediakan dana kecemasan
βοΈ Elakkan hutang yang membebankan
Kewangan yang terurus hari ini
adalah ketenangan untuk masa depan.
β¨ Sedikit disiplin sekarang, banyak manfaat kemudian.
15/12/2025
P. Pinang dijangka catat lebihan hasil tahun 2026
GEORGE TOWN β Kedudukan kewangan Pulau Pinang menunjukkan prestasi terbaik apabila berdasarkan kutipan hasil terkini serta jangkaan sehingga penutupan akaun tahun semasa, negeri ini berkemungkinan mencatat surplus atau lebihan hasil bagi tahun 2026.
Perkembangan positif itu diumumkan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.
Menurut Kon Yeow, unjuran tersebut seiring dengan penurunan defisit negeri yang kini berada pada paras terendah dalam beberapa tahun.
Berdasarkan anggaran terkini, defisit bagi tahun 2026 dijangka hanya RM19.92 juta, berbanding RM33.63 juta pada 2025 dan RM514.53 juta pada 2024. Ini adalah pencapaian yang amat membanggakan.
Berdasarkan kutipan hasil terkini dan jangkaan hasil diterima sebelum penutupan akaun tahun semasa, berkemungkinan dijangka akan mencatat surplus atau lebihan hasil,β katanya.
Kon Yeow (PH-Padang Kota) berkata, Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2026 memperuntukan anggaran Perbelanjaan Mengurus berjumlah RM1.087 bilion dan anggaran Pembangunan sebanyak RM318.62 juta, manakala anggaran hasil negeri bagi 2026 ialah RM1.068 bilion.
Katanya, pencapaian fiskal tersebut membuktikan keberkesanan dasar pengurusan kewangan kerajaan negeri, terutama melalui usaha meningkatkan hasil, kawalan perbelanjaan berhemah serta perancangan fiskal yang lebih teratur.
Sumber : Kosmo, 2025